~Yang Budiman~

Khamis, 10 Januari 2013

.:*BAGI YANG BELUM BERKAHWIN*:.


Dengan nama Allah Tuhanku Yang Maha Mengetahui hati hamba-hamba-Nya.
Salam sejahtera di bawah lindungan Allah. Moga-moga hari ini lebih baik dari semalam dan berazamlah untuk hari esok lebih baik , aamiin. Hari-hari yang berlalu.. waktu dan masa silih berganti, dan umur pun semakin meningkat usia, dan tak sedar akal fikiran juga bertambah matang.

Entry ini buat pertama-tama kalinya menulis tentang cinta.

Itulah fitrah manusia yang dijadikan Allah. Manusia telah dijadikan Allah dengan tiga sifat di dalam jiwanya. Pertama, jiwa manusia boleh dipimpin oleh rasional kita iaitu dipanggil natiqah (akal), kedua nafsu amarah yang dipanggil ghadabiyyah (hati) dan yang ketiga adalah nafsu syahwat yang dipanggil syahawiyyah (limpa).

Ringkasannya, memang lumrah manusia ada nafsu dan keinginannya tersendiri, Cuma bagaimana ianya dikawal dengan baik. Mustahil, jika tiada berkeinginan apa2, itu adalah malaikat. Nabi pun adalah manusia yang diberi ujian dengan nafsunya, apatah lagi kita yang biasa2 ni. Tahap iman boleh turun naik.. and kadang2 encik iman pun boleh semput,  dan terus dibuai nikmat2 yang tidak diizinkan Allah.. Astaghfirullahal ‘azim.

Kembali pada tajuk, “bagi yang belum berkahwin”.  Siapa di sini yang dah kahwin atau tak lama lagi tunggu masa, sila keluar dari entry ni. Gurau je ^^
Allahhumma Solli ‘ala saidina Muhammad, wa ‘ala alihi wasohbihi ajma’in… Selawat dulu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

First time, ana tertarik untuk menulis tentang soal hati bagi sesiapa yang belum berkahwin.  Macam memahami pula.-_-'

Tidak kira siapa2.. ada yang sedang mencari-cari calon untuk berkahwin, ada yang sedang menunggu kehadiran pasangan hidupnya, ada yang sedang mencuba-cuba untuk berkenalan, ada yang sedang menilai dan menilai,  dan ada juga yang sedang menjaga hubungan sehingga bermatlamatkan ke akad nikah yang sah…

Bagi mereka yang telah bersedia untuk berkahwin, tetapi masih tiada pasangan yang sesuai lagi dan terus mencari.. Sehingga hati berbisik “tiada siapa yang nak kat aku ke”? “ Siapalah.. bakal peneman hidup aku nanti”? “Bilalah.. akan tibanya masanya nanti”? Dan terus berdoa dan berharap.
Namun, ketahui tak yang ini juga adalah ujian Allah? Sudah ke kita menilai hikmahnya? Adakah kita rasa sedih, dukacita, risau dan segalanya yang menghantui kita?

>>>>>>>>>>>> sedikit renungan…..


Ana cuba menggambarkan bahawa, jika Allah belum menentukan apa2 mengenai jodoh kita, kita masih perlu  sabar, perlu semangat dan masih perlu terus terseyum dengan senang hati dan gembira.^_^ Kenapa? Kerana ia berkaitan dengan tahap penerimaan hati kita, iman kita, redha kita dengan apa yang telah Dia tetapkan.

Tidak sedarkah jika kamu bersabar kamu akan kuat..?
Tidak sedarkah jika kamu berseorang kamu akan tabah..?
Tidak sedarkah jika kamu berusaha kamu akan tawakkal..?
Dan tidak sedarkah jika kamu bderdukacita kamu akan merana..?
Dan banyak lagi situasi yang perlu dihadapi dengan BERGANTUNG HARAP pada Allah, dan Smile ^__^

>>>>>>>>>>YANG BELUM MEMPUNYAI CALON PILIHAN<<<<<<<<<<<

Tuhan belum memberimu kerana dia sedang mengujimu lagi. Ingatlah, setiap ujian yang datang itu adalah semakin tinggi dan semakin lama dihadapi adalah bagi memuliakan hamba-Nya. Apabila diri semakin risau, semakin sedih, semakin lemah.. Namun masih tetap terus bersabar itu sebenarnya adalah ganjaran yang besar buat hamba-Nya. 

Jika terlalu ingin untuk mendapatkan sesuatu, namun Allah belum izinkannya, dan bersabar dan reda.. Serta tetap dengan menjauhi sebarang kemungkaran dari nafsu sendiri adalah dikira sebagai berjihad, dan sebesar-besar jihad adalah melawan hawa nafsunya.

Bagi yang belum mempunyai pasangan untuk bakal ke  alam rumahtangga, sebenarnya Allah terlalu sayang pada kalian. Berbeza dengan mereka yang telah dirisik, dan mempunyai ikatan pertunangan yang lebih berat ujiannya.

Betapa beruntungnya, apabila hatimu telah dijaga oleh Allah s.w.t, hatimu tidak mudah untuk mengingati seseorang yang masih haram buatmu. Hatimu dijaga daripada jurang cinta nafsu yang mungkin boleh membuatkan zina hati apabila teringat si dia yang melekakan..

Jika bersedih, renungilah kisah serikandi sufiah Rabiatul ‘Adawiyyah r.a, bukan kerana tiada sesiapa yang ingin memilikinya, namun ketegasan Rabiatul demi mempertahankan cintanya yang satu iaitu pada Ilahi, meletakkan beliau sebagai ketua segala bidadari Tuhan di syurga. Masya Allah.

Melihat pula para ulama’ mereka lambat berkahwin kerana terlalu cintakan ilmu Allah.. sanggup menggadaikan keperluan hati untuk memenuhi kecintaan ilmu yang tinggi. 'Aazim!

Renungilah kisah-kisah tauladan, antara cinta quwais dan laila… Kerahsiaan cintanya, walaupun di dunia tidak tercapai..tetapi Tuhan membalas kehidupannya berbahagia di akhirat… kisah cinta zulaikha kepada Nabi Yusof, sungguh banyak pengorbanannya.

Semakin pedihnya jiwamu tanggung.. Dengan penuh kesabaran, Allah telah menulis setiap kesabaranmu segabagai amalan yang mulia.. amalan yang membawamu ganjaran ke syurga-Nya..

>>>>>>YANG TELAH MEMPUNYAI PASANGAN, ADANYA IKATAN & SEBAGAINYA<<<<<<<<

Jika taqdirmu telah dirisik, telah ditetapkan sebuah ikatan perjanjian.. tetap terus berjuanglah mempertahankan imanmu.Kadang-kala.. Ikatan itu menganggapkan ianya boleh meremehkan hubungan sesama muhrim.. menjadi tiket menghalalkan perasaan.. Namun ianya masih perlu dengan batas-batas-Nya yang indah..

KETAHUILAH.. Apabila ada si dia di dalam hati pasti dirimu akan mudah mengingatinya.. Terbayang si dia, timbul pula kehendak hati yang hadir tanpa di duga.. Rindu.. Ingin berjumpa, ingin menatap wajahnya. Jika tidak dapat berjumpa, mengambil jalan berhubung di telifone, bermessej sehingga hati reda.. Di mana Tuhan kita waktu ini?

Memang susah jika hati tidak kuat untuk hadapi.. Mengharapkan orang yang disayangi di sisi bersama mehnah-Nya, namun ada cara dan batasnya..Yang apabila berbicara, hanya kepada kebaikan dan bermanfaat, ada tujuan dan natijahnya.. Menjaga percakapan agar si dara tidak melunakkan suaranya, si teruna tidak menanyakan perkara yang tidak harus, agar berjaga-jaga kepada syubhah bagi mengelak pengharaman-Nya. (berhubung bila perlu dengan penuh rasa takut pada Tuhan) Mampu?

Zalimkah Tuhan? Tidak. Malah Allah amat bijaksana menilai hamba-Nya. Ada yang diberi kebahagiaan awal.. Ada yang diberi-Nya lambat.. Dan ada juga hamba-Nya diuji dengan kebahagiaan itu tidak pernah muncul, malah tidak tercatat taqdirnya di dunia untuk dia merasakan kegembiraan…

Namun… Dia sebenarnya telah dijanjikan syurga yang tertinggi buatnya di akhirat.. atas hasil kesabarannya menahan ujian Allah. Lihatlah kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w, dikebanyakkan hari baginda diuji dengan kesedihan kerana mengalami ujian yang tinggi dan tinggi.. Namun tidak Allah cepat membahagiakan baginda di dunia yang fana, tetapi mengangkatnya manusia yang teragung di akhirat..

Samakin berjihad melawan kehendak hati.. semakin pahala free Allah berikan.. dan suatu hari nanti ianya tidak sedar telah mengumpulkan pahala yang memberati neraca amalnya. Untungkan.

