Salam Rahmat kasih sayang dari Allah s.w.t..
Wahai hati, tetaplah dikau redo dengan apa yang telah Allah
s.w.t. aturkan….
Berat ingin menulis. Cuti semester menghabiskan masa dengan
ibu tercinta… Mengambil peluang untuk menjaganya…
Sungguh, teramat sayang dan cintakan dia…
Namun, benarlah nasihat Jibril alaihissalam… “cintailah apa
sahaja yang dikau sukai di dunia ini, namun kelak ia akan kembali kepada
Tuhannya…”
Berat sangat nak tinggalkan ibu di wad hospital.. Namun memikirkan
pengajian semester akhir perlu diteruskan…
Nampak dia semakin baik, yakin sangat dia akan sembuh. Namun
sakitnya tiba tidak diketahui bagaimana.. Hanya menanya khabar yang dia boleh
kuat, tapi tak sangka rupanya ibu cuba sorokkan daripada anak-anaknya. Tidak
mahu menganggu dan menyusahkan anaknya. Ya Allah hati ibu amat mulia… Bersalah
diri yang alpa :(
Seminggu masuk semester baru hati tidak tenang, masih kurang
semangat, ada saja yang tak kena. Telifon ibu Tanya khabar,faham dia tidak dapat
cakap banyak. Namun hati cuba mahu gembirakan dia untuk terus kuat…
Tanggal 28/2/13 tiba2 jam 3 pagi kaklong telifon dengan
nangis teresak-esak… ya Allah kenapa, adakah….? Ana cuba kuatkan diri dan
bersedia untuk mendengar. “atiqa, tolong bacekan Yaasin…ibu tak sedarkan diri…”
ya Allah! Hati berdebar-debar tak caya… Namun masih yakin ia mustahil…
Cepat2 bacakan yasin dan bersungguh minta agar keajaiban
datang. “ya Allah, aku tahu dikau amat kasihkan ibu…jika bukan masanya lagi
tolong ya Allah… berilah peluang untuk kami….” Bertalu-talu meminta. “wahai
malaikat maut, tolong sampaikan doa pada Allah agar ditangguhkan dulu….” Doaku seperti
percaya doa didengari-Nya.
Namun Allah lebih mengasihi ibu…. Panggilan telifon dari
kaklong jam 3 lebih pagi itu ibu disahkan telah meninggal dunia.. Allahu Rabbi
rasa masih tidak percaya… rasa tidak tertanggung… tapi , bila suara kaklong
terus menegaskan untuk sabar… “tiqa! Ingat Tuhan! Sabar banyak-banyak! Redokan
ibu pergi….” Suara kaklong yang tegas tanpa tangisan menyedarkanku bahawa dia
milik Allah… Allah boleh ambil bila-bila masa je… benar.
Hati cuba tenang. Tenang lebih2 lagi musibah awal dari pengalaman
melihat sahabat yang lain juga telah ketiadaan ayah yang tetap masih boleh
bersabar, menjadikanku untuk bersedia dengan hari ini… Tapi tetap tak sangka,
astaghfirullah…benar janji-Mu Tuhan, bahawa kematian itu tidak diketahui bila,
tempat, hari dan masanya….
Cepat saja memori bersama ibu datang… ya Allah, aku bukan
menangis kerana tidak redo atas pemergian ibu..Tapi izinkanlah untukku
melepaskan kesedihan hati fitrah manusia yang amat mencintai orang yang telah
banyak berkorbankn demi anak-anaknya. Ibu adalah teramat hebat.
Pasrah dikuatkan, yakin sangat Tuhan mengambilnya kerana
terlalu sayangkan ibu.. Dan keranaku tahu bahawa ibu teramat-amat sayangkan
Allah… Allah tidak mahu ibu menderita lagi dengan fitnah dunia… Tambah
kesedihanku bila merenung setiap detik yang ibu lalui dalam hidupnya.. Dari
kecil hingga kematian, yang ku tahu…Ibu tidak pernah rasa gembira segembiranya
yang hakiki….
Kenapa? Kerana dari kecil ibu telah diuji dengan pelbagai
cubaan. Ibu tanggung dengan sabar… Ibu hanya berseorangan hadapi tekanan
hidup.. mencari nafkah buat anak2 dengan pelbagai pekerjaan…
Namun, sikap ibu amat kuat… Ibu mencari ketenangan dengan
menjaga hubungannya dengan Tuhan. Ibu hanya mampu mengadu kepada Tuhan kerana
itulah dia berjaya tempuh segalanya dengan sabar. Sentiasa sibuk melalui jalan
amalan demi Tuhan sebagai bahagia hakiki yang dirasainya…
Dengan jalan ini, ibu terpimpin… hati ibu terdidik..dengan
ajaran guru untuk mensucikan diri pada Allah… Walau apapun ibu tempuh ibu tetap
kuat… Sedih, tak mewarisi sikap ibu. Tak mampu ikut amalan ibu untuk istiqamah,
keranaku yakin yang ibu masih lama bersamaku untuk terus didik…
Bila ibu sudah pergi, tersedarku bahawa menguatkan hubungan
dengan Allah itu kejayaan… Terlalu penting untuk sabar menghadapi dugaan-Nya, Berjaya
di dunia dan akhirat.
