~Yang Budiman~

Selasa, 28 Disember 2010

Permulaan dengan nama Allah ya Karim yang Maha Mulia, ya ‘Azim yang Maha Agung. Sesi pembelajaran telah bermula. Wah banyak pula tugasan yang perlu dilaksanakan. Baru terasa sibuk, gundah gelana untuk menyiapkannnya. Jadi di blog ini akan mengimbas kembali apa yang telah pelajari dari kertas2 kerja. Madah kali ini ialah “ Ahklak dan Tasauf”. Semoga ilmu ini sentiasa diingati dan diamati. Wallahu ‘alam.


1. PENGHAYATAN AKHLAK MULIA ASAS KECEMERLANGAN JATI DIRI MUSLIMJustify Full
Menjadi sifat semula jadi manusia mencari keunggulan dirinya. Masing-masing akan berusaha ke arah itu dengan mengenali potensi ( bakat ) yang ada pada dirinya dan dengan berbagai-bagai cara. Jelasnya, mereka menggunakan seluruh kemampuan fikiran dan perasaan, daya dan tenaga, harta dan masa semata-mata untuk mencapai keunggulan peribadi dalam satu-satu bidang. Dasar yang menjadi prinsip hidup orang yang mengharapkan kurniaan Allah s.w.t. ialah beriman, berilmu, beramal, berhijrah, berjihad dan bertaqwa. Dasar ini diletakkan di atas landasan taufiq dan hidayah, irsyad dan ‘inayah Allah s.w.t. seperti yang sentiasa diucapkan di dalam solat Surah al-Fatihah ayat ke- 6:

Maksudnya: “tunjukkanlah kami jalan yang lurus”.

Jalan ini sahaja yang akan membawa manusia sampai mercu keunggulan bukanlah merupakan sesuatu yang dicari-cari atau diburu-buru dan keunggulan itu semestinya didapatkan melalui jalan yang satu iaitu Islam. Jalan-jalan yang lain adalah palsu dan keunggulan yang didapati adalah bersifat sementara dan sia-sia.

1.1 Persaudaraan Islam

Persaudaraan Islam ialah suatu bentuk ikatan yang kukuh antara manusia yang menganut agama Islam dengan satu identiti iaitu muslimin muslimat, mukminin dan mukminat. Dalam Surah al- Hujurat, ayat ke-10:

Maksudnya : “sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah dua saudara kamu..”

Persaudaraan Islam menjadi salah satu faktor penting bagi membina masyarakat Islam yang bersatu padu, kuat dan cemerlang seperti yang telah ditunjukkan dalam sejarah pembentukan masyarakat Islam di Madinah pada zaman Rasullah s.a.w. Apabila mengamalkan persaudaraan sesama Islam, maka akan melahirkan rasa kasih sayang, simpati, menghilangkan prasangka dan iri hati terhadap orang lain. Persaudaraan Islam juga melahirkan sikap saling bantu -membantu dan tolong- menolong serta menghapuskan sikap mementingkan diri. Ianya dapat memanfaatkan setiap bakat dan kebolehan yang ada untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat, dengan menggembeling daya dan tenaga untuk mempertahankan kesucian Islam dan untuk melaksanakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. di bumi ini.

1.2 Toleransi dan Pemaaf

Sikap toleransi dan pemaaf juga adalah akhlak mulia yang perlu dihayati. Nilai baik dapat dikekalkan dan akibat buruk dapat dihindari dengan menanamkan semangat toleransi dan pemaaf. Orang yang mempunyai semangat toleransi dan pemaaf sebenarnya orang yang berjiwa besar, berfikiran jauh dan bersikap terbuka serta optimis terhadap kebaikkan yang tersembunyi di sebalik keburukkan orang lain. Malahan dia bijak menangani gejala buruk yang dihadapinya. Toleransi mengandungi sifat-sifat sabar, imbang ( wastiyyah ), tolak –ansur, timbang rasa, lemah lembut, istiqamah ( tetap pendirian ), bijak dan waspada. Orang bertoleransi bukanlah orang yang kalah kepada musuh, malahan dia merupakan orang yang mempunyai kekuatan dalaman ( jiwa ) yang dapat mengawal nafsu amarahnya yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada tindakannya. Ketenangan jiwa itu merupakan tenaga yang dapat menundukkan dan mengalahkan musuh dengan kebijaksanaan dan sebagai benteng yang dapat menahan hasutan syaitan. Ini bererti orang yang mempunyai sifat toleransi memilih cara yang baik dan selamat untuk mengatasi masalah pertentangan dan permusuhan dengan tidak menggadaikan prinsip dan tidak mengabaikan matlamat. Manakala pemaaf pula mengadungi sifat jujur, ikhlas, mulia diri, simpati, kasih sayang, timbang rasa, belas kasihan, redha, tawakal dan raja’ ( berharap dan berserah kepada Allah s.w.t ). Jelasnya orang yang pemaaf mempunyai hati budi yang luhur dan peri kemanusiaan yang unggul, serta menghargai orang lain, juga yakin terhadap kebaikkan di sebalik kejahatan mereka dan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kejahatan mereka.

1.3 Ikhlas

Semua kerja atau amal hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Ikhlas bermaksud melakukan amal ibadah sama ada ibadah khusus atau ibadah umum semata-mata mengharapkan kurniaan dan keredhaan Allah s.w.t. jelasnya orang yang ikhlas melakukan sesuatu bukan mengharapkan balasan, pujian atau sanjungan daripada manusia, jauh sekali menunjuk-nunjuk atau ria’. Ikhlas menjadi pendorong utama kepada seseorang untuk melaksanakan niatnya yang baik, kerana niat yang ikhlas menjadi kunci kesempurnaan dan kejayaan segala amal. Allah s.w.t hanya akan menerima perbuatan atau amal yang dilakukan dengan ikhlas. Contoh riwayat al-Hakim:

أخلص دينك يقفك العمل القليل

Maksudnya : Ikhlaskanlah dirimu terhadap agama kamu, nescaya memadai bagi kamu amalyang sedikit.

Penghayatan akhlak yang mulia ini akan menyebabkan terlindung dari maksiat yang dimurkai Allah s.w.t. dari keunggulan duniawi yang sementara. Mengimpikan keunggulan para sahabat Rasulullah s.a.w., tabi’in, para aulia’, ulama’, syuhada’ dan solihin. Keunggulan sedemikian akan membawa kepada kejayaan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat.

1.4 Membentuk Amal Yang Soleh

Penghayatan akhlak mulia dalam diri muslim juga mampu membentuk amal yang soleh serta manusia yang soleh. Amal soleh bermaksud apa jua amalan orang Islam sama ada secara zahir atau batiniah termasuk kelakuan dan ucapan lisan mengikut syariat Islam. Amal itu dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t. mengikut cara yang betul serta tidak mempunyai unsur-unsur maksiat dan perkara yang boleh membatalkannya. Setiap amalan seseorang itu sama ada baik atau buruk akan dihitung oleh Allah s.w.t. Jika baik amalannya maka baiklah balasannya. Manakala jika buruk amalannya maka buruklah balasannya. Contohnya seseorang melaksanakan segala perintah Allah s.w.t. yang diwajibkan ke atas tiap muslim seperti berpuasa,solat,dan sebagainya akan mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t:

من عمل صلحا فلنفسه ومن أساء فعليها وما ربك بظلم للبعيد

‘’Sesiapa yang mengerjakan amal soleh,maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri,dan sesiapa yang berbuat kejahatan,maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri,dan Tuhan tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.” (Surah Fussilat 41:46)

Antara tanda-tanda orang yang beramal soleh ialah patuh kepada ajaran Islam iaitu dengan melakukan perintah serta meninggalkan larangan Allah s.w.t. Selain itu ia berpegang teguh dengan hukum dan tidak tergoda oleh pesona dunia dan kerja yang tidak membawa manfaat kepada diri dan agamanya. Ciri-ciri orang yang soleh juga dapat dilihat apabila ia sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t. serta redha atas tiap ketentuan-Nya tanpa merungut atau berputus asa

Justeru bagi memantapkan amal soleh serta mengelak seseorang terjerumus dalam perkara kemaksiatan maka kita perlulah mengetahui implikasi tiap-tiap perbuatan sama ada baik ataupiun buruk. Kita juga mestilah memperbanyakkan amalan seperti berzikir,selawat ke atas Rasulullah s.a.w.,solat sunat seperti solat tahajud dan amalan lain yang mampu membuatkan kita lebih dekat dengan-Nya. Kita juga perlu menghiasi diri dengan sifat mahmudah serta menjauhi sifat mazmumah.

