~Yang Budiman~

Jumaat, 21 Januari 2011

siapa kita???

Mari bertafaqqur lagi....

Terlebih dahulu, suka diri mengingatkan sesuatu yg perlu diingatkan... untuk remind back tujuan diri ini berbloger... Melihat pada tajuk temanya saje " Manisnya taqarrub, tafaqqur, wa hayaatu ma'a Allah",yg spatutnya trbalik, brmulanya dari fikiran, barulah smakin hampir dengan Allah.. Adalah brtujuan untuk mengingatkan diri ana sendiri... Menulis untuk ingin mngingati-Nya.

jadi sgala penulisan di tuju yg di utamakn adalah pd diri yg mahu bringat... kadang2 trlupa, stiap ilmu dan kata2 yg disampai akan dprsoalkan. trlupa dgn asyik brblogger juga boleh mmbawa kelalaian...adakah kita dahulu yg telah mngamalkannya dn mngambil ibrah? adakah smakin thiqoh, alim dan menjaga hak2-Nya? Atau hanya suka2... Astaghfirullah mari meminta taubat-Nya. Jadi mari sama2 diri mrenung apa tujuan sbenar diri ini di jadikan-NYA...

Firman Allah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنسَ إِلاّ لِيَعْبُدُون

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Itu la

kita hamba Allah yang disuruh berbuat ibadat bukan untuk berseronok-seronok sehinga lalai dengan perintah Allah.

Ingatlah kita akan menemui Allah dan kita ditanya apa yang kita telah lakukan didunia ini.

Wajib diatas setiap mukallaf sama ada lekaki atau perempuan, memeliharakan enam perkara seperti mana tersebut didalam

matan Jauhar Tauhid (متن جوهرة التوحيد)

وَحِفْظُ دِيْنٍ ثُمَّ نَفْسٍ مَالٍ نَسَبْ * وَمِثْلُهَا عَقْلٌ وَعِرْضٌ قَدْ وَجَبْ

Terjemahan: dan pelihara agama kemudian nyawa, harta nasab dan seumpama empat itu akal dan kehormatan sesunguhnya wajib ia.

Maksudnya wajib memelihara agama, nyawa, harta, nasab, akal dan kehormatan.

1. Melihara agama dari murtad dengan menjaga tiga perkara:

a. I’tikad (kepercayan)

*jangan bera’tikad pada perkara yang membatalkan iman. ( pegangan kita msti brsndar dr-Nya)

*jangan syak pada perkara yang yang wajib beriman dengannya.

*jangan syak pada perkara yang dinyatakan oleh agama secara qata’i. (jgn ragu2 lg hukum yg tlah dtentukan)

b. Perkataan

*jangan mendustakan Allah dan Rasul dan perkara yang wajib beriman dengannya

*jangan memaki Allah dan Rasul

*jangan ingkar perkara yang nyata wajib dengan dalil qata’i.

*jangan menghalal perkara yang nyata haram dengan dalil qata’i.

*jangan mengharam perkara yang nyata halal dengan dalil qata’i.

*jangan bersenda dan buat olok-olok dengan agama.

*jangan berkata dengan suatu yang menjadikan syirik atau kufur.

c. Perbuatan

*jangan memperbuat suatu yang menjadikan syirik atau kufur.

*Jangan memperbuat suatu yang menyerupai syirik atau kufur.

2. Meliharakan nyawa dari kebinasaan:

a. jangan menbunuh diri.

b. jangan memperbuat suatu yang memembinasakan diri.

3. Memelihara harta.

*jangan membinasakan harta dengan tiada sebab.

*jangan membazir

*jangnan berjudi.

*jangan berlebih lebihan pada makanan dan perhiasan

4. Memelihara nasab.

*jangan berzina. ( akan melahirkan anak luar nikah )

5. Memelihara akal.

*jangan minum atau makan suatu yang memabukkan.

*jangan melakukan suatu yang merosakkan fikiran.

6. Memelihara kehormatan.

*jangan melakukan sesuatu perkara yang membawa kehinaan diri.

*hendaklah berperangai dengan sifat kemulian.

*hendaklah beradab sopan dan menjaga tingkah laku.

Lebih lanjut sila lihat dalam kitab yang lebih panjang perbahasannya.

Dikirim dalam Usuluddin

Sabtu, 15 Januari 2011

~tazkirah maghrib di masjid~


"Cemerlang masa meninggal"

berdoalah dengan doa seperti:

اللهمّ تختم علينا بالحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوءالخاتمة

maksudnya: " ya Allah, matilah kami dengan kematian yang baik, dan janganlah matikan kami dengan kematian yang buruk"

sesunguhnya orang yang berjaya mengucap syahadah لاإله إلا الله" maka syurgalah janjinya, namun kemampuan ini dianugerahkan kepada mereka yang terpilih.

Bila meninggal orang yang sibuk dengan hal dunianya akan ingat perkara yang dikerjakannya ketika mahu mati

Orang yang meninggal dunia dengan dosa yang banyak, walaupun orang mengajarnya mengucap. Dia tidak mampu mengucapnya.

Dari cerita dan pengalaman seorang doktor yang pakar bedah dan penceramah di masjid. Kisah buku beliau tentang dosa-dosa besar:

1. Seorang remaja 17 tahun tingkatan 5, semasa hendak meninggal beliau telah memberitahu ibu bapanya yang dia akan meninggal dunia tidak lama lagi, dan mengatakan dia telah menghidu bau syurga untuknya, lalu perginya dengan mudah….

Rahsianya?

- Dia seorang yang tekun solat beremaah

- Tekun membaca al-Quran

- Jarang tinggal sembahyang tahajud

- Bila mahu pergi solat subuh, dia kejut ahli keluarganya untuk solat di awl waktu

2. Kisah seorang jemaah di masjid, meninggal selepas solat maghrib ketika umur 85, dengan mudah tanpa sebarang penyakit:

- Dia selalu solat berjemaah

- Selalu beberapa minit duduk membaca al-Quran

- Sentiasa mengikuti ceramah2 atau pengajian di masjid

- Selalu menjaga percakapannya

3. Seorang yang berumur 81, selepas solat zohor di masjid apabila pulang ke rumah telah meninggal, tidak mempunyai penyakit dan dapat megucap:

- Selalu solat berjemaah di masjid

- Yang terawal datang ke masjid, membuka pintu, tingkap masjid

- Membaca Quran setiap masa

Begitulah kisah mereka yang telah cemerlang masa meninggalnya, kebanyakkannya adalah yang cintakan rumah Allah dan al-Quran

Kata ulama’: "orang yang mahu meninggal yang hatinya lebih pada keduniaan, maka susahlah untuk meniggal"

Oleh itu, jadilah kebergantungan hati, katautan hati dengan Allah

Seperti dalam Surah Baqarah, Allah berfirman:

orang yang mahu mengimarahkan rumah Allah adalah mereka yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat

Apabila berkomunikasi dengan Allah tidak baik, tiak dijaga, tiada rasa dengan hablul minallah…. Maka pasti akan memburukkan hubungan sesame manusia…. Hablul minan nas…..

Antara amalan yang akan membantu kita ketika mati nanti adalah:

1. Al-Quran. Dia akan ikut sama bila di saat kita menghadap Allah

Di dalam hadis: “ al-Quran akan menjelma sebagai manusia, ia akan membela kita”

2. Masjid. Iaitu rumah Allah. “ orang yang terpaut dengannya, akan bernaung di bawah perlindungan Allah, akan menjelma satu bahtera yang akanmenyelamatkan”

Diceritakan juga kisah sahabat yang menanyakan pada Rasulullah tentang berapa hari yang sepatutnya untuk khatam Quran?

“ Baginda jawab, iaitu selama 40 hari. Namun sahabat tidak berpuas hati, ingin percepatkan lagi. Rasulullah katakana lagi sebanyak 30 hari. Namun sahabat tidak berpuas juga sehinggalah Rasulullah mengatakan selama 5 hari”

Ianya satu amalan yang dapat merasakan kemanisan iman itu. Selama mana diri tidak mahu mendekati al-Quran maka selama itu hati akan mati dan leka.

Bertaubat, bersiap-siaplah dengan kematian dengan mencintai Allah dan kitab kalam-Nya. Al-Quran juga memilih tuan yang ingin menghampirinya, maka berusahalah selalu untuk menjadi tuan pemilik kepada Quran yang boleh hampir selalu pada kita.

Kisah pada khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Seorang Abu Hasim yang pergi bertemu seorang ulama’ Abu Haziq ( maaf tidak pasti namanya, mungkin juga ana tersilap dengar ) . beliau meluahkan rasa hatinya pada orang alim tersebut .

