~Yang Budiman~

Sabtu, 14 Ogos 2010

Suasana Ramadhan…

Bila tiba sahaja bulan Ramadhan, maka banyaklah perkara yang membicara tentangnya. Di blog-blog, televisyen, radio, surat kabar dan banyak lagi sumber yang lain. Kebanyakkan sudah tahu ada apa pada bulan ramadhan itu. Jadi diri Cuma hanya merenung akan peristiwa setiap kali tiba di bulan barakah ini.

Kali ini di tempat baru

Di kampus baru ku sekarang, tidak lari suasananya sama sahaja. Tapi mungkin ada sedikit kelainan penambahan dalam hidup ketika mera’ikannya. Diri suka berbuka di masjid buat masa sekarang. Alhamdulillah, kolej ku berdekatan dengan masjid. Cuma perlu berjalan kaki untuk ke sana bersama rakan. Jam baru pukul 6 setengah tapi sudah ramai memenuhi kaki lima koridor masjid. Sangat penuh. Juadah dihidangkan menggunakan dulang. Satu dulang lima orang. Setiap waktu kami sampai, mesti nasi kehabisan dan terpaksa menunggu dimasak kemudian. Kadang-kala diri duduk bersama dengan orang yang tidak dikenali, namun mereka ramah seperti kenalan sendiri. Bila di Tanya fakulti, mereka bukan dari pengajian Islam tapi perilaku seperti dari fakulti tersebut.

Solat tarawikh

Alhamdulillah, syukur diri dapat mengunjung ke rumah Allah yang barakah. Keluasan sahaja dapat menarik minat apabila sembahyang berjemaah. Berduyun-duyun merapatkan sof. Bagi muslimat diberi peluang memenuhi bahagian bawah yang kebiasaanya tempat muslimin. Manakala muslimin dikerah ke tingkat atas. Bila lihat jemaah muslimat yang ramai, memenuhi warna putih telekung, tiba-tiba diri terfikir akan sesuatu tempat yang pasti akan terjadi kelak di akhirat. Otak merewang mengenangkan padang mahsyar, yakni pertemuan makluk dengan al-Khaliq pencipta kita. Bagaimanakah nasib diri ini? Terbayang suasananya bersama umat yang ramai… apakah pandangan Allah terhadap kita tika itu? Sembahyang terus didirikan sambil mengenangnya =(

Pulang tarawikh

Lebihan nasi lauk-pauk tersedia, Alhamdulillah…rezki melimpah-luah. Tibanya di kolej moreh telah tersedia, tapi diri telah kekenyangan. Cukuplah sunnah nabi makan berpada-pada. Sesi tadarus bersama taulan mengikut kumpulan. Bacaan dihayati, saling tegur-menegur. Penuhilah bulan ini dengan amalan kerana akan dilipat kali gandakan sehingga 70x. Amalan sunat akan menjadi pahala seperti amalan wajib.

Makna di bulan ramadhan, takrif puasa zahir dan batin

Banyak tazkirah-tazkirah boleh diikuti. Dari radio IKIM acap kali boleh sebagai pendekatan tazkiatul nafs ( peringatan diri) untuk pembersihan jiwa bagi menapis bisikan syaitan. Bagaimana perasaan diri ketika di bulan ini? Adakah sama,tiada rasa apa-apa? Jadi perlu sentiasa menimbulkan kepentingan bulan barakah ini. Menjadikan setiap perbuatan adalah ibadah. Memahami erti sebenar berpuasa. Diri mudah terpedaya jika hanya memahami dari segi konsepnya tapi tidak dihayati. Selain menahan diri dari lapar dahaga serta penjagaan seluruh pancaindera, perlu juga difahami hikmahnya yang akan menjadi kesan pada diri bukan setakat di bulan Ramadhan tapi berkekalan terhadap jati diri. Terkenang akan kuliah akhlak dan tasawuf, ustaz mengatakan bahawa diri ini merangkumi jasad, al-nafs, dan roh. Ketiga-tiga unsur ini perlulah dijaga. Tetapi diri selalu lupa akan penjagaan roh yang penuh tersirat diabaikan. Di bulan ini adalah kesempatan diri untuk mengawal syahwah yakni nafsu yang ada pada diri. Penjagaannya meliputi tahap kerohanian yang dikecapi. Bila dihitung, masyarakat lupa akan kewujudannya yang perlu sentiasa di updatekan. Iaitu hubungan diri dengan Allah. Sebagaimana itu adalah tahap nilaian kita di sisi Tuhan. Menyorot mereka yang terdahulu, mereka asyik dengan kecintaan pada Allah. Hal yang demikian kerana mereka betul-betul mengenali Tuhan itu sendiri, menghayati kebesaranNya tanpa mementingkan perkara lain.

