~Yang Budiman~

Jumaat, 29 April 2011

.:,,,,TiKa berFalSaFaH,,,;.



Assalammualaikum , dengan rahmat kasih sayang Allah bersyukur dianugerahkan peluang yang banyak… Alhamdulillah, diberikan Allah masa yang mana sebenarnya terlalu banyak, cuma diri saja yang leka dan lalai tidak menggunakan sebaiknya lalu menganggap sebagai “sibuk”

 
Tika ini,baru saja menghabiskan final exam bagi semester kali ini, paper last yang diduduki fiqh ibadat dan munakahat, Alhamdulillah… semua dipermudahkan oleh Allah s.w.t.


Mula la perasaan ini yang bercampur-baur (tiada mood), mungkin memikirkan cuti semester selama 4 bulan. Memikirkan mase yang lama berhenti dari menuntut ilmu. Lebih-lebih lagi di bidang pengajian ini. Allah, selepas ini akan rindu madah yang telah berlalu… Falsafah Islam, Ilmu Kalam, Metodologi Quran dan Hadis, Metodologi Fiqh, Metodologi Dakwah, yang sebenarnya telah menginsafkan diri.. Dengan mengenali ulama-ulama Kalam, ulama-ulama mazhab, pentafsir Quran dan hadis, ahli Falsafah Islam, Masha Allah.. Ilmu mereka sungguh mendalam dan tahap ketaqwaan mereka pada Allah s.w.t. amat tinggi sehingga mereka dikurniakan Allah s.w.t nikmat yang begitu indah.. Itulah kebahagiaan hakiki. 

Bila pelajari latar belakang mereka, Subhanallah.. Sungguh mengkagumkan, pemahaman agama yang cukup tinggi telah disemai sejak kecil lagi, penguasaan ilmu yang pelbagai.. Siapa tidak pernah mendengar tokoh Falsafah Islam: Ibn Rushd, Ibn Sina, Ibn Khaldun, al-Ghazali, al-Farabi.. mereka ini bukan hanya menguasai satu ilmu, tapi pelbagai dengan kemahiran yang tinggi, seusia masih kecil telah menghafal al-Quran, telah menjadi mufti, khalifah, guru yang mungkin taraf kini seperti mengalahkan tahap professor. Begitu tertarik dengan usaha mereka dalam mencari kebenaran mengenai hakikat Tuhan, alam, dan pelbagai lagi renungan penggunaan akal dan logik sehingga mendapat didikan daripada Allah s.w.t melalui ilham. 

Moga perjuangan mereka terus diingati, bukan hanya di kertas jawapan dalam peperiksaan, tapi dalam hati yang amat menyayanginya…

Jadi, diri ini ingin berfalsafah… mengenai tentang kehidupan, kerana hati ini telah diketuk dengan pelbagai macam rasa.. Bila dikenangkan imam al-Ghazali yang mengalami penyakit jiwa akibat keraguan ilmu yang dimiliki, akhirnya dibimbing Allah s.w.t lalu bangkit menyampaikan kebenaran melalui pengalaman yang dirasainya itu.

Mengenangkan lagi, berita yang cukup memeranjatkan bagiku, message daripada sahabat mengatakan : “ al-Fatihah kepada pensyarah metodologi dakwah ustaz Dr. Redzuan yang telah kembali ke rahimatullah”

Bagaikan tidak percaya, ustaz yang dilihat sihat dengan usia yang hanya 41 tahun. Kata-katanya masih menjadi ingatanku:

“ tunaikanlah solat duha walau di mana jua, kerana dari situ jika orang melihatkan kamu lakukan, maka akan timbul kesedaran mereka untuk berbuat jua. Malah lakukan juga solat sunat isyraq di awal pagi, kerana terdpat banyak hikmahnya”

Dan pelbagai lagi suruhannya, setiap celotehnya dikaitkan dengan cerita lucu yang mencuit hati, namun disebaliknya terdapat pengajaran yang cukup besar. Terasa bersemangat setiap kali menghadiri kuliahnya. Terima kasih ustaz, moga rohmu bersama-sama para solihin, ~al-fatihah~


Di situ, ku renung hakikat kematian, bahawa ia tak kira masa dan usia, kerana Allah .s.w.t telah tetapkan, tidak dilambatkan walau sesaat… maka tanye diriku lagi, bagaimana alam di sana? Bagaimana rasa dicabut nyawa? Bagaimana keadaanya mereka yang telah ke sana? Adakah berbahagia atau sebaliknya?

Difahamkan semasa nazak itu amat sakit… bagaikan 300 pedang yang menusuk tubuh.. =(. Bagaimana layanan malaikat munkar dan nakir di alam barzakh? yang dikata apabila dipukul oleh mereka jasad akan terbenam sehingga 7 kaki dari bumi. Suasana kubur yang amat menakutkan…

Cuba bayangkan, kita tinggal sorang-sorang dalamnya, penduduk bumi langsung tak hiraukan. Adakah kubur akan disempitkan sehingga merapat bertemu ke tulang-belulang? Mestilah sakit, sekarang pun, tercucuk jarum je dah sakit.