“ kenapa aku rasa takut mahu mati ?, jawab orang alim itu, kerana sebab engkau membangunkan hal keduniaan anda yang canggih tapi belum membangunkan untuk negeri yang kekal abadi iaitu akhirat yang kamu runtuhkan” lalu menangislah ia……….

Renung-renunglah… mari bertafaqqur lagi dengan anugerah akal fikran ini wahai hamba Allah……..

p/s: maaf jika tersalah mendengar dari tazkirah tersebut, dan kata-kata bahasa yang salah.

Isnin, 10 Januari 2011

.: teguran buat diri:.

Membaca dan merenung, tertarik dengan "kitab bidayatul hidayah" karangan Imam al-Ghazali ( Hujjatul Islam ) . Tiap-tiap baitnya penuh hikmah terasa begitu banyak kesilapan tanpa sedari.

Berkata-kata yang mampu membuatkan diri terlupa akan hakikat kebenaran yang sebenar. Nampaknya penuh dengan kata nafsu sendiri. Moga dapat memperbaiki menghayatinya jauh dari persimpangan yang tersasar.

Permulaan hidayah

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihani. Segala puji bagi Allah sebenar2 pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik2 makhlukNya, penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w. dan juga para sahabatnya dan pengikut2nya.

Ketahuilah, wahai sahabat yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu, yang telah menunujukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengatahuan.

Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba2 dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.

Dan jikala niatmu di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata2 untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang ada di dalam laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan.

Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu, dan bagi hidayah itu ada “ bidayah” ( permulaan ) dan ada pula “ nidayah” ( kesudahan ) dan ada “zahir” dan ada pula “ batinnya” dan engkau tidak akan sampai kepada “ nihayatul hidayah” dan engkau tidak akan dapat menyelami “ batin hidayah” kecuali setelah engkau selesai menyempurnakan segala urusan yang berkenaan dengan “ zahir hidayah” itu.

Seandainya engkau dapati hatimu cenderung kepadanya dan nafsumu mahu mengikuti arahannya dan dia dapat memberikan perhatian yang sewajarnya, maka nanti engkau akan sampai kepada “ nihayatul hidayah” hingga engkau mampu mengharungi lautan ilmu yang luas.

Tetapi jikala engkau mendapati hatimu tidak memberi perhatian kepadanya dan nafsumu suka berlambat2 dalam melaksanakan perintahnya maka ketahuilah bahawa kecenderunganmu dalam menuntut ilmu sebenarnya hanya tunduk kepada perintah syaitan yang terkutuk yang mahu menipu engkau dengan bermacam2 tipu helahnya. Sehingga engkau akan terjerumus ke dalam jurang kecelakaan.

