Memohon keampunan Allah s.w.t terlebih dahulu, Astaghfirullahal ‘azim.. sesungguhnya
kata-kata itu boleh membawa kepada kesesatan. Diri hanya mengeluarkan kata,
buat peringatan diri. Moga dijauhi kemurkaan-Nya.
Tajuk kali ini mungkin ada yang berminat atau tidak. Bila sentuh
saja bab politik, pasti mempunyai pandangan yang berbeza.
1
Yang tidak mengerti:
Bila ditanya, “ awak suka politik tak?” ada yang jawab,
iskh.....apa tu, tak suka lah saya tak suka ambil tahu pasal politik ni, tak
best!
Kenapa? = “ ntahla,
tak faham tengok macam gadoh-gadoh je, parti-parti ni, berkempen sana-sini,
teriak, terlolong, mengganggu je.
Yeke, awak faham tak sebab apa mereka macam tu? = “ ntah,
nak dapat kuasa la kut, suruh pilih pemimpin diorang, kena undi diorang... tapi
memang tak suka lah!
Nape tak suka..?= “
diorang ni nampak macam taksub je, beria-ia betul! Dah la masih belajar, nak
sebok-sebok berpolitik pula. Kita sebagai penuntut Universiti ni kan kenalah
tumpu pada pelajaran..belajar bersungguh-sungguh, balas jasa ibu bapa dapat
result yang baik-baik.. kalau berpolitik tu untuk apa, buang masa, proses
pembelajaran pun boleh terganggu...
Ermm..awak cakap macam tu, sebenarnya sebab awak tak faham
kenapa kita perlu berpolitik. Politik ni penting, awak nak tahu sebab apa?
Eh tak yahlah, takpe saya malas nak tahu..huhu..sebab memang
TAK MINAT la..
*Sesuatu perkara yang apabila tidak faham tujuan, sebabnya,
matlamatnya yang ingin dicapai memang sukar untuk dimengerti. Perkara yang
tidak diketahui kepentingannya memang mudah untuk tidak mengambil tahu perkara
itu. Lalu mendiamkan diri tanpa mengendahkannya...
2
Yang sudah faham:
Bagi yang tahu mengenai politik pula, ia faham
segala-galanya, namun masih mempunyai sebab-sebab
tersendiri. Pelbagai perasaan yang ingin dilontarkan untuk menyatakan pendapat.
Lalu memilih jalan untuk mengislah diri sendiri.
Memang akan tersalah tafsir jika hanya faham dari sudut
politik itu sahaja. Bermasalah jika menganggap politik adalah matlamat
segala-galanya, melihat sesuatu perkara dengan hanya melihat politik. Lalu
dianggap taksub.
Mungkin kesilapan orang jemaah itu sendiri. Kerana manusia
tidak sempurna, tidak semua yang dilakukan benar, mudah lupa dan sebagainya. Maka
jadilah diri sendiri dalam jemaah jika terdapat kesilapan, berilah teguran jika
benar itu salah. Agar diketahui prinsipmu.
Menafsir orang-orang jemaah dengan tafsiran sendiri, mereka
dinilai dengan pelbagai tanggapan dari segi lahiriah sahaja, justeru melihat
lebih kepada keburukan yang dianggap salah. Sedangkan, mereka mempunyai sebab
dan alasan yang mungkin kita tidak fahami. Oleh itu, jangan terus menghukum.
Politik itu luas aspeknya, merangkumi semua perkara jika
memahami dengan betul dari segi tujuan dan matlamatnya. Apatah lagi berpolitik
secara Islam dengan matlamat menyeru kepada ajaran Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Manusia adalah KHALIFAH yang telah diberi kepercayaan oleh
Allah s.w.t untuk mentadbir bumi, bukan pada makhluk yang lain. Agar kita
memimpin selari dengan syariat Allah s.w.t mengamalkan syiar-syiar Islam di muka
bumi mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan harian.
Merungkap dari kata Saidina Umar al-Khattab ,“ tiada Islam
tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa ketaatan”
Gerakan ke arah memperjuangkan Islam adalah penting. Iaitu
melalui berpolitik untuk memegang tampok kepimpinan sebagaimana zaman
khalifah-khalifah terdahulu.
Apabila mendapat kuasa memerintah, mereka yang taat pada
Allah s.w.t akan memikulnya dengan bijaksana, mengambil peluang untuk berdakwah
menyeru pada Allah s.w.t dengan mudah apabila sudah menjadi ketua yang boleh
memberi pengaruh di bawah kekuasaanya.
Yang sedang berjuang, menghadapi kelemahan:
Setiap amanah yang diberikan
memang terasa berat. Hati pasti diuji pelbagai rasa yang mungkin
terdapat hasutan syaitan.
