~Yang Budiman~

Sabtu, 17 September 2011

Permulaan yang baru…
Dengan nama ALLAH s.w.t ana mulakan penulisan yang sudah lama ditinggalkan. Alhamdulillah masih diberi peluang dalam mujahadah yang sedikit ini sebagai usaha dakwah lebih-lebih lagi buat peringatan diri sendiri.

Setelah bulan Ramadan dan Syawal yang kian berlalu disepikan dalam penulisan ini, moga ianya mendapat istiqamah untuk terus mencari pengisian diri.
Sesi pembelajaran baru….
Alhamdulillah, kini telah bermulanya semester baru dalam pengajian. Modul atau pengkhususan pembelajaran telah diketahui. Penentuan Allah s.w.t itu perlu diterima dan dinilai hikmahnya, walau mulanya dianggap sukar atau tidak diminati, mungkin ada kelebihan yang belum diterokai.
Hadapi ujian, cabaran, dugaan hidup dengan tenang…
Seperti biasa, perkara di atas adalah suatu yang biasa berlaku dalam kehidupan ini. Ada saja masa yang susah untuk dihadapi. Keadaan senang juga adalah ujian dari-NYA. Cuma ianya perlu diingat untuk menghadapinya dengan tenang. Kadang-kadang kita merasakan begitu sukar, takut, tidak yakin, gundah gulana memikirkannya. Hakikatnya, ia terpaksa jua ditempuhi dan mungkin dengan senang dan berjaya…

Carilah motivasi selalu 

· Ini salah satu cara. Berbisiklah selalu pada hati yang kita ini mampu.. pasti boleh! Insha- Allah! Dengan izin-NYA… maka ianya akan automatik bersemangat untuk menghadapinya walau sesukar mana. 
· Berusaha bersungguh-sungguh. Hal ini juga bukan senang untuk dilakukan, tetapi memang benar jika tidak berusaha bagaimana mahu berjaya hadapi? 
· Berdoa selalu. Sebenarnya, dari doa itu akan mendorong kita untuk berusaha… akan menjadikan kita bertambah yakin. Kerana telah meminta pada yang mengatur segalanya iaitu Allah s.w.t justeru akan lebih kebergantungan pada-Nya, menjadikan kita tidak bersendirian.. dan banyak lagi cara untuk menghadapinya dengan tenang.

Di sini ana copykan artikel dari iluv.islam.com. Moga mendapat pengajaranya:

MINDA BERTERASKAN TAUHID:
Dalam kehidupan, seringkali kita berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran dan situasi.

