~Yang Budiman~

Ahad, 9 Januari 2011

Membaguskan Diri.. Perlu ke? ^_^



Cari-cari masa untuk kesempatan yang ada. Mahu tulis juga. Menulis sebagai wasilah memotivasikan diri. Ya Allah, bukakan pintu hidayah-Mu bagi hamba-Mu berterusan. Alhamdulillah hampir masuk minggu ke-empat pengajian. Sudah menimbun tugasan yang diamanahkan pensyarah.
Berilah kami seluruh sahabat-sahabat kekuatan melaksanakannya. Dengan ilmu yang masih secoit, dengan kefahaman yang terlalu lemah, berilah kami tetap tegar bersemangat memikulnya.amin.
Tugasan yang perlu disiapkan dengan segera:
Ilmu Kalam : “al- Syafaat” menurut al- Sya’irah
Falsafah Islam : epistemology menurut Imam al- Ghazali
Method Fiqh : sebab-sebab khilaf kalangan ulama
Method Dakwah : kaedah perlaksanaan al- Hikmah sebagai
method dakwah
Fiqh Ibadat dan Munakahat : terjemahan kitab bab zakat
Maharat al-Kitabah wal Hadathah : hiwar, latihan nahu dan saraf
English : summary of five book penguin leaders
Methodologi al- Quran dan Hadith : sedang mencari tajuk
Tamadun Islam Semenanjung Asia Tenggara ( TITAS ) : belum lagi
Allahu akhbar! Mari bersemangat wahai diri…. Menuntut biarlah kerana cintakan ilmu, kerana tahu diri itu terlalu jahil, kerana memang untuk dipelajari, dihayati dan diamalkan. Insha Allah. Renung balik surah baqarah yang Allah berfirman, : “ tidak ALLAH beratkan sesuatu kepada seseorang selagi ianya masih mampu memikul”. Yah! Pasti boleh.
Alhamdulillah study group sudah bermula. Moga bersama-sama teman dapat menambahkan lagi semangat belajar. Tapi dalam kita sibuk menuntut ilmu, jangan pula lupa tanggungjawab pada yang Esa. Setiap perit pedih menjadi indah jika terus bersandar pada Allah.
Alternatif dengan melakukan solat berjemaah bersama-sama, solat hajat, baca quran dan tazkirah bersama teman untuk memperkemaskan diri yang lemah ini agar selalu tidak melupakan-Nya mengharungi apa saja rintangan.
Ilmu sebagai perkongsian, insha Allah jika telah berjaya menyiapkan, maka akan dibentangkan pada sahabat yang lain. Tidak sabar juga untuk mendengar perkongsian tajuk dari sahabat-sahabat.
Dalam minggu lepas juga diri telah diingatkan ustaz mengenai khusyuk dalam solat. Masha Allah… malu betul bila tidak menjawab soalan ustaz yang hanya remeh sahaja. Katanya:
“ ustaz bukan nak menghina kamu atau perlekehkan, tapi ianya adalah realiti” “ baiklah ustaz nak Tanya apa maksud dalam duduk diantara dua sujud bacaannya?”
tiada yang memberi jawapan tepat. “ ok ana tanya perkataan wajbur, apa maksudnya?” masha Allah… macam mane boleh tak pasti perkara ini?
“ hah lihatlah begini umat Islam sekarang, bacaan dalam solat hari-hari pun tak tahu maknanya, hamba apakah kamu ni?
Ye, sedangkan Allah telah berfirman yang maksudnya: “ tunaikanlah solat sesungguhnya ia dapat mencegah kemungkaran”
Lihat jaminan Allah ni, tunai solat pasti dapat hindar mkasiat. Tapi bila tengok jika telah tunaikan solat masih melakukan kemungkaran kenapa ya? Itu tanda kurangnya penghayatan dalam solat tersebut. Kerosakkan amalan solat apabila ianya tidak betul mengikut syariat, tidak khusyuk.
Mari memburu kekhusyukkan dalam solat! Sesungguhnya orang Islam itu akan berjaya apabila ianya menjaga waktu solatnya dan khusyuk. Mencari EHSAN dengan menganggap, merasa kita sedang melihat Allah, jika tidak mampu selalulah berfikir yang Allah melihat kita.terima kasih ustaz, atas peringatan dan buku ustaz" khusyuk kemanisan bersolat" yang ustaz syorkan. ^^
Timbulkan rasa gerun, takut, tunduk tawaduk yang kita ni terlau kerdil di sisi-Nya… merayu merintihlah dalam solat memuji dan memohon pada-Nya. Wahai umat akhir zaman… jangan lupa kita terlalu banyak anasir-anasir yang melekakan, jadi persiapkan diri dengan taqarrub dengan-Nya… always and always, every days…..
Hmm nampaknya diri telah terjebak dalam method dakwah, syukur diberi peluang belajar dari madah jabatan lain. Kata ustazah :
“ baiklah, sekarang kamu semua akan belajar tentang method dakwah iaitu kaedah bagaimana untuk berdakwah, jadi bila sudah pelajari akan menjadi tanggungjawab kamu untuk praktikkannya, malah telah kewajipan berdakwah bagi kamu”
Huh mendengar peringatan ustazah diri terasa sesuatu bebenan besar yang sedang menghimpap diri. Mampukah?? Jadi perlu tanamkan semangat dari sekarang! Ok, para sahabat2 sekalian… wahai pejuang di jalan Allah, mari kita terus berjuang dengan bersungguh-sungguh.
Mulakan dari sekarang, bolehlah belajar dengan melihat peta minda di atas^_^. Moga semakin menuju Allah dan lebih mengenali-Nya. amin.