                >> >>>>>>>>>>>>>>>>>>RENUNGI HIKMAHNYA<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Mungkin, Allah mahu kita berusaha lagi.. Allah mahu kita memperbaiki diri lagi.. Kerana Allah itu tahu tahap kelayakan ujian kepad hamba-Nya. Ntah-ntah memang sebenarnya kita belum bersedia menerima taklifan yang lebih berat lagi selepas berumahtangga, mungkin ujian-Nya lagi berat… menjadikan pasangannya sebagai ujian.. Adakah sudah berkahwin tetap istiqamah dijalan-Nya? Belum tentu.

Jika hadir dukacita.. Cepat2 lah istighfar.. Sibukkan diri dengan perkara yang manfaat, carilah kekuatan bersama teman2.. Dan yang paling penting terus berdoa dan Tawakkal... Ingatlah janji Allah.. "perempuan yang solehah buat lelaki yang soleh". Dah solehah ke? Jom timba lagi ilmu untuk jadi solehah.. Persiapkan dirimu sebelum ke rumahtangga, kerana dikau adalah cerminan kelahiran generasimu nanti.. Menunjukkan betapa pentingnya menjaga diri sebelum berkahwin bagi meraih berkat-Nya.
Mungkin si dia yang dijanjikan juga sedang memperbaiki diri.. Sedang menuntut ilmu atau berkerja.. Mempersiapkan menjadi anak yang soleh solehah dahulu, atau masih sedang asyik dengan Tuhannya.. Wallahu’alam.. sekadar perkongsian yang ingin memujuk hati-hati yang teruji dek kerana kasih kepada makhluk ciptaannya….
                      
       >>>>>>>>>BEBERAPA AYAT CINTA DARI ALLAH ^_^<<<<<<<<<

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).(3:14)

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(3:31)

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(5:54)

Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.(9:24)

Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.(16:107)

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemauan) kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,(49:7)
 WALLAHU'ALAM....ALLAH yang Maha Mengetahui... :) Tahniah juga pada sahabat2 ana yg telah berkahwin dan bakal2 yg menyusul kelak..Moga dirahmati Allah, aamiin~

Jumaat, 4 Januari 2013

Ujian di Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha pengasih dan Penyayang.. Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah.

Alhamdulillah wa syukkurillah, diizinkan Allah lagi di lembaran taun yang baru. Tidak tahu bila masanya nafas ini akan terhenti. Mudahan terus di bawah jagaan iman dan taat pada-Nya, amin.Hari ini, Hari Jumaat penghulu segala hari, dan merupakan entry pertama ana tulis buat tahun baru ini. Mudahan mendapat barakah dan renungan.

Tika ini, fatrah imtihan sedang dilalui. Peperiksaan final bagi semester yang kedua terakhir sebelum ana menamatkan zaman ijazah. Allahu Robbi… begitu sekejap dirasa, seperti baru mendaftar ke tahun satu. Ilmu-ilmu yang bertukar setiap semester bagai sikit-sikit dihembus angin kelupaan.. 

“Ya Allah berilah kefahaman ilmu sebagaimana kefahaman Nabi-Nabi-Mu, dan jagakanlah ilmu ini seperti diKau pelihara ilmu-ilmu Para Rasul, dan ilhamkanlah ilmu seperti diKau ilhamkan kepada Para Malaikat yang dekat dengan-Mu” Aamiin..

Kali ini, ana tak rasa situasi yang sama untuk menghadapi final exam sepertimana situasi yang pernah dilalui dulu. Tidak takut, tidak kisah, tidak gelabah atau.. Sememangnya memang tidak sedar yang sekarang tengah laluinya.

Jika dulu, persiapan untuk peperiksaan besar ini dimulai awal. Masa cuti study week ambil peluang untuk ulang kaji. Tapi sekarang sudah berada di kampus pun masih tidak datang mood study. Rasa malas je.. fikiran asyik melayang kepada lain.

Selalunya, waktu-waktu macam ni ada seseorang yang memberikan semangat.. Ada seseorang yang selalu mendoakan.. Yang selalu memberi harapan.. Yang membuatkan ana bersungguh-sungguh untuk berjuang di medan imtihan ni, kerana demi beliau..

Tapi.. Insan yang satu-satunya ana harapkan kekuatan semangat itu sekarang lebih memerlukan semangat dari ana sendiri.. Lebih memerlukan perhatian dari ana untuk selalu menghembuskan kata-kata penyembuh buatnya.. Kata-kata yang boleh membuatkan dia mampu berjuang dengan ujian Allah ini.. Mampu bersabar.. Mampu tersenyum, mampu berlapang dada.. Sungguh, ujian yang dia hadapi lagi hebat dari ujian imtihan ni.