Ahad, 9 Januari 2011

Membaguskan Diri.. Perlu ke? ^_^



Cari-cari masa untuk kesempatan yang ada. Mahu tulis juga. Menulis sebagai wasilah memotivasikan diri. Ya Allah, bukakan pintu hidayah-Mu bagi hamba-Mu berterusan. Alhamdulillah hampir masuk minggu ke-empat pengajian. Sudah menimbun tugasan yang diamanahkan pensyarah.
Berilah kami seluruh sahabat-sahabat kekuatan melaksanakannya. Dengan ilmu yang masih secoit, dengan kefahaman yang terlalu lemah, berilah kami tetap tegar bersemangat memikulnya.amin.
Tugasan yang perlu disiapkan dengan segera:
Ilmu Kalam : “al- Syafaat” menurut al- Sya’irah
Falsafah Islam : epistemology menurut Imam al- Ghazali
Method Fiqh : sebab-sebab khilaf kalangan ulama
Method Dakwah : kaedah perlaksanaan al- Hikmah sebagai
method dakwah
Fiqh Ibadat dan Munakahat : terjemahan kitab bab zakat
Maharat al-Kitabah wal Hadathah : hiwar, latihan nahu dan saraf
English : summary of five book penguin leaders
Methodologi al- Quran dan Hadith : sedang mencari tajuk
Tamadun Islam Semenanjung Asia Tenggara ( TITAS ) : belum lagi
Allahu akhbar! Mari bersemangat wahai diri…. Menuntut biarlah kerana cintakan ilmu, kerana tahu diri itu terlalu jahil, kerana memang untuk dipelajari, dihayati dan diamalkan. Insha Allah. Renung balik surah baqarah yang Allah berfirman, : “ tidak ALLAH beratkan sesuatu kepada seseorang selagi ianya masih mampu memikul”. Yah! Pasti boleh.
Alhamdulillah study group sudah bermula. Moga bersama-sama teman dapat menambahkan lagi semangat belajar. Tapi dalam kita sibuk menuntut ilmu, jangan pula lupa tanggungjawab pada yang Esa. Setiap perit pedih menjadi indah jika terus bersandar pada Allah.
Alternatif dengan melakukan solat berjemaah bersama-sama, solat hajat, baca quran dan tazkirah bersama teman untuk memperkemaskan diri yang lemah ini agar selalu tidak melupakan-Nya mengharungi apa saja rintangan.
Ilmu sebagai perkongsian, insha Allah jika telah berjaya menyiapkan, maka akan dibentangkan pada sahabat yang lain. Tidak sabar juga untuk mendengar perkongsian tajuk dari sahabat-sahabat.
Dalam minggu lepas juga diri telah diingatkan ustaz mengenai khusyuk dalam solat. Masha Allah… malu betul bila tidak menjawab soalan ustaz yang hanya remeh sahaja. Katanya:
“ ustaz bukan nak menghina kamu atau perlekehkan, tapi ianya adalah realiti” “ baiklah ustaz nak Tanya apa maksud dalam duduk diantara dua sujud bacaannya?”
tiada yang memberi jawapan tepat. ok ana tanya perkataan wajbur, apa maksudnya?” masha Allah… macam mane boleh tak pasti perkara ini?
hah lihatlah begini umat Islam sekarang, bacaan dalam solat hari-hari pun tak tahu maknanya, hamba apakah kamu ni?
Ye, sedangkan Allah telah berfirman yang maksudnya: “ tunaikanlah solat sesungguhnya ia dapat mencegah kemungkaran”
Lihat jaminan Allah ni, tunai solat pasti dapat hindar mkasiat. Tapi bila tengok jika telah tunaikan solat masih melakukan kemungkaran kenapa ya? Itu tanda kurangnya penghayatan dalam solat tersebut. Kerosakkan amalan solat apabila ianya tidak betul mengikut syariat, tidak khusyuk.
Mari memburu kekhusyukkan dalam solat! Sesungguhnya orang Islam itu akan berjaya apabila ianya menjaga waktu solatnya dan khusyuk. Mencari EHSAN dengan menganggap, merasa kita sedang melihat Allah, jika tidak mampu selalulah berfikir yang Allah melihat kita.terima kasih ustaz, atas peringatan dan buku ustaz" khusyuk kemanisan bersolat" yang ustaz syorkan. ^^
Timbulkan rasa gerun, takut, tunduk tawaduk yang kita ni terlau kerdil di sisi-Nya… merayu merintihlah dalam solat memuji dan memohon pada-Nya. Wahai umat akhir zaman… jangan lupa kita terlalu banyak anasir-anasir yang melekakan, jadi persiapkan diri dengan taqarrub dengan-Nya… always and always, every days…..
Hmm nampaknya diri telah terjebak dalam method dakwah, syukur diberi peluang belajar dari madah jabatan lain. Kata ustazah :
“ baiklah, sekarang kamu semua akan belajar tentang method dakwah iaitu kaedah bagaimana untuk berdakwah, jadi bila sudah pelajari akan menjadi tanggungjawab kamu untuk praktikkannya, malah telah kewajipan berdakwah bagi kamu”
Huh mendengar peringatan ustazah diri terasa sesuatu bebenan besar yang sedang menghimpap diri. Mampukah?? Jadi perlu tanamkan semangat dari sekarang! Ok, para sahabat2 sekalian… wahai pejuang di jalan Allah, mari kita terus berjuang dengan bersungguh-sungguh.
Mulakan dari sekarang, bolehlah belajar dengan melihat peta minda di atas^_^. Moga semakin menuju Allah dan lebih mengenali-Nya. amin.

Maka kesimpulan di sini, perlulah kita memperbaiki diri kita.. Bagi memperbaguskan segala urusan kita.. Lebih-lebih lagi ianya ibadah kerana Allah s.w.t.. Insya Allah.. ^_^

Selasa, 4 Januari 2011

.:KENALILAH PEMIKIRAN ISLAM SEMASA:.

p/s : atas kesibukkan dengan tugasan yang banyak, jadi ana mengambil tugasan madah dahulu sebagai perkongsian. moga lebih mengenali apa itu " Pemikiran Islam Semasa ".