Maka kesimpulan di sini, perlulah kita memperbaiki diri kita.. Bagi memperbaguskan segala urusan kita.. Lebih-lebih lagi ianya ibadah kerana Allah s.w.t.. Insya Allah.. ^_^

Selasa, 4 Januari 2011

.:KENALILAH PEMIKIRAN ISLAM SEMASA:.

p/s : atas kesibukkan dengan tugasan yang banyak, jadi ana mengambil tugasan madah dahulu sebagai perkongsian. moga lebih mengenali apa itu " Pemikiran Islam Semasa ".

DEFINISI PEMIKIRAN ISLAM SEMASA MENURUT BAHASA:
Pemikiran dalam bahasa Melayu berasal daripada kata 'fikir'. Ditambah dengan imbuhan pe dan an serta ditukar huruf kepada m sehingga menjadi ‘pemikiran’. Kata perbuatannya adalah berfikir (thinking). Bahasa Iggerisnya pula ialah think (thougt). Perkataan berfikir kini digunakan secara meluas. Dasar perkataan fikir berasal dari perkataan Arab 'fakkara', 'yufakkiru', 'tafkiran'. 

Sebahagian ahli bahasa mengatakannya daripada wazan 'dharaba' iaitu 'fakara', 'fakiru', 'fakran' atau 'fikran'. Jelasnya perkataan fikir berasal daripada perkataan 'al-fikr'. Dalam al-Quran, perkataan fikir tidak disebut dalam bentuk kata nama. Tegasnya dalam al-Quran, perkataan fikir disebut dalam bentuk fi’il madhi (perbuatan yang telah lepas) dan mudhari' (perbuatan yang sedang dilakukan), sighah mukhatab dan ghaib (kata ganti diri kedua dan ketiga). Misalnya fakkara dan tatafakkarun.

Jadi ketika al-Quran menggunakan cara ini seolah-olah Allah S.W.T ingin mengingatkan kita bahawa usaha berfikir adalah usaha yang sangat berkaitan dengan manusia. Ringkasnya pemikiran bolehlah didefinisikan sebagai satu aktiviti kekuatan rasional (akal) yang ada dalam diri manusia, sama ada ia berupa qolbu, roh, atau dzihnun, dengan pengamatan dan penelitian untuk menemukan makna yang tersembunyi dari persoalan yang dapat diketahui, atau untuk sampai kepada hukum-hukum, atau hubungan antara sesuatu. Pemikiran juga boleh didefinisikan sebagai rangkaian idea yang berasosiasi (berhubung kait) atau daya usaha reorganisasi (penyusunan semula) pengalaman dan tingkah laku yang dilaksanakan secara sengaja.
Takrif pemikiran yang digunakan dalam bidang psikologi sangat abstrak dan berbeza antara satu sama lain. Dalam penjelasannya pemikiran dapat diterangkan dengan menyenaraikan kegiatan-kegiatan yang terlibat dalam konsep pemikiran itu. Antara lain, pemikiran merujuk kepada kebolehan manusia untuk mencipta gagasan-gagasan, dan pengertian-pengertian, berhujah, menilai, dan membuat keputusan.
Perkataan Islam pula merujuk kepada makna selamat, sejahtera, aman dan seumpamanya. Ianya merupakan terma popular merujuk kepada pemikiran yang timbul dan muncul dalam masyarakat Islam. Perkataan semasa pula merujuk kepada kotemporari dan terkini iaitu keadaan sekarang yang pasti berubah-ubah mengikut keadaan. Jadi, konteks semasa bermakna interaksi berterusan dengan keadaan dan perubahan manusia dan alam.
DARI SEGI ISTILAH :
Definisi pemikiran Islam pula bolehlah disimpulkan sebagai gagasan atau buah fikiran pemikir-pemikir Islam atau ulama' bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah untuk menjawab persoalan-persoalan manusia dan masyarakat yang timbul disebabkan berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah pertama, sebagai usaha untuk memahami atau mengambil istinbath (intisari atau pengajaran) hukum-hukum agama mengenai hubungan manusia dengan penciptanya dalam masalah ibadah. Juga hubungan sesama manusia dalam masalah muamalah. Masalah-masalah ini menyangkut hal-hal ekonomi, politik, sosial, undang-undang dan lain-lain. Kedua, sebagai usaha untuk mencari jalan keluar kepada persoalan-persoalan luar yang belum ada pada zaman Rasulullah S.A.W dan pada zaman sahabat atau untuk memperbaiki tindakan-tindakan tertentu berdasarkan roh Islam. 

Ketiga, sebagai penyesuaian antara prinsip-prinsip agama dan ajaran-ajarannya dengan pemikiran asing yang mempengaruhi pemikiran umat Islam. Keempat, sebagai pertahanan terhadap akidah Islam dengan menolak akidah, kepercayaan lain yang bertentangan dengan ajaran Islam dan menjelaskan akidah Islam yang sebenarnya. Kelima, untuk menjaga prinsip-prinsip Islam agar tetap utuh sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW sepanjang masa hingga ke akhir zaman.
Dalam hal ini, Muhammad al-Bahi mendefinisikan pemikiran Islam sebagai usaha akliah oleh para ulama Muslim untuk menghuraikan Islam berdasarkan sumbernya yang asli iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Muhsin ‘Abd al-Hamid pula mendefinisikannya sebagai setiap apa yang dilahirkan oleh pemikiran kaum Muslim sejak perutusan Rasulullah hingga kini tentang pandangan hidup umum (al-ma‘arif kawniyyah, world view) yang berhubungan dengan Allah S.W.T, alam dan manusia. Mohd Kamil Abd. 

Majid mengupas pemikiran Islam itu sebagai gagasan, idea, dan fikiran dari perspektif Islam sebagai respons intelektual kepada persoalan Tuhan, manusia, alam, kehidupan, kematian dan kewujudan seluruhnya yang timbul daripada pertembungan Islam dengan kebudayaan dan peradaban asing atau respons terhadap masalah dalaman umat Islam. Bagi Hassan Abdullah Hassan pula pemikiran Islam tidak lari dari kegiatan akliah yang berteraskan kaedah Islam dalam pergerakan, pelaksanaan, penghasilan dan penilaian akliah tersebut, seterusnya menjadi kerangka pegangan untuk membentuk tasawwur asasi berkaitan Allah, insan, dan alam. 