1.5 Ehsan

Seterusnya akhlak yang baik juga melahirkan ehsan atau ditakrifkan sebagai berbuat baik dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapakan apa jua balasan atau untuk kepentingan diri kerana ehsan lahir daripada empat komponen iaitu hati,niat,cara perlaksanaan dan tujuan. Antara contoh ehsan ialah bebuat baik terhadap ibu bapa,jiran,kaum kerabat serta masyarakat. Ehsan merupakan kemuncak Iman dan Islam juga sebagai amalan yang mampu mendekatkan manusia dengan Allah s.w.t hingga golongan ini digelar sebagai Muhsin iaitu orang yang berbuat baik dan tergolong dalam golongan Muhsinin yang amat dikasihi-Nya.Ehsan merupakan suatu kewajipan justeru ia mestilh dipupuk dalam diri tiap muslim bagi membentuk jiwa yang luhur dan prihatin,mengikis sikap pentingkan diri sendiri,mengukuhkan tali persaudaraan sesama muslim serta melahirkan masyarakat yang prihatin,bersatu padu dan harmoni.

Firman Allah s.w.t:

ان أحسنتم أحسنتم لأنفسكم

“Jika kamu berbuat kebaikan,maka faedah kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu.”(Surah al-Isra’ 17:17)

1.6 Bertaqwa Kepada Allah s.w.t.

Ketakwaan pada Allah s.w.t. juga merupakan salah satu kesan daripada penghayatan akhlak yang baik dalam diri muslim kerana ia mampu membentuk jati diri muslim. Kalimah takwa diambil daripada rumpun kata wiqayah yang bermaksud memelihara hubungan yang baik dengan Allah s.w.t.,memelihara diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang keji serta melakukan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Ketakwaan kepada Allah s.w.t akan bertapak di hati seseorang sekiranya dia seorang yang beriman,berilmu dan beramal soleh. Takwa terdapat tingkat ataupun tahap iaitu kualiti takwa terletak kepada tahap iman,ilmu dan amal seseorang. Justeru kita mestilah bertaqwa kepada Allah s.w.t kerana ia menjadi pendorong kepada kita untuk beramal dengan akhlak yang baik secara bersungguh-sungguh,selain dapat meningkatkan kuailiti amal ibadah dan mendapatkan keampunan Allah s.w.t.

1.7 Bersikap Lebih Optimis

Orang yang berakhlak baik juga lebih bersikap optimis. Optimis merupakan perasaan yakin terhadap sesuatu yang baik dengan menjadikan perkara tersebut sebagai dorongan untuk berjaya. Orang yang berjaya dalam kehidupan mengamalkan sikap optimis daam diri sendiri,semangat berdikari serta berserah kepada-Nya kerana ia yakin dengan janji bahawa tiap-tiap perkara yang diusahakannya akan dinilai oleh Allah s.w.t dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil perkara. Ia juga yakin akan rahmat-Nya kerana Allah s.w.t. Maha Mengetahui,Maha Pemurah dan Maha Adil terhadap hamba-hamba-Nya. Maka ia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rahmat Allah s.w.t. dalam apa jua perbuatan kerana rahmat Allah s.w.t. melimpah ruah dan tidak pernah putus.

1.8 Bersyukur Atas Tiap Nikmat Allah s.w.t.

Nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada manusia tidak terhitung banyaknya. Contohnya hati terasa tenang,badan sihat,dipermudahkan segala urusan sesungguhnya itu merupakan nikmat yang diberikah oleh Allah s.w.t. kepada manusia. Oleh itu sebagai muslim kita mestilah mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan dengan sentiasa mengingati Allah s.w.t,taat kepada perintah-Nya,tidak berlaku kufur atas nikmat-Nya dan sebagainya. Kita dapat melahirkan rasa bersyukur di atas tiap nikmat-Nya melalui tiga cara iaitu bersyukur dengan hatii,lisan dan amalan. Hati yang bersyukur pada Allah s.w.t. adalah hati yang sihat serta bebas daripada penyakit seperti riya’,takabur dan kufur nikmat.

1.9 Istiqamah Dan Tidak Mudah Menyerah Kalah

Antara sifat orang yang berakhlak mulia juga ialah sentiasa istiqamah dalam setiap perkara serta tidak mudah berputus asa. Istiqamah ditakrifkan sebagai berpendirian teguh atas jalan lurus,berpegang pada ‘aqidah dan syari’at Islam walau dalam apa jua keadaan. Contohnya berpegang pada ‘aqidah ahlu Sunnah wa al Jama’ah,melaksanakan tuntutan syari’at Islam berpandukan al-Qur’an dan hadith Rasulullah s.a.w serta tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir seperti dakyah dan godaan hawa nafsu. Istiqamah perlu dilakukan serentak iaitu melalui hati,lisan dan perbuatan. Sikap istiqamah boleh dibentuk dalam diri muslim dengan mengamalkan semangat dan daya juang yang tinggi dengan tidak mudah berputus asa dan mengaku kalah apabila berhadapan dengan mehnah kehidupan. Oleh itu sikap ini menjadi tuntutan agama Islam seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah riwayat Muslim:

قل امنت بالله ثم استقم

Ertinya:Katakanlah:Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.

2. Redha

Redha beerti menerima segala ketentuan dengan hati yang terbuka dan rela terhadap pemberian Allah s.w.t. Redha dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti redha terhadap rezeki,qadha Allah s.w.t an hukum Allah s.w.t. Redha terhadap rezeki bermaksud bersikap qana’ah iaitu berpuas hati atau mensyukuri dengan apa yang ada tanpa mengeluh atau merungut,manakala redha terhadap Allah s.w.t. pula dapat dilihat melalui sikap seseorang muslim yang menerima ketentuan hidupnya dengan hati yang lapang dan tenang. Redha terhadap hukum Allah s.w.t. pula bermaksud seseorang yang beriman tidak akan mempersoalkan hukum dan peraturan Allah s.w.t kerana ia percaya segala yang terjadi sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. dan hanya Allah s.w.t. yang mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.

Jumaat, 24 Disember 2010


Berfikir-fikir dan terus berfikir. Melihat kepada blog2 sebagai pengisian lagi. Disebabkan minggu pertama pengajian, jadi banyak kuliah belum bermula. Rasa macam tak sabar untuk menuntutnya. Banyak pula method2 yang perlu dipelajari.

Jadi diri cuba menulis lagi, mengisi blogg ini yang tidak banyak diisi. Rasa seperti nak berkata2 bagai ia benda yang bernyawa. Sebagai tempat untuk mengembangkan fikiran persiapan di kuliah nanti.

hmm berapa madah nak ambil sem ni?

minggu tambah gugur kursus ntah berapa kali ku lihat. Akhirnya mendapat muktamad. Biarlah perjuangan akan datang ditempuh dengan satu persatu nanti. Berharap agar dapat konsisten terhadap madah yang ada.