Apa yang membezakan kita semua ialah tentang cara kita menghadapi situasi-situasi tersebut. Begitu banyak pilihan yang harus dibuat sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya. Jika kita hanya menuruti emosi, maka tindakan kita selalunya terburu-buru dan tidak memikirkan kesannya dengan teliti. Banyak keterlanjuran dan kesalahan berlaku kerana terlalu menurut perasaan. Jika kita bertenang, mengambil masa untuk berfikir sejenak lalu bertindak menggunakan strategi yang dapat difikirkan akal, maka tindakan sebegini lebih efektif berbanding menuruti emosi semata-mata. Gunakanlah akal sebaiknya. Bukankah Allah ta'ala telah mengurniakan akal kita dengan kemampuan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk?
 FirmanNya: "Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (As-Syams: 8-10) 
Namun, akal manusia pun boleh dikelirukan. Hari ini, masalah akal yang terpesong ini makin teruk. Banyak hal yang disangkakan baik, sebenarnya buruk di sisi agama. Anda dapat lihat budaya homoseksual sudah dianggap sebagai biasa, sedangkan ini jelas-jelas dilaknat di sisi Allah. Demikian juga budaya hedonism, ini pun dilarang agama. Ini belum masuk golongan yang menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal. Kekeliruan sebegini berlaku kerana ada sesetengah manusia yang menyangka sebaik-baik keputusan adalah menurut akal semata-mata. 
Hakikatnya kita semua pun telah tahu akal manusia itu tidak sempurna, ia tidak dapat lari daripada kesilapan. Penyelesaian bagi kekeliruan ini mudah sahaja, rujuklah kepada Al-Quran dan Sunnah RasulNya sebagai hakim dalam kehidupan. Kedua-dua sumber agama ini adalah sempurna dan terpelihara daripada kesilapan, sebagai manual kehidupan kita untuk meraih kejayaan di dunia dan di akhirat. Ramai orang memang sedia maklum hal ini, tapi hal ini perlu diingatkan selalu kerana ramainya orang yang sudah berani untuk meremehkan petunjuk agama. Pokoknya, untuk membuat pilihan dalam bertindak, tidak cukup dengan hanya menggunakan akal sahaja, tapi perlu pastikan justifikasi anda itu disuluhi dengan ilmu Islami yang sahih serta berpaksikan keimanan kepada Allah ta'ala.
Maksud saya, apabila anda berhadapan dengan sesuatu urusan atau masalah, tanyalah kepada diri, "apakah yang diperintahkan oleh Allah ta'ala apabila hambaNya berada dalam situasi sebegini? Jika saya bertindak begini atau begitu, apa kesannya untuk saya di akhirat nanti? Apakah Allah ta'ala redha atau murka jika saya berbuat begini?" dan lain-lain soalan sepertinya.

Untuk justifikasi yang efektif, kita memang memerlukan ilmu. Lebih banyak yang kita belajar tentang Al-Quran dan As-Sunnah, maka semakin cemerlanglah pilihan tindakan yang kita ambil dalam kehidupan harian. Jadi, kita harus belajar, belajar dan belajar tanpa jemu.Apabila segala amalan kita berpaksikan untuk meraih keredhaan Allah ta'ala, segala amalan pasti dirasakan seronok. Kita lebih mementingkan kualiti kerja daripada hasilnya. Mentaliti sebegini membolehkan kita merasakan kenikmatan melakukan sesuatu amal soleh. Sebab, kita sudah tahu Allah menilai usaha kita bukan hasilnya, sebab hasil usaha adalah menurut ketetapanNya. Sedangkan manusia pula menilai hasil, bukan usaha. 
Anda pilihlah, hendak redha manusia atau redha Allah? Bukan saya kata jangan melihat kepada hasil, cumanya, apabila kita lebih mementingkan hasil daripada kenikmatan proses bekerja kerana Allah, kemanisan bekerja itu tidak dapat dirasai. Ini resepi tepat untuk stress. Malah, pahala beramal pun mungkin tidak dapat. Oleh itu, bekerjalah habis-habisan kerana Allah, dan berdoalah untuk hasil yang terbaik.Apabila kita niatkan segala amalan kerana Allah, kenikmatan beramal akan terasa, insyaAllah.Mengapa tidak mahu membaca buku kerana mencari redha Allah? Mengapa tidak mahu menyapu sampah kerana mengharapkan redha Allah? Mengapa tidak mahu senyum kepada seorang sahabat kerana inginkan redha Allah? Segala perbuatan yang halal dan bermanfaat, jika diniatkan kerana Allah, maka itu adalah ibadah. 
Bak kata Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya" (Bukhari dan Muslim) Saya ingin bertanya lagi, adakah anda sentiasa merasakan Allah mengawasi segala isi hati dan tindak-tanduk anda? Jika tidak, itu satu masalah. Sebab, berasa aman daripada pengawasan Allah adalah salah satu muqaddimah untuk keinginan melakukan dosa. Jika anda tidak biasa mempunyai perasaan ini, paksalah dan ingatkan diri selalu tentang pengawasan Allah, sehingga perasaan ini menjadi automatik dan sebati dalam minda kita. Minda yang berteraskan tauhid ialah minda yang sentiasa sedar akan pengawasan Allah. Kita semua tidak dapat terlepas daripada perhatian Allah ta'ala walau sesaat pun. Sebab itu kita perlu menjaga diri kita menurut pandangan Allah. Bukan pada pandangan manusia. Biarlah apa manusia hendak kata, baik mereka suka atau tidak, yang penting Allah redha kepada kita. Jika anda sentiasa patuh kepada perintah Allah dalam urusan keduniaan dan akhirat, jangan risau dengan kehidupan dan cabaran kehidupan duniawi, sebab Allah pasti akan memelihara anda. Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu" (Tirmidzi: Hadith ini hasan sahih)
Sentiasalah ingatkan diri untuk bertaqwa kepada Allah ta'ala setiap masa. Semaikan kemurnian tauhid ke dalam corak pemikiran. Berfikirlah mengikut orientasi keimanan. Saya rasa anda sudah faham maksud saya.


