~Yang Budiman~

Isnin, 16 Februari 2015

Pemergian Tok Guru Nik Aziz yg Disayangi Ramai


Malam yang tidak disangka, 12 Februari 2015, berita atas pemergian Tuan Guru Nik Aziz  Mursyidul Am PAS. Air mata hadir tak disedari mengenangkan perjuangan Tok Guru dalam Gerakan Islam di Malaysia. Tarikh yang sama dengan pemergian al-Syahid Hassan al-Banna, pengasas Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin.

Musibah banjir besar di Negeri Kelantan, seolah-olah petanda menunjukkan akan pemergian seorang ulama yang dikasihi ramai TGNA.
Teramat sedih. Seperti kehilangan ahli keluarga sendiri yang amat disayangi. Dada seperti sesak, menahan sebak.

Mengapa? Walaupun tidak selalu mengikuti perkembangan beliau, namun sedikit pengenalan pada perjuangan diri beliau membuatkan diri hiba.
Benar. Mengenangkan matlamatnya dalam arena politik Negara, menerajui kepimpinan ulama dalam politik bagi menegakkan syiar Islam. Dakwah ini matlamatnya, agar rakyat Malaysia semakin sedar dengan nilai-nilai Islam yang dituntut syarak.

Kepentingan Politik Islam

Politik. Dulu memang tidak cakna, tidak rasa pada kepentingannya. Alhamdulillah, Allah  anugerahkan akal  untuk menilai.
Lumrah aneka parti atau pertubuhan pasti ada cabaran. Ada yang tidak setuju dan tidak boleh menerima perjuangan sesuatu gerakan. Seperti perjuangan Rasulullah dalam berdakwah pada Islam, ramai yang menentang.

TGNA tetap dengan pendirian agar golongan agamawan boleh menguasai tampuk kepimpinan demi menjalankan misi dakwah kepada ajaran Allah s.w.t.  Ujian dan cabaran yang pelbagai ditempuhi, dihina, difitnah, dikeji dan sebagainya diterima dengan sabar.

Pengaruh politik begitu besar kerana mempunyai kuasa untuk memimpin ummat. Jika tiada kuasa, proses amar makruf, nahi mungkar untuk menyuruh masyarakat / rakyat pada kebaikan dan menjauhi rakyat pada kemungkaran mungkin tersekat.

Niat yang suci. Perjuangan politik ini demi Ilahi, demi dakwah Islamiyyah, demi tertegaknya Daulah Islamiyyah, meneruskan kepimpinan khalifah seperti mana zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat.


Masalah Masyarakat

Pelbagai kerosakan pada masyarakat tanda akhir zaman. Masalah-masalah sosial meruncing, masyarakat tidak malu melakukan dosa-dosa, jenayah, dansegala kemungkaran yang dilarang Allah s.w.t. perlu diatasi.

Kerana Tangungjawab umat Islam untuk mencegahnya, memperbaikinya, mengajak kepada kebenaran dengan nilai-nilai yang lebih baik buat kemenangan di dunia dan akhirat.

Kembali pada sejarah, bagaimana masyarakat 60-an/ 70-an dahulu, kurang mengamalkan nilai Islam yang benar dari segi ibadah, muamalah, pakaian, hukum dan sebagainya. Namun kini sedikit sebanyak telah mengalami perubahan dengan masyarakat mempraktikkan Islam yang lebih baik.

Pemergian Tokoh Demokrasi Tok Guru Nik Aziz

Penyampaian ilmu agama menjadi metodnya dalam penyebaran Islam. Kuliah-kuliah agama sering beliau berikan. Didirikan pondok tahfiz sekitar rumahnya, tanah wakaf dibangunkan masjid untuk mengimarahkannya pada jalan Allah.

Akhirat tujuannya. Selalu beliau pesan untuk memperbaiki amalan ibadat untuk akhirat. Mengingatkan pada Pencipta Allah s.w.t, meyeru untuk mendekatkan diri pada Tuhan kita. Ajarannya sungguh murni.