Rasa.. Baru semalam telifione dia borak lama-lama.. Cerita gelak tawa.. dia cerita macam-macam.. Tapi, hari tu telifone dia rasa lain.. Suara macam tak semangat je. Dia ada adu dia lemah.. Badan kurang sehat, asyik nak jatuh je.. Tapi masa tu ana tak fikir apa-apa.. Mungkin letih banyak buat keja. Ana cuma pesan rehat je..  And makan ubat.

Minggu tu ana tak dapat jenguk dia. Ana ada urusan perlu laksana. Tapi ada yang lain sanggup balik tengok dia.. rasa bersalah juga.Tiba-tiba dapat maklum yang dia lemah teruk.. badan banyak lebam sebab banyak kali jatuh. Lihat keadaan rumah tunggang langgang, ada beberapa cawan gelas jatuh pecah. Ya Allah, kenapa dengan dia?

Akak cerita, tengok dia solat. Dia salah kiblat! Telekung dia pakai pun tak betul, aurat Nampak. Aik, saja-saja ke. Mustahil.

Besok tu.. dia bangun subuh awal, tengok akk solat. Dia duk wirid.. tapi dekat pukul 7 dia kata dia belum solat subuh lagi dan terus solat. Aik? Ingatkan dah solat… dia boleh kata dia lupa. Pelik.

Kakak ajak dia tinggal rumah kakak. Dia cepat-cepat setuju nak ikut. Hairan, selalunya dia taknak.. Ada je alasan dia.

Lama-lama.. badan belah kiri dia terlalu lemah. Sampai dia tak boleh bangun sendiri. Kami sangka ada gangguan makhluk halus. Bawa perubatan Islam rawat.. Untuk buang jika ada yang menganggu sebulum di bawa ke hospital.

Tapi dia macam tu juga, dan akhirnya segera ke hospital di bawah kecemasan kerana jatuh  akibat sebelah kiri krem. Lama sangat tunggu waktu tu.. nama tak dipanggil-panggil lagi dari tengahari sampai lewat petang. Seakan-akan sesuatu yang terlalu musykil untuk diketahui…

Ingatkan pendarahan yang ada di kepala dia.. Tapi, keputusan doktor kata ada sesuatu di bahagian otaknya yang belum pasti lagi, dan kemungkinan besar dia adalah ketumbuhan. Prapp! Jantung ana tersentap. Biar betul, takkan tiba-tiba je ada ketumbuhan?. Tapi masa tu takda pakar otak lagi. dia terpaksa tunggu di hantar di hospital lain. Dia kena tinggal wad…

Ana terkejut sangat-sangat.. ya Allah.. kenapa di bahagian otak, ketumbuhan jenis apa tu, bagaimana tahap dia sekarang merbahaya ke tak..  hati terus bertanya-tanya dan meminta-minta pada Tuhan agar dia tiada apa-apa.

Patutlah dia asyik lupa.. dia lupa untuk solat bagaimana, dan dia dah mula cakap bukan-bukan yang tiada kaitan. Rasa sedih sangat sebab selama ni percakapan dia penuh dengan makna.. Penuh dengan nasihat dan logik yang bernas. Tapi memang  tak  sangka dia boleh cakap merepek-repek dan Tanya bukan-bukan…

Bagai nak gila menerima hakikat dia macam tu. Dia yang dianggap di hujung nyawa yang ntah berapa harapan yang masih ada. Mulalah hati ini tidak boleh menerima dan tidak boleh menahan sebak di dada.
Ya Allah.. Rasa berdosa sangat biarkan dia selama ini sorang-sorang tanpa berteman.. rasa berdosa sangat biarkan dia tanpa membawa rawatan selalu ke hospital.. rasa kecewa sangat setiap kali keluhan atau aduan dia diremehkan..diabaikan.. T_T

Sebelum itu, ana belum melihat raut wajahnya yang bersedih dengan apa yang ditimpanya walau sudah beberapa bulan dia lalui.. belum lihat titisan jernih jatuh di pipinya lagi. Dia seakan reda dan tabah. Mungkin kerana diawal musibah yang menimpanya, dia tak sedar.. dan fikirannya belum stabil, fikirannya terganggu dek ingatan yang kurang jelas akibat terjejasnya fungsi otak.

Tapi, bila keadaan dia ingatan kembali, hari tu di wad hospital.. reaksinya berubah bila dia Tanya ana.. “bila exam peperiksaan akhir nanti?” ana jawab bulan 1 nanti.. tiba-tiba memek muka dia berubah dan dia bersedih lalu nangis… eh kenapa ni?

Dia jawab dia tak dapat baca yasin lagi waktu ana ambil periksa nanti yang telah menjadi kebiasaan yang dia buat dulu. Masa ni ana betul-betul tak dapat tahan dan mengalah juga dengan termenangis di depannya yang cuba disorokkan sebelum ni.

Sebak bukan sebab dia tak dapat baca yasin untuk ana, tapi sedih sebab dalam keadaan dia macam tu dia masih fikirkan keadaan diri ana dan adik-beradik yang lain. Dia lebih merisaukan diri kami dari diri dia sendiri yang tidak tahu keadaan sebenar bagaimana. Ya Allah… memang fitrah hati seorang insan yang bergelar Ibu yang terlalu melebihkan anak-anaknya… 

Keputusan doktor mengatakan dia dihidapi penyakit kanser limfoma di otaknya, dan perlu menjalani rawatan kimoterapy bagi menghapuskan terus kesemua sel-sel kanser. Kami berat hati untuk dia jalankan kimoterapi stelah 10 tahun dulu yang dia pernah alami begitu dahsyat.

Namun, ketegasan doktor telah membongkarkan keadaan sebenar  yang dia telah berada di tahap 4, last stage for cancer dan hanya ada harapan beberapa bulan saja lagi untuk hidup.

Druuppppp! Jantung ana seakan-akan terhenti bila keputusan itu diberitahu oleh kakak. Rasa seperti mahu meninggalkan kampus dan terus pulang mendakapkan dia yang amat-amat ana sayang..  namun pujukan kakak yang meminta agar sempurna urusan belajar dan jenguk bila hujung minggu.

lelehan air mata tak dapat dibendung sehingga  sakit mata dan terpaksa memakai spek bagi menahan kepedihan mata yang perit. “ya Allah.. selamatkanlah ibuku.. selamatkanlah nyawanya.. panjangkanlah usianya.. sembuhkanlah ibuku.. terlalu banyak yang belum aku laksanakan untuk ibu..”

Terkenang kenangan bersama ibu… terbayang bagaimana kehidupan nanti jika tanpa ibu? Setiap melangkah hanya tergambarkan dia.. pesan dia, teguran dia, ibadah dia, kesabara, pengorbanan dia selama ni.. “ya Allah, aku percaya Engkaulah yang Maha Berkuasa dan Engkaulah jua yang Maha Menyembuhkan.. sembuhkanlah ibu yang tercinta..” . Ana tetap yakin yang pertolonga Allah akan datang dan ibu akan sembuh.. yakin sangat-sangat!

Ibu mesti boleh! Ibu mesti kuat…! Ibu mesti sabar dan percaya yang ibu akan sembuh…! Ibu kena banyak ingat Allah dan berdoa.. Moga kata-kata semangat ini terus kuat untuk disampaikan pada dia… dan dia semangat.

Ana juga tak perlu mengalah dengan ujian imtihan. Kalau ibu yang lemah boleh lawan, masakan ana yang sihat wal afiat ini tidak lebih berjuang bersungguh-sungguh? Benar. Ana kena bawa kejayaan untuk ibu tercinta.. ya Allah permudahkan urusan kami semua untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat jua meraih reda ibubapa.. aamiin.. Allahu Akhbar!

Jadikanlah kami semua anak-anak yang soleh-solehah yang mampu membalas jasa mereka.. yang mampu bersabar menjadi anak yang taat dan mampu membawa kegembiraan buatnya.. "faiza azam fa tawakkal 'alallah.."


"Dia" adalah ibu ana tercinta yang telah banyak berkorban buat kami anak2nya,moga cepat sembuh izin-Nya.amin..senyum tau!

*Azam di tahun baru ini untuk menjadi anak yang terbaik buatnya, mampu melayan sehabis baik kehendaknya, moga dijauhi segala sifat buruk.. Jauhi dari putus asa dengan Ujian Tuhan, jauhi dari sifat-sifat kederhakaan sorang anak pada ummi yang di bawah telapaknya syurgaku... Perkenankalah ya ALLAH..

~sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hati hamba-hamba-Nya dan tahap ujian-Nya yang mampu dipikul~

~ perkongsian yg lain~