~Yang Budiman~

Ahad, 17 Jun 2012

~ sEbElUm FiNaL eXaM~


Emmm tak tahu.. Musim nak dekat periksa ni tangan gatal nak menulis.. tertarik dengan tajuk pensyarah ni bentangkan hasil usahanya.. Bilik senat yang dihadiri kebanyakan pensyarah Fakulti Pengajian Islam.. (ingatkan ramai pelajar.. siap atucara majlis formal.. -_-‘).

Tajuk dia “Pendekatan Tasauf dan Tareqat: Wadah Pemerkasaan Jati Diri Ummah…”  asyik2 sebut bab ni… boring tak? Nak wat cane.. dah minat.. nak tulis juga..

Suka ideanya apabila usahanya ingin mempertengahkan ilmu tasauf ni pada masyarakat. Sebenarnya tak sempat dapat buku free yang diberi.. Yang terkandung hasil kertas kerja beliau mengenai tajuk ni.. Main ingat je..

Beliau mencadangkan tajuk ini atas melihat isu semasa yang berkaitan akhlak ummah sekarang.. pelbagai kes keruntuhan akhlak berleluasa dari pelbagai kategori golongan….

Beliau berharap agar masyarakat mampu mempelajari justeru menghayati kefahaman agama yang dituntut dalam Islam.. 

Ilmu tasauf ni boleh dibahagi pada dua, iaitu pada ilmunya dan pada akhlak (pengaplikasiannya) yang berkait rapat dengan al-Qalb dan al-Nafs. Ianya menggunakan bersumberkan al-Quran dan sunnah.

Boleh dibahagi pada tasauf umum dan khusus. Umum ialah mempelajarinya dengan Tazkiyatul Nafs dari guru yang tidak tentu mursyidnya. Manakala khusus adalah pencapaian ilmu zaukh dr sheikh Mursyid yang tertentu yang sentiasa menjaga amalannya. Belajar tanpa guru mudah mendapat kesesatan.

Ianya mauhibbah (pemberian Tuhan) kepada al-Mujadalah yang bersungguh-sungguh sentiasa ingat dan patuh maka diberi khasyaf pada hati yang telah dibersihkan dari kebatilan.

Kata kuncinya, tarekat tertentu wujud dr method, jalan untuk sampai jalan makrifah. Pengamal tarekat (institusi) ada guru dan muridnya, ada adab2nya dan syarat2nya.

Kagum kertas kerjanya mencadangkan pejalanan jangka panjang dan jangka pendek yang diusulkan. Antaranya, pendedahannya  menjadikan ilmu sebagai alat kepada semua orang, buat penambahan pada sabjek silibus Islam, modul khusus masjid dan surau.

Beliau menegaskan: “tiada guna jika negara yang maju, namun rakyatnya tidak berakhlak malah jatuh sahsiahnya”. Ianya perlu la seiring kejayaan di dunia juga mampu di bawa ke akhirat.. Untuk mencegah budaya tidak baik, serta keruntuhan sifat seorang hamba Allah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~