Kata-kata dari blog seorang sahabat yang tinggi fikrah perjuangannya mengingatkan:
“Dalam keterpaksaan juga melahirkan keikhlasan. Mula-mula
memang rasa susah. Atau pun bila sudah selesa bermacam pula ujian yang datang.
Tapi siapa kita untuk menilai? Penilaian Allah itulah yang penting. Allah
sahajalah yang berhak menentukan kita layak atau tidak. Bukan diri kita. Bukan
orang lain. Yakinlah pada diri kita sendiri."
Memang ketaqwaan adalah penilaian tertinggi Allah pada
hambanya. Benar juga tujuan kita dijadikan untuk menyembah dan beribadah pada
Allah. Namun bagaimana suruhan-suruhan Allah yang lain agar dapat
melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, berdakwah kepada ajaran Islam dan banyak
lagi firman Allah yang menyeru manusia kembali kepada Tuhan.
Mungkin dalam gerakan ini usaha dakwah tidak nampak kesannya
dengan ketara, kerana ia mengambil masa. Tetapi yakinlah sikit-sikit lama-lama
jadi bukit. Asal punyai niat untuk berdakwah walaupun terlibat dengan suara
yang kecil daripada tiada bersuara.
Al-Ghazali menegaskan, "agama adalah asas tempat kita
berpijak, kuasa pemerintahan politik adalah pengawas. Jikalau asasnya tidak
kukuh, maka akan runtuh. Jikalau pengawasnya tiada, akan menjadi sia-sia”
Adakah kita sanggup dipimpin oleh penguasa yang tidak menitik
beratkan nilai-nilai Islam di bawah pimpinanya? Adakah kita sanggup biarkan
yang halal haram itu boleh dicampur
adukkan dalam kehidupan harian kita? Atau kita hanya perjuangkan diri kita
sendiri sudah memadai...?
Saidina Abu bakar berkata: “
takkan aku biarkan kurangnya (runtuh) agama ini sedangkan aku masih
hidup”
Tambah As-Siddiq lagi, “Wahai semua orang yang hadiri saya
dilantik menjadi pemimpin kamu, pada hal saya bukannya orang yang terbaik dalam
kalangan kamu. Sekiranya saya seorang yang berlaku baik, tolonglah saya.
Sekiranya saya berlaku buruk, perbetulkan saya. Benar itu amanah dan bohong itu
khianat. Orang yang lemah kalangan kamu menjadi kuat di sisiku sehingga aku
mengambalikan haknya. Orang yang kuat pula menjadi lemah di sisiku sehingga aku
bertindak ke atasnya dengan cara yang benar (adil). Iasya Allah tidak ada
seorang meninggalkan kewajipan berjihad menegakkan Islam, maka sesungguhnya
tidak ada kaum yang meninggalkan kewajipan jihad itu melainkan Allah menghukum
mereka menjadi hina. Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul, maka
apabila aku menderhakai Allah dan Rasulnya, maka kamu tidak wajib mentaatiku.”
Wahai diri, mugkin kita boleh bersyukur dengan nikmat Islam
yang diberikan, bersenang lenang dengan keseronokkan duniawi ini, kerana kita
sudah punyai iman. Bagaimana pula golongan yang lain yang masih belum beriman?
Adakah kita hanya membiarkan tanpa usaha.
Tidak mahukah berkongsi lazatnya bersama Tuhan, dengan
ajaran Islam ini kepada mereka yang telah tersasar, dimana kefahaman Islamnya
kurang. Bagi kesedaran beragama yang kita miliki, ayuh! Pimpinlah tangan-tangan
yang masih tergapai itu untuk turut bersama merasai indahnya ajaran Islam.
Jika kita takut melibatkan diri dalam politik akan semakin
jauh dengan Tuhan, terasa letih untuk memiliki ibadah yang khusyuk, Adakah apabila
kita menjauhi dari usaha-usaha ini kita akan sentiasa beribadah pada Allah
dengan kerap, khusyuk?
Malah, hanya haluan masing-masing biasa dengan rutin
makan minum, tidur, kerja, dan mungkin lebih kepada perkaran lagha sia-sia? Adakah
jika seorang pelajar hanya menumpu pada pelajaran, maka akan benar menjadi alim
dan dimanfaatkan ilmu tersebut?
Tidak sedarkah, kini pluralisme semakin menguasai, pemisahan
agama dalam kehidupan. Kerana hanya memikirkan haluan masing-masing tanpa ingin
membantu mengagungkan agama dalam tinkah laku.Maka rebutlah peluang
bersama jemaah yang baik, yang dapat
memberi peringatan dan teguran.
