~Yang Budiman~

Rabu, 18 Januari 2012

~tUjUaN bErBlOgGeR~

Menjelajah dan terus menjelah blog ke blog bagi pengisian diri. Pelbagai matlamat dan tujuan yang ingin disampaikan penulis. Ada yang yang menyentuh (kehidupan berumah tangga), ada yang melakarkan tentang dairi hidupnya,dan segala macam lagi... Diri kembali pada tajuk blog ini “manisnya tafaqqur taqarrub wa hayatul ma’aAllah”  bagi mengingatkan pada diri. Peringatan ini adalah sangat penting sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Iaitu bertafaqqur, berfikir dan merenung setiap perkara lalu disandarkan pada Allah s.w.t dan akhirnya untuk mendapatkan kemanisannya bertaqarrub, mendekatkan diri pada Allah .s.w.t.

Perkara ini suka diulang-ulang, agar tidak lapuk diingatan. Cuba bayangkan, berapa banyak  masa diluangkan untuk memikirkan tentang Tuhan? Adakah setiap detik perbuatan disertai mengingati Tuhan? Sedangkan banyak perkara yang dibuat baik atau buruk tanpa kehadiran rasa bersama Tuhan.


Wahai yang mempunyai hati,


Apakah tiap perbuatan kita, bercakap, membaca, menulis, bekerja, malahan berfikir dikaitkan dengan Tuhan? Sebanyak mana apabila bercakap; bercakap mengenai Tuhan, apabila menulis; menulis tentang Tuhan, membaca; membaca tentang Tuhan, dan seterusnya berapa kali berfikir mengenai Allah?
Itulah kurniaan Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih untuk mengingati Tuhan azza wa jalla. Kenapa diri tidak dipilih Tuhan untuk memikirkannya? Perlu la direnung, setakat mana kesungguhan kita untuk menghampirinya. Yakni untuk mendapat hidayah, petunjuk untuk merenung tentang Tuhan.

Ada yang membaca tanpa rasa, dan mungkin ada yang tidak faham pada tuntutan-NYA lalu tidak diendahkan. Dikhuatiri hati itu yang tidak kesampaian untuk merasakan manisnya berbicara mengenai Tuhan.
Wahai yang dikasihi,


Bersyukurlah dengan nikmat Islam yang sedia ada melalui turun temurun para ibubapa yang bergelar muslim. Itulah salah satu pemilihan Tuhan untuk menghampirinya dan mengenali hakikat Tuhan Allah Ta’ala. Dan selepas itu, arah tuju perjalan hidup diteruskan dengan pelbagai acuan. Bermacam-macam keinginan yang hendak dikecakapi dalam kehidupan, keseronokkan, hiburan, impian dan cita-cita, tapi lupakah kita pada Pencipta kehidupan itu dan erti kehidupan di dunia yang sebenar?


Sesungguhnya, ilmu mengenal Tuhan amatlah penting untuk memulakan kecintaan pada Pencipta kita dan segala macam nikmat yang dianugerahkan. Jika tidak mengenali Allah s.w.t, maka diri tidak tahu apa tujuan hidup yang sebenar dan bagaimana  menghabiskan masa sebaiknya di dunia. Apabila tidak mengenali Tuhan; sukar untuk melihat keagungan-Nya, sukar untuk merasa syukur pada-NYA lalu pejalanan hidup mengikut acuan sendiri sehingga lupa untuk membesarkan-Nya.


Maka hai sekalian makhluk-Nya,


Betapa pentingnya ilmu mengenal Tuhan iaitu “marifatullah”. Ilmu yang terkandung tentang sifat-sifat Allah s.w.t yang wajib, harus dan mustahil. Sifat wajib yang dikenali sebagai sifat 20 iaitu sifat yang mesti ada pada Tuhan, yang panjang perbahasannya. Apabila mengkaji sifat-sifat Allah ini, sudah memadai untuk jatuh cinta dengan Tuhan. Ilmu ini terkandung di dalam pelajaran aqidah, maka pelajarilah.


Ilmu ini bukan sahaja pada mereka yang berkesempatan dikhususkan untuk mempelajarinya, malah ilmu ini wajib dipelajari bagi hamba yang mahu mengenali Tuhan. Hanya kehendak sahaja yang perlu diusahakan. Tidak bermakna juga hanya mereka dari pelajar agama mahupun hanya pelajar pengajian Islam. Namun ilmu Allah ini adalah untuk semua, kerana al-Quran itu bukan diturunkan hanya kepada mereka yang belajar agama, tetapi untuk semua umat Islam sebagai panduan tidak kira siapa jua.


Oleh itu, mereka yang mahu mencari hakikat Tuhan itu akan berusaha dengan pelbagai jalan. Ianya terbahagi pada golongan ahli tasauf, ahli falsafah, ahli kalam (mutakallimun) dan beberapa jemaah yang turut mencari jalan yang hakiki menuju Tuhan. Antaranya jalan tariqat yang terdapat tujuh aliran seperti tariqat muhammadiah, syazaliah, naqsyabandiah dan sebagainya. Aliran-aliran ini melalui jalan yang sukar untuk menemui hakikat Tuhan dan akhirnya dikecapi dengan bimbingan yang diperolehi melalui pembelajaran.