DEFINISI PEMIKIRAN ISLAM SEMASA MENURUT BAHASA:
Pemikiran dalam bahasa Melayu berasal daripada kata 'fikir'. Ditambah dengan imbuhan pe dan an serta ditukar huruf kepada m sehingga menjadi ‘pemikiran’. Kata perbuatannya adalah berfikir (thinking). Bahasa Iggerisnya pula ialah think (thougt). Perkataan berfikir kini digunakan secara meluas. Dasar perkataan fikir berasal dari perkataan Arab 'fakkara', 'yufakkiru', 'tafkiran'

Sebahagian ahli bahasa mengatakannya daripada wazan 'dharaba' iaitu 'fakara', 'fakiru', 'fakran' atau 'fikran'. Jelasnya perkataan fikir berasal daripada perkataan 'al-fikr'. Dalam al-Quran, perkataan fikir tidak disebut dalam bentuk kata nama. Tegasnya dalam al-Quran, perkataan fikir disebut dalam bentuk fi’il madhi (perbuatan yang telah lepas) dan mudhari' (perbuatan yang sedang dilakukan), sighah mukhatab dan ghaib (kata ganti diri kedua dan ketiga). Misalnya fakkara dan tatafakkarun.

Jadi ketika al-Quran menggunakan cara ini seolah-olah Allah S.W.T ingin mengingatkan kita bahawa usaha berfikir adalah usaha yang sangat berkaitan dengan manusia. Ringkasnya pemikiran bolehlah didefinisikan sebagai satu aktiviti kekuatan rasional (akal) yang ada dalam diri manusia, sama ada ia berupa qolbu, roh, atau dzihnun, dengan pengamatan dan penelitian untuk menemukan makna yang tersembunyi dari persoalan yang dapat diketahui, atau untuk sampai kepada hukum-hukum, atau hubungan antara sesuatu. Pemikiran juga boleh didefinisikan sebagai rangkaian idea yang berasosiasi (berhubung kait) atau daya usaha reorganisasi (penyusunan semula) pengalaman dan tingkah laku yang dilaksanakan secara sengaja.
Takrif pemikiran yang digunakan dalam bidang psikologi sangat abstrak dan berbeza antara satu sama lain. Dalam penjelasannya pemikiran dapat diterangkan dengan menyenaraikan kegiatan-kegiatan yang terlibat dalam konsep pemikiran itu. Antara lain, pemikiran merujuk kepada kebolehan manusia untuk mencipta gagasan-gagasan, dan pengertian-pengertian, berhujah, menilai, dan membuat keputusan.
Perkataan Islam pula merujuk kepada makna selamat, sejahtera, aman dan seumpamanya. Ianya merupakan terma popular merujuk kepada pemikiran yang timbul dan muncul dalam masyarakat Islam. Perkataan semasa pula merujuk kepada kotemporari dan terkini iaitu keadaan sekarang yang pasti berubah-ubah mengikut keadaan. Jadi, konteks semasa bermakna interaksi berterusan dengan keadaan dan perubahan manusia dan alam.
DARI SEGI ISTILAH :
Definisi pemikiran Islam pula bolehlah disimpulkan sebagai gagasan atau buah fikiran pemikir-pemikir Islam atau ulama' bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah untuk menjawab persoalan-persoalan manusia dan masyarakat yang timbul disebabkan berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah pertama, sebagai usaha untuk memahami atau mengambil istinbath (intisari atau pengajaran) hukum-hukum agama mengenai hubungan manusia dengan penciptanya dalam masalah ibadah. Juga hubungan sesama manusia dalam masalah muamalah. Masalah-masalah ini menyangkut hal-hal ekonomi, politik, sosial, undang-undang dan lain-lain. Kedua, sebagai usaha untuk mencari jalan keluar kepada persoalan-persoalan luar yang belum ada pada zaman Rasulullah S.A.W dan pada zaman sahabat atau untuk memperbaiki tindakan-tindakan tertentu berdasarkan roh Islam. 

