~Yang Budiman~

Jumaat, 30 April 2010

kata2 terakhirku.... selamat tinggal UDM

Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH Tuhan yang satu yang perlu disembah dan ditaati sekalian makhlukNya. Maha suci ALLAH dari segala sifat kekurangan. Maha Agung ALLAH dengan kebesaranNya yang tak terhitung kekuasaanNya. Mulakanlah dengan mengingatiNya, memujiNya.

Pada 27 hb april 2010, maka berakhirlah peperiksaan bagi semester 6 bagi kos ana. Alhamdulillah semua berjalan lancar, terima kasih ya ALLAH permudahkan urusanku. Dan nampaknya sudah masa diri ini meniggalkan bumi UDM kampus ( KUSZA ) ni.
Pada 28 hb, majlis terakhir bersama rakan2 kelas amat memilukan hati walaupun sukar dizahirkan. Ucapan terakhir dari sahabat- sahabiah, salam ukhwah terakhir menjadi memori…. Wahai sahabatku, ana minta maaf segala kekhilafan yang tak disengajakan, fitrah manusia yang tak sempurna pasti ada kesilapan. Halalkan makan minum yang pernah ana nikmati bersama, dan segala hal yang janganlah sampai dituntut di akhirat kelak. Mohon sangat2…….

Pada 29 hb, ana dan rakan2 sibuk menguruskan hal yang belum diusruskan. Segala persiapan terakhir sebelum berangkat pulang. Menguruskan borang hutang, borang transkrip yang amat memenatkan. Kami seolah2 menjelajah UDM buat kali terakhir. Dari pejabat bendahari, ke pejabat akademik, terus ke perpustakaan untuk pengesahan. Masa ni ada sahabat ana tidak berpuas hati dengan pengurusan di situ. Kami diminta membayar semua hutang kelewatan pulang dan sebagainya. Alahamdulillah ana Cuma kena RM 0.70 je. Tapi sahabat ana yang seingatnya semua buku telah dihantar dikatakan belum menghantar satu buku, dikenakan RM 4 lebih. Dengan hati yang kecewa terpaksa dilangsaikan.

Kemudian terus ke pejabat asrama baru untuk pengesahan seterusnya dan kembali ke pejabat bendahari dan pejabat akademik untuk penyerahan borang. Alhamdulillah segalanya sudah selesai, kaki yang penat menapak terus berehat di bilik. Tapi sampai je dalam bilik ku lihat barang2 yang belum seap dikemaskan dan banyak, entah bagaimana perlu di bawa pulang. Ana terpaksa megepos hanya satu kotak yang mampu untuk bajet duet.

Terkenang sahabat2 yang masing2 keluarga datang menjemput, bestnyer… ana terpaksa balik naik bas yang telah menjadi kebiasaanku. Sapa yang ingin menjemput, saudara2 ku sibuk dan tiada siapa yang boleh. Alhamdulillah ada sahabat yang sudi untuk menumpangkan beg bagasi ana yang begitu besar, terima kasih. Kesusahan ini bagiku sudah lali dengan hidupku tanpa ayah sejak usiaku 2 bulan lagi. Kemana2 tempat kadang2 terpaksa ku tuju sendiri.

Tapi bila tahu masalah2 sahabat lain rupanya lagi berat dariku. Ada yang belum hantar tesis, tesis ditolak musyrif, kena marah, ada yang baru nak seapkan tesis, musyrif tegas dan sebagainya…ana bersyukur kerana tesis telah dihantar dan diterima. Fuh, jenuh jugak siapkan. Moga keputusan memuaskan. Tajuk “ khauf wa raja’ I’ndal sufi” yang disarankan oleh Dr.Manam menjadi banyak pengajaran dalam diri ini, yang mana sifat hamba yang perlu ada terhadap ALLAH.

30 hb, hari ini ana akan berangkat pulang ke kampung yang dirindui…tak sabar menatap ibunda yang dicintai, dialah ayah dan ibuku….pengorbanannya tak terkira memelihara kami. Ya ALLAH panjanglah umurnya untuk ku balas jasanya, rahmatilah ibu dunia akhirat…sepanjang masa yang ada ni akan ku baktikan pada mu.. di rumah tak sabar menanti kelahiran anak buahku yang ke tiga. Mungkin tugasku untuk menjaganya nanti sebelum dipanggil mana2 tawaran. Dan mungkin hari2 yang berikutnya ana terpaksa tempuh penuh debar, untuk sesuatu kepastian…apa ya?? Ya,hala tujuku selepas ini. Bagaimana? Ya ALLAH, ku harapkan yang baik2… yang dapat meningkatkan tahap cinta padaMu, bukan yang jauh dariMu,perkenankanlah….amin.

Pada sahabat2 sekalian, kuatkan semangat dalam segala hal. Jangan pernah lupakan tujuan kita hidup di dunia fana ni, kita punya misi seterusnya. Di mana akan dinilai di alam abadi…. Moga kita dapat bersua kembali, penuh dengan kemenangan hakiki…
Jangan pernah lupa Dia ALLAH bersamamu. Ingatilah Dia dalam segala halmu, jagalah haknya, lakukan segalanya keranaNya, kerana kasih dan cinta kita yang teramat2 padanya…dengan ilmu yang dipelajari tentangNya bagi memantapkan lagi aqidah pegangan dan prinsip kita. Pasti dirimu kan tenang bahagia….buat diriku yang dhaif juga. InsyaALLAH… amin.JUMPA LAGI.....

Wassalam (,”)

Sabtu, 17 April 2010

.....???? hatiku tidak tenang, sehari sebelum exam =(

Ya ALLAH… Nape tak dapat tumpuan murajaah ni? Kadang2 sambil lewe je blaja. Mengenangkan minggu “study week” minggu blaja, jadi kenalah blaja…minggu ni jeke? Oh untuk persediaan imtihan besar, final exam…. Kenapa? Mestilah nak success cemerlang…. Dapat pointer tinggi, nak dapatkan DL “ dean list” sebab ape, untuk pengi’tirafan..penat lelah mentalaah bersungguh2 mestilah nak dapat hasil, habuan… bertuah sape dapatkan, sejuk perut mak mengandung anaknye Berjaya… betul ke itu tujuannya? itu ke istilah Berjaya yang difaham? Bagaimana pendapat anda???
Ya, secara amnya begitulah fahaman kebanyakkan kita, kejayaan itu Nampak dengan hasil yang diperolehi. Segulung sijil kecemerlangan dalam genggaman. Pelbagai tujuan dan matlamat setiap yang memilikinya ada yang ke arah positif dan sebaliknya. Diriku terfikir……………………………..

Betul ke dah bejaya? Mungkin dari peperiksaan madah yg dipelajari kita lulus, di dewan peperiksaan masing2 seperti ustaz/ustazah memberi hujjah dengan rancak memberi jawapan seperti alim ulama’,bagai mufti yang mengeluarkan fatwa,sesetengahnya seperti professor, pakar mata-metik dan sains, serta cendiakawan yang mnguasai pelbagai ilmu. Namun adakah apa yang dipelajari, kita faham? Kita amalkan?dan adakah kita berazam untuk menghiaskan diri dengan keilmuan tersebut, dan sebarkan sama2 untuk dikongsi pada yang lain? Jika benar begitu, ana ucapkan tahniah!
Namun jika sebaliknya, mereka yg Berjaya tetapi tidak beramal dengan ilmunya, malah melanggar konsep yg dipelajari tanpa rasa salah. Itukah yg ingin dilahirkan sbagai graduan2 mahasiswa/wi?? Cuba lihat diri kita,begitukah? Jadi apa guna kita belajar kalau tak ingin amalkan? Penuntut yg sebenar2nya Berjaya adalah menojolkan dirinya sebagai orang yg berilmu, orang yg berilmu tidak akan melakukan perkara yg salah klau ia tahu perkara itu tidak baik. Org berilmu msti tahu membezakan baik bruk.
Tapi itu Cuma di sisi manusia, bagaimana pula pandangan “al-Khaliq” Pencipta kita pada kejayaan itu sebenar? Dia jdikan kita untuk ibadah semata, kalifah yg mentadbir bukan membinasakan. BagiNyA, semua hambaNya adalah sama, yang membezakan adalah tahap “iman dan taqwa”. Di mana bekal pelaburan yang akan dibawa di akhirat kelak. Bukan result CGPA yg tinggi yang dapat menjawab soalan mungkar nakir di alam barzakh, bukan sbagai syafaat di padang mahsyar penuh penyiksaan, dan laluan titian sirat yg mencabar. Cuma bekalan amalan soleh yg dapat membantu kita kelak, jadi sudah berjayakah kita sekarang?
Jadi mari bersama fikir2kan…ada yg Berjaya, tapi akhlak tak jaga...belajar agama, tpi masih lakukan yg haram bercouple,dating,pergaulan bebas shinggakan perbuatan terkutuk.tidak hiraukan balasan ALLAH.bnyak berita2 skrang mnunjukkan kejatuhan moral sperti mnusia yg tak bertamadun.
Jangan jadikan keilmuan pengetahuan kita sbagai istidraj drpda Allah, kita dianggap alim,cerdik pandai,tahu banyak perkara tapi tak taat padaNya..kerna org alim itu dahulu akan dipersoalkan kelak di akhirat. “ orang yg jahil tak tahu apa2 lebih baik dari orang yang alim tpi tak beramal ” alim lebih azab seksaannya dri mereka yg tak tahu apa2. Ya ALLAH risaunye diri ini….mari sahabat2 kita azam mempratikkan ilmu, berdoa padaNya yg membolak-balikkan hati agar kekal dengan ketaatan dalam beragama.InsyALLAH…..Amin.