Ketiga-tiga persoalan (qadiyyah) di atas adalah tema pokok perbahasan ilmu dan kehidupan. Dr. Yusof al-Qardawi memfokuskan perbincangan kepada qadiyyah Ilahiyyah, Insaniyyah, al-‘Alam dan ditambah lagi dengan al-Nubuwwahal-Ma’ad wa al-Masir. serta Menurut Prof. Dr. Kamal Hasan, yang dimaksudkan dengan pemikiran islam semasa ialah gagasan-gagasan, idea-idea dan fikiran dari perspektif islam sebagai tindak balas yang bersifat intelektual kepada persoalan-persoalan manusia dan masyarakat semasa.

 Oleh itu, yang dimaksudkan dengan persoalan semasa ( kontemporari ) di sini pastinya merujuk kepada perkembangan dan persoalan yang berlaku hari ini atau berkisar kepada isu-isu terkini, jadi pemikiran yang menjadi fokus sabjek ini pastinya kepada perubahan-perubahan dan perkembangan yang berlaku dan menimpa umat Islam semasa dan reaksi atau jawapan yang dikemukakan oleh umat Islam melalui ijtihad mereka menangani tuntutan dan keperluan semasa umat Islam. 

Pemikiran Islam yang bersifat pembaharuan dan tajdid akan menjadi asas kepada kemajuan dan perubahan umat Islam, peranan pemikir tidak kurang pentingnya sebagai pelaksana dan pengurusan kepada pemikir Islam dan temadunnya. Islam turut terikut dengan tahap kemajuan dan kemampuan pemikirnya sama ada berkembang ke arah kekuatan ataupun statik beku tanpa sebarang perubahan.
 
Pemikiran Islam turut didefinisikan sebagai himpunan ilmu dan pengetahuan yang tertegak atas asas-asas dan neraca ukuran Islam. Lebih luas lagi ianya diertikan sebagai dasar dan ajaran yang dibawa oleh Islam, metode yang perlu digunakan dalam pemikiran oleh umat Islam, pandangan dan pemikiran yang dihasilkan oleh umat Islam, dan rumusan daripada usaha-usaha penggabungan pemikiran manusia dengan mengubahsuai, memproses dan membebaskannya daripada unsur-unsur luar yang bercanggah dengan Islam. 

Dalam hal ini, tafakkur lebih sesuai difahami sebagai usaha berfikir dengan kaedah-kaedah tertentu, manakala fikr adalah hasilnya. Definisi pertama juga menekankan persoalan sumber pemikiran Islam. Manakala definisi kedua menekankan persoalan skop pemikiran Islam.

Sabtu, 1 Januari 2011

Semalam genaplah 31 Disember 2010, 1st Muharram 1432 atau dikenali “Maal Hijrah”. Gambar diatas menunjukkan semangat baru yang kental ingin bermula. Jadi, Selamat Tahun Baru kepada semua kaum muslimin. Happy Islamic New Year! Semoga Tahun baru ini kita semua mendapat lebih kerberkatan dan dilimpahi rezeki-rezeki yang halal dari illahi serta mendapat kejayaan yang cemerlang pada tahun ini. Amin.

Pengertian Awal Muharram

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Di bawah terdapat doa Akhir dan awal tahun

Doa Akhir Tahun ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Dan Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Selasa, 28 Disember 2010

Permulaan dengan nama Allah ya Karim yang Maha Mulia, ya ‘Azim yang Maha Agung. Sesi pembelajaran telah bermula. Wah banyak pula tugasan yang perlu dilaksanakan. Baru terasa sibuk, gundah gelana untuk menyiapkannnya. Jadi di blog ini akan mengimbas kembali apa yang telah pelajari dari kertas2 kerja. Madah kali ini ialah “ Ahklak dan Tasauf”. Semoga ilmu ini sentiasa diingati dan diamati. Wallahu ‘alam.


1. PENGHAYATAN AKHLAK MULIA ASAS KECEMERLANGAN JATI DIRI MUSLIMJustify Full
Menjadi sifat semula jadi manusia mencari keunggulan dirinya. Masing-masing akan berusaha ke arah itu dengan mengenali potensi ( bakat ) yang ada pada dirinya dan dengan berbagai-bagai cara. Jelasnya, mereka menggunakan seluruh kemampuan fikiran dan perasaan, daya dan tenaga, harta dan masa semata-mata untuk mencapai keunggulan peribadi dalam satu-satu bidang. Dasar yang menjadi prinsip hidup orang yang mengharapkan kurniaan Allah s.w.t. ialah beriman, berilmu, beramal, berhijrah, berjihad dan bertaqwa. Dasar ini diletakkan di atas landasan taufiq dan hidayah, irsyad dan ‘inayah Allah s.w.t. seperti yang sentiasa diucapkan di dalam solat Surah al-Fatihah ayat ke- 6:

Maksudnya: “tunjukkanlah kami jalan yang lurus”.

Jalan ini sahaja yang akan membawa manusia sampai mercu keunggulan bukanlah merupakan sesuatu yang dicari-cari atau diburu-buru dan keunggulan itu semestinya didapatkan melalui jalan yang satu iaitu Islam. Jalan-jalan yang lain adalah palsu dan keunggulan yang didapati adalah bersifat sementara dan sia-sia.

1.1 Persaudaraan Islam

Persaudaraan Islam ialah suatu bentuk ikatan yang kukuh antara manusia yang menganut agama Islam dengan satu identiti iaitu muslimin muslimat, mukminin dan mukminat. Dalam Surah al- Hujurat, ayat ke-10:

Maksudnya : “sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah dua saudara kamu..”

Persaudaraan Islam menjadi salah satu faktor penting bagi membina masyarakat Islam yang bersatu padu, kuat dan cemerlang seperti yang telah ditunjukkan dalam sejarah pembentukan masyarakat Islam di Madinah pada zaman Rasullah s.a.w. Apabila mengamalkan persaudaraan sesama Islam, maka akan melahirkan rasa kasih sayang, simpati, menghilangkan prasangka dan iri hati terhadap orang lain. Persaudaraan Islam juga melahirkan sikap saling bantu -membantu dan tolong- menolong serta menghapuskan sikap mementingkan diri. Ianya dapat memanfaatkan setiap bakat dan kebolehan yang ada untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat, dengan menggembeling daya dan tenaga untuk mempertahankan kesucian Islam dan untuk melaksanakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. di bumi ini.

1.2 Toleransi dan Pemaaf

Sikap toleransi dan pemaaf juga adalah akhlak mulia yang perlu dihayati. Nilai baik dapat dikekalkan dan akibat buruk dapat dihindari dengan menanamkan semangat toleransi dan pemaaf. Orang yang mempunyai semangat toleransi dan pemaaf sebenarnya orang yang berjiwa besar, berfikiran jauh dan bersikap terbuka serta optimis terhadap kebaikkan yang tersembunyi di sebalik keburukkan orang lain. Malahan dia bijak menangani gejala buruk yang dihadapinya. Toleransi mengandungi sifat-sifat sabar, imbang ( wastiyyah ), tolak –ansur, timbang rasa, lemah lembut, istiqamah ( tetap pendirian ), bijak dan waspada. Orang bertoleransi bukanlah orang yang kalah kepada musuh, malahan dia merupakan orang yang mempunyai kekuatan dalaman ( jiwa ) yang dapat mengawal nafsu amarahnya yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada tindakannya. Ketenangan jiwa itu merupakan tenaga yang dapat menundukkan dan mengalahkan musuh dengan kebijaksanaan dan sebagai benteng yang dapat menahan hasutan syaitan. Ini bererti orang yang mempunyai sifat toleransi memilih cara yang baik dan selamat untuk mengatasi masalah pertentangan dan permusuhan dengan tidak menggadaikan prinsip dan tidak mengabaikan matlamat. Manakala pemaaf pula mengadungi sifat jujur, ikhlas, mulia diri, simpati, kasih sayang, timbang rasa, belas kasihan, redha, tawakal dan raja’ ( berharap dan berserah kepada Allah s.w.t ). Jelasnya orang yang pemaaf mempunyai hati budi yang luhur dan peri kemanusiaan yang unggul, serta menghargai orang lain, juga yakin terhadap kebaikkan di sebalik kejahatan mereka dan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kejahatan mereka.

1.3 Ikhlas

Semua kerja atau amal hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Ikhlas bermaksud melakukan amal ibadah sama ada ibadah khusus atau ibadah umum semata-mata mengharapkan kurniaan dan keredhaan Allah s.w.t. jelasnya orang yang ikhlas melakukan sesuatu bukan mengharapkan balasan, pujian atau sanjungan daripada manusia, jauh sekali menunjuk-nunjuk atau ria’. Ikhlas menjadi pendorong utama kepada seseorang untuk melaksanakan niatnya yang baik, kerana niat yang ikhlas menjadi kunci kesempurnaan dan kejayaan segala amal. Allah s.w.t hanya akan menerima perbuatan atau amal yang dilakukan dengan ikhlas. Contoh riwayat al-Hakim:

أخلص دينك يقفك العمل القليل

Maksudnya : Ikhlaskanlah dirimu terhadap agama kamu, nescaya memadai bagi kamu amalyang sedikit.

Penghayatan akhlak yang mulia ini akan menyebabkan terlindung dari maksiat yang dimurkai Allah s.w.t. dari keunggulan duniawi yang sementara. Mengimpikan keunggulan para sahabat Rasulullah s.a.w., tabi’in, para aulia’, ulama’, syuhada’ dan solihin. Keunggulan sedemikian akan membawa kepada kejayaan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat.

1.4 Membentuk Amal Yang Soleh

Penghayatan akhlak mulia dalam diri muslim juga mampu membentuk amal yang soleh serta manusia yang soleh. Amal soleh bermaksud apa jua amalan orang Islam sama ada secara zahir atau batiniah termasuk kelakuan dan ucapan lisan mengikut syariat Islam. Amal itu dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t. mengikut cara yang betul serta tidak mempunyai unsur-unsur maksiat dan perkara yang boleh membatalkannya. Setiap amalan seseorang itu sama ada baik atau buruk akan dihitung oleh Allah s.w.t. Jika baik amalannya maka baiklah balasannya. Manakala jika buruk amalannya maka buruklah balasannya. Contohnya seseorang melaksanakan segala perintah Allah s.w.t. yang diwajibkan ke atas tiap muslim seperti berpuasa,solat,dan sebagainya akan mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t:

من عمل صلحا فلنفسه ومن أساء فعليها وما ربك بظلم للبعيد

‘’Sesiapa yang mengerjakan amal soleh,maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri,dan sesiapa yang berbuat kejahatan,maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri,dan Tuhan tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.” (Surah Fussilat 41:46)

Antara tanda-tanda orang yang beramal soleh ialah patuh kepada ajaran Islam iaitu dengan melakukan perintah serta meninggalkan larangan Allah s.w.t. Selain itu ia berpegang teguh dengan hukum dan tidak tergoda oleh pesona dunia dan kerja yang tidak membawa manfaat kepada diri dan agamanya. Ciri-ciri orang yang soleh juga dapat dilihat apabila ia sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t. serta redha atas tiap ketentuan-Nya tanpa merungut atau berputus asa

Justeru bagi memantapkan amal soleh serta mengelak seseorang terjerumus dalam perkara kemaksiatan maka kita perlulah mengetahui implikasi tiap-tiap perbuatan sama ada baik ataupiun buruk. Kita juga mestilah memperbanyakkan amalan seperti berzikir,selawat ke atas Rasulullah s.a.w.,solat sunat seperti solat tahajud dan amalan lain yang mampu membuatkan kita lebih dekat dengan-Nya. Kita juga perlu menghiasi diri dengan sifat mahmudah serta menjauhi sifat mazmumah.

1.5 Ehsan

Seterusnya akhlak yang baik juga melahirkan ehsan atau ditakrifkan sebagai berbuat baik dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapakan apa jua balasan atau untuk kepentingan diri kerana ehsan lahir daripada empat komponen iaitu hati,niat,cara perlaksanaan dan tujuan. Antara contoh ehsan ialah bebuat baik terhadap ibu bapa,jiran,kaum kerabat serta masyarakat. Ehsan merupakan kemuncak Iman dan Islam juga sebagai amalan yang mampu mendekatkan manusia dengan Allah s.w.t hingga golongan ini digelar sebagai Muhsin iaitu orang yang berbuat baik dan tergolong dalam golongan Muhsinin yang amat dikasihi-Nya.Ehsan merupakan suatu kewajipan justeru ia mestilh dipupuk dalam diri tiap muslim bagi membentuk jiwa yang luhur dan prihatin,mengikis sikap pentingkan diri sendiri,mengukuhkan tali persaudaraan sesama muslim serta melahirkan masyarakat yang prihatin,bersatu padu dan harmoni.

Firman Allah s.w.t:

ان أحسنتم أحسنتم لأنفسكم

“Jika kamu berbuat kebaikan,maka faedah kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu.”(Surah al-Isra’ 17:17)

1.6 Bertaqwa Kepada Allah s.w.t.

Ketakwaan pada Allah s.w.t. juga merupakan salah satu kesan daripada penghayatan akhlak yang baik dalam diri muslim kerana ia mampu membentuk jati diri muslim. Kalimah takwa diambil daripada rumpun kata wiqayah yang bermaksud memelihara hubungan yang baik dengan Allah s.w.t.,memelihara diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang keji serta melakukan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Ketakwaan kepada Allah s.w.t akan bertapak di hati seseorang sekiranya dia seorang yang beriman,berilmu dan beramal soleh. Takwa terdapat tingkat ataupun tahap iaitu kualiti takwa terletak kepada tahap iman,ilmu dan amal seseorang. Justeru kita mestilah bertaqwa kepada Allah s.w.t kerana ia menjadi pendorong kepada kita untuk beramal dengan akhlak yang baik secara bersungguh-sungguh,selain dapat meningkatkan kuailiti amal ibadah dan mendapatkan keampunan Allah s.w.t.

1.7 Bersikap Lebih Optimis

Orang yang berakhlak baik juga lebih bersikap optimis. Optimis merupakan perasaan yakin terhadap sesuatu yang baik dengan menjadikan perkara tersebut sebagai dorongan untuk berjaya. Orang yang berjaya dalam kehidupan mengamalkan sikap optimis daam diri sendiri,semangat berdikari serta berserah kepada-Nya kerana ia yakin dengan janji bahawa tiap-tiap perkara yang diusahakannya akan dinilai oleh Allah s.w.t dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil perkara. Ia juga yakin akan rahmat-Nya kerana Allah s.w.t. Maha Mengetahui,Maha Pemurah dan Maha Adil terhadap hamba-hamba-Nya. Maka ia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rahmat Allah s.w.t. dalam apa jua perbuatan kerana rahmat Allah s.w.t. melimpah ruah dan tidak pernah putus.

1.8 Bersyukur Atas Tiap Nikmat Allah s.w.t.

Nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada manusia tidak terhitung banyaknya. Contohnya hati terasa tenang,badan sihat,dipermudahkan segala urusan sesungguhnya itu merupakan nikmat yang diberikah oleh Allah s.w.t. kepada manusia. Oleh itu sebagai muslim kita mestilah mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan dengan sentiasa mengingati Allah s.w.t,taat kepada perintah-Nya,tidak berlaku kufur atas nikmat-Nya dan sebagainya. Kita dapat melahirkan rasa bersyukur di atas tiap nikmat-Nya melalui tiga cara iaitu bersyukur dengan hatii,lisan dan amalan. Hati yang bersyukur pada Allah s.w.t. adalah hati yang sihat serta bebas daripada penyakit seperti riya’,takabur dan kufur nikmat.

1.9 Istiqamah Dan Tidak Mudah Menyerah Kalah

Antara sifat orang yang berakhlak mulia juga ialah sentiasa istiqamah dalam setiap perkara serta tidak mudah berputus asa. Istiqamah ditakrifkan sebagai berpendirian teguh atas jalan lurus,berpegang pada ‘aqidah dan syari’at Islam walau dalam apa jua keadaan. Contohnya berpegang pada ‘aqidah ahlu Sunnah wa al Jama’ah,melaksanakan tuntutan syari’at Islam berpandukan al-Qur’an dan hadith Rasulullah s.a.w serta tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir seperti dakyah dan godaan hawa nafsu. Istiqamah perlu dilakukan serentak iaitu melalui hati,lisan dan perbuatan. Sikap istiqamah boleh dibentuk dalam diri muslim dengan mengamalkan semangat dan daya juang yang tinggi dengan tidak mudah berputus asa dan mengaku kalah apabila berhadapan dengan mehnah kehidupan. Oleh itu sikap ini menjadi tuntutan agama Islam seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah riwayat Muslim:

قل امنت بالله ثم استقم

Ertinya:Katakanlah:Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.