Kita bukan hanya aktiv ketika ini, bukan hanya di kampus
semata-mata, namun suara yang kecil ini
ingin dipertahankan hingga akhirnya ke dalam diri, keluarga, dan masyarakat
untuk mewujudkan daulah Islamiah.
Lihatlah sebagaimana sahabat Rasulullah duhulu, yang sentiasa semangat berperang dalam menempur musuh dan berjaya kerana IMAN dan TAQWA mereka yang begitu tinggi, sanggup melakukan apa saja untuk agama.
Lihatlah Zainab Al-Ghazali, wanita yang diseksa melebihi
kemampuan fizikal seorang wanita atas perjuangannya untuk menegakkan Islam.
Melihat pula saudara-saudara kita di bumi Palestin, Syiria
baru-baru ini telah dizalimi oleh pemerintah yang zalim. Lalu agama Islam itu
dilakukan seperti sampah, penganutnya diseksa,dibunuh penuh ngeri tanpa belas. Tidak
terasakah hati kita sebagai saudara?
Jadi, apakah uasaha kita hari ini? Hanya mampu berdiam diri.
Benar kata-kata:
“sesungguhnya umat Islam itu bagai buih ombak di lautan,
apabila menghempas di tepian pantai lalu buih terus hilang dan lenyap
ditenggelami pasir”. Umat Islam adalah ramai, namun kuantiti yang ramai itu
tidak guna apabila tidak dimanfaatkan.
Masihkah kita hari ini menghabiskan masa dengan yang baik,
tubuh badan, masa, dan pemikiran kita adakah digunakan untuk Islam?
Kini akhir zaman yang penuh mehnah dan fitnah yang
berleluasa. Maksiat merata-rata, ajaran Islam dipinggirkan, keseronokan hiburan
digalakkan.
Di mana hati-hati
yang semangat ingin membantu penyebaran ajaran agama? Takutilah kita untuk menghadapi hari Kiamat,
yang mana sudah ramai yang tidak beriman, al-Quran yang diangkat, ulama’
dimatikan..maka yang tinggal penuh kejahilan.
Jika sudah datang semangat, jangan terus terasa beban,
memikul dengan seberat-beratnya kerana senang mendapat futur, mengundur diri...
Biarlah sedikit asal istiqamah..
Wahai diri,
Bentuklah keazaman untuk menghadapi musuh yang lebih dahsyat
nanti “al masih al-dajjal”, yang kini
mula ramai pengikutnya. Berazamlah untuk menjadi tentera-tentera ALLAH di bawah
kuasa Imam Mahdi. Walau bukan sekarang namun kelak biarlah keazaman ini diwasiat
terus disambung oleh pewaris generasi akan datang...
Agar roh-roh yang cintakan Allah dan Rasul terus mampu
dilahirkan dari keturunan kita..persiapkan strategimu dari sekarang, pasti
berjaya akan datang.. Biarlah sangkaan orang itu berlalu bagai air yang
mengalir, tanpa disekat dengan hati yang rudung. Walaupun masih baru, atau baru
bermula Kuatkan semangat bersihkan hati dalam matlamat yang dicari... Allahumma
Aamiin.... :”(
Islam tak perlukan kita, kita yang perlukan Islam. Perjuangan tak perlukan kita, kita yang perlukan perjuangan... Tanpa kita, Islam dan perjuangan akan terus hidup!! tapi tanpa Islam dan perjuangan siapakah kita?? Renung-renungkan, dan fikirkanlah.........
Islam tak perlukan kita, kita yang perlukan Islam. Perjuangan tak perlukan kita, kita yang perlukan perjuangan... Tanpa kita, Islam dan perjuangan akan terus hidup!! tapi tanpa Islam dan perjuangan siapakah kita?? Renung-renungkan, dan fikirkanlah.........
mohon sebanyak-banyak kemaafan jika ada yang membaca membuat penilaian pada diri. peringatan sekali lagi, bahawa kata-kata di blog tulisanku adalah kata-kata untuk memperingatiku (diriku sendiri) di samping menggunakan pendekatan dakwah, perkongsian jiwa ini terhadap jiwa lain, dan kadang-kadang situasi dan watak dalam penulisan adalah di tuju pada diri sendiri yang mudah berubah-rubah mengikut suasana. moga Allah beri petunjuk dan keampunan Aamiin... ampun maaf andai disakiti dr tulisan makhluk-Nya lagi jahil........... :( sungguh bersangka buruk itu dicegah Islam, moga sama2 berhati mulia...Aamiin..
BalasPadam