Selasa, 13 April 2010

+ perbincangan usrahku... +

Seperti biasa, selepas subuh berjemaah di surau, ustazah ( salah seorang pensyarah FKI ) berkongsikan ayat quran yang hendak dihuraikan , kebetulan imam membacakan surah yang sama Al-baqarah tak silap ana, mengenai pertukaran kiblat dari masjidil Aqso kepada kiblatkan ka’bah di makkah tika ini.

Ustazah menyoal kami, kenapa Allah turunkan wahyu menukar kiblat? Seperti biasa, jawapan kami tidak menepati jawapan yang dikehendaki. Jadi ustazah mengatakan kerana masjidil Aqso adalah dianggap tempat suci bagi kebanyakkan penganut.seperti sekarang kita melihat pertingkahan manusia yang ingin menguasai daerah palestin tersebut. Jadi hikmah pertukaran kiblat Allah itu maha mengetahui dan natijahnya kelak, kerana tidak mahu hambanya kesukaran beribadat yang diwajibkan…

Tambah ustazah… “tapi sekarang kita umat Islam tak sedar telah dijajah oleh yahudi sekarang” walau kita berjaya mempertahankan Negara kita.
Ya, ana setuju bab ni, jajahan yang halus bukan secara zahirnya tapi penuh strategi menyeludupi setiap jiwa manusia. Menjadikan jiwa yang lalai, kehidupan cara ajaran Islam itu tidak diserlahkan malah diselewengkan…penuh kemungkaran mengikut budaya penjajah. Nau’zubillah…

Mengapa boleh jadi begini? Kalian mesti tahu antara sebabnya yang pelbagai factor. Cuma kita tidak tergerak atau sukar untuk memperbaikinya..lihat sajalah disekeliling kita,tak perlu lihat jauh2 depan mata je boleh lihat kemaksiatan pada ALLAH, hokum halal dan haram tidak lagi dihiraukan setiap tindakan kita. Kami diingatkan ustazah lagi, “ ingat, hokum melaksanakan amar ma’ruf,nahi munkar itu adalah wajib, kalau kita tak bertanggugjawab menegur, kita akan dipersoalkan di akhirat kelak, orang2 yang kita biarkan itu akan menarik kita turut menerima azab, menghalang kita ke syurga ALLAH…” ya ALLAH, naik bulu roma ana dengar peringatan ustazah tu.

Ya betul kata ustazah, kami tahu dan kami teringin laksanakannya. Tapi sifat kami yang belum mantap dengan mauizatul hasanah dalam tegurun secara hikmah tersebut membuatkan kami tidak mampu berbuat demikian. Sedih dan takut di hati menjadi tidak tenang kami hari itu, namun ustazah ada menerangkan beberapa cara teguran sebagaimana kita tahu melalui 3 konsep, kuasa, lisan dan selemah2nya benci di hati kemungkaran tersebut dan berdoalah agar mendapat petunjukk Ilahi…

Menarik di sini apabila mendengarkan kisah beberapa pengalaman ustazah di institut pengajiannya dulu tentang penubuhan kelab munkar dimana tugasnya menegur kesalahan pelajar, lucu pun ada dari ceritanya. Kami jadi bersemangat,dan teringin juga dilaksanakan di kampus ni. Ustazah juga cerita dimana dia sekarang sedang mentarbiah seorang saudara baru yang telah kembali pada fitrah Islam. Alhamdulillah… kami ingin perbaiki diri ini, ya ALLAH berilah kami kekuatan sebagaimana kekasihMu Rasulullah… amin.