Bertanye lagi… 

Bagaimana pula suasana kebangkitan ke dua nanti? Untuk dihimpunkan di padang mahsyar. Penuh dengan huru-hara dan penyiksaan. Bayangkanlah,kedudukan matahari hanya sejengkal ketika itu. mahunya panas melecur, mendidih… ya Allah.. Takutnya azab-Mu.


Tapi, diri merenung hakikat reality sekarang, di mana sukar untuk dihayati dan direnungkan persoalan tersebut. Melihatkan masyarakat.. malah amat khuatir hidup di akhir zaman ini yang penuh fitnah. Kadang-kadang tak sedar diri sendirilah punca fitnahnya.

Ajaran-ajaran Islam itu tidak digunakan sebaiknya, hanya mengambil mudah malah tidak rasa apa-apa kesalahan melanggarnya. Semua baginyakeseronokkan yang baik untuk dinikmati. Benarkah apa yang dilakukan sekarang? Akan terima ke amalan kita hingga ke langit tujuh disambut Allah s.w.t? yang tahu, kebanyakkan amalan akan dilempar kembali ke bumi, akibat ketidakikhlasan dalam beramal.

Jadi bagaimana perhitungan catatan amalan harian kita nanti? Bila dihisab, sama ada diterima tangan kanan atau kiri? Jika tangan kiri…maka nerakalah akan dicampak. 

Masih tidak bersedihkah kita? 

Kerana di dunia ini hanyalah sementara. Akhirat begitu lame sekali… Allah s.w.t menjadikan pelbagai tipu daya-Nya untuk menguji kita. Diberi-Nya pelbagai perasaan… cinta, sayang, takut, malu, benci, sedih..dan pelbagai untuk kita gunakan sebaiknya. Namun kita tersilap meletakkan perasaan-perasaan tersebut di tempatnya.

Ada cinta yang tidak bertempat, kepada yang dilalaikan, malah pada yang HARAM. Tapi ramai yang tidak peduli, asal nafsu cukup berasa bahagia. Itulah diri yang hina dhoif menilai tempat sepatutnya. 

Melihat kecintaan Allah s.w.t pada makhluk yang menumpu pada-Nya. Mereka begitu asyik menjaga hubungan dengan Allah s.w.t, masa, jiwa raga diberi sepenuhnya pada Allah. Mereka tidak menjadikan dunia tempat bersuka. Tidak heranlah mereka selalu bersedih, di seksa akal, fizikal dan jasmani kerana kecintaan kepada Allah s.w.t itu adalah segala-galanya yang dapat membahagiakan.

Jadi, tidak mahukah kita juga asyik dengan Allah s.w.t bagi keselamatan dunia dan akhirat? Bila kita beramal… kita akan lakukan kerana Allah… bila di uji, tetap berasa bahagia. Tidak ada apa-apa yang kita harapkan selain dari-Nya.

Bila kita sedih, kita akan gembira bila fikir kita ada Allah. Bila kehilangan, bila bosan, bila jemu, bila hilang semangat, kita akan anggap tiada apa-apa sebab masih punya Allah s.w.t Tapi sebaliknya, jika kita lupa Dia dalam setiap perkara, memang kita akan rasa keperitan yang berpanjangan.

Begitulah yang hendak disampaikan, kesimpulannya, kita dijadikan adalah kerana Allah s.w.t, bukan kerana lain. Bila kerana Allah s.w.t, kita akan laksanakan suruhan dan larangan-Nya dan setiap perjalan hidup ini dengan penuh ketenangan, kerana bermatlamatkan kebahagian akhirat yang kekal abadi. Jadi sentiasalah merenung mengingatkan diri sendiri akan hal2 akhirat tadi, maka kecintaan pada Allah semakin mendalam dan semakin takut dengan-Nya.

Bermulalah dari diri kita, untuk generasi seterusnya. Kerana dari baka itu akan menghasilkan benih yang lain. Jika benih itu mempunyai penyebaran yang baik, mungking akan menjadikan seluruh hasilnya yang akan datang lebih baik, tanpa cacat dan cela. (perumpamaan generasi)
Wallahu ‘alam.

Mengenangkan saja bumi ini kecil dari planet2 yang lain, tidak mustahil alam di sana lagi dahsyat keluasannya. Bayangkanlah keadaan neraka itu, ada 7 tingkat yang mengikut tahap kepanasan. Macam laut pun ada dalam juga, semakin dalam semakin gelap, hitam dan ligat. Ya Allah… =( diketahui, walau jauh pun berada dari neraka tika itu, namun telah dapat dirasa pedihnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~