بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
Allah menurunkan
al-Quran kepada Rasulullah s.a.w sebagai panduan hidup. Selepas itu, sumber
kedua hadis daripada Rasulullah yang merangkumi semua aspek daripada Baginda. Kemudian
Allah membangkitkan alim ulama, muhaddithin, fuqaha mujtahidin yang merupakan
pewaris2 anbiya yang mampu mengeluarkan hukum daripada Quran dan sunnah.
Oleh
itu terdapat 3 sumber ilmu yang perlu
digunakan iaitu Quran, Hadis dan Fiqah. Sheikh mengatakan ada isu mereka yang
menolak Fiqah kerana beranggapan ulama2 fiqh dahulu adalah palsu. Mereka hanya
berpegang pada 2 sumber utama sahaja. Hakikatnya, al-Quran merupakan sumber
ilmu agama, Hadis bagaikan tafsiran al-Quran dan Fiqah adalah intipati al-Quran
dan Hadis.
Untuk menguasai
bidang hadis kena menguasai beberapa cabang ilmu:
PERTAMA: Ilmu
Riwayat Hadis: iaitu ilmu meriwayatkan sabdaan, pengiktirafan Nabi saw terhadap
sesuatu ucapan/ perbuatan yang dilakukan oleh sahabat2 di hadapan Baginda dan
situasi2 Rasulullah/ meriwayatkan suatu riwayat yang disandarkan kepada
Rasulullah, sahabat atau tabi’in.
KEDUA: Ilmu
Dirayatul Hadis: ilmu yg membicarakan untuk mengkaji pelbagai jenis riwayat
dari sudut darjat/kedudukan hadis sama ada sahih atau dhaif dan dari aspek
keadaan perawinya sama ada pencatat melalui ingatan yang kuat atau pelupa, atau
dipercayai atau tidak. Dan juga dari aspek keadaan sanadnya sama ada bersambung
atau terputus.
Ilmu Dirayatul Hadis ada 2 cabang:
i) Ilmu Usul Hadis: membahaskan kedudukan sanad
ii) Ilmu Fiqhul Hadis: ilmu yg membahaskan hukum syara’
yg dikeluarkan dari hadis
Bidang ilmu
yg mengeluarkan hokum syara’ daripada lebih kurang 300 ayat Quran dinamakan
AHKAMUL QURAN, dan bidang ilmu yg mengeluarkan hokum syara’ lebih kurang 300
hadis itu dinamakan FIQHUL HADIS. Bidang ilmu yg mengeluarkanhukum syara’
melalui qias berdasarkan Quran, hadis dan ijma’ ummah dinamakan ILMU FIQH. Kemudian
dikumpulkan ketiga2 bidang ilmu itu digelar ILMU FIQAH.
KETIGA:
Ilmu Gharibul Hadis: ilmu yg menerangkan makna2 lafaz hadis yg susah difahami
dan ikrab bagi kalimah2 hadis yg mempunyai kesamaran.
KEEMPAT:
Ilmu Asrarul Hadis: ilmu rahsia agama yg membahaskan hikmat dan falsafah semua hokum
ahkam dan hakikatnya, rahsia khasiat amalan dan kesannya yg terkandung dalam
hadith. Inilah ilmu syariat yg paling mendalam dan paling utama kedudukannya. Melalui
ilmu ini seseorang jelas tentang hokum syara’.
Untuk menerokai
bidang ilmu ASRARUL HADIS, seseorang ituperlu menguasai ilmu2 alat yg membantu
untuk memahami al-Quran dan Hadis. Terutama perlu talaqqi musyafahah (dgn
berguru) KITABUL SITTAH, 6 buah kitab hadis terkemuka itu dengan sheikh yang
mempunyai sanad bersambung terus sampai Rasulullah saw. Kitab hadis bukan hanya
satu iaitu (HADIS BUKHARI) sahaja. Bahkan masih ada lagi 5 iaitu MUSLIM, NASA’I,
ABU DAUD, TIRMIZI dan IBNU MAJAH, yg dinamakan juga SUNNAN SITTAH.
Kitab hadis
sahih pula bukan hanya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sahaja. Bahkan masih ada
lagi 6 iaitu: Muwatta Imam Malik, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah,
Muntaqa Ibnul Jarud, Sahih Ibnus Sakan dan Sahih Ibnul Awanah.
Hadis-hadis
sahih yg mana Imam Bukhari tidak memasukkan dalam kitabnya Sahih Bukhari
disebabkan tidak menepati syarat2 yg ia kehendaki itu boleh didapati dalam
kitab2 sahih yg lain. Dari sini dapatmengambarkan bahawa:
i) Hadis sahih bukan hanya berada dalam Bukhari
dan Muslim sahaja.
ii) Tidak semestinya beramal dengan hadis Bukhari
sahaja. Bahkan hadis2 sahih lainnya ada dalam kitab2 sahih yg lain juga turut
boleh beramal.
Tajuk bagi
mana2 KITAB BUKHARI adalah ijtihad Imam Bukhari. Imam Bukhari mengemukakan
fahamannya yg merupakan penelitian yg tajam lagi mendalam bagi sesebuah hadis
pada)
ترجمةالباب tajuk bab, yg merupakan dalilnya.