Mudah-mudahan, dengan menggunakan minda sambil berteraskan tauhid, urusan kehidupan akan dipermudahkan, jiwa menjadi tenang selalu, kemudian di akhirat kelak kita termasuk dalam kelompok orang-orang yang beroleh kemenangan. Itulah kepuasan dan keseronokan yang terunggul, tiada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan yang pernah ada di dunia.Wallahu a'lam.



Khamis, 16 Jun 2011

menangislah selalu


Menangislah selalu,
Nasib kita belum tahu,
Walaupun dalam petunjuk,
Belum tentu diterima.


Kita patut selalu pilu,
Mengenang nasib sendiri,
Kematian belum tentu,
Apakah dalam Iman,
Ataupun sebaliknya

Kita patut selalu pilu,
Walaupun kita beramal,
Belum tentu diterima.


Walaupun dalam petunjuk,
Apakah sampai ke hujung,
Kita tiada masa ketawa,
Walaupun kita bertaubat,
Belum pasti diterima.


Menangislah selalu,
Penutup umur kita belum tahu,
Pintalah kepada Tuhan,
Agar petunjuk-Nya sampai ke Syurga.

Ahad, 12 Jun 2011

Muhasabah Diri

Dengan nama Allah, yang menjadikan diri ini sebagai manusia dan khalifah di bumi. Diri kembali untuk bermuhasabah. Setelah hari2 yang berlalu terasa kosong. Hanya melayari internet tapi seperti tidak dapat apa2.

Alhamdulillnah, diketuk hati lagi untuk terus mencari yang hakiki. Di blog ini, sambil2 mencari pengisian, timbul semangat untuk tulis lagi. Selalu je kefahaman dalam hati ini sukar ditulis. Tapi kali biarlah walau sedikit.

Tadi sudah melihat beberapa video tentang yahudi, kristian dan zionis. mashaAllah… baru tahu sape sebenarnya mereka ini. Mereka bukan dari yg sama, dan mreka brmusuhan… tapi dengan satu matlamat yang same, mereka bergabung… untuk memiliki dunia… mendirikan seluruh dunia menjadi negara Barat…

Tujuannya adalah untuk mengembalikan ketua sembahan mereka al masih (ujian) al Dajjal… jadi mereka sekarang adalah penyembah syaitan.

Bila lihat banyak2 kisah tersebut, segala perasaan mase tu berubah. Boring, sedih, bertukar jadi semangat tak nak boring2…. Tak nak bosan2… sebab kita sebenarnya ada matlamat.

Kalau kita buang masa di dunia ni, bagaimana nak tetap jadi manusia yang betul2 ada matlamat. Sebab manusia yang leke itu akan diperdaya oleh iblis.

Pengikut al-dajjal adalah mereka yg betul2 lemah iman… dajjal akan menggunakan pelbagai cara. Menurut video tersebut, kemunculan zaman nabi Muhammad terdapat 5 sejarah. Dan sekarang adalah sejarah ke 4 dimana dajjal akan datang.