Ilmu yang beliau pelajari dari kelulusan pelbagai bidang, di dalam mahupun luar Negara cuba disampaikan pada masyarakat agar turut merasakan kepentingan ilmu akhirat. Sepanjang hayatnya dihabiskan dalam perjuangan ini. Walaupun ditimpa penyakit sejak memegang jawatan Menteri Besar Negeri Kelantan tidak menjadi lemah dalam gerakan perjuangannya ini.

Tulisan ini demi memperingati sedikit sebanyak perjuangan Tok Guru yang amat disayangi. Terlalu banyak jasa beliau. Terlalu banyak yang ingin diperkatakan. Disimpan rapi dalam diri, untuk menjadi tauladan. Lebih-lebih lagi mencontohi beliau dalam tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah…


Wallahu ‘alam… Akan bersmabung. Insha Allah

Sabtu, 14 Februari 2015

Melihat kepada SEJARAH..akan faham SEBAB dab PUNCANYA...

Majlis Ilmu Berlangsung, UKM

Jika dulu, Sejarah melihatkan Barat berpegang kuat dengan agama iaitu gereja KHATOLIK, / Ortodox2.. tapi..
disebabkan penindasan org gereja pada org lain..maka timbul ketidakpuasan golongan saintis/ilmuan... mereka berusaha untuk menghapuskan sistem gereja yg berpegang pada Bible, kerana agama Kristian tika itu menolak ilmu sains/ melakukan penindasan/pembunuhan dn sbagainya..
maka..

timbul lah golongan saintis untuk memisahkan pengaruh gereja (agama) dalam kehidupan..mereka melakukan SEKULARISME..

berpunca dari Kristian mazhab PROTESTAN yg telah keluar dr gereja khatolik untuk protes penindasan gereja katolik tersebut..
timbullah...LIBERALISME..

Kebebasan bersuara oleh sesiapa sahaja..dengan berpegang pada hak DEMOKRASI..
sehigga kini..Liberalisme menuntut kepada hak asasi manusia..

hak sebagai perempuan (FIMINISME), hak sebagai masyarakat (SOSIALIS) hak dalam ekonomi (KAPITALIS)

membawa Barat jauh dari ajaran agama Kristian yg utama..
Mengutamakan ilmu sains dari agama.. Konsep Tuhan sudah tidak dibicarakan lagi...

Timbullah pandangan DARWINISME dalam konsep kejadian alam/ makhluk...menghilangkan konsep Pencipta (Tuhan)..

sehingga manusia kini terpengaruh..apabila.. menuntut keperluan HUMANISME (kemanusiaan)..
Mempengaruhi manusia yg mahukan keinginan, kemahuan, kepada keselesaan dan kemajuan.. Maka ciptaan teknologi yang pelbagai dibuat bagi memenuhi kehendak manusia kini..

maka pemikiran MODERNISME terhadap kemajuan daripada peningkatan zaman.... pelbagai teknologi canggih berlumba-lumba dihasilkan untuk peningkatan kehidupan..

Oleh itu, pengaruh MATERIALISME (kebendaan) menjadi utama manusia hidup di dunia.. sentiasa berusaha untuk mendapatkan kepuasaan dengan memiliki kemewahan dunia teknoloigi yg canggih.. 

Akhirnya.. NEW SEKULARISME terhasil apabila agama tidak memberi apa2 makna..terus dihilangkan dan dilenyapkan...

Manusia mengambil jalan mudah FREE THINKERS.. (Tidak percaya kepada Pencipta/Tuhan)...hanya perlu mengikut kehendak nafsu..

-- > Itulah sejarah, apabila Barat memandang agama...amat berbeza apbila Islam memandang agama..
Kerana kitab suci al-Quran tidak akan diubah, itu mukjizat tanda kebenaran Islam dijaga sehingga Kiamat..segala peraturan dan panduan telah Allah jelaskan di dalam al-Quran...

