Sempena final exam ini mengambil masa lagi untuk tulis. Alhamdulillah diberi peluang lagi mendengar radio IKIM fm. Buka sahaja terus dapat mendengar agenda “ Tafaqquf fiddin”.
Jika masa ni sepatutnya sibuk nak study, risau banyak yang tak bace dan hafal lagi… madah Falsafah Islam menanti. Oleh kerana tertarik dengan tajuk perbincangannya, “ TUJUAN MENUNTUT ILMU” bagi penerangan hanya muqaddimah kitab “ BIDAYATUL HIDAYAH” ( permulaan jalan hidayah ), maka berhenti dan menumpu mendengarnya lebih menambah rasa BAHAGIA.
Lupa pula nama ustaz yang menerangkannya. Beliau menekankan tentang tujuan kita menuntut ilmu berdasarkan kitab tersebut yang dikarang oleh Hujjatul Islam imam al-Ghazali.
Mula-mula dengar, katanya: ketika menuntut ilmu juga akan lahir “penyakit hati”, iaitu sifat-sifat riak, ujub, hasad dan pelbagai lagi. Maka ini adalah salah satu DOSA.
Faktor dan sebabnya adalah kerana “CINTAKAN DUNIA”. Cintakan dunia, maka akan lahir perasaan hasad, riak dan dengki. Ianya kerana bermatlamatkan dunia.
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud : “ cinta dunia ialah punca pada segala kejahatan”
Pengacara telah bertanya pada ustaz tersebut: “ bagaimana kita mahu memberi kesedaran pada mereka yang tahu, yang berilmu, tapi tidak mengamalkannya?”
Maka ustaz menjawab : “ terlebih dahulu hendaklah mengetahui setakat mana kemampuan kita, kerana Allah telah berfirman : tidak aku bebankan umatku dengan bebanan yang tidak sanggup dipikulnya” .
Maka perlulah menilai pada diri dahulu,kena tahu kelemahan diri, kena mula pada diri sendiri dulu, bila sudah dibaiki baru boleh sampaikan pada yang lain.
Penyakit ini bukan berlaku pada orang yang jahil, tapi pada orang yang berilmu, kerana disebabkan ingin mendapat habuan dunia. Bila cinta dunia mengatasi cintakan Allah, maka akan memudahkan untuk perbuatan keji.
Tetapi bukan bermakna Islam menyarankan menjauhi cinta dunia, Cuma jadikanlah ia sebagai alat tujuan menunjukkan kita cinta kepada Allah s.w.t.
Imam al-Ghazali telah mengatakan: “ dunia adalah sebagai ladang untuk menuju akhirat, maka siapa yang mengambil dunia hanya sekadar keperluannya, adalah untuk akhiratnya”
Maka ia adalah untuk dimanfaatkan pada orang lain, menganggapnya seperti memiliki harta dunia yang banyak.
Siapa yang mencari dunia semata-mata untuk kesedapannya, maka dunia akan membinasakannya. Ini juga ditujukan pada orang yang berilmu.
Jika apabila kalian berasa seronok membaca penerangan yang di atas, jika nafsumu ingin terus mendalaminya, ustaz tersebut mencadangkan untuk membaca kitab “IHYA ULUMUDDIN”. Kerana di dalamnya mempunyai penjelasan yang lebih lanjut.
Ustaz mengatakan, jika tamak pada ilmu tidak mengapa, lagi disuruh berbanding tamak pada harta dan dunia. Kerana tamak pada ilmu digalakkan supaya membawa kamu sampai kepada bicara yang tidak batil.
Ianya akan dipenuhi dengan taqwa, maka akan dibukamu dengan hijab (hati kita kepada Allah ) iaitu menjadi peninding yang banyak, hati yang tertutup (terhijab) sehingga tidak mendapat petunjuk dari-Nya. Itulah yang dimaksudkan doa “ moga dipermudahkan”, tapi hendaklah dengan bermujahadah, berusaha bersungguh-sungguh.
Maka akan terbuka padamu cahaya MAKRIFAT dan terbuka padamu HIKMAH dan akan menampakkan ALAM MULK dan alam MALAKUT, dan akan sampai pada ilmu HAKIKAT, dan ilmu-ilmu terdahulu yang tidak sampai pada orang yang terdahulu iaitu yang mendapat punca BAHAGIA Yang HAKIKI.
Ini bukan bermakna ilmu-ilmu yang lain tidak berguna. Tapi dikhuatiri akan menjadi sia-sia dengan tidak dapat membawa menuju-NYA. Jika ilmu yang khilaf, iaitu perbezaan Fiqh/ ilmu kalam maka akan besar kesusahannya kerana takut lupa pada keperluan diri sendiri dan amalan sendiri yang lupa pada asal agama sehingga dunia dan akhirat tidak selamat bagi mereka yang menuntut ilmu yang sia-sia.
Oleh itu, tuntut ilmu kenalah pandunya. Kerana ianya terdapat pelbagai cabang. Kena tahu keutamaan. Namun ilmu duniawi itu adalah dituntut untuk keperluan dunia ( fardu kifayah ).
Ilmu furu’ iaitu terdiri daripada cabang-cabang fiqah. Manakala ilmu fadu ain adalah ilmu yang wajib dipelajari kerana untuk tujuan keselamatan dunia dan akhirat, jika lupa maka akan menuju pada kebinasaan. Maka siapa yang menggunakan agama untuk mencari dunia, maka akan rugi akhiratnya. Maka inilah petunjuk bagimu dengan meninggalkan larangan-Nya dan menuju kepada kebenaran-Nya.
P/s: renungilah wahai penuntut ilmu sekalian…. Apakah tujuan sebenar kalian menuntut ilmu? Adakah kerana kepentingan duniawimu? Adakah Kerisauanmu dalam menghadapi uijan peperiksaan dalam pelajaran lebih tinggi berbanding ujian Akhirat Allah s.w.t nanti??. Apakah tugasan dan perancanganmu selepas menuntut ilmu ini? Adakah digunakan untuk kepentingan sendiri……?? untuk mencari nama, pangkat, sijil dengan result yg tinggi?
*tapi selarikanlah dengan syahsiah yg tinggi dengan mengamalkannya, dan semakin menjadi tawaduk di sisi-Nya. oleh itu ikhlaskan hati ketika menuntutnya, dan berazamlah menggunakannya untuk membawa kepada kepada kebaikan...insha Allah..
*Hanya sekadar perkongsian dari radio IKIM, maaf jika penerangan ustaz tersebut tidak disampaikan benar dari penulisan ini. Semoga bersama-sama berjaya di dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan