~Yang Budiman~

Sabtu, 14 Februari 2015

Melihat kepada SEJARAH..akan faham SEBAB dab PUNCANYA...

Majlis Ilmu Berlangsung, UKM

Jika dulu, Sejarah melihatkan Barat berpegang kuat dengan agama iaitu gereja KHATOLIK, / Ortodox2.. tapi..
disebabkan penindasan org gereja pada org lain..maka timbul ketidakpuasan golongan saintis/ilmuan... mereka berusaha untuk menghapuskan sistem gereja yg berpegang pada Bible, kerana agama Kristian tika itu menolak ilmu sains/ melakukan penindasan/pembunuhan dn sbagainya..
maka..

timbul lah golongan saintis untuk memisahkan pengaruh gereja (agama) dalam kehidupan..mereka melakukan SEKULARISME..

berpunca dari Kristian mazhab PROTESTAN yg telah keluar dr gereja khatolik untuk protes penindasan gereja katolik tersebut..
timbullah...LIBERALISME..

Kebebasan bersuara oleh sesiapa sahaja..dengan berpegang pada hak DEMOKRASI..
sehigga kini..Liberalisme menuntut kepada hak asasi manusia..

hak sebagai perempuan (FIMINISME), hak sebagai masyarakat (SOSIALIS) hak dalam ekonomi (KAPITALIS)

membawa Barat jauh dari ajaran agama Kristian yg utama..
Mengutamakan ilmu sains dari agama.. Konsep Tuhan sudah tidak dibicarakan lagi...

Timbullah pandangan DARWINISME dalam konsep kejadian alam/ makhluk...menghilangkan konsep Pencipta (Tuhan)..

sehingga manusia kini terpengaruh..apabila.. menuntut keperluan HUMANISME (kemanusiaan)..
Mempengaruhi manusia yg mahukan keinginan, kemahuan, kepada keselesaan dan kemajuan.. Maka ciptaan teknologi yang pelbagai dibuat bagi memenuhi kehendak manusia kini..

maka pemikiran MODERNISME terhadap kemajuan daripada peningkatan zaman.... pelbagai teknologi canggih berlumba-lumba dihasilkan untuk peningkatan kehidupan..

Oleh itu, pengaruh MATERIALISME (kebendaan) menjadi utama manusia hidup di dunia.. sentiasa berusaha untuk mendapatkan kepuasaan dengan memiliki kemewahan dunia teknoloigi yg canggih.. 

Akhirnya.. NEW SEKULARISME terhasil apabila agama tidak memberi apa2 makna..terus dihilangkan dan dilenyapkan...

Manusia mengambil jalan mudah FREE THINKERS.. (Tidak percaya kepada Pencipta/Tuhan)...hanya perlu mengikut kehendak nafsu..

-- > Itulah sejarah, apabila Barat memandang agama...amat berbeza apbila Islam memandang agama..
Kerana kitab suci al-Quran tidak akan diubah, itu mukjizat tanda kebenaran Islam dijaga sehingga Kiamat..segala peraturan dan panduan telah Allah jelaskan di dalam al-Quran...

Kerana..Maqasid Islam menjaga semua keperluan manusia..yg diringkaskan kepada 5 perkara..
1) Agama
2) Nyawa
3) Akal
4) Harta
5) Nasab Keturunan/ Maruah

*ISLAM ITU INDAH, kerana di dalam Islam itu terdapat segala penyelesaian.. Moga Syariat Islam terus tertegak.. Dan jauhilah Budaya Barat yg di atas...Wallahu 'alam
‪#‎BicaraMaqasidSekularismeKepadaLiberalisme‬

Ketua Pakatan Rakyat Sekali lagi dihukum Penjara


Akui tidak mengikuti kes Datuk Sri Anuar Ibrahim (DSAI) dari awal. Setahunya, manusia itu sering keluar masuk penjara. Baru sahaja dibebaskan beberapa tahun lalu, tapi 10 Februari lepas 2015 digemburkan dengan hukuman penjara 5 tahun terhadap Datuk Sri Annuar Ibrahim atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Sedikit pengetahuan latar belakang DSAI, yang dahulu pernah terlibat dalam gerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), seterusnya diajak Perdana Menteri yang lalu Dato Sri Mahathir Mohamad dalam UMNO untuk melaksanakan nilai-nilai Islam. Ini dilihat kerana waktu itu GERAKAN ISLAM telah menarik perhatian orang ramai. Di mana perubahan kepada masyarakat pada kesedaran untuk mengamalkan syariat Islam.

Itulah matlamat pertubuhan Parti Islam se-Malaya PAS, bagi menyeru masyarakat dalam mengamalkan cara hidup Islam. Dakwah inilah digalas pemimpin dalam gerakan Islam tersebut berlandaskan ajaran al-Quran dan al-Hadis yang merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. DSAI juga bersama-sama PAS dalam misi ini.

Namun,pada tahun 1990-an DSAI ketika beliau berkhidmat dalam UMNO dijatuhkan hukuman penjara kerana didakwa salah menggunakan kuasa < tidak ikuti kes> -_-?. Apabila dibebaskan… DSAI didakwa lagi kerana kes meliwat Saiful Bukhari tersebut. Namun Mahkamah akhirnya menolak kes tersebut selepas beberapa tahun DSAI dipenjarakan.