2. Redha

Redha beerti menerima segala ketentuan dengan hati yang terbuka dan rela terhadap pemberian Allah s.w.t. Redha dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti redha terhadap rezeki,qadha Allah s.w.t an hukum Allah s.w.t. Redha terhadap rezeki bermaksud bersikap qana’ah iaitu berpuas hati atau mensyukuri dengan apa yang ada tanpa mengeluh atau merungut,manakala redha terhadap Allah s.w.t. pula dapat dilihat melalui sikap seseorang muslim yang menerima ketentuan hidupnya dengan hati yang lapang dan tenang. Redha terhadap hukum Allah s.w.t. pula bermaksud seseorang yang beriman tidak akan mempersoalkan hukum dan peraturan Allah s.w.t kerana ia percaya segala yang terjadi sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. dan hanya Allah s.w.t. yang mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.

Jumaat, 24 Disember 2010


Berfikir-fikir dan terus berfikir. Melihat kepada blog2 sebagai pengisian lagi. Disebabkan minggu pertama pengajian, jadi banyak kuliah belum bermula. Rasa macam tak sabar untuk menuntutnya. Banyak pula method2 yang perlu dipelajari.

Jadi diri cuba menulis lagi, mengisi blogg ini yang tidak banyak diisi. Rasa seperti nak berkata2 bagai ia benda yang bernyawa. Sebagai tempat untuk mengembangkan fikiran persiapan di kuliah nanti.

hmm berapa madah nak ambil sem ni?

minggu tambah gugur kursus ntah berapa kali ku lihat. Akhirnya mendapat muktamad. Biarlah perjuangan akan datang ditempuh dengan satu persatu nanti. Berharap agar dapat konsisten terhadap madah yang ada.

Madah Fiqh Ibadat dan Munakahat juga yang ku pilih. Huhu seingat ana dah 3 semester balajar semasa institusi dahulu. Atas pembaharuan kursus, jadi kami terpaksa belajar lagi masa tu.

Kali ni pilih lagi. Memandangkan jadual kursus lain yang penuh, Fiqh Sirah terpaksa ditangguhkan dahulu mengikut jadaual asal. Walaupun diri betul2 rindu untuk pelajarinya, hm sabar…sabar… sem depan akan datang juga,Insha Allah.

Banyak pengajaran dalam pelajari Fiqh Ibadat dan Munakahat ( ibadah perkara2 wajib dan pernikahan). Hm asal cakap bab nikah je sahabat2 senyum sampai ke telinga. Memang tak boringlah belajar bab ni. Besar je mata tak mengantuk pula, walau berulang2 belajarnya pasti ada pengatahuan.

Hak2 suami bagaimana, hak2 isteri bagaimana, huh rasa macam tak sabar je nak praktikkan =). Sebuah perkahwinan tu begitu indah jika kerana Allah, jika setiap pasangan memburu mencari cinta-Nya, pasti kebahagiaan hakiki itu lebih terjamin.

Ustazah banyak dan selalu berpesan:

“besok… kalau kamu semua dah kahwin, jangan lupa semua ilmu2 ni, apa tanggungjawab kamu, sebagai apa, dan layarilah ia dengan kecintaan pada Allah”

“suami atau isteri mesti saling mengejutkan untuk bangun malam bermunajat
pada Allah, kalau susah atau tak bangun juga, harus si suami atau si isteri merenjiskan air di mukanya kasi sedar”

Huhu dalam hatiku kata “ kalau tak bangun jugak, simbah je dengan air ustazah,”hehe senyum sendiri.

Alhamdulillah, syukur kerana dapat belajar suatu ilmu yang berguna untuk masa akan datang. Ajaran Islam itu betul2 indah ^_^. Masih diberi kesempatan untuk belajar dan memahami ketika ini. Itulah tanggungjawab ku kini. Belum lagi tanggungjawab yang lebih berat. Jadi kenalah ambil peluang balajar semasa bujang ni.

Mungkin pernulisan blog ana akan datang akan lebih kepada pengalaman dan ilmu yang dipelajari. Salah satu latihan untuk mudah menjadi penyampai ilmu suatu hari nanti. Amin… jika diizinkan Allah.

Khamis, 23 Disember 2010

.:bagaimana menuju alam seterusnya?:.

Dengan nama Allah yang Maha Agung, wahai Tuhanku, ampunkanlahku, ibu bapaku, adik beradikku, sanak saudara kaum kerabatku, sahabat2ku dan seluruh hamba-Mu yang dhoif dan hina dimuka bumi-Mu ini. Lembutkanlah hati kami, dalam mencari jalan kebenaran menuju-Mu. Berikanlah kami hidayah yang hanya dimiliki-Mu,amin...

Alhamdulillah masih diberi peluang hidup untuk meminta keampunan pada- Mu. Jangan dicabutkan nyawa ketika diri penuh dengan maksiat pada-Mu, ketika diri penuh dengaan kelalaian dan tuntutan yang belum tertunai. Mudah2an.

Sudah bersiap sediakah kita kembali menghadap Allah tika ini? Jika tibanya ajal kita, adakah kita akan merelakannya diragut malaikat maut ( Izrail ) sekarang ini??
Mungkin ada juga yang tidak suka ditanyakan sebegini. Tidak suka memikirkan tentang “KEMATIAN” yang pasti tiba jua. Ada yang beranggapan “ alah aku masih muda, masih awal lagi untuk mati”. Benarkah demikian?. Betul ke masa muda tak kan mati? Bila tua sahaja,baru malaikat tarik nyawa?

Lihatlah fonomena sekarang, yang muda pun turut tak kecuali meninggal dunia. Banyak faktor penyebab kematian. Diri merenung, bagaimana kalau saat ini diri yang dipanggil-Nya? Allah, memang takut…… takut kalau ada maksiat2, dan mungkin banyak masih belum diampun Tuhan. Takut akan diazab api neraka Allah yang marak, panas menggelegak, dan azab2 yang dahsyat dalam neraka seperti khabaran dalam Quran.