Zaman kita sekarang dajjal akan muncul, takut betul maklumat tersebut. Sebab sejarah ke-5 adalah zaman kemenangan, turunnya nabi Isa menolong ImamMahdi.

Jadi, sekarang kita hendaklah berwaspada. Perlu untuk memantapkan lagi iman pada Allah… sentiasa ingat Allah s.w.t

Oleh itu, di blog ini saya suka kaitkan dengan mendekatkan diri pada Allah… walaupun terasa tidak terlaksana, tapi itu adalah usaha diri..dari pelbagai anasir2 yang bukan2.

Salah satu usaha untuk mengingatkan diri yang sememangnya selalu lupa.. bila ada je pelbagai perasaan datang, akan cepat2 kembali pada Allah. Sebab itulah tujuan sebenarnya.

Baru rasa lega, syukur sangat2… sebab diri masih boleh diperingat.. baru rasa puas pada diri sendiri.. dapat melihat mana yang penting.

Ya Allah, Kau bimbinglah semua hamba-Mu ini, sesungguhnya hidayah itu milik-Mu.

Selasa, 31 Mei 2011

Yang terikat denganku Selama Ini dan Selamanya, Insya Allah.. ^_^


Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah s.a.w.
Kita kehendaki aqidah Islam yang sahih menurut aqidah as salafus salih, aqidah para sahabat Rasulullah s.a.w dan para pengikut mereka, yang jauh dari bida'ah dan khurafat karut marut. Aqidah yang telah membentuk generasi Muslim yang pertama, aqidah inilah yang menguasai perasaan dan pemikiran mereka dan menguasai segenap urusan hidup mereka, memancarkan kemampuan amal yang sunggah-sungguh di dalam diri mereka. Aqidah tauhid yang sejati ini memenuhi hati makhlukNya dengan nur iman yang dengannya dia berjalan di atas sirat al-mustaqim:
"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada di dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya?" (Al-An'aam:122)
Kita menghendaki pendukung aqidah yang selamat sejahtera, menyedari bahawa dia adalah suatu yang agung di dalam hidup ini, menginsafi bahawa dia mempunyai satu risalah yang penting, bahawa dia hidup dengannya dan hidup kerananya, dirinya bukanlah barang yang remeh dan terbiar seperti seekor kambing ataupun persis satu alat akan tetapi dia merasai dirinya kuat dan mulia kerana dia bersandar kepada Allah yang Maha Kuat dan Maha Perkasa. Apabila kita memperkatakan aqidah tauhid di sini, bukanlah ilmu tauhid yang membawa pendukungnya hanya berkisar di daerah ilmu kalam dan perdebatan melulu. Semoga Allah memberi berkat kepada pujangga Iqbal tatkala berkata: "Tauhid itu dahulu satu kekuatan di antara manusia. Tetapi sekarang telah menjadi tauhid ilmu kalam."
Kita menghendaki pendukung aqidah yang selamat sejahtera, yang beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada rasul-rasul Allah, kepada hari Akhirat dan beriman kepada qadha' dan qadar, baik buruknya dari Allah.
Iman yang teguh dan tidak goncang apabila berhadapan dengan apapun tekanan dan pengabuian mata yang membawa keraguan. Kita menghendaki aqidah salimah yang memberikan kepada pendukungnya hati yang mukmin yang mencintai Allah s.w.t sama ada di waktu rahsia dan terang, di waktu marah dan reda, di segala keadaan, kerana semata-mata berharap kepada rahmat kurnia Allah dan redhaNya, kerana takutkan murka Allah dan azabNya.
Kita menghendaki lelaki dan perempuan yang beraqidah yang menimbang segala urusan hidup di sekitarnya dengan timbangan rabbaniah. Lantaran itu pandangan kepada dunia dengan segala apa yang ada padanya adalah merupakan pandangan Islamiah yang sahih. Islam yang benar dan tidak timbul daripadanya sepatah perkataan, suatu perbuatan, suatu gerakan atau diam kecuali dari aqidah Islam dan sesuai dengan syariat Islam, ajaran Islam dan adab-adab Islam.
Kita menghendaki semua aqidah yang mengutamakan Allah di atas segala-gala yang lain daripadaNya lalu dia menyerahkan segala hartanya, waktunya, pemikirannya, usahanya, jiwanya dan segala apa yang ada padanya kepada dakwah Islam. Dia terus menerus bersabar dan berkorban pada jalan Allah kerana mengharap keredhaan Allah.
Kita menghendaki manusia aqidah yang berbangga dengan saudaranya, yang bersungguh-sungguh membawa kebaikan kepada saudaranya dan menolong saudaranya dan mencintai saudaranya, yang memberikan pada saudaranya apa yang paling disukainya bahkan mengutamakan saudaranya dari dirinya, serta memelihara kehormatan saudaranya. Tidak membiarkan saudaranya, tidak mengecewakan saudaranya dan tidak mendedahkannya pada bahaya.
Kita menghendaki aqidah Islamiah yang menjadikan pendukungnya merasai tanggungjawabnya terhadap Islam, terhadap saudara-saudaranya sendiri. Dia tidak akan merasa senang dan tenteram hatinya sehinggalah dia melaksanakan tanggungjawabnya dengan segala kemampuannya terhadap dakwahnya, dakwah Islam.
[Utz Mustafa Masyhur]
p/s: jagalah aqidah kita, agar tidak diselewengkan kerana ia melibatkan pegangan agama yang boleh mempengaruhi kehidupan kita untuk berjaya di dunia dan akhirat. jika aqidah tidak diperkuatkan, maka akan mudah lupa terhadap rukun iman dan Islam, alam akhirat tidak dikenang, Pencipta kita Allah s.w.t diabaikan.... na'uzubillahi min zalik..

Jumaat, 29 April 2011

.:,,,,TiKa berFalSaFaH,,,;.



Assalammualaikum , dengan rahmat kasih sayang Allah bersyukur dianugerahkan peluang yang banyak… Alhamdulillah, diberikan Allah masa yang mana sebenarnya terlalu banyak, cuma diri saja yang leka dan lalai tidak menggunakan sebaiknya lalu menganggap sebagai “sibuk”

 
Tika ini,baru saja menghabiskan final exam bagi semester kali ini, paper last yang diduduki fiqh ibadat dan munakahat, Alhamdulillah… semua dipermudahkan oleh Allah s.w.t.


Mula la perasaan ini yang bercampur-baur (tiada mood), mungkin memikirkan cuti semester selama 4 bulan. Memikirkan mase yang lama berhenti dari menuntut ilmu. Lebih-lebih lagi di bidang pengajian ini. Allah, selepas ini akan rindu madah yang telah berlalu… Falsafah Islam, Ilmu Kalam, Metodologi Quran dan Hadis, Metodologi Fiqh, Metodologi Dakwah, yang sebenarnya telah menginsafkan diri.. Dengan mengenali ulama-ulama Kalam, ulama-ulama mazhab, pentafsir Quran dan hadis, ahli Falsafah Islam, Masha Allah.. Ilmu mereka sungguh mendalam dan tahap ketaqwaan mereka pada Allah s.w.t. amat tinggi sehingga mereka dikurniakan Allah s.w.t nikmat yang begitu indah.. Itulah kebahagiaan hakiki. 