Antara amalan ibu yang tanpa sedar mendidik diri..
Perkenankan untuk disambung ya Allah…
*solat malam setiap hari dijaga dgn solat2 sunat
*membaca al-Quran setiap waktu lapang, ikuti dlm radio, di
televisyen, berguru di pondok
*pengamal tariqat Naqsyabandiah
*menghadiri majlis2 ilmu, surau, masjid dan pondok
*Puasa sunat isnin dan khamis, tetapi tetap mengamalkn puasa
sunat Nabi Daud 3 hari brturut di Tengah2 bulan
*membayar zakat di pejabat zakat, walaupun ibu tak layak dn pnerima
zakat, stiap bulan brbuat demikian, sedekah di tabung2 masjid
*seawal pagi bangun terus membuka tingkap, senyum ke langit
pada Tuhan..
*terlalu meraikan tetamu, sanak saudara, sahabat andai
*sentiasa berzikir dalam setiap keadaan..dgn sentiasa
memastikan tasbih di tangannya
*Terlalu risaukan anak-anaknya dan teramat mengambil berat
anaknya, krana mahu pastikan anaknya Berjaya, ok sentiasa.. :(
Ya Allah.. Engkau Maha Mengetahui amalan hamba-Mu… ya
Allah..aku bersaksi bahawa ibuku penuh takut terhadap-Mu, Letakkanlah ibuku di
syurga-Mu..
Peliharalah ibu di alam barzakh… Lindungilah ibu dari
seksaan-Mu.. Jagalah ibu sebaiknya dengan Rahmat Kasih Sayang-Mu yang tidak
mampu ku balas terhadap ibu…
Ya Allah.. lapang dan perluaskanlah kubur ibu.. Terangilah
kubur ibu.. Permudahkanlah ibu menjawab soalan Malaikat Munkar dan Nankir…
Rindu, kecewa, sedih dan segala macam perasaan tak dapat
dinafikan buat peneman hidupku selama ini yang telah pergi buat selamanya..
Terasa seperti mahu cepat jumpa ibu di alam sana.. Nak dakap ibu puas2… Diri
belum cukup kuat dengan mehnah di dunia.. Masih perlu nasihat ibu pembakar
semangat…
Ya Allah… Diri terlalu jahil dan lemah, tanpa makhluk
wasilah bersamaku untuk menuju-Mu.. Peringatkanlah selalu bahawa Engkau adalah
kekuatanku.. Kerna terlalu lemah dalam mengingati-Mu… Terlaluku bergantung pada
makhluk-Mu selama ini…. Bukakanlah jalan untuk bersama-Mu… perkenanlah ya
Allah.. :(
Masih kecewa kerana banyak cita2 nak dibuat untuk ibu.. Nak
tunjukkan kejayaan dalam pelajaran untuk ibu… Nak graduet sama ibu.. Nak jaga
ibu tinggal sama-sama di rumah gembirakan selalu… Kini hanya angan2… Hanya
mampu berdoa… sedekah ayat Quran untuk ibu.. Terimalah ya Allah, terlalu sayang
sangat dengan ibu…
Ku tatap pesan sahabat.. “Bersabarlah
duhai jiwa yang sedang diuji..Tabah & sabar adalah pengubat jiwa-jiwa yang
sedang getir menempuhi ujian..”
Firman Allah SWT : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling
tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
Ku kuatkan hati… Kenang saat dikau pergi.. Sungguh tenang..
Ibu sempat minum air.. Ibu sempat mengucap syahadah.. Dan saat2 genting itu
keluarnya air mata ibu tanda perpisahan.. dan Ibu pergi ketika anak2nya tidak
sedar ketiduran…
Lalu.. ku gagahkan diri melihatkan wajah jenazahmu… Sungguh
tenang apabila melihat terukir senyuman yang menenangkan… tidak pernah ku lihat
wajahmu setenang ini… Haruman yang mewangi di seluruh tubuhmu.. Moga
benar-benar dikau bahagia…
wajah tenang ibu memujukku bahawa dikau bahagia di sana..aamiin
Ibu… pergilah dengan tenang di sana… Berjumpalah dengan
Rasulullah s.a.w kekasih hatimu...yang dikau selalu berselawat padanya… yang
dikau tetap pegang dengan janji Rasulullah s.a.w bahawa Baginda amat kasih pada
janda-janda yang berjaya membesarkan anak-anaknya...Moga dikau menjadi bidadari pendamping orang-orang yang solih..
Ibu.. usahlah khuwatir dengan anak-anakmu lagi… akan cuba
kami berazam mencontohimu.. Akan kami bersatu menjadi terbaik buatmu demi Allah
dan Rasul… Kami akan terus kuat menempuh ujian dunia sepertimana ibu memberi contoh
tauladan… Moga doa-doa ibu selama ini tetap terus kekal diperkenankan Allah… Ku redo dengan ketentuan-Mu..maka redokanlah padaku ya Allah.. aamiin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan