Salam sejahtera di bawah lindungan Allah. Moga-moga hari ini
lebih baik dari semalam dan berazamlah untuk hari esok lebih baik , aamiin. Hari-hari
yang berlalu.. waktu dan masa silih berganti, dan umur pun semakin meningkat
usia, dan tak sedar akal fikiran juga bertambah matang.
Entry ini buat pertama-tama kalinya menulis tentang cinta.
Itulah fitrah manusia yang dijadikan Allah. Manusia telah
dijadikan Allah dengan tiga sifat di dalam jiwanya. Pertama, jiwa manusia boleh
dipimpin oleh rasional kita iaitu dipanggil natiqah (akal), kedua nafsu amarah
yang dipanggil ghadabiyyah (hati) dan yang ketiga adalah nafsu syahwat yang
dipanggil syahawiyyah (limpa).
Ringkasannya, memang lumrah manusia ada nafsu dan
keinginannya tersendiri, Cuma bagaimana ianya dikawal dengan baik. Mustahil,
jika tiada berkeinginan apa2, itu adalah malaikat. Nabi pun adalah manusia yang
diberi ujian dengan nafsunya, apatah lagi kita yang biasa2 ni. Tahap iman boleh
turun naik.. and kadang2 encik iman pun boleh semput, dan terus dibuai nikmat2 yang tidak diizinkan
Allah.. Astaghfirullahal ‘azim.
Kembali pada tajuk, “bagi yang belum berkahwin”. Siapa di sini yang dah kahwin atau tak lama
lagi tunggu masa, sila keluar dari entry ni. Gurau je ^^
Allahhumma Solli ‘ala saidina Muhammad, wa ‘ala alihi
wasohbihi ajma’in… Selawat dulu.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
First time, ana tertarik untuk menulis tentang soal hati bagi
sesiapa yang belum berkahwin. Macam
memahami pula.-_-'
Tidak kira siapa2.. ada yang sedang mencari-cari calon untuk
berkahwin, ada yang sedang menunggu kehadiran pasangan hidupnya, ada yang
sedang mencuba-cuba untuk berkenalan, ada yang sedang menilai dan menilai, dan ada juga yang sedang menjaga hubungan
sehingga bermatlamatkan ke akad nikah yang sah…
Bagi mereka yang telah bersedia untuk berkahwin, tetapi masih
tiada pasangan yang sesuai lagi dan terus mencari.. Sehingga hati berbisik “tiada
siapa yang nak kat aku ke”? “ Siapalah.. bakal peneman hidup aku nanti”?
“Bilalah.. akan tibanya masanya nanti”? Dan terus berdoa dan berharap.
Namun, ketahui tak yang ini juga adalah ujian Allah? Sudah
ke kita menilai hikmahnya? Adakah kita rasa sedih, dukacita, risau dan
segalanya yang menghantui kita?
>>>>>>>>>>>> sedikit
renungan…..
Ana cuba menggambarkan bahawa, jika Allah belum menentukan
apa2 mengenai jodoh kita, kita masih perlu sabar, perlu semangat dan masih perlu terus
terseyum dengan senang hati dan gembira.^_^ Kenapa? Kerana ia berkaitan dengan
tahap penerimaan hati kita, iman kita, redha kita dengan apa yang telah Dia
tetapkan.
Tidak sedarkah jika kamu bersabar kamu akan kuat..?
Tidak sedarkah jika kamu berseorang kamu akan tabah..?
Tidak sedarkah jika kamu berusaha kamu akan tawakkal..?
Dan tidak sedarkah jika kamu bderdukacita kamu akan
merana..?
Dan banyak lagi situasi yang perlu dihadapi dengan
BERGANTUNG HARAP pada Allah, dan Smile ^__^
>>>>>>>>>>YANG BELUM
MEMPUNYAI CALON PILIHAN<<<<<<<<<<<
Tuhan belum memberimu kerana dia sedang mengujimu lagi.
Ingatlah, setiap ujian yang datang itu adalah semakin tinggi dan semakin lama
dihadapi adalah bagi memuliakan hamba-Nya. Apabila diri semakin risau, semakin
sedih, semakin lemah.. Namun masih tetap terus bersabar itu sebenarnya adalah
ganjaran yang besar buat hamba-Nya.
Jika terlalu ingin untuk mendapatkan sesuatu, namun Allah
belum izinkannya, dan bersabar dan reda.. Serta tetap dengan menjauhi sebarang
kemungkaran dari nafsu sendiri adalah dikira sebagai berjihad, dan
sebesar-besar jihad adalah melawan hawa nafsunya.
Bagi yang belum mempunyai pasangan untuk bakal ke alam rumahtangga, sebenarnya Allah terlalu sayang
pada kalian. Berbeza dengan mereka yang telah dirisik, dan mempunyai ikatan
pertunangan yang lebih berat ujiannya.
Betapa beruntungnya, apabila hatimu telah dijaga oleh Allah
s.w.t, hatimu tidak mudah untuk mengingati seseorang yang masih haram buatmu. Hatimu
dijaga daripada jurang cinta nafsu yang mungkin boleh membuatkan zina hati
apabila teringat si dia yang melekakan..
Jika bersedih, renungilah kisah serikandi sufiah Rabiatul ‘Adawiyyah
r.a, bukan kerana tiada sesiapa yang ingin memilikinya, namun ketegasan
Rabiatul demi mempertahankan cintanya yang satu iaitu pada Ilahi, meletakkan
beliau sebagai ketua segala bidadari Tuhan di syurga. Masya Allah.
Melihat pula para ulama’ mereka lambat berkahwin kerana
terlalu cintakan ilmu Allah.. sanggup menggadaikan keperluan hati untuk
memenuhi kecintaan ilmu yang tinggi. 'Aazim!
Renungilah kisah-kisah tauladan, antara cinta quwais dan
laila… Kerahsiaan cintanya, walaupun di dunia tidak tercapai..tetapi Tuhan membalas
kehidupannya berbahagia di akhirat… kisah cinta zulaikha kepada Nabi Yusof, sungguh
banyak pengorbanannya.
Semakin pedihnya jiwamu tanggung.. Dengan penuh kesabaran,
Allah telah menulis setiap kesabaranmu segabagai amalan yang mulia.. amalan
yang membawamu ganjaran ke syurga-Nya..
>>>>>>YANG TELAH MEMPUNYAI PASANGAN, ADANYA IKATAN &
SEBAGAINYA<<<<<<<<
Jika taqdirmu telah dirisik, telah ditetapkan sebuah ikatan
perjanjian.. tetap terus berjuanglah mempertahankan imanmu.Kadang-kala.. Ikatan
itu menganggapkan ianya boleh meremehkan hubungan sesama muhrim.. menjadi tiket
menghalalkan perasaan.. Namun ianya masih perlu dengan batas-batas-Nya yang
indah..
KETAHUILAH.. Apabila ada si dia di dalam hati pasti dirimu akan mudah mengingatinya.. Terbayang si dia, timbul pula kehendak hati yang hadir tanpa di duga.. Rindu.. Ingin berjumpa, ingin menatap wajahnya. Jika tidak dapat berjumpa, mengambil jalan berhubung di telifone, bermessej sehingga hati reda.. Di mana Tuhan kita waktu ini?
Memang susah jika hati tidak kuat untuk hadapi.. Mengharapkan orang yang disayangi di sisi bersama mehnah-Nya, namun ada cara dan batasnya..Yang apabila berbicara, hanya kepada kebaikan dan bermanfaat, ada tujuan dan natijahnya.. Menjaga percakapan agar si dara tidak melunakkan suaranya, si teruna tidak menanyakan perkara yang tidak harus, agar berjaga-jaga kepada syubhah bagi mengelak pengharaman-Nya. (berhubung bila perlu dengan penuh rasa takut pada Tuhan) Mampu?
Memang susah jika hati tidak kuat untuk hadapi.. Mengharapkan orang yang disayangi di sisi bersama mehnah-Nya, namun ada cara dan batasnya..Yang apabila berbicara, hanya kepada kebaikan dan bermanfaat, ada tujuan dan natijahnya.. Menjaga percakapan agar si dara tidak melunakkan suaranya, si teruna tidak menanyakan perkara yang tidak harus, agar berjaga-jaga kepada syubhah bagi mengelak pengharaman-Nya. (berhubung bila perlu dengan penuh rasa takut pada Tuhan) Mampu?