Madah Fiqh Ibadat dan Munakahat juga yang ku pilih. Huhu seingat ana dah 3 semester balajar semasa institusi dahulu. Atas pembaharuan kursus, jadi kami terpaksa belajar lagi masa tu.

Kali ni pilih lagi. Memandangkan jadual kursus lain yang penuh, Fiqh Sirah terpaksa ditangguhkan dahulu mengikut jadaual asal. Walaupun diri betul2 rindu untuk pelajarinya, hm sabar…sabar… sem depan akan datang juga,Insha Allah.

Banyak pengajaran dalam pelajari Fiqh Ibadat dan Munakahat ( ibadah perkara2 wajib dan pernikahan). Hm asal cakap bab nikah je sahabat2 senyum sampai ke telinga. Memang tak boringlah belajar bab ni. Besar je mata tak mengantuk pula, walau berulang2 belajarnya pasti ada pengatahuan.

Hak2 suami bagaimana, hak2 isteri bagaimana, huh rasa macam tak sabar je nak praktikkan =). Sebuah perkahwinan tu begitu indah jika kerana Allah, jika setiap pasangan memburu mencari cinta-Nya, pasti kebahagiaan hakiki itu lebih terjamin.

Ustazah banyak dan selalu berpesan:

“besok… kalau kamu semua dah kahwin, jangan lupa semua ilmu2 ni, apa tanggungjawab kamu, sebagai apa, dan layarilah ia dengan kecintaan pada Allah”

“suami atau isteri mesti saling mengejutkan untuk bangun malam bermunajat
pada Allah, kalau susah atau tak bangun juga, harus si suami atau si isteri merenjiskan air di mukanya kasi sedar”

Huhu dalam hatiku kata “ kalau tak bangun jugak, simbah je dengan air ustazah,”hehe senyum sendiri.

Alhamdulillah, syukur kerana dapat belajar suatu ilmu yang berguna untuk masa akan datang. Ajaran Islam itu betul2 indah ^_^. Masih diberi kesempatan untuk belajar dan memahami ketika ini. Itulah tanggungjawab ku kini. Belum lagi tanggungjawab yang lebih berat. Jadi kenalah ambil peluang balajar semasa bujang ni.

Mungkin pernulisan blog ana akan datang akan lebih kepada pengalaman dan ilmu yang dipelajari. Salah satu latihan untuk mudah menjadi penyampai ilmu suatu hari nanti. Amin… jika diizinkan Allah.

Khamis, 23 Disember 2010

.:bagaimana menuju alam seterusnya?:.

Dengan nama Allah yang Maha Agung, wahai Tuhanku, ampunkanlahku, ibu bapaku, adik beradikku, sanak saudara kaum kerabatku, sahabat2ku dan seluruh hamba-Mu yang dhoif dan hina dimuka bumi-Mu ini. Lembutkanlah hati kami, dalam mencari jalan kebenaran menuju-Mu. Berikanlah kami hidayah yang hanya dimiliki-Mu,amin...

Alhamdulillah masih diberi peluang hidup untuk meminta keampunan pada- Mu. Jangan dicabutkan nyawa ketika diri penuh dengan maksiat pada-Mu, ketika diri penuh dengaan kelalaian dan tuntutan yang belum tertunai. Mudah2an.

Sudah bersiap sediakah kita kembali menghadap Allah tika ini? Jika tibanya ajal kita, adakah kita akan merelakannya diragut malaikat maut ( Izrail ) sekarang ini??
Mungkin ada juga yang tidak suka ditanyakan sebegini. Tidak suka memikirkan tentang “KEMATIAN” yang pasti tiba jua. Ada yang beranggapan “ alah aku masih muda, masih awal lagi untuk mati”. Benarkah demikian?. Betul ke masa muda tak kan mati? Bila tua sahaja,baru malaikat tarik nyawa?

Lihatlah fonomena sekarang, yang muda pun turut tak kecuali meninggal dunia. Banyak faktor penyebab kematian. Diri merenung, bagaimana kalau saat ini diri yang dipanggil-Nya? Allah, memang takut…… takut kalau ada maksiat2, dan mungkin banyak masih belum diampun Tuhan. Takut akan diazab api neraka Allah yang marak, panas menggelegak, dan azab2 yang dahsyat dalam neraka seperti khabaran dalam Quran.

Tidak dapatkah kita gambarkan? Ianya bukanlah satu dongengan, dan bukan juga cerita yang direka. Ia adalah realiti kebenaran yang dikhabarkan oleh Rasululah s.a.w yang akan kita tempuh kelak. Maka berimanlah kita pada utusan Allah, tentang Hari Akhirat, Hari Kiamat yang adanya mizan (timbangan amal) yang akan ditimbang amalan sama ada ke neraka atau ke syurga?

Jangan terlalu yakin dengan amalan yang dilakukan sekarang, tapi selalulah berharap pada-Nya agar diterima amalan kita tidak dipersoalkan lagi di akhirat. Berterusanlah, dan teruskanlah merendah diri meminta pada-Nya.

Diri merenung peristiwa2 yang telah berlaku. Peristiwa di mana ana dikhabarkan sahabat mengenai kematian pelajar di institusi sama ana. Isyarat msg yang diterima, membuatkan terpaku seketika.

“ al-fatihah pada sahabiah jabatan syariah dan dakwah akibat kemalangan jalan raya”. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun, ( sesungguhnya kita dari Allah, dan dari-Nya jua kita akan kembali ).

Seingat ana, mereka baru tamat exam final (peperiksan akhir) yang baru ditempuh. Baru seusia lingkungan 20-an tahun, Allahu akhbar… meninggal pada hari Jumaat, maka terlepaslah azab kubur mereka, meninggal dalam kemalangan juga sebagai mati syahid, apalagi kalau berjuang menuntut ilmu Allah,sungguh mulia cara peninggalan dunia mereka. Moga dikalangan orang2 yang beriman, amin.

Bagaimana pula cara diri ini meninggal nanti? Adakah dalam keadaan hina? Adakah dalam keadaan yang masih iman di dada? Atau diakhiri dengan su’ul khotimah (mati yang buruk) na’uzubillahi min zalik (mohon dijauhkan). Kerana semuanya ketentuan Allah, kita yang memilih jalan yang bagaimana. Moga mati masih thabat di jalan-Nya. Amin.

Merenung pula kejadian bencana alam yang terjadi di Jogjakarta Indonesia. Hanya letusan asap tebal dari gunung berapi sahaja telah meragut banyak nyawa. Itu belum lagi keluar lava api gunung berapi, Cuma asap sahaja sudah cukup memanaskan, melecurkan dan seterusnya mengakibatkan tergadai nyawa terkenanya. Maha hebat kejadian Allah.
Lihatlah tentera2 Allah iaitu seluruh alam sentiasa setiap sedia menerima arahan Allah. Kalau Tuhan berfirman, “ jadilah” maka jadilah demikian apa yang ia kehendaki…tiada siapa yang dapat menghalangi dan menandingi kekuasaan Allah. Subhanaallah……. Demikian juga seperti tsunami.
Melihat rancangan tv3 majalah 3, secara life (langsung) dapat melihat betapa lajunya pergerakkan asap tebal itu meluru membaham semua yang ditempuhnya. Keadaan mayat2 yang mengerikan, pesakit yang merana kesakitan dan segala macam kerugian yang mereka alami.

Tidak mahukah kita ambil pengajaran darinya. Itu adalah salah satu peringatan buat kita, tanda kekuasaan Allah yang ingin tunjuk pada kita kehebatan-Nya, yang Allah tidak pernah main2 dalam ancaman-Nya, masih tidak sedarkah kita?
Ia memerlukan satu kuasa yang hebat untuk menjadikan ia, mana mungkin terjadinya bencana itu sendiri tanpa yang mengaturkannya. Itulah tanda kewujudan Allah yang Maha Perkasa ( القوة ) nama-Nya. Kalau di dunia Allah telah tunjukkan yang dahsyat, apatah lagi di akhirat kelak. Tak mustahil bagi-Nya menyediakan azab yang lagi dahsyat dari itu. Berfikirlah ( bertafaqqur )tentangnya.