Kini kes tersebut disebut kembali untuk meneruskan dakwaan kukuh. Allah, tak habis-habislagi kes ni rupenye…. Sehinggalah dijatuhkan kembali hukuman penjara 5 tahun.. …  lumrah sedih melihat orang yang banyak kali dihukum penjara.. walaupun hakikatnya tidak jelas kebenarannya.

sedih, terpaksa berpisah dengan keluarga

Terfikir, bagaimana DSAI iaitu seorang tokoh yang mahu membawa nilai-nilai Islam, serta politik dalam bentuk keadilan boleh didakwa melakukan perbuatan yang dimurkai Allah tersebut? Wallahu ‘alam…

Pembacaan terus dibuat… masa ni, kita perlu menilai, menganalisis dari kedua-dua pihak. Spekulasi dari diri kita sendiri barangkali adalah hanya persepsi kita sahaja.. hakikatnya? Mencarilah, mendengarlah daripada pelbagai sumber. Namun, yang mengetahui hakikat kebenaran adalah mereka yang terlibat hanya DSAI dan Saiful Bukhari, eh.. paling Yang sentiasa memerhati tindak tanduk kita adalah Allah Azza wa Jalla.

Ehem-ehem rasa nak berkata-kata.. 

Mahkamah, sistem perundangan manusia..
Manusia itu tidak sempurna dan tidak semua betul, no perfect.
Hukuman didasarkan pada bukti, hujahan logik dan yang terlibat..
Namun, walau sekukuh mana hujahan dan bukti tersebut.. bukan bermakna ianya yang benar..

Hakikatnya… Islam mengajarkan cara mendakwa orang yang melakukan jenayah,
Lebih-lebih lagi jenayah liwat,
Imam fiqh, Imam Malik ada mengatakan perlu datangkan 4 saksi yang melihat betul-betul dengan mata kepala, situasi liwat itu berlaku.

Di sini, mana hukuman berlandaskan syariat Islam, dari al-Quran dan Sunnah ye?

Oh lupa… Sistem Kehakiman Malaysia digubal dari sepakat akta Undang-Undang yang telah ditetapkan.. redo..? Simpati :( Moga-moga keadilan terbongkar.. dan ditegakkan.. aamiin..

Sama-sama kita bertaubat, beristighfar..mohon pengampunan Allah buat semua.. Jom tafaqqur lagi..



Selasa, 22 April 2014

Penting! Belajar Cara Sumber-Sumber Ilmu dari Ulama

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد



Allah menurunkan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w sebagai panduan hidup. Selepas itu, sumber kedua hadis daripada Rasulullah yang merangkumi semua aspek daripada Baginda. Kemudian Allah membangkitkan alim ulama, muhaddithin, fuqaha mujtahidin yang merupakan pewaris2 anbiya yang mampu mengeluarkan hukum daripada Quran dan sunnah.

Oleh itu  terdapat 3 sumber ilmu yang perlu digunakan iaitu Quran, Hadis dan Fiqah. Sheikh mengatakan ada isu mereka yang menolak Fiqah kerana beranggapan ulama2 fiqh dahulu adalah palsu. Mereka hanya berpegang pada 2 sumber utama sahaja. Hakikatnya, al-Quran merupakan sumber ilmu agama, Hadis bagaikan tafsiran al-Quran dan Fiqah adalah intipati al-Quran dan Hadis.

Untuk menguasai bidang hadis kena menguasai beberapa cabang ilmu:

PERTAMA: Ilmu Riwayat Hadis: iaitu ilmu meriwayatkan sabdaan, pengiktirafan Nabi saw terhadap sesuatu ucapan/ perbuatan yang dilakukan oleh sahabat2 di hadapan Baginda dan situasi2 Rasulullah/ meriwayatkan suatu riwayat yang disandarkan kepada Rasulullah, sahabat atau tabi’in.

KEDUA: Ilmu Dirayatul Hadis: ilmu yg membicarakan untuk mengkaji pelbagai jenis riwayat dari sudut darjat/kedudukan hadis sama ada sahih atau dhaif dan dari aspek keadaan perawinya sama ada pencatat melalui ingatan yang kuat atau pelupa, atau dipercayai atau tidak. Dan juga dari aspek keadaan sanadnya sama ada bersambung atau terputus.

Ilmu Dirayatul Hadis ada 2 cabang:
i)       Ilmu Usul Hadis: membahaskan kedudukan sanad
ii)      Ilmu Fiqhul Hadis: ilmu yg membahaskan hukum syara’ yg dikeluarkan dari hadis

Bidang ilmu yg mengeluarkan hokum syara’ daripada lebih kurang 300 ayat Quran dinamakan AHKAMUL QURAN, dan bidang ilmu yg mengeluarkan hokum syara’ lebih kurang 300 hadis itu dinamakan FIQHUL HADIS. Bidang ilmu yg mengeluarkanhukum syara’ melalui qias berdasarkan Quran, hadis dan ijma’ ummah dinamakan ILMU FIQH. Kemudian dikumpulkan ketiga2 bidang ilmu itu digelar ILMU FIQAH.

KETIGA: Ilmu Gharibul Hadis: ilmu yg menerangkan makna2 lafaz hadis yg susah difahami dan ikrab bagi kalimah2 hadis yg mempunyai kesamaran.

KEEMPAT: Ilmu Asrarul Hadis: ilmu rahsia agama yg membahaskan hikmat dan falsafah semua hokum ahkam dan hakikatnya, rahsia khasiat amalan dan kesannya yg terkandung dalam hadith. Inilah ilmu syariat yg paling mendalam dan paling utama kedudukannya. Melalui ilmu ini seseorang jelas tentang hokum syara’.

Untuk menerokai bidang ilmu ASRARUL HADIS, seseorang ituperlu menguasai ilmu2 alat yg membantu untuk memahami al-Quran dan Hadis. Terutama perlu talaqqi musyafahah (dgn berguru) KITABUL SITTAH, 6 buah kitab hadis terkemuka itu dengan sheikh yang mempunyai sanad bersambung terus sampai Rasulullah saw. Kitab hadis bukan hanya satu iaitu (HADIS BUKHARI) sahaja. Bahkan masih ada lagi 5 iaitu MUSLIM, NASA’I, ABU DAUD, TIRMIZI dan IBNU MAJAH, yg dinamakan juga SUNNAN SITTAH.

Kitab hadis sahih pula bukan hanya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sahaja. Bahkan masih ada lagi 6 iaitu: Muwatta Imam Malik, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah, Muntaqa Ibnul Jarud, Sahih Ibnus Sakan dan Sahih Ibnul Awanah.

Hadis-hadis sahih yg mana Imam Bukhari tidak memasukkan dalam kitabnya Sahih Bukhari disebabkan tidak menepati syarat2 yg ia kehendaki itu boleh didapati dalam kitab2 sahih yg lain. Dari sini dapatmengambarkan bahawa:

i)      Hadis sahih bukan hanya berada dalam Bukhari dan Muslim sahaja.
ii)    Tidak semestinya beramal dengan hadis Bukhari sahaja. Bahkan hadis2 sahih lainnya ada dalam kitab2 sahih yg lain juga turut boleh beramal.

Tajuk bagi mana2 KITAB BUKHARI adalah ijtihad Imam Bukhari. Imam Bukhari mengemukakan fahamannya yg merupakan penelitian yg tajam lagi mendalam bagi sesebuah hadis pada)  ترجمةالباب tajuk bab, yg merupakan dalilnya.

Kitab Bukhari mendapat gelaran ( أصحاب الكتاب)  kitab paling besar selepas al-Quran, dimana beliau hanya mengambil hadis:

    1)  Dari rawi yg jenis Kuat Ingatan dan mengambil Masa Lama Mendampingi Guru
    2) Riwayat dari rawi yg kuat ingatan tetapi hanya sedikit masa mendampingi gurunya, dimasukkan dalam Bukhari sebagai hadis yg menyokong kepada hadis bab.

IMAM MUSLIM pula mengambil hadis dari kedua2 jenis rawi tersebut secara bebas dan sebagai hadis penyokong kepada hadis bab, memasukkan riwayat dari rawi krang ingatan tetapi ia mengambil masa yg lama mendampingi gurunya.

IMAM NASA’I mengambil hadis dari 3kumpulan rawi tersebut secara bebas. Oleh itu, kitabnya menjadi no. ke 3 di dalam susunan 6 kitab hadis.

Keempat, Kitab IMAM ABU DAUD: mengambil hadis dari 3 kumpulan rawi tersebut secara bebas dan mengambil lagi hadis dari rawi jenis kurang ingatan dan mengambil masa tidak lama mendampingi guru, sebagai hadis menyokong kepada hadis bab.

Kelima, kitab IMAM TIRMIZI mengambil hadis dari keempat2 kumpulan rawi secara bebas dan mengambil lagi dari rawi dha’if dan rawi yg tidak diketahui ketaqwaan dan hafazannya

Keenam, kitab IMAM IBNU MAJAH: mengambil hadis dari kelima2 kumpulan rawi tersebut secara bebas.
Walaupun kitab Sunan Tirmizi peroleh kedudukan di tahap yg ke 5, ia tetap bersaing dengan Kitab Sahih Bukhari pada gelaran JAMI’ iaitu yg dihimpunkan padanya hadis2 pada 8 tajuk:

1. Sirah, 2. Adab, 3. Tafsir, 4. Aqidah, 5. Fitnah, 6. Isyrat (tanda2 kiamat), 7. Ahkam, 8. Manaqib (hadis yg brhubungkait dengan kelebihan sahabat lelaki, wanita dan qabilah2).