Zalimkah Tuhan? Tidak. Malah Allah amat bijaksana menilai
hamba-Nya. Ada yang diberi kebahagiaan awal.. Ada yang diberi-Nya lambat.. Dan
ada juga hamba-Nya diuji dengan kebahagiaan itu tidak pernah muncul, malah
tidak tercatat taqdirnya di dunia untuk dia merasakan kegembiraan…
Namun… Dia sebenarnya telah dijanjikan syurga yang tertinggi
buatnya di akhirat.. atas hasil kesabarannya menahan ujian Allah. Lihatlah kekasih
kita Nabi Muhammad s.a.w, dikebanyakkan hari baginda diuji dengan kesedihan
kerana mengalami ujian yang tinggi dan tinggi.. Namun tidak Allah cepat membahagiakan
baginda di dunia yang fana, tetapi mengangkatnya manusia yang teragung di
akhirat..
Samakin berjihad melawan kehendak hati.. semakin pahala free
Allah berikan.. dan suatu hari nanti ianya tidak sedar telah mengumpulkan
pahala yang memberati neraca amalnya. Untungkan.
>> >>>>>>>>>>>>>>>>>>RENUNGI HIKMAHNYA<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Mungkin, Allah mahu kita berusaha lagi.. Allah mahu kita
memperbaiki diri lagi.. Kerana Allah itu tahu tahap kelayakan ujian kepad
hamba-Nya. Ntah-ntah memang sebenarnya kita belum bersedia menerima taklifan
yang lebih berat lagi selepas berumahtangga, mungkin ujian-Nya lagi berat…
menjadikan pasangannya sebagai ujian.. Adakah sudah berkahwin tetap istiqamah dijalan-Nya? Belum tentu.
Jika hadir dukacita.. Cepat2 lah istighfar.. Sibukkan diri dengan perkara yang manfaat, carilah kekuatan bersama teman2.. Dan yang paling penting terus berdoa dan Tawakkal... Ingatlah janji Allah.. "perempuan yang solehah buat lelaki yang soleh". Dah solehah ke? Jom timba lagi ilmu untuk jadi solehah.. Persiapkan dirimu sebelum ke rumahtangga, kerana dikau adalah cerminan kelahiran generasimu nanti.. Menunjukkan betapa pentingnya menjaga diri sebelum berkahwin bagi meraih berkat-Nya.
Jika hadir dukacita.. Cepat2 lah istighfar.. Sibukkan diri dengan perkara yang manfaat, carilah kekuatan bersama teman2.. Dan yang paling penting terus berdoa dan Tawakkal... Ingatlah janji Allah.. "perempuan yang solehah buat lelaki yang soleh". Dah solehah ke? Jom timba lagi ilmu untuk jadi solehah.. Persiapkan dirimu sebelum ke rumahtangga, kerana dikau adalah cerminan kelahiran generasimu nanti.. Menunjukkan betapa pentingnya menjaga diri sebelum berkahwin bagi meraih berkat-Nya.
Mungkin si dia yang dijanjikan juga sedang memperbaiki
diri.. Sedang menuntut ilmu atau berkerja.. Mempersiapkan menjadi anak yang
soleh solehah dahulu, atau masih sedang asyik dengan Tuhannya.. Wallahu’alam..
sekadar perkongsian yang ingin memujuk hati-hati yang teruji dek kerana kasih
kepada makhluk ciptaannya….
>>>>>>>>>BEBERAPA AYAT CINTA DARI ALLAH ^_^<<<<<<<<<
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).(3:14)
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(3:31)
Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(5:54)
Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.(9:24)
Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.(16:107)
Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemauan) kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,(49:7)
WALLAHU'ALAM....ALLAH yang Maha Mengetahui... :) Tahniah juga pada sahabat2 ana yg telah berkahwin dan bakal2 yg menyusul kelak..Moga dirahmati Allah, aamiin~