Merenung pula bencana banjir besar di Negeri Kedah, air hujan tanpa henti telah naik sehingga banyak yang ditenggelami. Pelbagai kemusnahan, ternakkan, tanaman yang rosak binasa, ada juga manusia yang menjadi mangsa. Di sini, ketabahan perlulah diperkuatkan. Ketika menyambut raya korban, moga mereka rela, redha segala apa yang telah terkorban. Kerana semua milik Allah, bila tiba masanya ia akan berpisah dan kembali jua pada Tuhan yang satu.

Oleh itu, diri ingin memberi peringatan buat diri dan mereka2 yang ingin diperingat. Bahawa segala ajal dan maut di tangan Tuhan, kita tidak tahu bila masanya, di mana tempatnya, dan bagaimana cara kita menemui ajal kelak. Sentiasalah memperingati mati, sentiasalah takut mengenangkannya, setiap saat, sentiasalah bersandar pada Allah memikirkan tentangnya. Kerana bila2 saja kita akan diambil-Nya. Maka persiapkanlah diri selalu.

Janganlah kita tergolong orang yang ada penyakit (wahhal) iaitu takutkan mati. Iaitu mereka yang tidak mahu memikirkan tentang kematian kerana terlalu cintakan dunia. Ingatlah kata malaikat Jibril alaihi salam yang berpesan :

“ cintalah apa yang kau ingin cintai sesungguhnya ia tidak kekal selamanya akan berpisah jua denganmu”

Kata2 ini mengingatkan agar kita bersederhana dalam mencintai sesuatu agar tidak menyesal dekemudian hari kerana tidak selamanya, tatapi cintailah Allah yang sungguh tinggi nikmat yang diperolehi bukan setakat di dunia tapi berterusan ke akhirat.

Janganlah kita terlalu angan2 yang melekakan,sibuk memikirkan masa depan yang belum tentu terjadi.Walaupun punyai cita2 yang murni tapi sentiasalah bersandar pada-Nya, bertawakkal. Cukup sekadar matlamat yang ingin diraih memikirkan untuk keredhaan ALLAH. Insha Allah.

Isnin, 20 Disember 2010

.: waktu cuti semester, dan seterusnya:.

Selawat ke atas Rasulullah, Muhammad sallallahu ‘alaihi wasalam, ahli keluarga dan para sahabat.

isi masa sebaiknya:

Sebulan lebih tempoh cuti semester, hanya menghabiskan masa di rumah, sebuah kampong yang begitu indah bersama ibunda tercinta. Rasa tak jemu walau diulit kesepiaan, kedamaian terasa menjadi diri rasa bertuah. Bersangka baik dengan kata2 ni daripada beranggapan ia membosankan, merenung hikmah, bersyukur akan nikmat kesunyian daripada arus yang boleh menghayutkan.

sentiasa beringat, mesti ada peringatan :
kita sibuk kata “ alamak dah lame tak update blog” itu ini, dan macam2 lagi siap kata sorry kat orang kan. Tapi lupakah kita untuk mengupdate diri sendiri? Dah tanya ke pada diri untuk diperkemaskan lagi? Walaupun cuti dari pengajian, tak bermakna menuntut ilmu pun harus cuti. Ilmu Allah itu terlalu banyak, Cuma terpulang pada diri untuk usahakannya. Pelbagai sumber boleh ditelaah. Pelbagai rancangan televisyen yang baik diikuti, antaranya “ al-kuliyah, forum perdana, tanyalah ustaz, usrah, halaqah,”dan banyak lagi. Program dari radio pun boleh sebagai peringatan. Ana syorkan IKIM.FM. macam2 ilmu yang bermanfaat, sekali gus kesedaran yang boleh tarbiahkan diri. Tumpu betul2, fahamkan dan ia akan menghasilkan keasyikkan yang mendalam.

Nak dapat hikmah, bukan senang. Nak tahu yang mana terbaik pun mesti ada panduannya. Memang kena sentiasa mencari, pengisian diri dengan kebaikkan. Jangan sampai terlalu lama tanpa pengisian, sampai hati mati. Ianya macam bunga jugak, kena siram hari2 kalu tak siram akan layu, lama2 akan mati. Istiqamah walaupun sikit, itu paling Allah suka.

Bila hati lama tanpa pengisian rohani, maka lebih mudah timbul kerosakkan hati. Hati sukar untuk terima kebaikkan. Malah senang pula untuk kejahatan. Haa.. timbul pula nokhtatul sauda’ ( titik2 hitam ). Klu dah banyak sangat titik2 hitam pada hati maka bertambah sukar untuk menerima hidayah, memandang kejahatan itu baik takde rase pape?. Contohnya, kalau kita terlihat satu kemungkaran di depan mata, apakah perasaan kita? Adakah biasa je? Dalam hati takde rase pape? “elleh biasa lah tu..” kata diri kan. Biasa bagi mereka yang menganggapnya biasa untuk maksiat. Berdakwah itu, selemah2 iman mesti ada BENCI dalam hati terhadap kemungkaran iaitu rasa tak suka dan tak senang. Jangan jadikan kemungkaran itu satu yang biasa.


Contoh juga, apabila kita terlewat untuk solat, atau tertinggal solat. Adakah kita tidak rasa pape? Tak cemas ke? Jangan main2 terhadap sesuatu kemungkaran walaupun ia hanya sekecil2 maksiat. Bila dah terbiasa lakukan, kesalahan diulang2, maka nilah yang dikatakan ( dah biasa). Mintalah ampun terus pada Allah, dan berazamlah tidak mahu ulanginya lagi. Insha Allah….

buat muslimah yang uzur ( kedatangan haid )

Wanita memang banyak kekurangannya berbanding lelaki, terbukti dengan kata Allah, “ الرجال قوى على النساء" . Ayat ini perlu fahami betul2 mengikut tafsirnya. Bukan bermaksud Allah merendahkan kaum hawa. Iaitu perempuan kurang untuk beribadah pada Allah, sebab tak boleh solat, dan perkara2 yang dilarang ketika tidak suci. Tetapi tidak bermakna kaum hawa untuk terus tinggalkan ibadat. Khuatir juga hati akan mati jika terlebih hari2 tidak mengingati Allah. Banyak perkara2 lain yang boleh digantikan. Seperti “ berzikir” , pelbagai zikir boleh diamalkan.

Amallah zikir al-mathurat, iaitu zikir2 Rasulullah pagi dan petang. Ianya dibolehkan bagi wanita yang berhadas. Malah banyak lagi zikir2 agar hati sentiasa untuk dibersihkan. Menghadiri majlis2 ilmu, mendengar ceramah di mana jua sumber. Insha ALLAH.

Tak sabar sesi pembelajaran bermula…

Berakhirnya cuti semester untuk naik sem seterusnya. Wah semangat rasanya untuk mulakan pengajian yang baru, madah2 yang seronok ku lihat subjek yang diambil rasa tak sabar nak pelajarinya. Yeke? Takut jugak dah belajar lain jadinya. Syukur dipilih mempelajari dalam bidang ini, untuk memantapkan lagi pegangan aqidahku dan ajaran2 Islam yang syumul. Teringin sekali untuk dikongsi bersama saudara2 yang tidak berkesempatan. Cita2 untuk menyebarkan ilmu Allah ini untuk bersama dihayati, insha ALLAH.