Mereka dianugerah fikiran mencari kebenaran Tuhan itu, lalu membahaskan kebenarannya. Walaupun terdapat kesalahan, namun ia dikira ijtihad yang diampunkan, tidak berdosa malah dikurnia ganjaran pahala. Bagi yang sukar memahami akan mengangapnya sebagai sesat, kerana aliran yang dibawa menghadapi kemusykilan untuk difahami. Siapakah kita untuk layak memahami ilmu Tuhan yang diperingkat tinggi? Itulah kita golongan awam yang masih cetek pengetahuan tentang makrifatullah.


Mereka yang dikurniakan hikmah tersebut, memandang setiap perkara sambil memandangnya di sisi Tuhan. Apabila melihat alam, akan dapat merasa kehebatan Tuhan. Contohnya, tahap makrifah mereka apabila melihat segala benda yang tidak bernyawa, mereka melihat Allah yang menjadikan-Nya. Bagaimana kita mampu melihat meja, kerusi, buku, lampu, katil akan melihat Allah yang menjadikannya? Kita hanya menggunakannya tanpa rasa syukur.


Oleh itu marilah kita mengenali Tuhan melalui ilmu aqidah, turut juga ilmu tauhid mengenai tauhid rabbaniah, uluhiyyah dan sifat serta asma nama-Nya yang sangat cantik. Akanku lakarkan kali ini hasrat di hati untuk menceritakan tentang keagungan-MU Allah.. Jadi, hayatilah lagu sifat Allah 20 ini… wallahu’alam.

ohH..jatuh cinta pada-MU ALLAH..... 

Sabtu, 14 Januari 2012

AHLAN WA SAHLAN 2012

                              
Dengan nama Allah, al-Rahman al-Rahim diingatkan. Lama tak menaip untuk  melakarkan cinta pada-Allah. Syukur masih diberi peluang untuk bermuhasabah.

Sudah masuk tahun baru 2012. Hari ini sudah 6 hb 1. Tidak terasa perubahan tahun, adakah bermakna diri ini masih sama… atau tidak sedar dengan dunia.
Pengalaman sambutan tahun baru di masjid berdekatan dataran merdeka. Terasa ingin mencuba mendekati anak muda, namun ilmu yang tipis dan suasana tersebut tidak berapa berjaya menunaikan kehendak hati. Sungguh jahil terasa, tanpa kudrat menarik beberapa dari mereka.

Ya Allah, Rabbu Azza wa Jalla…

Hamba merenung di setiap perbuatan selama ini. Malu sungguh, kerana keinginan mencintai-Mu tidak dibuktikan dengan bersungguh. Di sebelah siang sibuk dengan urusan, malam juga ada urusan. Jadi bila di waktu sepertiga malam , diri terleka dengan keletihan2 urusan duniawi yang mungkin membawa lagha. Berapa  saja masa dapat menumpu bersama-Mu. Walau sudah alarm disetkan, namun masih liat menghadap-Mu.

Ya Muhaimin,

Hamba seorang perempuan yang sungguh banyak kelemahan. Dari segi agama, bimbinglah ke jalan menemui cinta-Mu sebagaimana kekasih-Mu dari golongan hawa terdahulu. Zaman kini sungguh hebat fitnahnya. Kadang ingin mengatasinya dengan beberapa langkah, namun diri berasa sedikit keliru. Adakah perlu mengatasi atau menjauhi? Pelbagai langkah ditemui, tapi tidak mendapat ketenangan, malah terasa seperti tiada keikhlasan atau tidak sesuai dengan roh diri.

Ya Latif,

Mengambil jalan menjauhi, sebagaimana Hujjatul Islam al-Ghazali dipilih. Untuk menggapai jalan taqwa. Kerana diri begitu lemah untuk mengatasi, biarlah menjaga agar mempunyai masa tenang bersama-MU…

Maka tahun kali ini mahukan...diri berazam untuk:

*perbaiki diri kepada yang lebih2 baik~
*menjadi SEBAIK2 WANITA SOLEHAH~ dengan menjaga aurat, tingkah laku, tutur kata..
*menjadi SEBAIK2 ANAK SOLEHAH~ mendengar kata ibu tercinta, membantunya, menggembirakannya..
*MENJAGA SEBAIK2 IKHTILAT dengan lelaki~ jauhi pergaulan bebas, tanpa urusan penting dengan lelaki..menundukkan pandanganku
*BERDAKWAH kepada masyarakat~ target kepada bukan Islam, menyebarkn ajaran Islam, kepada adik-beradik, sanak-saudaraku, membantu gerak kerja Islam..dalam matlamat menjadikan negara Islam
*BERJAYA DALAM PELAJARAN dengan cmerlang~ dengan mengamalkan ilmu yang dipelajari sebaik2nya..belajar bersungguh2 tuntut ilmu kerana Allah dan buat ibu tercinta…
*menjadi sebaik2 ISTERI SOLEHAH~ jika diizinkan Allah untuk berkahwin, maka akanku persiapkan diri sebagai isteri yang taat, berazam mendidik zuriat yang soleh-solehah…
*MENJAUHI PERKARA SIA2~ yang membuang masa tanpa manfaat, isi dengan KEBAIKAN..akanku utamakan amalan kebaikan….

*yang PALING PENTING adalah~ menjadi SEBAIK2 HAMBA ALLAH..
dengan semakin mencintai Allah, mengingati-Nya di mana jua, kerana TUJUAN HIDUPKU adalah untuk kecapi cinta Allah s.w.t yang Maha Agung, aamiin.. perkenanlah ya Allah…

~ perkongsian yg lain~