contohilah sifat ahli sufi

Kisah orang kaya dan seorang sufi

Pada suatu hari, seorang lelaki kaya telah bertemu dengan seorang sufi yang berpakaian compang -camping. Dia kelihatan terlalu miskin. Orang kaya berasa kasihan, lalu dia menyedekahkan sejumlah wang kepada sufi. Setelah mendapat wang itu, si sufi memandang muka orang kaya itu dan bertanya, “ apakah tuan mahukan wang lagi sekiranya tuan berpeluang untuk memilikinya?” orang kaya itu menjawab, “ sudah tentu aku mahu.” Si sufi pun membalas, “ kalau begitu, ambillah semula wang ini kerana tuan sebenarnya lebih miskin daripada saya. Tuan masih perlukan wang, sedangkan saya tidak memerlukannya.”

Allahuakhbar..... sungguh tinggi penghayatan ahli sufi tersebut, harta benda dan kekayaan bukanlah tujuannya yang ingin dikecapi, malah sanggup berkorban miskin tidak mengejar kekayaan kerana itulah sebaik2 nikmat untuk mendapat cinta ALLAH d hati...

tambahan lagi, salah satu jalan menuju ALLAH adalah mesti bersifat zuhud iaitu tidak mengambil sepenuhnya, berseronok2 dengan nikmat di dunia yang sementara.... tapi mahukan nikmat yang kekal abadi di akhirat kelak..... mampukah?? mari muhasabahkannya =(

++ Rasa Bertuhan ++


Kalau manusia mengenali Tuhannya…
Hancur luluh hatinya, lembutlah jiwanya , tak sempat mengingati perkara yang lain, Hati dan jiwanya, semata-mata terpaku dengan Tuhannya….

Jika manusia mngenali kehebatan, keagungan Tuhannya, Kecutlah perutnya, kalau manusia sentiasa sedar…. Pendengaran, penglihatan, dan pengetahuanNyA…
Manusia tidak mudah dekat dengan Tuhannya, Kalau mudah, nescaya manusia itu tawaduk merendah diri di bumi Tuhannya…

Jika manusia rasa bertuhan, Hidup di hatinya, matilah angan-angan, takut pun datang menerpa di hatinya… Manusia akan sibuk dengan dirinya, tak sempat memikirkan diri orang lain, Takut dan bimbang, sampai tak sempat mengumpat.

Aduh kalau Tuhan….sentiasa di hati, Perasaan bertuhan mencengkam di hati… Mengenang pula nikmat….nikmat Tuhan yang banyak… Bertambah perasaan, cinta dan takut… Cinta kerana nikmat dan kasih sayangNya, Takut kalau nikmat… ditarik semula… Takut kalau terbuat dosa akan diazabNya…. ALLAH =(

Begitulah kalau seseorang hamba, mengenali Tuhannya…. Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya, dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya… Sekalipun dunia di tapak tangannya…
Moga kita hidup sentiasa “rasa bertuhan” InsyaALLAH….

Isnin, 12 April 2010

manisnya taqarrub,tafaqqur ma'ALLAH

MANISNYA = suatu rasa yang sukar digambarkan. Seperti memakan gula kita rasa manis tapi tidak tahu menggambarkan manis itu bagaimana. Terpulang kepada individu yang dapat merasanya…tapi pastilah rasa yang enak, dan kita suka bila mencuba pasti mahu lagi.. Cuba bandingkan dengan rasa yang pahit, sukakah? Bila disentuh lidah,menerima rangsangan memek muka berubah kan, tunjuk tak suka. Begitulah…tapi di sini ana ingin katakan konsep “ manisnya” bila kita bersama Tuhan, antum sendiri kena menilai tahap manis yang dicapai

TAQARRUB = dari perkataan arab yang bermaksud dekat. Ana maksudkan “ mendekatkan diri pada Tuhan”. Bila kata dekat,kita akan fikir sesuatu yang dekat dengan kita. Dapat rasakah Tuhan itu dekat? Bagaimana? Dapat melihatnyakah, astaghfirullah…hindari berfikiran begini, ALLAH tidak boleh dilihat oleh makhlukNya,maha suci Tuhan dari semua gambaran.Cuma kita boleh rasa dengan mendekatkan diri padaNya, Dia sentiasa bersama kita mengikut tahap makrifah mengenaiNya…

TAFAQQUR = juga perkataan arab bermaksud “berfikir”. Itulah yang membezakan manusia dengan haiwan. Dikurniakan akal agar dapat manfaat memikirkan suatu perkara. Tapi di sini ana mengajak diri ana dan kalian sekalian sama2 berfikir tentang Tuhan kita ALLAH S.W.T. kita akan dapat merasa nikmat dan manfaat lain yang pelbagai.. begitu banyak yang boleh kita kaitkan dengan Nya,cubalah!

