~Yang Budiman~

Jumaat, 28 Februari 2014

28 Februari 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kalam pemula bicara…

Lama tidak menulis, rindu. Selalu kata di hati hanya disimpan.. Moga selalu diberi kesempatanNya. Amin

Masa terus berlalu meninggalkan usia dan peristiwa- peristiwa yang lepas. Hari ini aku teringat akan peristiwa yang tak mungkin untuk dilupakan. Pemergian insan yang telah melahirkanku “ibunda” tercinta tanggal 28 Februari 2013, kini genap setahun pemergiannya.

ibu bersama abang semasa raya aidilfitri 2012

Walau ibu sudah tiada, aku tetap masih mengingati beliau seperti masih ada. Manakan tidak, aku teramat rapat dengan ibu, anak bongsu yang selalu bersamanya. Aku amat menyayangi ibu keranaku hanya ada ibu tempat bergantung. Ibu terlalu sayangkan kami anak-anaknya.

Selalu berdua bersama ibu, makan bersama, tidur bersama, solat bersama, berbual bersama, pergi ke mana-mana kadang bersama membuatkanku tidak boleh melupakan wajah redup ibu yang amatku sayang.

Pengorbanan ibu membesarkan kami membuatkan cita-citaku untuk membalas jasanya yang terbaik. Banyak angan-anganku untuk ibu. Cemerlang dalam pelajaran, berkerja untuk menyenangkan ibu, setiap kali selepas solat doa untuk menjadi solehah untuk ibu menjadi keutamaan hidup.

Ibu adalah idolaku selepas kekasih Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w.  Nabi Muhammad contoh yang Agung walau tidak dapat bersua dan sezaman Baginda telahpun memberi impak yang besar pada generasi selepasnya.

Kesannya kerana, cukup hanya contoh tauladan seseorang itu boleh mempengaruhi orang lain disebabkan fitrah jiwa manusia yang sukakan kebaikan.

Aku hidup bersama ibu di sisi selama usiaku 24 tahun. Segala gerak geri ibu, memberi contoh  yang amat terbaik buatku. Jiwa ibu yang amat penyabar dalam kehidupannya menarikku untuk cuba mencontohinya.

Ibu seorang yang merendah diri. Lebih senang bersendirian menjalankan kehidupan membesarkan anak-anaknya. Bila dijawab ibu “ ibu sebenarnya tidak kuat untuk tempuhi sendiri, melainkan terus kuat bergantung pada Allah”,. Itu yang amatku tertarik dengan sifat ibu, penjagaan hubungannya dengan Pencipta kita Allah azza wa jalla.

Pemergian ibu meninggalkan banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan. Bila mengingati ibu, air mata laju turun tanpa dipaksa, terus kelibatnya hadir dalam hati. Bila dapat bersua lagi dengan ibu tercinta? Mahu dakap, peluk ibu seperti selalu dulu.

Tapi hati tetap redo dengan urusan qada’ dan qadar Allah s.w.t. hati yakin bahawa ibu bahagia di sana. Kadang memujuk hati bahawa Allah ingin mengurniakan nikmatnya pada ibu lebih awal.. takkan aku lebih suka ibu terus dengan ujian dunia daripada kurniaan Allah di alam sana?

Azamku, ingin bertemu dan bersama-sama ibu di alam sana.. Percaya akan janji Allah s.w.t.. dan teruskan beramal kerana Allah s.w.t..

JANJI ALLAH TERHADAP KELUARGA BOLEH BERKUMPUL BERSAMA DI SYURGA>>>>>

Allah telah jelaskan dalam Alquran, melalui firman-Nya:
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِين
Orang-oranng yang beriman, dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (QS. At-Thur: 21)

Allah Ta’ala memberikan kenikmatan yang lebih kepada orang mukmin, penduduk syurga yang menduduki darjat yang tinggi di syurga, dimana Allah kumpulkan keturunannya yang darjatnya di bawah mereka bersama orang tuanya. Sehingga Allah mengangkat darjat penduduk syurga yang kedudukannya lebih rendah menuju darjat yang lebih tinggi. Agar lebih menyenangkan hati orang tuanya, sementara kedudukannya sama sekali tidak dikurangi.
Oleh kerana itu, jika ada orang tua masuk syurga bersama anaknya, dan darjat orang tua lebih tinggi daripada darjat anaknya, maka Allah akan mengangkat darjat anaknya sampai sedarjat dengan ayahnya, agar sang ayah merasa lebih senang dengan berkumpulnya dengan anak-anaknya. Tanpa mengurangi darjat sang ayah sedikit pun.
Demikian pula sebaliknya, ketika darjat anak lebih tinggi daripada ayahnya, maka darjat ayah akan dinaikkan, sehingga boleh berjumpa dengan anaknya.
Ini adalah pendapat majoriti ahli tafsir, dan inilah pendapat yang lebih mendekati makna ayat. Tetapi perlu usahakannya:
1. Adanya Kesamaan Visi dan Misi dalam Keimanan
Syaratnya harus memiliki kesamaan visi dan misi dalam keimanan. Jika salah satu dari anggota keluarga berbeza, maka tempatnya akan berbeza pula dan tentunya tidak  mungkin dapat bertemu.
Kebersamaan dengan anggota keluarga di syurga, merupakan kesempurnaan kenikmatan bagi mereka yang berhak masuk ke syurga. Dalam salah satu riwayat di jelaskan bahawa saat orang-orang yang berhak masuk syurga menginjakkan kakinya di syurga, pertanyaan pertama yang muncul adalah dimanakah orang tua, anak, dan isteri kami?. Ini menunjukkan bahawa orang yang masuk syurga merasakan ‘kekurangan’ selama mereka belum melihat keluarganya.
Saat anak dan keluarganya tidak satu darjat di syurga, mereka pun menyampaikan keinginannya kepada Allah dengan mengatakan, aku beramal di dunia untuk-MU dan untuk kebahagiaan mereka. Untuk itu, hadirkanlah mereka di syurga ini.

2.  Kesamaan Dalam Beramal Sholeh
Syarat kedua agar boleh dipertemukan di Syurga adalah adanya kesamaan dalam beramal soleh. Hal ini sebagaimana tercermin dari  doa para malaikat kepada Allah dalam QS Al Ghaafir 8:
“Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang Telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
Berdasarkan ayat di atas, kita boleh mengambil kesimpulan bahawa kesamaan amal soleh antara suami, isteri dan keturunannya menjadi modal utama untuk membolehkan bertemu di syurga. Dan, tentunya amal soleh ini merupakan manivestasi atau penterjemahan dari kesamaan visi dan misi keimanan.
Oleh kerana itu, jika kita memiliki keinginan atau harapan agar kebahagiaan bersama berlanjut sampai di akhirat kelak, maka salah satu caranya tiada lain dengan semaksima mungkin untuk menjadikan diri sendiri dan anggota keluarga memiliki kesamaan iman dan amal sholeh.

* Sebagai anak: Teruskan cita-cita kita untuk menjadi anak yang soleh dan solehah..bukan setakat di dunia, tetapi berterusan hingga ke syurga... Insya Allah :) Al-Fatihah buat bonda Al marhumah Rosiah bt ab. Rauf.. bacaan yasin.. dan segala amal perkerjaan kita boleh diniatkan kepada ibu.. teruskan doa untuk ibu.. ^_^

~ perkongsian yg lain~