Bila pelajari latar belakang mereka, Subhanallah.. Sungguh mengkagumkan, pemahaman agama yang cukup tinggi telah disemai sejak kecil lagi, penguasaan ilmu yang pelbagai.. Siapa tidak pernah mendengar tokoh Falsafah Islam: Ibn Rushd, Ibn Sina, Ibn Khaldun, al-Ghazali, al-Farabi.. mereka ini bukan hanya menguasai satu ilmu, tapi pelbagai dengan kemahiran yang tinggi, seusia masih kecil telah menghafal al-Quran, telah menjadi mufti, khalifah, guru yang mungkin taraf kini seperti mengalahkan tahap professor. Begitu tertarik dengan usaha mereka dalam mencari kebenaran mengenai hakikat Tuhan, alam, dan pelbagai lagi renungan penggunaan akal dan logik sehingga mendapat didikan daripada Allah s.w.t melalui ilham. 

Moga perjuangan mereka terus diingati, bukan hanya di kertas jawapan dalam peperiksaan, tapi dalam hati yang amat menyayanginya…

Jadi, diri ini ingin berfalsafah… mengenai tentang kehidupan, kerana hati ini telah diketuk dengan pelbagai macam rasa.. Bila dikenangkan imam al-Ghazali yang mengalami penyakit jiwa akibat keraguan ilmu yang dimiliki, akhirnya dibimbing Allah s.w.t lalu bangkit menyampaikan kebenaran melalui pengalaman yang dirasainya itu.

Mengenangkan lagi, berita yang cukup memeranjatkan bagiku, message daripada sahabat mengatakan : “ al-Fatihah kepada pensyarah metodologi dakwah ustaz Dr. Redzuan yang telah kembali ke rahimatullah”

Bagaikan tidak percaya, ustaz yang dilihat sihat dengan usia yang hanya 41 tahun. Kata-katanya masih menjadi ingatanku:

“ tunaikanlah solat duha walau di mana jua, kerana dari situ jika orang melihatkan kamu lakukan, maka akan timbul kesedaran mereka untuk berbuat jua. Malah lakukan juga solat sunat isyraq di awal pagi, kerana terdpat banyak hikmahnya”

Dan pelbagai lagi suruhannya, setiap celotehnya dikaitkan dengan cerita lucu yang mencuit hati, namun disebaliknya terdapat pengajaran yang cukup besar. Terasa bersemangat setiap kali menghadiri kuliahnya. Terima kasih ustaz, moga rohmu bersama-sama para solihin, ~al-fatihah~


Di situ, ku renung hakikat kematian, bahawa ia tak kira masa dan usia, kerana Allah .s.w.t telah tetapkan, tidak dilambatkan walau sesaat… maka tanye diriku lagi, bagaimana alam di sana? Bagaimana rasa dicabut nyawa? Bagaimana keadaanya mereka yang telah ke sana? Adakah berbahagia atau sebaliknya?

Difahamkan semasa nazak itu amat sakit… bagaikan 300 pedang yang menusuk tubuh.. =(. Bagaimana layanan malaikat munkar dan nakir di alam barzakh? yang dikata apabila dipukul oleh mereka jasad akan terbenam sehingga 7 kaki dari bumi. Suasana kubur yang amat menakutkan…

Cuba bayangkan, kita tinggal sorang-sorang dalamnya, penduduk bumi langsung tak hiraukan. Adakah kubur akan disempitkan sehingga merapat bertemu ke tulang-belulang? Mestilah sakit, sekarang pun, tercucuk jarum je dah sakit.

Bertanye lagi… 

Bagaimana pula suasana kebangkitan ke dua nanti? Untuk dihimpunkan di padang mahsyar. Penuh dengan huru-hara dan penyiksaan. Bayangkanlah,kedudukan matahari hanya sejengkal ketika itu. mahunya panas melecur, mendidih… ya Allah.. Takutnya azab-Mu.


Tapi, diri merenung hakikat reality sekarang, di mana sukar untuk dihayati dan direnungkan persoalan tersebut. Melihatkan masyarakat.. malah amat khuatir hidup di akhir zaman ini yang penuh fitnah. Kadang-kadang tak sedar diri sendirilah punca fitnahnya.