Lebih2 lagi result memuaskan, Alhamdulillah syukur Allah perkenankan dengan bantuan-Nya, serta doa2 para sahabat sekalian. Moga pointer ini dapat dikekalkan. Ungkapan tahniah dari sahabat2 menambahkan rasa semangat lagi. Moga kita bersama2 berjaya kelak dunia akhirat, Amin. Kegembiraan ibunda sukaku lihat. Terimakasih ibunda yang tak putus2 mendoakan anaknye ni. Azamku ingin membalas sebaiknya, insha Allah amin….mulakan yang terbaik dan bersungguh sebagai hamba dan penuntutnya, Allahu Akhbar!!

Khamis, 11 November 2010

~KENAPA YE?~?? OH TERTIPU LAGI =(

Bismillahirrahmanirrahim…. Mulakan dengan menyebut nama-Nya. Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah… biar hanya menulis, hanya membaca, agar terdetik di hati kalimah Agung ni.

Bagaimana rasa ketika menyebut nama “ALLAH”?. Diri tidak dapat merasa apa2, diri tak dapat faham apa2, tidak dapat merasa apa2 kenapa ye? Kata cintakan Allah… tapi betul memang tak dapat rasa apa2 sekarang.

Ya Allah.. diri tak dapat kembali apa yang dikatakan cinta Allah… aduh, nape camni? Hipokrit betul, sibuk kata cinta Allah, tapi hakikat tak dapat rasanya =( malunye, cane nak berhadapan dengan-Mu, dengan apa yang telah dikata tapi tak tercapai?.


Muhasabah la kembali, betul ke dapat rasa nikmat cinta Allah? Kalau beribadat masih tak terasa manis, tak rasa tenang, tak rasa khusyu’, tak rasa takut, sedih, tak memberi tumpuan sepenuhnya ketika menghadap-Nya.

Betul, tetiba tak dapat rasa semua tu. Ya Allah rupanya diri telah tertipu… tertipu dengan mainan dunia, astaghfirullah.. Macam mane boleh tak perasaan keadaan ni, di mana tidak tahu menilai mane yang benar dan yang sepatutnya.

Diri sibuk dengan hal dunia yang dianggap benar. Rasa seperti berjuang di jalan Allah, tapi sebenarnya kelazatan sebenar telah hilang. Mane perginya? Memang tak sedar. Kelakar betul dalam solat pun fikiran boleh memikirkan perkara lain. Aduh beberapa kali di ulang kembali masih tak boleh. =(
Kenapa ni? Bacaan dalam solat tak betul, rakaat lupa yang keberapa, bacaan dalam solat tak dapat dihayati. Setiap kali al-fatifah dibaca macam tak sedar dah habis baca. Tahu2 dah tahiyat akhir. Betul ke ni? =(
Uish diterima ke solat macam ni, buat sedar macam tak sedar je? Kalau tak terima amalan solat ni, maka berapa lama masa azab dalam neraka nanti?? Ya Allah.. macam mane ni.. bila tadah tangan berdoa, macam takde filing je. Laju2 je cakap doa dalam bahasa arab. sebagai rutin harian je. Memang takde rasa pape. Nape ye?
Oh mesti ada yang salah ni, mesti ada punca. Jadi fikir2 balik…. Fikiran ni datang mase datangnye masalah yang menimpa diri. Bila timbulnya musibah pada diri baru nak ingat ALLAH.. ingat bile ada keluhan hadapi masalah yang dihadapi.

Jika diri lalai, maknanye ada dosa yang dilakukan. Astaghfirullah… Rupanya hati ni dah banyak lalai, banyak leka. Leka dengan keseronokan dunia. Banyak sangat keseronok zaman siber yang canggih dan moden ni. Banyak sangat kemudahan, hiburan dan pelbagai aktiviti yang boleh buat.

Antaranya “face book” haa.. benda ni yang cuba diri anti dulu. Berat menerima sumber yahudi. Tapi last2 terjebak jugak. Zaman IT yang mudah berkomunikasi untuk kemudahan bersosial sesama masyarakat, memang ada baik dan buruk. Tapi sebenanye bagi diri lebih kepada keburukkan.

Memandangkan perhubungan organisasi kelas perlu menggunakannya sebagai maklumat, jadi diri terpaksa terjebak. Rupe2nye bukan hal itu saja tapi melebihi yang sepatutnya. Berchat2 dengan teman sampai leka dan lupa. Ya Allah, baru sedar.

Cerita ni bukan saje2 cakap dan nak tulis tapi untuk peringatan diri sendiri. Biar dibaca direnung.

Sebenarnya adalah lebih baik bagi diri yang tidak kuat hadapi keseronokkan dunia ni dengan menghindari dari terjebak. Iaitu dengan menjaga diri sendiri. Tidak terlalu bersosial, bersuka2 walaupun mahu mencari tarbiah atau berdakwah. Pasti bisikan2 syaitan akan memerangkap jugak.

Contohnya, telah ketagih untuk sentiasa online. Online setiap hari, komen macam2, email macam2 sehingga yang tak penting, sehingga terabai hak Allah, hubungan dengan Allah tak jaga, maruah ikhtilat lelaki perempuan tak jaga. Itulah diri yang terpedaya.

Nasib masih boleh tersedar, bila adanya musibah lain menerpa. Baru nak rintih betul2, baru ingat Dia. Memang malu betul diri yang selalu menipu pada-Nya. =(
Jadi, perlu kembali kepada “ TAZKIAH NAFS”, pembersihan hati. Perlunya takhalli sebelum tahalli. “TAKHALLI” adalah mengosongkan diri daripada sifat keburukan.” TAHALLI”pula mengisi diri dengan kebaikkan. Inilah sewajarnya.

Perlu kepada “BERUZLAH”, iaitu menyendiri. Ianya merupakan sunnah Rasulullah yang suka berseorangan, “BERKHALWAH” dengan Allah. Bertadabburlah dengan Allah kembali, hidup cuma untuk Allah. Untuk ibadah pada-Nya.

Masakan boleh mementingkan hal daripada TAQARRUB pada Allah? Boleh duduk berjam2 menghadap internet dari duduk di tikar sembahyang menumpu pada Allah? Rugi betul kalau tahu nikmat mana yang lebih penting tak kan berbuat demikian.

Bila dah meninggal kembali pada Allah, Allah tunjukkan amalan kita yang sedikit dan lalai tu. Ya Allah masa tu baru diri rasa RUGI…. Sangat rugi… dengan tidak selalu zikir pada-Nya. Sampai baru nak merayu2 pada Allah, “ ya Allah tolong kembalikan aku ke dunia… aku nak beribadah banyak2 pada-MU. Tak nak hiraukan keseronokan dunia, tak nak terlibat langsung pun”. Tapi tak boleh,dah terlambat. Maka perasaan rugi menyelubungi tanpa henti2 masa tu.

Jadi kesedaran yang ada ni kenalah hargai, untuk istiqamah pada-Nya. Sebenarnya sungguh nikmat orang yang berkeseorangan daripada bersosial. Sungguh nikmat orang yang mementingkan Allah. Untuk mendapat cinta Allah, tak kan isi dengan kecintaan keseronokkan dunia yang menipu. Sebagaimana tindakan wali2 Allah, kekasih-Nya menyendiri dari ragam manusia.

Jadi mulai sekarang diri kenalah berubah. Berubah untuk betul2 tumpu pada Allah. Jika tidak mampu dalam tarbiah, tidak mahu terleka dari asal niat untuk berdakwah, maka lebih baik tinggalkan daripada diri yang dipengaruhi budaya tak sehat.

Ok sekarang buat sesuatu yang penting saja. Dan jangan se2kali terlebih. Mesti buat bersandar pada Allah. Jangan ikutkan kata nafsu, tapi ikutlah kata hati yang tidak senang dan gelisah, pasti ada jawapan. Barulah tenang.. terima kasih ya Allah bagi hidayah kembali pada diri yang tak putus2 meminta. Janganlah tarik nikmat cintakan-Mu lagi, janganlah biarkan terleka lagi. Sanggup menghadapi musibah kalau itulah yang dapat mengingatkan diri kembali pada-Mu, daripada Kau biarkan aku terleka. Terima kasih banyak2……………….

p/s: Cuti semester bermula, maka masa ni la peluang ISLAH NAFS kembali (“_,). Perlu mengekang nafsu sebaiknya. Dari berhubung dengan keseronokkan dunia. Sibukkan dengan hal akhirat Insha Allah. Moga dipertemukan kembali pada jalan tarbiah ni, amin.

Selasa, 9 November 2010

belajar lagi...

Dengan nama Allah yang Maha Agung, ya Rahman.. ya Rahim.. ya Fattah.. Ya ‘Alim… dan banyak lagi nama2 Allah yang Maha Agung sekali. Serulah selalu nama2 Allah, bukan hanya mengenali nama “Allah” sahaja. Tanda kita cinta Dia, hendaklah selalu menyeru nama-Nya yang lain. Ianya banyak fadilatnya bila diamalkan.

Serulah ketika berdoa, berdoa dengan penuh mengharap pada-Nya, merintih dan bersungguh2 meminta. Pasti Dia akan makbulkan sama ada segera atau ditangguhkan hingga ke syurga.

Alhamdulillah, tamat exam paper kajian hadis tadi maka selesailah peperiksaan akhir semester ni. Salah satu hadis yang dipelajari seperti berikut maksudnya :
Rasulullah telah bersabda “ perbandingan apa yang Allah utuskan aku dari pertunjuk dan ilmu adalah seperti hujan lebat yang menimpa bumi. Ada di antara bumi itu yang subur lagi boleh menerima air lalu ia menumbuhkan tumbuh2han dan rumput. Ada pula bumi itu yang keras yang tidak boleh menumbuhkan tumbuh2han tetapi ia boleh mnakung air, manusia mendapat manfaat darinya, mereka minum, memberi minum, dan menggunakan untuk pertanian. Ada pula bumi yang rata, keras dan licin, ia tidak boleh menakung air dan tidak boleh menumbuhkan tumbuh2han”
Begitulah perbandingan terhadap penerimaan ilmu Allah terdapat tiga golongan.

Pertama, golongan yang mendapat ilmu itu daripada Rasulullah s.a.w, dapat mengambil istinbat dari ilmu itu ( memahaminya ) dan beramal dengannya dan menyampaikkannya kepada orang lain.. ini adalah golongan yang beruntung dan mempunyai banyak pahala

Kedua, golongan yang mendapat ilmu dari Rasulullah s.a.w, tidak dapat mengambil istinbat dari ilmu itu tetapi dia menyampaikannya kepada orang lain. Juga beruntung jikala orang yang menerimanya lagi faqih padanya dan disampaikan pada yang lain.

Golongan ketiga, yang tidak mendapat ilmu daripada Rasulullah s.a.w, dan tidak dapat menyampaikkanya pada yang lain. Ini adalah golongan yang betul2 rugi.
Jadi moga kita menjadi golongan yang pertama, mudahan…amin. Tetapi apabila direnung, bahawa ilmu yang diperolehi sukar untuk diamalkan. Semakin bertambah limu adakah semakin kita mengamalkannya?? adakah semakin kita mengenal Allah, dan semakin mentaatinya?

Hmm, memang selalu lupa lagi. Cuba bandingkan zaman dahulu mereka yang belajar ilmu mengamalkannya, menjadi semakin masyarakat yang bertamadun. Tetapi sekarang berbeza. Ramai yang tahu tentang sesuatu tetapi tidak laksanakan. Contoh, kita belajar banyak hadis dan memahami tapi tidak berkesan pada diri, sehingga dilupakan..

Ye diri nasaya ( pelupa ) sifat manusia. Sibuk membahaskan perkara furu’,sehingga lupa yang sewajibnya. Contoh juga, sebagai diri yang pandai berkata2, ingin tarbiah diri tapi betulkah mampu dengan jalan ini? Petunjuk adalah daripada Allah, Dia yang akan memberikan kepada sesiapa yang dikehendaki kerana-Nya lebih mengetahui.

Jadi diri perlu betul2 IKHLAS untuk mendapatnya. Perlu berusaha bersungguh2 dengan cara yang betul, seperti berguru yang betul2 memahami ilmu tersebut dan sekaligus mampu mendidik kita. Insya Allah… jauhi taqlid (mengikut sesuatu tanpa pelajari). Belajar tanpa guru dikhuatiri sesat jalan. Na’uzubillahi min zalik…

Rabu, 3 November 2010

** coretan lagi ('^_^") **


Assalamualaikum warahmatullahi wabarrakatuh, ucapan salam diberikan bagi mendoakan kesejahteraan  seluruh umat Islam di bawah naungan  limpahan rahmat-Nya. Inilah ucapan salam yang  istimewa dianugerahkan hanya kepada kaum Muslim sahaja.  Mendoakan sebagai persaudaraan sesama Islam, maka lahirlah ukhwah islamiah mengeratkan silaturrahim padaNya.
Oleh itu, selalulah untuk mememberi salam kepada sesiapa walaupun tidak dikenali… dan membalas salamnya  kembali. Di akhir zaman ni, semakin kurangnya budaya memberi salam,jika benar, hanya pada yang dikenali sahaja. Malunya sekarang untuk mengucap kata2 rahmat ni,malah sehingga menjadi pelik kepada yang memberi salam dan salamnya diabaikan.
Memberi salam hendaklah betul, ungkapan yang benar menunjukkan maksud salam “ selamat” tersebut. Jika main2 takut tersalah maksudnya. Seperti sekarang banyak singkatan tanda mmberi salam. Semakin panjang doanya adalah lebih baik, Insha Allah..
Ana kembali mengisi kekosangan masa yang ada. Semasa peperiksaan final diberhenti seketika ini, Alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar, tinggal 1 paper untuk diperjuangkan. Moga diberi kekuatan lagi untuk menempuhnya.
Walaupun situasi ini seringku lalui namun masih sama dengan persepsiku dulu. Ya, macam2 rasa bila tiba waktu imtihan. Seperti  tidak boleh dibiasakan. Mungkin buat kali pertama di institusi baruku ini, lebih2 lagi perjalanannya agak berbeza. Kalau dulu, akan diberi tempoh balajar “study week” waktu cuti sebagai masa persediaan. Namun kali ini tidak berkesempatan, malah terus dengan ujian besar ni. Lebih hebat lagi, apabila melihat jadual antara examku tidak banyak jarak tempohnya. Berterusan sepanjang minggu  ni.
Hati, jiwa, fizikal dan pelbagai perasaan menempuhnya. Belajar disaat2 akhir,penghafalan yang banyak  lagi tidak diulang, menimbulkan keresahan semulajadiku. Namun, apabila merenung kembali, kenapa perlu  resah dengan ujian dunia yang sekejap ini..masih diulang2??, khuatir keresahan ini disebabkan perkara duniawi..takut menghadapinya di dunia yang nyata,bagaimana pula ujian yang lebih besar di akhirat yang tersembunyi tidak ketahui,tidak berasa resah? Astaghfirullah..takut jua diri ini tersalah niat menuntut ilmu, ianya bukanlah semata untuk ujian, tetapi hendaklah kerana Allah..kerana cinta ilmu sebagai pedoman hidup membawa ke arah-Nya. Insha Allah.
Bila adanya imtihan ini, barulah ku sedar apa yang telah dipelajari. Begitu lucunya ku baru dapat difahamkan, begitu gembiranya dengan ilmu-Mu, begitu beruntungnya dipilih untuk mempelajarinya, syukur ya Allah..anugerah-Mu ilmu untuk semakin menuju-Mu. Alhamdulillah..
Bila tamatnya peperiksaan akhir nanti, maka berakhirlah bagi semester ni. Hati juga merasakan sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Saat mula2 menjejak di bumi ini, saat bersama teman2 baru dan sesi pembelajaran yang banyak memberi  kenangan. Moga perjalanan seterusnya tidak disia2kan walau susah dan senang.
Pada 2 hb semalam telah selamat mengikuti program kelas ke yayasan restu.. melihat cara penulisan kalam Allah yang begitu unik, pelbagai cara, warna, corak yang sungguh menakjubkan. Maha Suci Allah yang memelihara al-Quran hingga kiamat. Sebagaimana susahnya zaman2 dahulu para2 sahabat untuk menjaga al-Quran, dengan menghafaz, menulis di batu di kulit binatang dan kemudian zaman Uthman r.a di himpunkannya menjadi satu mashaf iaitu sehingga sekrang dipanggil al-Quran mashaf uthmani..  begitu bersusah payahnya mereka, jadi kita zaman generasi ini kenalah hargainya. Menjaganya kembali, gunalah selalu kepada kebaikkan sebagai pedoman hidup. Hendaklah sentiasa membaca al-Quran setiap hari walau satu ayat. Janganlah kata tak sempat, buang masa, jemu, kerana ianya sungguh besar pahala apabila dibaca. Satu huruf sepuluh pahala, cube gabungkan jika dibaca banyak, untungkan untuk bekalan akhirat.
Al-Quran adalah khazanah peninggalan Rasulullah s.a.w yang amat bermakna. Sebagai syafaat kita di alam barzakh, al-Quranlah menemani kita menjawab soalan malaikat Mungkar Nakir dalam kubur yang menjadi penentu taman2 ke syurga atau neraka yang penuh azab. Jadi jangan pernah tinggal membacanya, bertadabbur memahaminya. Sungguh banyak pengajaran, dan disitulah kekuatan orang2 mukmin.
Dalam Quran pelbagai kisah sebagai pengajaran, hukum2 yang termaktub di dalamnya hendaklah dituruti kerana adalag dari Allah sendiri. Pelbagai konsep “tahrib wal taghrib” dalam Quran iaitu tahrib adalah ancaman2 Allah kepada hambanya yang melanggari perintah-Nya, diterangkan pelbagai balasan azab seperti neraka, na’uzubillai min zalik..moga dijauhi. Bila tahu kita akan berasa takut, dan akan taat. Insha Allah.. targhib pula adalah janji 2 Allah yang mengikuti suruhan-Nya. Seperti nikmat syurga yang tak terhingga.
Bilamana dihayati kita akan menjauhi larangan-nya dan terdorong pada kebaikkan. Tapi janganlah hanya kerana ini sebabnya, tapi biarlah membacanya kerana cinta akan kata2-Nya sebagai tarbiah diri bukan kerana pahala semata. Oleh itu lihatlah kembali pada sumber pertama ni ye, mesti tidak sesat dan akan mendapat petunjuk darinya.
Begitulah kasih Allah memberi kitab-Nya yang sempurna sebagai pembimbing kita, Pemurah-Nya dengan pahala, pembantu syafaat kelak, jadi jangan dipersiakan pemberian Allah ni wahai diriku yang lupa. Ok, ana nak siap2 balik ke kampung halaman menatap wajah ibunda tercinta, moga perjalanan selamat sampai. Sekian, harap dapat manfaatnya. Ilal liqa….

Selasa, 2 November 2010

..:MERENUNG KEMBALI:..

Assalamualaikum warahmatullah…

Ucapan salamku kembali lagi…. Alhamdulillah…masih diberi kesempatan bertaubat, beribadah pada-Nya, menikmati perjuangan hidup di dunia fana ini… dalam menempuh kembara insan menuju-Nya.. Kenalilah Allah..untuk mendapat cinta-Nya. Sering didengari, “jika tidak kenal maka tidak cinta…”. Jadi memang perlu tidak jemu2 menuju untuk mengenaliNya…
Bersyukur apabila Allah beri nikmat penglihatan ni..tangan yang boleh bergerak, boleh menekan, menaip di laptop ni…berhasil untuk mencari tarbiah lagi… terima kasih ya Allah… (^^,).

Maaf tidak dapat selalu untuk menupdate blog ni atas beberapa masyaqqah. Melihat kembali blog ana begitu serabut kan? Bersepah dan berwarna-warni…hehe.. hmm terlebih dahulu ingin dikatakan,adalah kehendak ana..maaf bagi sesiapa yang melihatnya, yang tidak menyenanginya…
Berblogger adalah pilihan diri, jadi lebih selesa dengan hasil sendiri… bukan untuk menjadi blogg yang terbaik. Jadi, ana lebih suka untuk berwarna warni, walaupun kadang2 sakit mata memandangnya.

Warna adalah cipataan dari Allah Subhanahu Wata’ala… kesemuanya milik-Nya.. marilah kita merenung kembali ciptaan-Nya yang sungguh banyak tak terhingga. Hal ini kerana, wasilah perantaraan untuk mengenal Allah ada dua, iaitu pertama melihat dan berfikir tentang kejadian ciptaan-Nya di dunia ini yang boleh kita rasa melalui pancaindera. Kedua mengenali dan menghayati sifat2 Allah dan nama2- Nya yang indah dan banyak sekali bukan setakat 99 sahaja menurut hadis, malah lebih lagi..

Tak usah lihat jauh2… lihat di blog ana sudah cukup, cuba lihat hasil lukisan di atas: langit ciptaan-Nya yang luas membentang tanpa tiang menegakkannya, sungguh ajaib kan? Ada pula awan2 memutih berkepul2 boleh terapung atas sana? Dan awan tu yang kita faham sunggug banyak fungsi pekerjaannya. Awanlah yang menampung air yang telah disejat di bumi dan akan turun kembali sebagai hujan… Maha canggih Allah buat proses ni kan?

Dan selepas hujan, maka terhasillah pelbagai sumber di bumi ni dengan adanya keperluan air tadi.. maka tumbuhlah pelbagai jenis hidupan, tumbuh-tumbuhan yang seperti dalam blog ni berwarna kehijauan, Maha Agung Allah lagi…. Hebatkan? Hal ini banyak diceritakan dalam al-Quran Allah yang selalu berfirman maksudnya “ apakah kamu tidak mahu berfikir?” “ apakah kamu tidak mahu mengetahuinya?” dan banyak lagi kata2 Allah pada hamba-Nya.

Banyak lagi yang boleh direnungkan, kesemuanya akan kembali berasal daripada Allah.. hmm banyakkan kita guna nikmatnya, semua pinjaman Dia kepada kita free tanpa bayaran. Begitu Maha Pemurah Allah kepada kita. Jadi, kenalah balas balik nikmat ni dengan sentiasa bersyukur kepada-Nya. Bagaimana tanda syukur? Takkkan cakap sahaja, kenalah dengan amalan sekali. Iaitu hendaklah patuh dan taat pada suruhan dan larangan-Nya. Insha Allah..