Kitab Hadis disusun mengikut susunan fiqah sperti: kitab zakat, kitab sedkah, kitab Taharah.
Kitab Hadis Sunan pada peringkat awal disebut Abwab kemudian bertukar menjadi Musannaf dan akhirnya kekal dengan nama SUNAN yg trdapat seperti berikut:

        1.       Sunan al-DaralQatni
        2.       Sunan Sa’id bin Mansor
        3.       Sunan Waqi’ bin Jaraj
        4.       Sunan Ibnu Jarih
        5.       Musannaf Ibnu Abi Syaibah
        6.       Musannaf Abdul Razzak
        7.       Abwab sya’bi
      8.     Al-sunan al-Kubra al-Baihaqi ( kitab yg masyhur bg Imam Syafi’e sbagai dalil2 hadis ijtihad
        9.       Sunan al-Dirami
     
SUNAN ARBA'AH:

        1.       Sunan al-Tarmizi
        2.       Sunan Abu Daud
        3.       Sunan an-Nasa’i
        4.       Sunan Ibnu Majah

KITAB JAMI':

         1.       Jami’ Mua’ammar bin Rasyid: anak murid terkenal Imam Zuhri
         2.       Jami’ Sufyan al-Thauri: Imam Syafi’e ambil manfaat dari kitab ini
         3.       Jami’ Abdul Razzak: masyhur dgn naman Musannaf Abdul Razzak
         4.       Jami’ al-Dirami: kmudian masyhur dgn Sunan al-Darimi
         5.       Jami’ al-Bukhari
         6.       Jami’ al-Tarmizi

Seseorang yg ingin menguasai ilmu hadis, tidak memadai dengan hanya mempelajari kitab hadis Sahih sahaja, ia perlu pelajari ketiga2 kitab: 1) Sahih 2) Jami’ 3) Sunan

Sambil belajar 6 buah kitab hadis tersebut, seseorang perlu juga bermutala’ah beberapa buah kitab hadis lain berkaitan dengan musykil hadis, sebab2 Rasulullah saw bersabda hadis2 maudhu’ supaya betambah jelas fahaman terhadap ilmu hadis. Kitabnya seperti:

      a)      Musykilatul Hadis/ Mukhtalif Hadis: kitab2 yg membahaskan tentang mencantumkan (menyelaraskan) percanggahan di antara dua hadis dan menentukan kebarangkalian yg wujud pada hadis2 yg susah menentukan maksud. Adalah karya IMAM ABU JA’FAR TAHAWI

     b)      Asbabul Wurud Hadis: yg membentangkan sebab2 Rasulullah saw bersabda mengenai sesuatu hadis, dikarang oleh IMAM IBNU HAMZAH HUSAINI DIMASYQI.

       c)       Al-Maudhu’at: kitab yg menghimpunkan hadis2 direka cipta orang. Imam Ibnul Jauzi menulis kitab Al-Maudhu’at Kubri. Ulama sepakat, beliau amat keras menentukan hadis sebagai hadis Maudhu’. Hafiz Ibnu Hajar Asqalani terpaksa menjawab dan menolak penentuan keras Imam Ibnul Jauzi itu.

ALLAMAH IBNU IRAQ: menghimpunkan dan mengkaji halus setiap hadis yg dikemukakan sebagai maudhu’ dan memilih hadis2 yg benar2 maudhu dalam kitab “Tanzih al-Syariat al-Marfu’ah ‘an al-Ahaadis al-Syaniah al-Maudhua’ah”. Inilah sebuah kitabyg lengkap yg diterima oleh muhaddithin sedunia.

Selain ilmu2 hadis tersebut, terdapat ilmu lain seperti: Ilmu Asma’u Rijal (membicarkan tentang rawi2 hadis), Ilmu Jarah dan Ta’dil (ilmu membincangkan mengenai thiqah atau tidak thiqah terhadap mana2 rawi / ilmu mengkritik dan mengesah sanad).

Disebabkan kitab Bukhari digelar kitab paling sahih selepas al-Quran, ramai orang yg menganggap Imam Bukhari paling tinggi di kalangan muhaddithin. Sebenarnya, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud ialah anak murid Imam Ahmad Bin Hanbal dan Imam Bukhari juga anak murid Imam Humaidi. Imam Ahmad dan Imam Humaidi adalah anak murid Imam Syafi’e. Imam Syafi’e adalah anak murid Imam Malik dan anak murid Waki’ Ibnul Jarrah yg menjadi anak murid Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad pula anak murid Imam Abu Yusof yg menjadi anak murid Mohammad bin Hasan Syaibani yg menjadi anak murid Imam Abu Hanifah. Imam Malik menerima hadis dari Nafe’ dari Ibnu Omar. Imam Abu Hanifah menerima hadis daripada sahabat Nabi bernama Abdullah bin Harith.

Apabila seorang mujtahid seperti ( Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’e dn sbagainya) berdalilkan dengan sebuah hadith, maka hadis yg dibuat hujah itu sahih di sisinya, walaupun hadis itu tiada di dalam Kitab Imam Bukhari.

Ulama muhaddthin dan fuqaha mujtahidin masing2 mempunyai kebolehan ijtihad untuk menetukan kedudukan sesbuah hadis sama ada sahih atau dhaif. Oleh itu, terdapat perbezaan pendapat dikalangan mereka dalam menentukan kedudukan hadis.

Musnidhulhind Muahaddith Akbar Imam Syah Waliyullah al-Dahlawi menyifatkan:

       1.       Ilmu mengenali hadis ( Ilmu Riwayatul Hadis) sebagai kulit luar ilmu hadis
       2.       Ilmu Gharibul Hadis: sebagai kulit dalam hadis
       3.       Ilmu Dirayatul Hadis sebagai: Isi ilmu hadis
      4.       Ilmu Asrarul Hadis: sebagai mutiara ilmu hadis. Yg dibicarakan oleh Imam Syah Waliyullah dalam kitab Hujjatullahil Balighah

>>>>>>>>>>>>>>>>>>     ANCAMAN  !!!!