Tidak dapatkah kita gambarkan? Ianya bukanlah satu dongengan, dan bukan juga cerita yang direka. Ia adalah realiti kebenaran yang dikhabarkan oleh Rasululah s.a.w yang akan kita tempuh kelak. Maka berimanlah kita pada utusan Allah, tentang Hari Akhirat, Hari Kiamat yang adanya mizan (timbangan amal) yang akan ditimbang amalan sama ada ke neraka atau ke syurga?

Jangan terlalu yakin dengan amalan yang dilakukan sekarang, tapi selalulah berharap pada-Nya agar diterima amalan kita tidak dipersoalkan lagi di akhirat. Berterusanlah, dan teruskanlah merendah diri meminta pada-Nya.

Diri merenung peristiwa2 yang telah berlaku. Peristiwa di mana ana dikhabarkan sahabat mengenai kematian pelajar di institusi sama ana. Isyarat msg yang diterima, membuatkan terpaku seketika.

“ al-fatihah pada sahabiah jabatan syariah dan dakwah akibat kemalangan jalan raya”. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun, ( sesungguhnya kita dari Allah, dan dari-Nya jua kita akan kembali ).

Seingat ana, mereka baru tamat exam final (peperiksan akhir) yang baru ditempuh. Baru seusia lingkungan 20-an tahun, Allahu akhbar… meninggal pada hari Jumaat, maka terlepaslah azab kubur mereka, meninggal dalam kemalangan juga sebagai mati syahid, apalagi kalau berjuang menuntut ilmu Allah,sungguh mulia cara peninggalan dunia mereka. Moga dikalangan orang2 yang beriman, amin.

Bagaimana pula cara diri ini meninggal nanti? Adakah dalam keadaan hina? Adakah dalam keadaan yang masih iman di dada? Atau diakhiri dengan su’ul khotimah (mati yang buruk) na’uzubillahi min zalik (mohon dijauhkan). Kerana semuanya ketentuan Allah, kita yang memilih jalan yang bagaimana. Moga mati masih thabat di jalan-Nya. Amin.

Merenung pula kejadian bencana alam yang terjadi di Jogjakarta Indonesia. Hanya letusan asap tebal dari gunung berapi sahaja telah meragut banyak nyawa. Itu belum lagi keluar lava api gunung berapi, Cuma asap sahaja sudah cukup memanaskan, melecurkan dan seterusnya mengakibatkan tergadai nyawa terkenanya. Maha hebat kejadian Allah.
Lihatlah tentera2 Allah iaitu seluruh alam sentiasa setiap sedia menerima arahan Allah. Kalau Tuhan berfirman, “ jadilah” maka jadilah demikian apa yang ia kehendaki…tiada siapa yang dapat menghalangi dan menandingi kekuasaan Allah. Subhanaallah……. Demikian juga seperti tsunami.
Melihat rancangan tv3 majalah 3, secara life (langsung) dapat melihat betapa lajunya pergerakkan asap tebal itu meluru membaham semua yang ditempuhnya. Keadaan mayat2 yang mengerikan, pesakit yang merana kesakitan dan segala macam kerugian yang mereka alami.

Tidak mahukah kita ambil pengajaran darinya. Itu adalah salah satu peringatan buat kita, tanda kekuasaan Allah yang ingin tunjuk pada kita kehebatan-Nya, yang Allah tidak pernah main2 dalam ancaman-Nya, masih tidak sedarkah kita?
Ia memerlukan satu kuasa yang hebat untuk menjadikan ia, mana mungkin terjadinya bencana itu sendiri tanpa yang mengaturkannya. Itulah tanda kewujudan Allah yang Maha Perkasa ( القوة ) nama-Nya. Kalau di dunia Allah telah tunjukkan yang dahsyat, apatah lagi di akhirat kelak. Tak mustahil bagi-Nya menyediakan azab yang lagi dahsyat dari itu. Berfikirlah ( bertafaqqur )tentangnya.

Merenung pula bencana banjir besar di Negeri Kedah, air hujan tanpa henti telah naik sehingga banyak yang ditenggelami. Pelbagai kemusnahan, ternakkan, tanaman yang rosak binasa, ada juga manusia yang menjadi mangsa. Di sini, ketabahan perlulah diperkuatkan. Ketika menyambut raya korban, moga mereka rela, redha segala apa yang telah terkorban. Kerana semua milik Allah, bila tiba masanya ia akan berpisah dan kembali jua pada Tuhan yang satu.

Oleh itu, diri ingin memberi peringatan buat diri dan mereka2 yang ingin diperingat. Bahawa segala ajal dan maut di tangan Tuhan, kita tidak tahu bila masanya, di mana tempatnya, dan bagaimana cara kita menemui ajal kelak. Sentiasalah memperingati mati, sentiasalah takut mengenangkannya, setiap saat, sentiasalah bersandar pada Allah memikirkan tentangnya. Kerana bila2 saja kita akan diambil-Nya. Maka persiapkanlah diri selalu.

Janganlah kita tergolong orang yang ada penyakit (wahhal) iaitu takutkan mati. Iaitu mereka yang tidak mahu memikirkan tentang kematian kerana terlalu cintakan dunia. Ingatlah kata malaikat Jibril alaihi salam yang berpesan :

“ cintalah apa yang kau ingin cintai sesungguhnya ia tidak kekal selamanya akan berpisah jua denganmu”

Kata2 ini mengingatkan agar kita bersederhana dalam mencintai sesuatu agar tidak menyesal dekemudian hari kerana tidak selamanya, tatapi cintailah Allah yang sungguh tinggi nikmat yang diperolehi bukan setakat di dunia tapi berterusan ke akhirat.

Janganlah kita terlalu angan2 yang melekakan,sibuk memikirkan masa depan yang belum tentu terjadi.Walaupun punyai cita2 yang murni tapi sentiasalah bersandar pada-Nya, bertawakkal. Cukup sekadar matlamat yang ingin diraih memikirkan untuk keredhaan ALLAH. Insha Allah.

Isnin, 20 Disember 2010

.: waktu cuti semester, dan seterusnya:.