Kitab Bukhari
mendapat gelaran ( أصحاب الكتاب) kitab paling besar selepas al-Quran, dimana
beliau hanya mengambil hadis:
1) Dari rawi yg
jenis Kuat Ingatan dan mengambil Masa Lama Mendampingi Guru
2) Riwayat dari
rawi yg kuat ingatan tetapi hanya sedikit masa mendampingi gurunya, dimasukkan
dalam Bukhari sebagai hadis yg menyokong kepada hadis bab.
IMAM MUSLIM
pula mengambil hadis dari kedua2 jenis rawi tersebut secara bebas dan sebagai
hadis penyokong kepada hadis bab, memasukkan riwayat dari rawi krang ingatan
tetapi ia mengambil masa yg lama mendampingi gurunya.
IMAM NASA’I
mengambil hadis dari 3kumpulan rawi tersebut secara bebas. Oleh itu, kitabnya
menjadi no. ke 3 di dalam susunan 6 kitab hadis.
Keempat, Kitab
IMAM ABU DAUD: mengambil hadis dari 3 kumpulan rawi tersebut secara bebas dan
mengambil lagi hadis dari rawi jenis kurang ingatan dan mengambil masa tidak
lama mendampingi guru, sebagai hadis menyokong kepada hadis bab.
Kelima,
kitab IMAM TIRMIZI mengambil hadis dari keempat2 kumpulan rawi secara bebas dan
mengambil lagi dari rawi dha’if dan rawi yg tidak diketahui ketaqwaan dan
hafazannya
Keenam,
kitab IMAM IBNU MAJAH: mengambil hadis dari kelima2 kumpulan rawi tersebut
secara bebas.
Walaupun kitab
Sunan Tirmizi peroleh kedudukan di tahap yg ke 5, ia tetap bersaing dengan
Kitab Sahih Bukhari pada gelaran JAMI’ iaitu yg dihimpunkan padanya hadis2 pada
8 tajuk:
1. Sirah,
2. Adab, 3. Tafsir, 4. Aqidah, 5. Fitnah, 6. Isyrat (tanda2 kiamat), 7. Ahkam,
8. Manaqib (hadis yg brhubungkait dengan kelebihan sahabat lelaki, wanita dan
qabilah2).
Kitab Hadis
disusun mengikut susunan fiqah sperti: kitab zakat, kitab sedkah, kitab Taharah.
Kitab Hadis
Sunan pada peringkat awal disebut Abwab kemudian bertukar menjadi Musannaf dan
akhirnya kekal dengan nama SUNAN yg trdapat seperti berikut:
1. Sunan
al-DaralQatni
2. Sunan Sa’id bin
Mansor
3. Sunan Waqi’ bin
Jaraj
4. Sunan Ibnu
Jarih
5. Musannaf Ibnu
Abi Syaibah
6. Musannaf Abdul
Razzak
7. Abwab sya’bi
8. Al-sunan
al-Kubra al-Baihaqi ( kitab yg masyhur bg Imam Syafi’e sbagai dalil2 hadis
ijtihad
9. Sunan al-Dirami
SUNAN ARBA'AH:
1. Sunan
al-Tarmizi
2. Sunan Abu Daud
3. Sunan an-Nasa’i
4. Sunan Ibnu
Majah
KITAB JAMI':
1. Jami’ Mua’ammar
bin Rasyid: anak murid terkenal Imam Zuhri
2. Jami’ Sufyan
al-Thauri: Imam Syafi’e ambil manfaat dari kitab ini
3. Jami’ Abdul
Razzak: masyhur dgn naman Musannaf Abdul Razzak
4. Jami’
al-Dirami: kmudian masyhur dgn Sunan al-Darimi
5. Jami’ al-Bukhari
6. Jami’
al-Tarmizi
Seseorang yg
ingin menguasai ilmu hadis, tidak memadai dengan hanya mempelajari kitab hadis
Sahih sahaja, ia perlu pelajari ketiga2 kitab: 1) Sahih 2) Jami’ 3) Sunan
Sambil belajar
6 buah kitab hadis tersebut, seseorang perlu juga bermutala’ah beberapa buah
kitab hadis lain berkaitan dengan musykil hadis, sebab2 Rasulullah saw bersabda
hadis2 maudhu’ supaya betambah jelas fahaman terhadap ilmu hadis. Kitabnya
seperti:
a) Musykilatul
Hadis/ Mukhtalif Hadis: kitab2 yg membahaskan tentang mencantumkan
(menyelaraskan) percanggahan di antara dua hadis dan menentukan kebarangkalian
yg wujud pada hadis2 yg susah menentukan maksud. Adalah karya IMAM ABU JA’FAR
TAHAWI
b) Asbabul Wurud
Hadis: yg membentangkan sebab2 Rasulullah saw bersabda mengenai sesuatu hadis,
dikarang oleh IMAM IBNU HAMZAH HUSAINI DIMASYQI.
c) Al-Maudhu’at:
kitab yg menghimpunkan hadis2 direka cipta orang. Imam Ibnul Jauzi menulis
kitab Al-Maudhu’at Kubri. Ulama sepakat, beliau amat keras menentukan hadis
sebagai hadis Maudhu’. Hafiz Ibnu Hajar Asqalani terpaksa menjawab dan menolak
penentuan keras Imam Ibnul Jauzi itu.
