~Yang Budiman~

Ahad, 29 April 2012

Mencari-Cari..............

Menulis merungkap rasa… segala renungan yang bermain difikiran...
Syukur nikmat penglihatan… menyaksikan pelbagai ragam..
Kadang terfikir “ adakah itu baik… atau sebaliknya…”

Selalu beringat…

Mungkin boleh mengundang dosa.. di atas fikiran ini…
Kerna  ingin mencari yang baik… cuba untuk bersangka baik…
Mencari-cari buat tauladan.. namun sukar diketemui…
Memang fitrah manusia tiada yang sempurna…

Tiba untuk mengislah diri…

Mencari daripada mereka yang benar menjaga…
Kuatkan diri.. agar mampu untuk ditempuh..
Percayalah pada diri.. “diri juga mampu untuk kebaikan….”
Malah dikekalkan.. walau nafsu cuba menghasut…
Lalu mencari pengajaran dari mereka yang telah berjaya…
Bandinglah dengan mereka selalu..  Para sahabat dan sahabiah….
 Buat terus perjuangan ajaran agama yang sempurna dalam kehidupan….

Wahai Siti Khadijah, aku ingin mencontohimu dalam berbakti pada agama…
Wahai Siti Aisyah.. aku ingin mencontohi kebijaksanaanmu.. besama hadith-hadith nabi…
Wahai Siti Fatimah.. aku ingin mencontohi kesabaranmu sebagai hamba pada perjuangan-NYA..
Wahai Ainul Mardhiah.. aku ingin sekali menjadi hamba kesufian suci yang dikau pelihara….
Wahai Zainab al-Ghazali.. aku ingin mencontohi dikau dalam perjuangan sebagai muslimat Islam…
Dan semua serikandi Islam yang telah tercipta… sungguh tinggi perjuangan mereka…

Apalah sangat jika dibandingkan diri yang tidak mampu menyumbang…
Allahumma Sahla ya Allah… permudahkanlah jiwa batinku.. selari dengan tingkah laku fizikalku…
 Aamiin…. Ya RabB

~ usah bersedih andai Allah telah kuat terpahat di hatimu, selalu bersamamu…TERSENYUMlah dan terus berusaha~ CUKUPLAH ALLAH DAN RASUL BERSAMAKU…. ^__^v

~ perkongsian yg lain~