Pelbagai golongan yang lahir bagi menyesatkan Umat Islam melalui sumber utama al-Quran dan hadis. Golongan yang anti hadis seperti Kassim Ahmad, golongan Ahli Quran yg menolak hadis seperti Ahmad Amin, golongan Fiminisme seperti Arsyad Manji, Golongan Orientalist, Golongan Liberal dan pelbagai lagi golongan yg menggunakan sumber utama ini bagi mendapatkan kebebesan akal fikiran mentafsir secara “Hermeunatik” menolak hujah2 ulama Muhaddithin… yg dikatakan palsu dan tidak mengikut peredaran zaman. Sedangkan al-Quran dan hadis, serta ijtihad ulama itu telah disepakati menjadi sumber pegangan kita dalam setiap permasalahan kerana ianya dijaga Allah dan ulama yang amat tinggi pengetahuannya.

MUHASABAH ?????????????????????????

Adakah kita telah mengenali kesemua kitab2 hadis tersebut? Adakah kita telah pelajari kitab2 hadis yg menjadikan sumber pengukuh al-Quran tersebut? Adakah kita mengenali ulama2 muhaddithin kitab2 tersebut?. Sesungguhnya Allah akan mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama.. Maka apabila ketiadaan ulama thiqah, hanya akan tinggal ulama Suk iaitu ulama yang melebihkan dunia daripada akhirat.. dan berlakulah pelbagai kerosakan. Bagaimana kita mahu mengetahui sesuatu hukum atau permasalahan andai sumber utama ini kita tidak pelajari?  :( Wallahu’alam. 

*Moga kita dipandu Allah dalam mengambil hukum yg dilandaskan syariat dalam kehidupan harian dan segala permasalahan aamiin... 

Khamis, 20 Mac 2014

Jadikan “cinta Allah” dalam setiap cintamu

Soal jodoh, memang tidak diduga. Perancangan Allah s.w.t yang hamba-Nya tidak ketahui. Mengimbau, di zaman sekolah diri amat pelik dengan budaya “couple”. Pelajar lelaki dan perempuan sibuk mencari pasangan couplenya. Dukacita bila mereka sudah berkasih-kasihan, bercinta dan kemudian sesuka hati memutuskan hubungan kasih mereka. Trend. Sedih lihat sahabat yang putus hubungan. Membuatkan diri tidak akan menerima budaya ni. Cinta itu seharusnya kepada tempat yang sepatutnya, kepada pemilik yang halal dimiliki. Memang Islam mengharamkan istilah “couple”.

Kita tahu bahawa umat Islam wajib mentaati Allah dan Rasul-Nya lebih utama dari segalanya, mengasihi Pencipta kita Allah s.w.t. kemudian kekasih-Nya Rasulullah s.a.w mesti menjadi ranking pertama dan kedua dalam hidup. Bukan setakat cinta, malah dibuktikan dengan amal serta menunjukkan bagaimana yang dikatakan sebagai pencinta Allah dan Rasul itu. Cinta Allah dan Rasulullah perlu berterusan..mencarinya, memperbaikinya, agar sentiasa dijaga cinta ini. Amin.

Pertama-tama dalam hidup, orang yang telah mengajarkan cinta utama ini adalah ibunda tercinta al-marhumah Rosiah bt hj.Abd. Rauf..(al-Fatihah). “Ibu” insan yang telah melahirkan dan mendidik hingga dewasa. Oleh itu wajib kita mentaatinya selepas Allah dan Rasul. Kasih ibu, mahukan yang terbaik buat anaknya, begitu juga dalam soal pemilihan pasangan hidup, ibu berharap seorang yang beriman dan baik budi perkertinya.

Menjadi keutamaan diri agar bakal suami biarlah yang dipilih oleh ibu. Kerana segala keputusan ku serah pada ibu yang menentukan. Kerana ku tahu, keputusan ibu adalah yang terbaik. Ibu yang telah mengajarkanku untuk cintakan agama, dengan mendekatkan diri pada Allah serta sunnah Rasul, maka harap insan yang bakal menjagaku selepas ibu juga akan terus mengajarkanku untuk cinta Allah dan Rasulullah s.a.w.

Ketentuan Allah, hadirnya dia menyenangkan ibu lalu terus mengikat pertunangan. Tegasnya ibu, menasihati anak bahawa tiada lelaki yang boleh istimewa kecuali adanya ikatan perjanjian. Terasa awal. Bila pula pengakhirannya? Yang tahu hak milik diri tetap kepunyaan mutlak Allah s.w.t. Bila-bila ajal boleh menjemput, dan jodoh itu tidak tahu di dunia atau sebaliknya. Terus menjaga diri, mujahadah mengawal kehendak, dan menjaga keutamaan pada diri.