Cuba perbaiki diri di bulan barakah

Kebesaran bulan Ramadhan apabila pintu neraka tertutup dan pintu syurga terbuka, ganjaran dilipat gandakan. Terdapatnya malam lailatul qadar lebih baik dari seribu malam,yakni kemakbulan berdoa. Roh-roh tenang di alam barzah. Allah memuliakan bulan ini, jadi tidak mahukah diri mengambil peluang perbaiki kelemahan zahir dan batin? Harap diri tidak biarkan Ramadhan berlalu sepi tanpa mujahadah ila rabbi. Perbanyakkan berdoa untuk perubahan diri agar dengan berkat bulan ini sebagai bertawasul dengan amalan berpuasa tersebut. Mudah-mudahan Allah mengangkat doa dan memandang usaha diri sebagai bukti cinta dan kasih terhadap-Nya. Amin.

Jumaat, 6 Ogos 2010

** buat diri.... **

Salam pertemuan kembali…
Syukur pada Allah masih diberi peluang hidup di bumiNya,kesempatan menyembahNya untuk tujuan kehidupan seterusnya dan bertaubat.

Rumahku, syurgaku =)

Diri kembali melayari blog untuk pengisian diri,setelah tiga bulan merehatkan diri di kampong bersama ibunda tercinta…bersyukur pada Allah anugerahkan ibu yang terhebat buatku,suasana kampong yang menyenangkan,tidak jemu berada di rumah ada saja yang perlu dilakukan. Menyebukkan diri, tapi amatlah sedikit sempat diikuti. Kerana ibu megharapku terus mendalami ilmu Addeen Allah keperingkat seterusnya.

Mengadu pada ALLAH, pasti membantumu.

Hati juga gusar dengan masa hadapan, ya Allah kenapa takut dengan ketentuanMu? Sedangkan mereka yang redha denganMu sentiasa pasrah dan memandang baik setiap qada’ qadarMu.begitu lemah pemikiranku. Mereka yang percaya pada Allah ,cinta yang mendalam terhadapnya, tidak merasa risau akan nasib diri kerana yakin dengan pertolongan Allah, hanya mengharap panduan dariNya. Diri sudah banyak lalai tanpa ilmu. Teringin menyusuri jalan membersihkan hati, melupakan dunia seketika menumpu mengenal akhirat yang dijanjikan, sungguh tenang.. doa dipanjatkan, istikharah didirikan, pengharapan diperkuatkan. Keputusan dikecapi, Alhamdulillah..ana berjaya ke IPT seterusnya.

Permulaan satu cabaran, perubahan perlukan kesabaran.

Kembara pencarian ilmu diteruskan. Penghijrahan murni bedasarkan kesucian niat. Hadis awal dalam kitab hadis 40 karangan imam Nawawi ringkasan: “إنما أعمل بالنية “ . inginkan pengalaman yang baru, kerana dapat banyak pengajaran. Cintai ilmu sebagai pedoman hidup disamping memperbaiki sahsiah diri. Memang agak kekok di tempat baru, tapi amat bermakna untuk dipelajari. Mula-mula lupa akan tujuan, terleka mengingatiNya menjadikan ALLAH sentiasa bersama. Hati terus tak tenteram, mungkin masalah-masalah awal yang belum diselesaikan tambahan lagi diri ini yang lalai dariNya. kalam ALLAH lupa dihayati lagi,memang tak tenang. Persekitaran pun diri belum suaikan. Percampuran bangsa dan kaum, bangsa-bangsa asing luar Negara menjadikan diri ini rendah kenapa.. tapi diri mesti cepat sedar kembali,perlu segera mencari kekuatan diri,pelbagai pendekatan perlu ditelaah.

Pencarian sahabat amatlah penting.
Kadangkala sahabat banyak mempengaruhi kita, kerna banyak masa dihabiskan bersama sahabat. Bolehkah berseorangan? Bagi diri ini sebagai muslimat agak sukar,khuatir fitnah berseorangan lebih luas. Diri perlukan teman yang berkefahaman, mungkin dari segi fikrah addeen Ilahi, mengajakku turut mencari cinta ALLAH menghadapi perjuangan bersama sudi tatkala suka dan duka. Tetapi untuk itu amatlah sukar diketemui. Adakah perlu kita menilai diri orang lain? Mulanya diri ini suka berbuat demikian, akhirnya tertipu kerana akhlak dan tingkah laku itu berbeza. Akhlak adalah tingkah kebiasaan individu tersebut, manakala perangai sukar dizahirkan. Kembali memandang diri sendiri,bezakan dengan yang lebih baik bukan yang rendah dari diri. Diri melihat pada mereka yang punyai akhlak yang tinggi, subhanaALLAH… penuh adab dan kesopanan. itulah diri yang terdidik dengan kalam ALLAH. Tapi diri ini malu pada golongan tersebut, malu dengan kefaqiran akhlak yang diacuankan dalam Al-Quran. Namun terus mengharap agar dianugerahkan sebuah persahabatan ukhwah dariNya. Amin.

Marilah merenung mengambil ikhtibar.

Sesi pembelajaran bermula walaupau diri agak ketinggalan sedekit. Cara yang digunakan adalah berbeda dari institusi sebelum ini. Kuliah-kuliah wajib perlu disertakan dengan tutorial ( bilik-bilik khas bersama pensyarah ). Jadi diri perlu segera suaikan wlaupun agak tidak faham. Alhamdulillah..akhirnya dari pembelajaran kuliah, hati semakin tenang dengan syarahan ustaz-ustazah..peroleh pembersihan hati dari titik-titik hitam. Menyedari akan kesalahan diri yang teramat banyak. Diri mahu anjakan perubahan, kembali pada ajaran Islam yang syumul. Kalau dulu mungkin pemikiran telah terikut dengan budaya sukalarisme ( mengasingkan dunia dengan agama ) dan kadang kala menjadi agak liberal ( terlalu mudah ). Ya ALLAH jauh diri ini kalau dibandingkan mereka yang menjadi kekasih pilihan Mu. Pimpinlah daku kembali.

Alam ijazah di university.

Institusi pengajian tinggi yang berbilang bangsa dan kaum, terbuka pada Negara lain dan sebelum peringkat ijazah mungkin dari stpm,stam,matrik dan diploma. Sedikit sebanyak membawa pengaruh ke institusi. Ada asalnya dari biah yang baik dan ada yang sebaliknya. Jadi diri kena istiqamah kuatkan diri memilih kebaikkan. Kadang kala semua tempat adalah sama biahnya ( suasana ) Cuma diri saja yang perlu pandai suaikan. Mana2 U sama ja dalam malaysia ni. Tapi janganlah diri mudah terpengaruh dengan budaya buruk melanggar syariat islam. Ermm.. contohnya pergaulan bebas. Dalam islam ada cara berihtilat antara muslimin muslimat. pelik juga, diri tahu tapi masih langgar? Itulah tanda akhir zaman. Manusia sendiri yang mendekatkan terjadinya qiamat. Astaghfirullah… diri tak sedar, rupanya salah walaupun anggap macam benar. Sebab terikut dengan cara bersosial masyarakat sekarang. Hmm..kata penting bersosial dengan cara kebaikkan? Untuk kemudahan komunikasi dalam sesebuah organisasi. Untuk belajar,,nak tuntut ilmu. Cuba bandingkan dengan zaman Rasulullah. Bagaimana mereka komunikasi antara muslimin muslimat. Sungguh penuh waspada menjaga batasan. Ada kata tak boleh samakan zaman sahabat dengan zaman sekarang? Kenapa pula, tapi diri akan cuba menjaga kebenaran walau apa orang anggap, kerana sedia untuk berubah pemikiran dan kelakuan. InsyaALLAH… yang pasti sentiasa mengharap petunjukkNya.

Sedikit sebanyak catatan dari diri untuk ikhtibar diri sendiri.. mungkin cerita tentang diri sendiri agak buang masa, tapi satu kepuasan untuk diri sentiasa berfikir bila dah tulis… kalau tak tulis tak beringat.. ya ALLAH, jauhilah penyakit2 hati ( ujub, riyak, ta’jub dan sum’ah ) terimalah amalan hamba umat akhir zaman =(

~ perkongsian yg lain~