Kerana..Maqasid Islam menjaga semua keperluan manusia..yg diringkaskan kepada 5 perkara..
1) Agama
2) Nyawa
3) Akal
4) Harta
5) Nasab Keturunan/ Maruah

*ISLAM ITU INDAH, kerana di dalam Islam itu terdapat segala penyelesaian.. Moga Syariat Islam terus tertegak.. Dan jauhilah Budaya Barat yg di atas...Wallahu 'alam
‪#‎BicaraMaqasidSekularismeKepadaLiberalisme‬

Ketua Pakatan Rakyat Sekali lagi dihukum Penjara


Akui tidak mengikuti kes Datuk Sri Anuar Ibrahim (DSAI) dari awal. Setahunya, manusia itu sering keluar masuk penjara. Baru sahaja dibebaskan beberapa tahun lalu, tapi 10 Februari lepas 2015 digemburkan dengan hukuman penjara 5 tahun terhadap Datuk Sri Annuar Ibrahim atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Sedikit pengetahuan latar belakang DSAI, yang dahulu pernah terlibat dalam gerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), seterusnya diajak Perdana Menteri yang lalu Dato Sri Mahathir Mohamad dalam UMNO untuk melaksanakan nilai-nilai Islam. Ini dilihat kerana waktu itu GERAKAN ISLAM telah menarik perhatian orang ramai. Di mana perubahan kepada masyarakat pada kesedaran untuk mengamalkan syariat Islam.

Itulah matlamat pertubuhan Parti Islam se-Malaya PAS, bagi menyeru masyarakat dalam mengamalkan cara hidup Islam. Dakwah inilah digalas pemimpin dalam gerakan Islam tersebut berlandaskan ajaran al-Quran dan al-Hadis yang merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. DSAI juga bersama-sama PAS dalam misi ini.

Namun,pada tahun 1990-an DSAI ketika beliau berkhidmat dalam UMNO dijatuhkan hukuman penjara kerana didakwa salah menggunakan kuasa < tidak ikuti kes> -_-?. Apabila dibebaskan… DSAI didakwa lagi kerana kes meliwat Saiful Bukhari tersebut. Namun Mahkamah akhirnya menolak kes tersebut selepas beberapa tahun DSAI dipenjarakan.

Kini kes tersebut disebut kembali untuk meneruskan dakwaan kukuh. Allah, tak habis-habislagi kes ni rupenye…. Sehinggalah dijatuhkan kembali hukuman penjara 5 tahun.. …  lumrah sedih melihat orang yang banyak kali dihukum penjara.. walaupun hakikatnya tidak jelas kebenarannya.

sedih, terpaksa berpisah dengan keluarga

Terfikir, bagaimana DSAI iaitu seorang tokoh yang mahu membawa nilai-nilai Islam, serta politik dalam bentuk keadilan boleh didakwa melakukan perbuatan yang dimurkai Allah tersebut? Wallahu ‘alam…

Pembacaan terus dibuat… masa ni, kita perlu menilai, menganalisis dari kedua-dua pihak. Spekulasi dari diri kita sendiri barangkali adalah hanya persepsi kita sahaja.. hakikatnya? Mencarilah, mendengarlah daripada pelbagai sumber. Namun, yang mengetahui hakikat kebenaran adalah mereka yang terlibat hanya DSAI dan Saiful Bukhari, eh.. paling Yang sentiasa memerhati tindak tanduk kita adalah Allah Azza wa Jalla.

Ehem-ehem rasa nak berkata-kata.. 

Mahkamah, sistem perundangan manusia..
Manusia itu tidak sempurna dan tidak semua betul, no perfect.
Hukuman didasarkan pada bukti, hujahan logik dan yang terlibat..
Namun, walau sekukuh mana hujahan dan bukti tersebut.. bukan bermakna ianya yang benar..

Hakikatnya… Islam mengajarkan cara mendakwa orang yang melakukan jenayah,
Lebih-lebih lagi jenayah liwat,
Imam fiqh, Imam Malik ada mengatakan perlu datangkan 4 saksi yang melihat betul-betul dengan mata kepala, situasi liwat itu berlaku.

Di sini, mana hukuman berlandaskan syariat Islam, dari al-Quran dan Sunnah ye?

Oh lupa… Sistem Kehakiman Malaysia digubal dari sepakat akta Undang-Undang yang telah ditetapkan.. redo..? Simpati :( Moga-moga keadilan terbongkar.. dan ditegakkan.. aamiin..

Sama-sama kita bertaubat, beristighfar..mohon pengampunan Allah buat semua.. Jom tafaqqur lagi..



~ perkongsian yg lain~