Perkongsian Ceramah:
Disaat golongan adam mendengar khutbah, ayuh golongan
hawa mendengar tazkirah~. InsyaAllah setiap hari Jumaat~ jom sahabiah sekalian
Melihat pepohonan yang cantik, akarnya mestilah teguh
juga..kalau pokok saja cantik, akar goyah..maka kecantikan itu tidak lama
berkekalan.
Di sini penceramah ingin menekankan konsep akidah.
Pegangan hidup kita iaitu beragama yang disyariatkan Islam untuk beriman pada
Allah s.w.t dan Rasul-Nya.
Penjagaan akidah adalah amat-amat penting dalam hidup
ini. Kerana penilaian Allah adalah ketaqwaan hamba-Nya.
Ustazah menerangkan yang Allah itu wujud dan sentiasa
ada bersama kita. Dia Mengetahui dan Melihat hamba-Nya.
Ustazah
menerangkan kisah Imam Ahmad Hanbal yang membuktikan kewujudan Allah yang telah
didebatkan. Lalu Imam Ahmad mengambil air dan memasukkan gula ke dalamnya dan
kacau hingga larut. Lalu ditanya adakah gula di dalam air itu wujud? Jika ada
di mana ia, tunjukkanlah.
Jawapannya, memang tidak nampak gula yang larut dalam
air. Maka begitulah jua Allah .s.w.t, Dia ada tapi tidak boleh ditetapkan
kedudukan-Nya di mana.
Soal ustazah pada kaum lelaki ceramahnya dulu, "mana yang awak pilih; wanita yang tidak memakai tudung tapi perangai baik atau wanita yang bertudung tapi perangai tak baik?"
Lelaki jawab wanita yang perangai baik lagi ok,sebab
bertudung tu boleh ajar kemudian, suruh je pakai tudung nanti. Tapi kalau
akhlak tak baik susah nak betulkan..perlukan masa lama.
Bak kata orang, “don’t judge the book by it’s caver”..
jangan nilai buku itu hanya dengan muka kulit depannya..
Kata orang, “walau aku tak tutup aurat, tapi hati aku
baik..,” banding dengan orang pakai tudung tapi hati busuk buat apa..”
Tapi jawab ustazah, sebenarnya wanita yang bertudung
itu lagi elok kerana telah mengikut suruhan Allah yang utama agar menutup
aurat. Orang yang taat suruhan Allah
Inshaallah, Allah akan bagi hidayah-Nya juga.
Ustazah Tanya lagi, “adakah kalian semua ada buat dosa
hari ini?”. Kami ragu-ragu.. sebab tak pasti.
Ustazah jawab, “sebenarnya setiap hari , detik dan
nafas kita pasti akan berbuat dosa, sebab kita tidak bersungguh-sungguh
menuntut ilmu.. yang mana sebenarnya banyak peluang yang diberikan.”
Dosa apabila menyakiti hati orang akan selamanya
ditanggung sepanjang masa selagi tidak meminta maaf pada orang tersebut. Maka
beristighfarlah selalu. Meminta maaf pada Allah dan manusia.
Jika musibah datang, hendaklah yakin dengan takdir
Allah itu adalah bagi yang baik untuk kita. Bukan hanya sebab ujian boleh dekat
dengan Allah tapi boleh juga kebaikan yang lain seperti menambahkan ilmu
apabila pelajari dari kesalahan. Sebab kajian yang difikirkan untuk
penyelesaian.
Ibadah yang paling besar adalah menuntut ilmu
pengetahuan. Sehingga diceritakan, apabila seorang ulama sedang nazak, masih
diminta untuk membacakan kitab padanya. Tapi zaman sekarang ada ke? Bila nak
mati suruh baca kitab?
Jadikanlah akidah sebagai sumber motivasi diri dan
menjana akhlak yang indah. Yakin qada’ qadar-Nya akan sentiasa berlapang dada,
sentiasa ceria menghadapi sebarang kemungkinan.
Tambah ustazah lagi, “apabila semangat untuk
melaksanakan agama, hendaklah secara “wassatiyah” besederhana. Tidak terlalu
berat usaha dan tidak pula terlalu ringan usaha.”
Ustazah kata, “Kadang-kala berasa letih hidup ini.
Tapi fikirkanlah mati nanti nak bawa bekal apa? Untuk agama yang akan ditanya
oleh Allah.”
Akidah perlu disemat di dalam “Qalbun”. Menurut
perbahasan ulamak, Qalbun adalah di jantung bukan hati. Jantung adalah pusat
darah yang mengawal keluar masuk darah.
Untuk menyuburkan qalbun hendaklah dibaja dengan ILMU
dan AMAL, untuk kukuhkan Akidah, hendaklah MENYEMAI MAKRUF dan MENCANTAS
KEMUNGKARAN.
Kadang-kala ada yang bergaduh terhadap masalah yang
dihadapi untuk meletakkan hukum. Kata ustazah, “ kadang-kadang jawapan bukan
hanya satu saja yang betul, tetapi banyak lagi jawapan yang boleh diterima.”
Seperti pelbagai khilaf ulamak, cuma perlu bijak memahami dalam pelbagai
situasi.
Seperti perbezaan kita dengan generasi al-Quran
terdahulu, mereka belajar untuk diamalkan bukan untuk peperiksaan, sehingga
sampai tahap, ALLAH bukakan kepadanya jalan ilmu yang tidak disangka-sangka.
Itulah HIKMAH, seterusnya sehingga mampu ke tahap ilmu ladunni yang dibimbing
Allah.
Memang hanya hambanya yang bersungguh dipilih, tapi
tak mustahil. Maka berdoalah agar kita mendapat petunjuk hidayah-Nya setiap masa…
Aamiin~
Jom bedah buku Fiqhu Wanita.. Lagi baik bertalaqqi dengan guru sambil
menyemak buku . buku tentang “Pesanan Rasulullah s.a.w Buat Wanita Yang Ingin
Menghuni Syurga…” hanya RM1O sahaja
untuk menambah pengatahuan.
Jika ada lelaki yang lebih arif tentang wanita..
masakan wanita sendiri tidak mahu untuk memantapkan ilmu mengenai dirinya….?? Ayuwah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan