Salah satu cara mengenal  Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri  yang sebenarnya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri  yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang  sebenar untuk mengenal Allah SWT. 
   
Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar.  Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri  daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya. Yang dimaksudkan  dengan sebenarnya ialah diri yang batin iaitu diri yang datang dan akan  kembali kepada Allah SWT. 
Ulama  ilmu ketuhanan atau ilmu tauhid berpegang bahawa diri kita ini  merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang  mengatakan: “Siapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya ia akan mengenal  Tuhan-nya”. Dikalangan ulama tasauf atau ulama ilmu ketuhanan selalu  menasihatkan carilah diri kamu di dalam diri”, maksudnya ialah menyuruh  agar kita mencari hakikat diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. Apabila kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya pasti kita akan mengakui hakikat ad anya Allah SWT.
anya Allah SWT. 
 anya Allah SWT.
anya Allah SWT. 
Hakikat diri yang sebenarnya merupakan roh atau jiwa ataupun rohani yang ada dalam diri manusia itu sendiri yang harus dikenali setiap manusia. Diri batiniah ini tidak dapat  dilihat atau diraba oleh mata lahiriah dan tangan manusia. Walaupun di  dalam Al Quran “diri” itu disebut dengan berbagai istilah, tetapi  tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada manusia supaya berfikir  bahawa betapa luasnya “diri” yang hakikat itu di dalam manusia. Diri manusia dilengkapi oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu, kemudian sifat-sifat tersebut dinilai atau dihisab samada baik ataupun buruk.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.  Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertnggungjawapannya”. (Al Isra’ 36) 
Allah menjelaskan kepada kita  tentang  istilah jiwa dan sifat yang terdapat pada jiwa, iaitu pendengaran,  penglihatan, disamping roh juga akan diuji tentang ketakwaannya kepada  Allah. Itulah sebabnya ketika Allah berfirman kepada roh-roh atau jiwa  sedia untuk berbakti dan melaksanakan perintah Allah SWT. Untuk  melakukan dan melaksanakan perintah tersebut maka diciptakanlah jasad,  lalu Allah menjadikan Adam. Roh telah berikrar dan berjanji kepada  Allah, maka untuk membuktikan dan berbuat sesuatu maka roh memerlukan  tempat iaitu jasad.
Istilah batin disebut juga dalam Al Quran dengan qalbi. seandainya qalbi tersebut diterangi dengan nur maka selamatlah seseorang itu. Maka sekiranya tiada nur, gelaplah seseorang itu.  Qalbi  mesti mempunyai asas yang membolehkannya selamat yang hanya Allah  menentukannya. Sesungguhnya segala sesuatu yang ada dalam diri berupa  nafas, akal, nafsu dan roh bila menjadi satu maka dinamakan dengan  insan
.
.
Qalbi  di dalam Al Quran diistilah sebagai diri atau hati. Qalbi sebenarnya  mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang patut dilaksanakan  mengikut nilai-nilai diri itu sendiri. Firman Allah SWT maksudnya:
“Sesungguhnya  berbahagialah sesiapa yang membersihkan jiwanya dan sesungguhnya  merugilah orang yang mengotorinya”. (As Sham, 9 - 10)
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