Ajaran-ajaran Islam itu tidak digunakan sebaiknya, hanya mengambil mudah malah tidak rasa apa-apa kesalahan melanggarnya. Semua baginyakeseronokkan yang baik untuk dinikmati. Benarkah apa yang dilakukan sekarang? Akan terima ke amalan kita hingga ke langit tujuh disambut Allah s.w.t? yang tahu, kebanyakkan amalan akan dilempar kembali ke bumi, akibat ketidakikhlasan dalam beramal.

Jadi bagaimana perhitungan catatan amalan harian kita nanti? Bila dihisab, sama ada diterima tangan kanan atau kiri? Jika tangan kiri…maka nerakalah akan dicampak. 

Masih tidak bersedihkah kita? 

Kerana di dunia ini hanyalah sementara. Akhirat begitu lame sekali… Allah s.w.t menjadikan pelbagai tipu daya-Nya untuk menguji kita. Diberi-Nya pelbagai perasaan… cinta, sayang, takut, malu, benci, sedih..dan pelbagai untuk kita gunakan sebaiknya. Namun kita tersilap meletakkan perasaan-perasaan tersebut di tempatnya.

Ada cinta yang tidak bertempat, kepada yang dilalaikan, malah pada yang HARAM. Tapi ramai yang tidak peduli, asal nafsu cukup berasa bahagia. Itulah diri yang hina dhoif menilai tempat sepatutnya. 

Melihat kecintaan Allah s.w.t pada makhluk yang menumpu pada-Nya. Mereka begitu asyik menjaga hubungan dengan Allah s.w.t, masa, jiwa raga diberi sepenuhnya pada Allah. Mereka tidak menjadikan dunia tempat bersuka. Tidak heranlah mereka selalu bersedih, di seksa akal, fizikal dan jasmani kerana kecintaan kepada Allah s.w.t itu adalah segala-galanya yang dapat membahagiakan.

Jadi, tidak mahukah kita juga asyik dengan Allah s.w.t bagi keselamatan dunia dan akhirat? Bila kita beramal… kita akan lakukan kerana Allah… bila di uji, tetap berasa bahagia. Tidak ada apa-apa yang kita harapkan selain dari-Nya.

Bila kita sedih, kita akan gembira bila fikir kita ada Allah. Bila kehilangan, bila bosan, bila jemu, bila hilang semangat, kita akan anggap tiada apa-apa sebab masih punya Allah s.w.t Tapi sebaliknya, jika kita lupa Dia dalam setiap perkara, memang kita akan rasa keperitan yang berpanjangan.

Begitulah yang hendak disampaikan, kesimpulannya, kita dijadikan adalah kerana Allah s.w.t, bukan kerana lain. Bila kerana Allah s.w.t, kita akan laksanakan suruhan dan larangan-Nya dan setiap perjalan hidup ini dengan penuh ketenangan, kerana bermatlamatkan kebahagian akhirat yang kekal abadi. Jadi sentiasalah merenung mengingatkan diri sendiri akan hal2 akhirat tadi, maka kecintaan pada Allah semakin mendalam dan semakin takut dengan-Nya.

Bermulalah dari diri kita, untuk generasi seterusnya. Kerana dari baka itu akan menghasilkan benih yang lain. Jika benih itu mempunyai penyebaran yang baik, mungking akan menjadikan seluruh hasilnya yang akan datang lebih baik, tanpa cacat dan cela. (perumpamaan generasi)
Wallahu ‘alam.

Mengenangkan saja bumi ini kecil dari planet2 yang lain, tidak mustahil alam di sana lagi dahsyat keluasannya. Bayangkanlah keadaan neraka itu, ada 7 tingkat yang mengikut tahap kepanasan. Macam laut pun ada dalam juga, semakin dalam semakin gelap, hitam dan ligat. Ya Allah… =( diketahui, walau jauh pun berada dari neraka tika itu, namun telah dapat dirasa pedihnya.

~ perkongsian yg lain~