Selawat ke atas Rasulullah, Muhammad sallallahu ‘alaihi wasalam, ahli keluarga dan para sahabat.

isi masa sebaiknya:

Sebulan lebih tempoh cuti semester, hanya menghabiskan masa di rumah, sebuah kampong yang begitu indah bersama ibunda tercinta. Rasa tak jemu walau diulit kesepiaan, kedamaian terasa menjadi diri rasa bertuah. Bersangka baik dengan kata2 ni daripada beranggapan ia membosankan, merenung hikmah, bersyukur akan nikmat kesunyian daripada arus yang boleh menghayutkan.

sentiasa beringat, mesti ada peringatan :
kita sibuk kata “ alamak dah lame tak update blog” itu ini, dan macam2 lagi siap kata sorry kat orang kan. Tapi lupakah kita untuk mengupdate diri sendiri? Dah tanya ke pada diri untuk diperkemaskan lagi? Walaupun cuti dari pengajian, tak bermakna menuntut ilmu pun harus cuti. Ilmu Allah itu terlalu banyak, Cuma terpulang pada diri untuk usahakannya. Pelbagai sumber boleh ditelaah. Pelbagai rancangan televisyen yang baik diikuti, antaranya “ al-kuliyah, forum perdana, tanyalah ustaz, usrah, halaqah,”dan banyak lagi. Program dari radio pun boleh sebagai peringatan. Ana syorkan IKIM.FM. macam2 ilmu yang bermanfaat, sekali gus kesedaran yang boleh tarbiahkan diri. Tumpu betul2, fahamkan dan ia akan menghasilkan keasyikkan yang mendalam.

Nak dapat hikmah, bukan senang. Nak tahu yang mana terbaik pun mesti ada panduannya. Memang kena sentiasa mencari, pengisian diri dengan kebaikkan. Jangan sampai terlalu lama tanpa pengisian, sampai hati mati. Ianya macam bunga jugak, kena siram hari2 kalu tak siram akan layu, lama2 akan mati. Istiqamah walaupun sikit, itu paling Allah suka.

Bila hati lama tanpa pengisian rohani, maka lebih mudah timbul kerosakkan hati. Hati sukar untuk terima kebaikkan. Malah senang pula untuk kejahatan. Haa.. timbul pula nokhtatul sauda’ ( titik2 hitam ). Klu dah banyak sangat titik2 hitam pada hati maka bertambah sukar untuk menerima hidayah, memandang kejahatan itu baik takde rase pape?. Contohnya, kalau kita terlihat satu kemungkaran di depan mata, apakah perasaan kita? Adakah biasa je? Dalam hati takde rase pape? “elleh biasa lah tu..” kata diri kan. Biasa bagi mereka yang menganggapnya biasa untuk maksiat. Berdakwah itu, selemah2 iman mesti ada BENCI dalam hati terhadap kemungkaran iaitu rasa tak suka dan tak senang. Jangan jadikan kemungkaran itu satu yang biasa.


Contoh juga, apabila kita terlewat untuk solat, atau tertinggal solat. Adakah kita tidak rasa pape? Tak cemas ke? Jangan main2 terhadap sesuatu kemungkaran walaupun ia hanya sekecil2 maksiat. Bila dah terbiasa lakukan, kesalahan diulang2, maka nilah yang dikatakan ( dah biasa). Mintalah ampun terus pada Allah, dan berazamlah tidak mahu ulanginya lagi. Insha Allah….

buat muslimah yang uzur ( kedatangan haid )

Wanita memang banyak kekurangannya berbanding lelaki, terbukti dengan kata Allah, “ الرجال قوى على النساء" . Ayat ini perlu fahami betul2 mengikut tafsirnya. Bukan bermaksud Allah merendahkan kaum hawa. Iaitu perempuan kurang untuk beribadah pada Allah, sebab tak boleh solat, dan perkara2 yang dilarang ketika tidak suci. Tetapi tidak bermakna kaum hawa untuk terus tinggalkan ibadat. Khuatir juga hati akan mati jika terlebih hari2 tidak mengingati Allah. Banyak perkara2 lain yang boleh digantikan. Seperti “ berzikir” , pelbagai zikir boleh diamalkan.

Amallah zikir al-mathurat, iaitu zikir2 Rasulullah pagi dan petang. Ianya dibolehkan bagi wanita yang berhadas. Malah banyak lagi zikir2 agar hati sentiasa untuk dibersihkan. Menghadiri majlis2 ilmu, mendengar ceramah di mana jua sumber. Insha ALLAH.

Tak sabar sesi pembelajaran bermula…

Berakhirnya cuti semester untuk naik sem seterusnya. Wah semangat rasanya untuk mulakan pengajian yang baru, madah2 yang seronok ku lihat subjek yang diambil rasa tak sabar nak pelajarinya. Yeke? Takut jugak dah belajar lain jadinya. Syukur dipilih mempelajari dalam bidang ini, untuk memantapkan lagi pegangan aqidahku dan ajaran2 Islam yang syumul. Teringin sekali untuk dikongsi bersama saudara2 yang tidak berkesempatan. Cita2 untuk menyebarkan ilmu Allah ini untuk bersama dihayati, insha ALLAH.

Lebih2 lagi result memuaskan, Alhamdulillah syukur Allah perkenankan dengan bantuan-Nya, serta doa2 para sahabat sekalian. Moga pointer ini dapat dikekalkan. Ungkapan tahniah dari sahabat2 menambahkan rasa semangat lagi. Moga kita bersama2 berjaya kelak dunia akhirat, Amin. Kegembiraan ibunda sukaku lihat. Terimakasih ibunda yang tak putus2 mendoakan anaknye ni. Azamku ingin membalas sebaiknya, insha Allah amin….mulakan yang terbaik dan bersungguh sebagai hamba dan penuntutnya, Allahu Akhbar!!

~ perkongsian yg lain~