ALLAMAH
IBNU IRAQ: menghimpunkan dan mengkaji halus setiap hadis yg dikemukakan sebagai
maudhu’ dan memilih hadis2 yg benar2 maudhu dalam kitab “Tanzih al-Syariat
al-Marfu’ah ‘an al-Ahaadis al-Syaniah al-Maudhua’ah”. Inilah sebuah kitabyg
lengkap yg diterima oleh muhaddithin sedunia.
Selain ilmu2
hadis tersebut, terdapat ilmu lain seperti: Ilmu Asma’u Rijal (membicarkan
tentang rawi2 hadis), Ilmu Jarah dan Ta’dil (ilmu membincangkan mengenai thiqah
atau tidak thiqah terhadap mana2 rawi / ilmu mengkritik dan mengesah sanad).
Disebabkan kitab
Bukhari digelar kitab paling sahih selepas al-Quran, ramai orang yg menganggap
Imam Bukhari paling tinggi di kalangan muhaddithin. Sebenarnya, Imam Bukhari,
Imam Muslim, Imam Abu Daud ialah anak murid Imam Ahmad Bin Hanbal dan Imam
Bukhari juga anak murid Imam Humaidi. Imam Ahmad dan Imam Humaidi adalah anak
murid Imam Syafi’e. Imam Syafi’e adalah anak murid Imam Malik dan anak murid
Waki’ Ibnul Jarrah yg menjadi anak murid Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad pula
anak murid Imam Abu Yusof yg menjadi anak murid Mohammad bin Hasan Syaibani yg
menjadi anak murid Imam Abu Hanifah. Imam Malik menerima hadis dari Nafe’ dari
Ibnu Omar. Imam Abu Hanifah menerima hadis daripada sahabat Nabi bernama
Abdullah bin Harith.
Apabila seorang
mujtahid seperti ( Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’e dn sbagainya) berdalilkan
dengan sebuah hadith, maka hadis yg dibuat hujah itu sahih di sisinya, walaupun
hadis itu tiada di dalam Kitab Imam Bukhari.
Ulama muhaddthin
dan fuqaha mujtahidin masing2 mempunyai kebolehan ijtihad untuk menetukan
kedudukan sesbuah hadis sama ada sahih atau dhaif. Oleh itu, terdapat perbezaan
pendapat dikalangan mereka dalam menentukan kedudukan hadis.
Musnidhulhind
Muahaddith Akbar Imam Syah Waliyullah al-Dahlawi menyifatkan:
1. Ilmu mengenali
hadis ( Ilmu Riwayatul Hadis) sebagai kulit luar ilmu hadis
2. Ilmu Gharibul
Hadis: sebagai kulit dalam hadis
3. Ilmu Dirayatul
Hadis sebagai: Isi ilmu hadis
4. Ilmu Asrarul
Hadis: sebagai mutiara ilmu hadis. Yg dibicarakan oleh Imam Syah Waliyullah
dalam kitab Hujjatullahil Balighah
>>>>>>>>>>>>>>>>>> ANCAMAN !!!!
Pelbagai golongan
yang lahir bagi menyesatkan Umat Islam melalui sumber utama al-Quran dan hadis.
Golongan yang anti hadis seperti Kassim Ahmad, golongan Ahli Quran yg menolak
hadis seperti Ahmad Amin, golongan Fiminisme seperti Arsyad Manji, Golongan
Orientalist, Golongan Liberal dan pelbagai lagi golongan yg menggunakan sumber utama ini bagi mendapatkan
kebebesan akal fikiran mentafsir secara “Hermeunatik” menolak hujah2 ulama
Muhaddithin… yg dikatakan palsu dan tidak mengikut peredaran zaman. Sedangkan al-Quran
dan hadis, serta ijtihad ulama itu telah disepakati menjadi sumber pegangan
kita dalam setiap permasalahan kerana ianya dijaga Allah dan ulama yang amat
tinggi pengetahuannya.
MUHASABAH ?????????????????????????
Adakah kita
telah mengenali kesemua kitab2 hadis tersebut? Adakah kita telah pelajari
kitab2 hadis yg menjadikan sumber pengukuh al-Quran tersebut? Adakah kita
mengenali ulama2 muhaddithin kitab2 tersebut?. Sesungguhnya Allah akan mencabut
ilmu itu dengan mematikan para ulama.. Maka apabila ketiadaan ulama thiqah,
hanya akan tinggal ulama Suk iaitu ulama yang melebihkan dunia daripada
akhirat.. dan berlakulah pelbagai kerosakan. Bagaimana kita mahu mengetahui sesuatu hukum atau permasalahan andai sumber utama ini kita tidak pelajari? :( Wallahu’alam.
*Moga kita dipandu Allah dalam mengambil hukum yg dilandaskan syariat dalam kehidupan harian dan segala permasalahan aamiin...