Begitulah perjalanan untuk menuju cinta hakiki ni, iaitu cinta yang sebenar-benarnya ( cinta Allah ). Bila kita dah kenal akan keagungan-Nya, kita akan sayang dan terus menjaga hubungan teragung ni tanpa sebarang gangguan. Tiada cinta yang boleh menandingi kehebatan cinta untuk-Nya, dan cinta yang diberi Allah pada kita sentiasa dibalas-Nya. Kerana kesemuanya ada hikmah Cuma kita sahaja yang perlu pandai menilai. Mestilah husnul zhon ( bersangka baik ) pada Allah.^^

Perkara inilah yang dilakukan oleh hamba2 dan kekasih2 pilihan-Nya untuk mencapai tahap makrifat ini. Seperti wali2 Allah, golongan2 sufi, alim ulama dan yang sentiasa dahagakan pencarian cinta-Nya. Bila dah dapat akan terasa nikmat… yang hanya dapat dirasakan oleh pengalaman sendiri. Itu adalah dipanggil dhauk.. sesuatu zauk yang bila dirasa akan memberi katenangan diri yang teramat…

Itulah cita2 tertinggi untuk dikecapi.. apabila sudah memilikinya, sudah memadai, tidak sibuk dengan hal yang lain.. mampukah diri ini? Ya Allah berilah aku walaupun sedikit rasa nikmat itu, amin. Jadi marilah kita bersama menuju mencari cinta hakiki ni… Insha Allah mudah2han… berhasil.

Rabu, 20 Oktober 2010

MARI MENGORAK LANGKAH PERUBAHAN ( "^_^,)

Salam sejahtera, di atas nikmat kurniaan Allah yang banyak pada kita.... Alhamdulillah...syukur lebih2 lagi nikmat Islam dn iman yang di anugerahkan.... moga berkekalan hingga ke liang lahad. Amin...

Kali ini ingin berkongsi sikit untuk perjalanan hidup yang sihat.... memandangkan diri ini selalu alpa, jadi timbul semangat untuk diperbaiki...
Allah jadikan kita manusia sebagai khalifah di muka bumi-Nya agar mentadbir dengan baik... jadi sudah berbuat demikiankah? Ana slalu lupe.. lupa dengan jadual yang tak terurus... bila mana menyedari akan kepentingan masa dan segala perbuatan ni dimuhasabahkan, barulah terasa ruginya..
Jom kita renew balik cara hidup kita.. 

Pertama, kita hendaklah pastikan aqidah kita betul2 mantap! Iaitu beriman pada Allah dan Rasul.. dan rukun2 iman yang lain..jadikan Allah di dalam hati segala kelakuan kita.. sama ada berjalan, baring, tido, duduk dan apa2 cara sekalipun..selitlah dengan mengingatiNya keran akan tenang..basahkan bibir dengan zikir,kalau tak basah pun, sampai hati, jantung kita berdegup selari dengan kalimah Allah..yakni INGAT ALLAH selalu... baru rasa semangat bersama Allah..pasti Dia bantu.

Kedua, tanda cinta pada Allah hendaklah lakukan segala suruhanNYA dan jauhilah laranganNya.. orang beriman mesti melakukan perbuatan solih,untuk membuktikan keimanannya.. jaga rukun Islam, solat yang utama..hablul minallah..( hubungan dengan Allah), balajarlah untuk khusyu’,cuba sedaya upaya, kerana zaman kita ni memang sukar untuk diterima solat yang sempurna, tapi tak mustahil...tumpu betul2 n usaha.. cara2 khusyu’ kena tahu..cuba kecapi. Antaranya, kena hayati bacaan dalam solat,maknanya, barulah faham apa yang dilafazkan.. surah al-Fatihah sungguh banyak maksudnya jika difahami betul2. Anggaplah setiap kali solat itu yang terakhir.. anggap kita bribadat seperti nampak Tuhan,jika tak dapat juga cukuplah anggap Allah selalu perhatikan kita..ni adalah makna ehsan. Jadi diri akan takut dan tawadu’ pada Allah kan, rasa hina..sangat. haraplah agar solat dan segala amalan diterima ALLAH.. amin.

Ketiga, perbaiki akhlak kita agar menjadi yang baik2 ^_^,. Akhlak adalah sesuatu kebaikkan..bila dipandang orang akan suka,tapi kalau tak jaga akhlak orang mestilah tak suka..ianya seperti beradab,sopan, santun,baik hati, ramah, suka bantu orang, berkata baik dan lemah lembut, dan banyak lagi..
Keempat, isilah masa kita dengan menuntut ilmu.. ilmu itu sangatlah berguna di dunia dan akhirat... sungguh tinggi darjat orang yang menuntut ilmu, para malaikat mendoakannya, ikan di lautan mendoakan agar dihapus dosanya, mengalahi bintang yang berkelipan di langit, dan seluruh alam bertasbih untuknya..Subhanallah.. maha agung Allah begitu besar kurniaan Allah. Sabda nabi juga, orang yang bersusah2 di jalan menuntut ilmu Allah,akan dipermudahkan jalan ke syurga..amin..jadi bersabarlah ketika menuntut ea.
Kelima, pastikan tubuh badan kita sihat..jauhi penyakit yang membahayakan dan yang boleh memudaratkan. Tubuh yang sihat untuk otak yang cergas! Jadi kita mudah lakukan segalanya dengan selesa. Bersukanlah, kerana riadah juga dituntun dalam Islam. Tapi hendaklah mengikut syariatnya,jaga batasan,aurat, pakaian..moga diredhai ALLAH.

Keenam, mampu berdikari.. berdikari iaitu mampu menjaga diri walaupun keseorangan.. dapat menyesuaikan diri, sentiasa istiqamah di jalanNya. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran, hadapilah dengan tenang dan sabar..iainya akan menghasilkan kematangan, sifat reda pada Allah, dan menjadikan pengalaman sebagai pengajaran..

Ketujuh, bertungkus-lumuslah melawan nafsu. Nafsu sungguh degil dan tak akan puas! Kehendak nafsu yang jahat jangan dituruti...akan mengundang padah! Nafsu dalam akhlak tasauf yang ana belajar adalah dari salah satu cabang diri manusia yang terdiri daripada al-hawa, natiqah dan al-qalbu. Al-hawa dipecahkan kepada al-syahwa ( kemahuan ) dan al-ghadabiyyah ( kemarahan). Tapi kedua2 nya boleh dikawal dan ke arah kebaikkan,menjadi kehidupan yang normal. Manakala nafsu terdapat 3 jenis iaitu al-amarah (kemarahan ) yang bermaksud, lebih dikuasai keburukan. Kedua al-mutmainnah ( ketengangan ) iaitu, dikuasai oleh kebaikkan dan akhir al-lawwamah yang bermaksud sama kuat nafsu antara baik dan buruk. Jadi tentulah nafsu mana kita sekarang dan perbaiki untuk mendapat nafsu mutmainnah,Insha Allah..

Kelapan, hendaklah menjaga masa.. pelbagai ungkapan yang menunjukkan masa itu penting. “masa bagaikan emas” bagaikan pedang” yang perlu dimanfaatkan. Habiskanlah sehabis baik dengan betul..tanpa membuang masa melakukan sia2 dan leka.

Kesembilan,dikaitkan dengan tersusun segala urusan. Iaitu merancang segala aktiviti harian kita. Susun dengan baik mengikut kepentingannya. Dahulukan yang perlu diaulakan.

Kesepuluh,jadilah kita agar bermanfaat pada orang lain. Banyak cara yang boleh dilakukan. Dengan membantu orang, menunaikan hajat orang lain sungguh mulia dan baik balasannya. Hiduplah bermasyarakat, salami mereka yang memerlukan pertolongan. Jadilah yang prihatin pada yang lain, sesungguhnya umat Islam itu bersaudara, Allah suka dengan mereka yang merepatkan silaturrahim..

Insha Allah, tips2 ini akan cuba di amalkan pada diri yang serba kekurangan ini. Moga menjadi pegangan hidup kita agar sentisa di landasan yang benar.. marilah sahut untuk khalifah yang sempurna! Walau sukar tapi tak mustahil...berdoalah yang terbaik,mahu jadi yang paling baik kerana doa adalah usaha juga selepas tawakkal, Allah akan maqbulkan bagi hamba yang meminta, amin... wallahu’alam. (“^_^,)

~ perkongsian yg lain~