Ujian bukan setahun dua, ikatan pertunangan lebih dari itu. Bila ditanya sahabat “tidak takut ke ikat lama-lama?”, “macam mana nak jaga hubungan sepanjang ikatan ni?”. Aku senyum.  Yang pasti, kekuatan itu hadir bila bergantung pada Allah. Tawakkal. Perkara yang ku ingatkan pada dia, percaya qodo’ dan qadar, ajal maut, jodoh dan rezeki semua dari Allah. Manusia tidak berhak menentukannya.

Buku-buku novel cinta cuba dihindari, bagi menjaga hati. Tapi meneliti beberapa pendapat-pendapat pendakwah hebat; Ustaz Hasrizal dengan buku “Aku terima Nikahnya”, Ustazah Fatimah Syarha “Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul”, menjadi motivasi. Tersedar bila kata Ustaz Hasrizal “Pertunangan janganlah lebih dari 1 atau 2 tahun, kelak tanpa sedar hati diisi maksiat”. Merenung. Benar, namun bukan kudratku seorang hawa yang masih di bawah jagaan bonda.

Membaca novel “Mawar Berduri” dan juga “Tautan Hati” yang belum dimiliki mendidik diri agar menjadi muslimah yang mahal, mahal dengan maruah diri. Salah satu peringatanku bahawa wanita itu fitnah, fitnah walau kepada suaminya sendiri, kerana wanita, lelaki boleh lupa sebagai pemimpin yang utama.

Jarak yang jauh, moga menjauhi juga segala kemungkaran-Nya. Merasakan diri sentiasa berdosa dengan mainan hati, lakukanlah sunat taubat selalu dan sentiasa mohon petunjuk Allah dalam setiap langkah. Salah satu cara menjaganya, dengan menyibukkan diri kita dengan pelbagai cara. Kerana bertunang bukanlah cara untuk saling bersama, perlu sentiasa berhubung, berjumpa, meluahkan kata-kata cinta di Hp atau FB. Kerana cinta adalah lebih manis selepas nikah yang mendapat berkat Allah s.w.t.

Hikmahnya, diri lebih fokus untuk belajar, tidak gusar memikirkan soal jodoh. Berserah pada Tuhan. Adanya ikatan ini menundukkan pandangan dan berjaga dalam pergaulan menjadi prinsip. Kadang mendapat andaian dikatakan seorang yang ego, tidak mudah berurusan dengan lelaki, malah unfriend dalam Fb.Huh..Hanya mampu memohon maaf. Mungkin suatu hari, akan menghubungkan kembali silaturrahim..Insya Allah. ^_^v

Alhamdulillah, tanggal 6 Disember 2013, diri selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihan Allah. Syukur, akhirnya dia tetap yang pertama, tidak pernah bertukar ganti. Yang pasti, pernikahan bukanlah perkara remeh dengan hanya penyatuan dua hati.. Tetapi adalah tanggungjawab  bersama dalam mendidik diri dalam keberlangsungan kehidupan yang diredoi-Nya. Amin.


Teringat ibu mengajarkan etika isteri kepada suami pesan ibu:
-menjaga diri untuk suami, menjaga akhlak dan tingkah laku
-berhias untuk suami, dalam keadaan tidak berbau, pakaian kemas dan sebagainya
-mendengar kata suami serta menjaga keperluan suami..

Mengingatkanku tentang tugas sebagai isteri kepada suaminya yang perlu dijaga.. satu amanah besar. Seorang perempuan, apabila telah bernikah maka hendaklah mentaati suaminya daripada orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Mentaati suami besar pahalanya, dan membawa jalan ke syurga, Rasulullah s.a.w berpesan:

“Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”
(Hadis riwayat ath-Thabarani)


>suami perlu ditaat selepas Allah dan Rasulullah, maka berdoalah agar kita menjadi isteri solehah, tidak bersikap nusyuz, tidak derhaka kepada suami yang boleh menghilangkan redo Allah pada isteri. Na’uzubillahi min zalik.

Perkahwinan Bukan Bermakna Menghalang Cita-Cita

Memang benar, tanggungjawab suami kepada isterinya, serta isteri bersama suaminya. Menjadi kebiasaan selepas berumah tangga isteri akan hidup bersama suaminya, pada pasangan yang baru berkahwin mungkin jarang akan berpisah dengan suaminya.

Kami mengambil cabaran. Aku dan dia meneruskan pengajian, dia yang masih di Bumi anbiya dan aku tetap di tanah air. Satu kekuatan yang telah biasa ditarbiyyah-> berjauhan dengan orang yang disayangi, sekaligus mempelajari sunnah Rasul apabila berjauhan dengan isteri Baginda demi menyampaikan dakwahnya.

Bak kata orang “sayang isteri, tinggal-tinggalkan”, “semakin berjauhan, semakin rindu disemai”, paling best dapat menyulam pahala kesabaran.. Amin. Asasnya adalah keredoan, andai suami redo dengan kehidupan isterinya, maka soal hala tuju isteri juga diredoi Allah. Terimakasih tak terhingga suami, secara gentle man mengambil jalan pernikahan sebagai modal menambah saham kita di syurga, walau tahu tanggungjawab suami adalah lebih berat. Namun, diri tetap redo dengan apa yang telah suami beri, kerana itu juga adalah Allah s.w.t  kurniakan. Syukur, dia tetap menggalakkan untukku menyambung pengajian. Fighting!