MA’ALLAH = bermaksud “ bersama ALLAH” bersama bagaimana ? sekali lagi dilarang menyamai ALLAH dan makhluk ciptaanNya. Iaitu kita sentiasa merasakan bersamaNya dalam hidup ini disetiap waktu, tempat dan keadaan kita… bolehkah? Jadi gunalah ketiga perkara di atas dengan bersama ALLAH…kita akan mendapatkan hasil yang lumayan,jom sama2 pratikkan… insyaALLAH.

Ahad, 11 April 2010

kali ini.......


Salamualaikum… Ditujukan sebagai kekuatan, salam keselamatan kita dunia akhirat…doaku pada kalian,buat diri yang masih tidak tahu kesudahannya kelak.
Hari ini hati ana hambar untuk menuturkan bicara hati yang tak dapat ditafsirkan secara zahir… ALLAH…,bila dihitungkan, hari demi hari , detik dan tika ini, rupanya sudah hampir untuk diri ini menamatkan pengajian yang amat ku cari-cari…..ermm.. benarkah sudah ana tamatkan? Yang ana maksudkan, betulkah telah menguasai ilmu bidang ana sesuai dengan tahap pengajian skrang?? Ya ALLAH..trasa skit ilmu yang ku kejar di bumiMu tika ni. Rasa ingin diulangi kembali saat leka dan lalaiku dipenuhi ilmuMu…sem 1,sem 2, sem 3 dan sem strusnya… sudah banyak ana leke. Baru sekarang terasa ruginya. Rugi dimana keilmuan itu tidak ditambah dengan ilmu yang pelbagai, sedangkan banyak aktiviti program diadakan untuk sisiwa/wi.pelbagai kelab2 rohani mahupun ilmu dunia yang trut pntng. Bla dfkirkan, ilmu yang diplajari dlu sudah bnyak dilupai… hanya menjadi mjahidah tika imtihan, di wrkah krtas jawapan yang menjadi saksi, tidak dipratikkan, dsebarkan. Hanya tersemat dikalbu dan ntah bla digunakan…mugkin berlalu dan trus lenyap,Allah…
Bukanlah ini yang ingin ku katakan, tapi mungkin krana hati takut untuk mninggalkn bumi pengajian ku ini. Kerna banyak untuk diambil pangajaran…jka hendak dilakarkan sume masyaALLAH tak trhitung, pahit, manis hati yang tahu…saat ku mula2 menjejak,saat mula ku truskan langkah dan demi langkah dimana mulanya ku hanyut dengan kejutan budaya “al-jaamiah” beza di bumi Ma’ahad tmpat awal tarbiyyah ku, Alhamdulillah Allah masih sudi memberi hidayahnya,mmanduku jalan mndekatinya…syukran Ya ALLAH..nikmat islam dan iman MU mga kan trus thabat dijalan ketaatanMu dlm bragama hingga ke liang lahad, amiin…
Bila saat manisnya mncari jalanMU, mengerah masa tenaga sebaik mungkin, membina kekuatan sesame saudara, mnjalinkan ukhwah yang kuat terpatri…bagaimana untuk ku leraikan semuanya?? Berpermergian mninggalkan sahabat2 perjuangan yang masih memerlukan sokongan?? Kata2 pghambur duka dan resah saat pnyeruan kita trsungkur, tdak dpat lagi brhadap mnatap wajah2 anspirasi perantaraan Allah buat kita…aduh… =( buat sahabat2, adik2, ukhti2…ana mgkin dah tak brpluang mendakap tubuh klian tka dperlukan, mnyahut huluran tangan megengam erat prsahabatan, jadi doaku kalian diberikan kekutan meneruskan visi dan misi matlamat yang drancang..truslah! teruslah! Teruskanlah……! Diriku akan mendoakan kalian.
SALAM PERPISAHAN
….

~ perkongsian yg lain~