Assalamualaikum.
Respon mengenai soalan Ustazah tentang pembaharuan dalam masyarakat
Eropah di Zaman Renaissance hasil dari pengaruh keilmuan dan interaksi
dengan umat Islam.
Sebelum
itu, sedikit pemahaman dari kemunculan zaman Renaissance ini adalah
kerana pembaharuan golongan tertentu daripada zaman gelap. Saya mendapat
tahu bahawa melalui kaedah "Garisan Waktu" di Barat iaitu terdapat 4
zaman, yang pertama adalah "Zaman Klasik Greek" yang difahami di zaman
ini lahir tokoh-tokoh falsafah seperti Plato, Socrates, Aristotle dan
sebagainya. Mereka membincangkan sesuatu persoalan yang timbul bagi
mencari hakikatnya lantas menghasilkan pelbagai teori dan ilmu dari
kefahaman mereka. Oleh itu, di zaman ini kaedah berfikir adalah tidak
terhad dan tanpa batas.
Namun,
setelah munculnya zaman kedua iaitu "Zaman Pertengahan", Institusi
agama adalah berkuasa di Eropah secara mutlak. Peranan Paderi atau Pope
sebagai ketua yang perlu dipatuhi. Gereja menjadi pusat pentadbiran.
Masyarakat adalah berdasarkan iman dan taqwa sebagai penganut Kristian.
Tokoh-tokohnya adalah seperti St. Thomas Aquinas, St. Augustine dan
sebagainya. Mereka lebih mementingkan keagamaan, tentang Tuhan dan
sumber utamanya adalah bible semata. Semua bahagian politik, ekonomi,
perdagangan dan lain-lain telah dikuasai oleh golongan agamawan. Tidak
boleh dikuasai oleh orang lain yang tiada taraf agama yang tinggi. Oleh
yang demikian, zaman ini juga dikenali sebagai zaman gelap kerana ilmu
terdahulu tidak dikembangkan dan diteruskan sebagaimana ahli-ahli
falsafah Islam yang seiring di zaman ini mempelajari pelbagai ilmu tanpa
had. Ilmuan telah disekat untuk mempelajari ilmu yang lebih tinggi.
Oleh
itu, golongan ilmuan di zaman gelap ini lari dari kongkongan
pemerintahan gereja kepada Tamadun Islam sebagaimana yang kita ketahui
peristiwa sejarah kemasukan Islam ke Barat dengan pembukaan Kota
Konstantinopel yang telah berhijrah ke Itali. ketika ini, Ahli Falsafah
Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd dan ramai lagi giat aktif
memperluaskan ilmu mereka daripada idea zaman Greek. Mereka berfikiran
terbuka dengan kedatangan ilmuan Barat bagi mempelajari ilmu-ilmu
mereka. Karya-karya Arab telah diterjemahkan ke Bahasa Latin bagi
memudahkan ilmuan Barat mempelajarinya. Hal ini dibuktikan dengan
pembinaan Universiti di Itali di Bologna dan di Padova. Selepas itu,
hasil dari ilmu yang diperolehi, ilmuan Barat kembali ke Eropah bagi
membangunkan kembali Tamadun mereka.
Di
waktu ini, pemerintahan gereja oleh agamawan terpaksa akur dengan fakta
dan teori yang telah berjaya dibuktikan dengan jelas oleh golongan
ilmuan. Ilmuan Barat mengatakan bahawa sumber atau ideologi agama tidak
mampu untuk membuktikan kebenaran terhadap sesuatu perkara, malah mereka
mengatakan yang tidak benar, juga disebabkan faktor golongan agama yang
tidak memberi contoh yang baik. Akhirnya, pelbagai ilmu seperti
kesusateraan, kesenian, sains mampu berkembang di Barat. Inilah titik
tolak permulan Zaman Renaissance hasil dari ilmuan umat Islam. Mereka
memartabatkan ilmu Greek, dan menjadikan mereka mementingkan kehendak
manusia itu sendiri yang dikenali sebgai "Humanism" dengan kepentingan
material yang menguntungkan. Manakala agama "Kristian" tidak menjadi
ikutan yang kuat menjadikan manusia bebas memilih keputusan.
Maka
seterusnya telah lahir zaman Moden dan akhirnya zaman Teknologi. Di
zaman pembaharuan inilah ilmuan Barat bangkit dengan mengaplikasikan
ilmu mereka dengan menghasilkan pelbagai ciptaan dengan menggunakan ilmu
sains. Seperti Isaac Newton dengan teori graviti, pembuatan telefon
Granhambell. Keseniaan Leonardo da Vinci dan banyak lagi. Kesimpulannya,
ilmu adalah satu kepentingan untuk membawa perubahan masyarakat dan
tamadun, tetapi hakikat kebahagiaan sebenar kita sebagai umat Islam
adalah keseimbangan kejayaan duniawi dan ukhrawi.
Wallhu 'alam.