Lakarlah kehidupan dengan semangat spiritual dari Allah. Berazam untuk membela agama-Nya, melalui jalan dakwah. Menimba ilmu sebaiknya dan berusaha menyampaikannya kelak. Ambil hikmah belajar berlainan bidang, membuatkan suami isteri boleh bertukar-tukar idea dan berkongsi ilmu. Moga menjadi rutin tazkirah kita. Amin.



Pesan diri juga, bahawa kita punyai matlamat yang lebih utama, pada agama, masyarakat dan keluarga. Suami isteri perlu sedar akan hidup bermadu dengan “perjuangan” moga ianya membuktikan cinta kita pada al-Khaliq. Wallahu’alam.

Puisi Buat Suami Yang Jauh di sana..

Cinta tidak terhenti dengan hanya tertaut dua hati,
Kerana cinta itu pelbagai cabangnya;
Pada Khaliqnya, Rasulnya serta perjuangannya,
Cinta memerlukan pengorbanan dan kesabaran,
Hidup penuh dengan ujian dan amanah,
Adalah hidup bukan sekali cuma,
Kerana kebangkitan kehidupan akan datang adalah pasti,
Berdoa pada Allah tempat bergantung,
Memohon Petunjuk dan Redo-Nya selalu..
Moga cinta bersemai sehingga di Syurga nun kekal abadi.. Amin Ya Rabb.

Jumaat, 28 Februari 2014

28 Februari 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kalam pemula bicara…

Lama tidak menulis, rindu. Selalu kata di hati hanya disimpan.. Moga selalu diberi kesempatanNya. Amin

Masa terus berlalu meninggalkan usia dan peristiwa- peristiwa yang lepas. Hari ini aku teringat akan peristiwa yang tak mungkin untuk dilupakan. Pemergian insan yang telah melahirkanku “ibunda” tercinta tanggal 28 Februari 2013, kini genap setahun pemergiannya.

ibu bersama abang semasa raya aidilfitri 2012

Walau ibu sudah tiada, aku tetap masih mengingati beliau seperti masih ada. Manakan tidak, aku teramat rapat dengan ibu, anak bongsu yang selalu bersamanya. Aku amat menyayangi ibu keranaku hanya ada ibu tempat bergantung. Ibu terlalu sayangkan kami anak-anaknya.

Selalu berdua bersama ibu, makan bersama, tidur bersama, solat bersama, berbual bersama, pergi ke mana-mana kadang bersama membuatkanku tidak boleh melupakan wajah redup ibu yang amatku sayang.

Pengorbanan ibu membesarkan kami membuatkan cita-citaku untuk membalas jasanya yang terbaik. Banyak angan-anganku untuk ibu. Cemerlang dalam pelajaran, berkerja untuk menyenangkan ibu, setiap kali selepas solat doa untuk menjadi solehah untuk ibu menjadi keutamaan hidup.

Ibu adalah idolaku selepas kekasih Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w.  Nabi Muhammad contoh yang Agung walau tidak dapat bersua dan sezaman Baginda telahpun memberi impak yang besar pada generasi selepasnya.

Kesannya kerana, cukup hanya contoh tauladan seseorang itu boleh mempengaruhi orang lain disebabkan fitrah jiwa manusia yang sukakan kebaikan.

Aku hidup bersama ibu di sisi selama usiaku 24 tahun. Segala gerak geri ibu, memberi contoh  yang amat terbaik buatku. Jiwa ibu yang amat penyabar dalam kehidupannya menarikku untuk cuba mencontohinya.

Ibu seorang yang merendah diri. Lebih senang bersendirian menjalankan kehidupan membesarkan anak-anaknya. Bila dijawab ibu “ ibu sebenarnya tidak kuat untuk tempuhi sendiri, melainkan terus kuat bergantung pada Allah”,. Itu yang amatku tertarik dengan sifat ibu, penjagaan hubungannya dengan Pencipta kita Allah azza wa jalla.

Pemergian ibu meninggalkan banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan. Bila mengingati ibu, air mata laju turun tanpa dipaksa, terus kelibatnya hadir dalam hati. Bila dapat bersua lagi dengan ibu tercinta? Mahu dakap, peluk ibu seperti selalu dulu.

Tapi hati tetap redo dengan urusan qada’ dan qadar Allah s.w.t. hati yakin bahawa ibu bahagia di sana. Kadang memujuk hati bahawa Allah ingin mengurniakan nikmatnya pada ibu lebih awal.. takkan aku lebih suka ibu terus dengan ujian dunia daripada kurniaan Allah di alam sana?

Azamku, ingin bertemu dan bersama-sama ibu di alam sana.. Percaya akan janji Allah s.w.t.. dan teruskan beramal kerana Allah s.w.t..