Ketiga, sebagai penyesuaian antara prinsip-prinsip agama dan ajaran-ajarannya dengan pemikiran asing yang mempengaruhi pemikiran umat Islam. Keempat, sebagai pertahanan terhadap akidah Islam dengan menolak akidah, kepercayaan lain yang bertentangan dengan ajaran Islam dan menjelaskan akidah Islam yang sebenarnya. Kelima, untuk menjaga prinsip-prinsip Islam agar tetap utuh sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW sepanjang masa hingga ke akhir zaman.
Dalam hal ini, Muhammad al-Bahi mendefinisikan pemikiran Islam sebagai usaha akliah oleh para ulama Muslim untuk menghuraikan Islam berdasarkan sumbernya yang asli iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Muhsin ‘Abd al-Hamid pula mendefinisikannya sebagai setiap apa yang dilahirkan oleh pemikiran kaum Muslim sejak perutusan Rasulullah hingga kini tentang pandangan hidup umum (al-ma‘arif kawniyyah, world view) yang berhubungan dengan Allah S.W.T, alam dan manusia. Mohd Kamil Abd. 

Majid mengupas pemikiran Islam itu sebagai gagasan, idea, dan fikiran dari perspektif Islam sebagai respons intelektual kepada persoalan Tuhan, manusia, alam, kehidupan, kematian dan kewujudan seluruhnya yang timbul daripada pertembungan Islam dengan kebudayaan dan peradaban asing atau respons terhadap masalah dalaman umat Islam. Bagi Hassan Abdullah Hassan pula pemikiran Islam tidak lari dari kegiatan akliah yang berteraskan kaedah Islam dalam pergerakan, pelaksanaan, penghasilan dan penilaian akliah tersebut, seterusnya menjadi kerangka pegangan untuk membentuk tasawwur asasi berkaitan Allah, insan, dan alam. 

Ketiga-tiga persoalan (qadiyyah) di atas adalah tema pokok perbahasan ilmu dan kehidupan. Dr. Yusof al-Qardawi memfokuskan perbincangan kepada qadiyyah Ilahiyyah, Insaniyyah, al-‘Alam dan ditambah lagi dengan al-Nubuwwahal-Ma’ad wa al-Masir. serta Menurut Prof. Dr. Kamal Hasan, yang dimaksudkan dengan pemikiran islam semasa ialah gagasan-gagasan, idea-idea dan fikiran dari perspektif islam sebagai tindak balas yang bersifat intelektual kepada persoalan-persoalan manusia dan masyarakat semasa.

 Oleh itu, yang dimaksudkan dengan persoalan semasa ( kontemporari ) di sini pastinya merujuk kepada perkembangan dan persoalan yang berlaku hari ini atau berkisar kepada isu-isu terkini, jadi pemikiran yang menjadi fokus sabjek ini pastinya kepada perubahan-perubahan dan perkembangan yang berlaku dan menimpa umat Islam semasa dan reaksi atau jawapan yang dikemukakan oleh umat Islam melalui ijtihad mereka menangani tuntutan dan keperluan semasa umat Islam. 

Pemikiran Islam yang bersifat pembaharuan dan tajdid akan menjadi asas kepada kemajuan dan perubahan umat Islam, peranan pemikir tidak kurang pentingnya sebagai pelaksana dan pengurusan kepada pemikir Islam dan temadunnya. Islam turut terikut dengan tahap kemajuan dan kemampuan pemikirnya sama ada berkembang ke arah kekuatan ataupun statik beku tanpa sebarang perubahan.
 
Pemikiran Islam turut didefinisikan sebagai himpunan ilmu dan pengetahuan yang tertegak atas asas-asas dan neraca ukuran Islam. Lebih luas lagi ianya diertikan sebagai dasar dan ajaran yang dibawa oleh Islam, metode yang perlu digunakan dalam pemikiran oleh umat Islam, pandangan dan pemikiran yang dihasilkan oleh umat Islam, dan rumusan daripada usaha-usaha penggabungan pemikiran manusia dengan mengubahsuai, memproses dan membebaskannya daripada unsur-unsur luar yang bercanggah dengan Islam. 

Dalam hal ini, tafakkur lebih sesuai difahami sebagai usaha berfikir dengan kaedah-kaedah tertentu, manakala fikr adalah hasilnya. Definisi pertama juga menekankan persoalan sumber pemikiran Islam. Manakala definisi kedua menekankan persoalan skop pemikiran Islam.

~ perkongsian yg lain~