JANJI ALLAH TERHADAP KELUARGA BOLEH BERKUMPUL BERSAMA DI SYURGA>>>>>

Allah telah jelaskan dalam Alquran, melalui firman-Nya:
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِين
“Orang-oranng yang beriman, dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (QS. At-Thur: 21)

Allah Ta’ala memberikan kenikmatan yang lebih kepada orang mukmin, penduduk syurga yang menduduki darjat yang tinggi di syurga, dimana Allah kumpulkan keturunannya yang darjatnya di bawah mereka bersama orang tuanya. Sehingga Allah mengangkat darjat penduduk syurga yang kedudukannya lebih rendah menuju darjat yang lebih tinggi. Agar lebih menyenangkan hati orang tuanya, sementara kedudukannya sama sekali tidak dikurangi.
Oleh kerana itu, jika ada orang tua masuk syurga bersama anaknya, dan darjat orang tua lebih tinggi daripada darjat anaknya, maka Allah akan mengangkat darjat anaknya sampai sedarjat dengan ayahnya, agar sang ayah merasa lebih senang dengan berkumpulnya dengan anak-anaknya. Tanpa mengurangi darjat sang ayah sedikit pun.
Demikian pula sebaliknya, ketika darjat anak lebih tinggi daripada ayahnya, maka darjat ayah akan dinaikkan, sehingga boleh berjumpa dengan anaknya.
Ini adalah pendapat majoriti ahli tafsir, dan inilah pendapat yang lebih mendekati makna ayat. Tetapi perlu usahakannya:
1. Adanya Kesamaan Visi dan Misi dalam Keimanan
Syaratnya harus memiliki kesamaan visi dan misi dalam keimanan. Jika salah satu dari anggota keluarga berbeza, maka tempatnya akan berbeza pula dan tentunya tidak  mungkin dapat bertemu.
Kebersamaan dengan anggota keluarga di syurga, merupakan kesempurnaan kenikmatan bagi mereka yang berhak masuk ke syurga. Dalam salah satu riwayat di jelaskan bahawa saat orang-orang yang berhak masuk syurga menginjakkan kakinya di syurga, pertanyaan pertama yang muncul adalah dimanakah orang tua, anak, dan isteri kami?. Ini menunjukkan bahawa orang yang masuk syurga merasakan ‘kekurangan’ selama mereka belum melihat keluarganya.
Saat anak dan keluarganya tidak satu darjat di syurga, mereka pun menyampaikan keinginannya kepada Allah dengan mengatakan, aku beramal di dunia untuk-MU dan untuk kebahagiaan mereka. Untuk itu, hadirkanlah mereka di syurga ini.

2.  Kesamaan Dalam Beramal Sholeh
Syarat kedua agar boleh dipertemukan di Syurga adalah adanya kesamaan dalam beramal soleh. Hal ini sebagaimana tercermin dari  doa para malaikat kepada Allah dalam QS Al Ghaafir 8:
“Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang Telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
Berdasarkan ayat di atas, kita boleh mengambil kesimpulan bahawa kesamaan amal soleh antara suami, isteri dan keturunannya menjadi modal utama untuk membolehkan bertemu di syurga. Dan, tentunya amal soleh ini merupakan manivestasi atau penterjemahan dari kesamaan visi dan misi keimanan.
Oleh kerana itu, jika kita memiliki keinginan atau harapan agar kebahagiaan bersama berlanjut sampai di akhirat kelak, maka salah satu caranya tiada lain dengan semaksima mungkin untuk menjadikan diri sendiri dan anggota keluarga memiliki kesamaan iman dan amal sholeh.

* Sebagai anak: Teruskan cita-cita kita untuk menjadi anak yang soleh dan solehah..bukan setakat di dunia, tetapi berterusan hingga ke syurga... Insya Allah :) Al-Fatihah buat bonda Al marhumah Rosiah bt ab. Rauf.. bacaan yasin.. dan segala amal perkerjaan kita boleh diniatkan kepada ibu.. teruskan doa untuk ibu.. ^_^

Khamis, 21 November 2013

Hebat Pemuda Ahmad Ammar, Syahid disemadi Bersebelahan Abu Ayyub al-Ansori di Turki

                            
Ahmad Ammar - Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”.

Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki.

Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tert...egak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang. Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.

Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.

Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?

Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ : “…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.

Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.

Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar.

Masyaallah Tabarakallah!

Al-Fatihah..

Lihat Video : http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE
See More
 
 
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>UCAPAN PEMIMPIN ABIM>>>>>>>>>>>
 
Salam.
 
Warga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah, sahabat kita Saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.
 
Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang.
 
Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin.
 
Ahmad Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak. Dan paling menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu bapanya ke syurga.
 
Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.
Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.
 
Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
 
Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.
Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai.
 
Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.
Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A.
 
Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.
 
Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım .
Perancangan ALLAH SWT.
 
Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Salam.
HAJI AMIDI ABD MANAN,
Presiden ABIM.
 
>>>>>>>>>>>>>>>>>KEAZAMANKU>>>>>>>>>>
 
Ya Allah permudahkanlah untukku mencontohi orang2 yg hebat dalam perjalanan hidupnya demi agama-Mu Islam yg tercinta.. Amin.. Selepas ni mesti tumpu semangat keazaman untuk slalu niatkan untuk jadi lebih baik dari hari ke hari Lillahi Ta'ala... Buktikan la kaum wanita juga boleh mncontohi muslimah2 trdahulu yg brjuang demi agama... Rabbi Yassir wala Tu'assir ya Karim... Selalulah muhasabah diri kita di Sisi Tuhan :'(

~ perkongsian yg lain~