Program Interaksi Agama Bersama USM
Buat pertama kali menjejaki ke wilayah ini, di Universiti Sains Malaysia. Kerjasama dengan persatuan PERKIM di sana atas program interaksi antara agama. Hebat meraikan kedatangan kami dengan menyediakan dewan mesyuarah Agong buat persatuan mahasiswa ditempatkan kami.
Keselesaan tetamu
amat di jaga.. Itulah sunnah Nabi (memuliakan tetamu), dengan bilik penginapan
yang amat selesa.. satu pujian.
Pengalaman yang
amat bermakna, mengunjungi rumah-rumah ibadat. Sungguh, itulah buat kali
pertama memasukinya. Mula-mula memang terasa sedikit gusar. Kuil penganut Hindu
pertama dikunjungi…
“sebelum
masuk rumah-rumah ibadat nanti, kamu mesti beringat-ingat, baca-baca sikit..
ayat pelindung diri, yelah tempat-tempat macam tu banyak jinnya.. harap tiada
apa-apa masalah nanti” pesan pensyarah USM pada kami.
Ya Allah
hati berdebar-debar melihat keadaannya, di pintu masuk saja sudah lihat patung
yang pelik-pelik. “betul ke nak masuk ni? Takpe.. pensyarah ada.. niat belajar..”
bisik hatiku. Selawat dan Istighfar tak putus-putus diingatkan.
Mulalah dapat
melihat keadaan di dalam kuil tersebut, di mana hari minggu ramai penganutnya
kunjung untuk sembahyang. Wah.. banyak betul patung-patung! Uish, Macam-macam…
tak kira saiz besar kecil, rupa yang beraneka… gerun juga huhu..
Kami diterangkan
oleh penganut Hindu mengenai kuil tersebut dan beberapa keadaan di sana..
diterangkan mengenai setiap patung yang berkenaan, iaitu Tuhan-Tuhan mereka…
banyak, ianya lain-lain peranan.. ada Tuhan untuk memberi rezki, Tuhan jodoh,Tuhan
matahari, cahaya.. Tuhan jauh malapetaka, musibah.. malah ada Tuhan yang
disembah pada hari-hari yang berbeza (bukan setiap hari)
Beberapa upacara
dapat diperhatikan daripada sami-sami. Bacaan yang dihafal dari bahasa Sanskrit
itu dilaungkan para sami untuk mendoakan penganut yang hadir, kelihatan ada
yang mengelilingi patung-patung Tuhan mereka, lilin-lilin yang dipasang api
banyak yang agak berbau… menyengat hidung kami, namun tanda hormat kami
terpaksa menahan dengan berbuat selamba….
Pertanyaan
kami diterangkan.. “ow..macam tu…” dapatlah tahu keadaan sebenar. Namun hati
berasa sedih melihat manusia ciptaan Allah ini tersasar mencari Tuhan yang
sebenar. Bagaimana boleh menyembah patung-patung yang tidak boleh berbuat apa-apa? Hati mendoakan
agar mereka peroleh hidayah, aamiin~
Balik ke
masjid Kapitan… wah.. barulah tenang sikit hati nie.. berjalan kaki,
menakjubkan rumah-rumah ibadat berdekatan antara rumah ibadat yang lain…
Perjalan ke
Tokong cina pula.. tetapi bukan tokong, ianya tempat menyimpan nama-nama orang
yang sudah mati oleh kaum tertentu (lupa kaum apa) Hokisen tak silap. Tanya orang
yang menjaganya pun dia tak berapa faham dengan ajarannya “saya ni tak tahu maa…
saya bukan olang semayang punya…” aik? Camtu pula, “lepas upacara ada
makan-makan saya tak setuju la.. buat apa makan masa orang sudah mati…” balas
penjaga kuil cina tersebut. Huhu penganut sendiri ada bercanggah dengan adat mereka
.
Mengunjungi
gereja pula yang bermazhab protestan tak silap. Ringkas saja kelihatan. Sister yang berpakaian biasa menerangkan pada kami. “alamak,
bahasa Inggeris la.. kalau Bahasa Melayu senang sikit nak tanya..” erm.. -_-"
Dalamnya ada
palang salib yang besar, penganut duduk pada kerusi.. akan menyanyi membaca doa
dengan muzik.. Ada tempayan berisi air yang digunakan untuk baptis.. selesa
sikit kat dalam, besar juga.
Destinasi
akhir ke rumah ibadat penganut Sigh (GUDWARA). Allah, macam masuk masjid je..
yelah tengok orang-orang Sigh ni macam orang Islam, pakaian mereka kena tutup
kepala, lelaki ada pakai serban, perempuan pakai selendang, baju pun labuh-labuh
baju banggali…
Ermm..
sayangnya.. sama dah serupa macam Islam tapi ambil sebahagian-sebahagian je
ajaran Islam pastu campur dengan Hindu..
Kami datang
semasa upacara perkahwinan berlangsung. Ramailah penganutnya.. comel-comel,
cantik-cantik masing-masing macam hindustan je tengok.. hehe. Berkesempatan melihat
saminya baca kitab (Grand Sahib)
Lepas aktiviti ziarah… bersiar-siar pula… pekena pula makanan pesembuk, nasi kandar, tangkap gambar.. subhanaAllah.. cantik alam ciptaan Allah~
Di malam hari berkongsi pertukaran idea, program, aktiviti yang di jalankan pelajar USM mengenai PERKIM, nampak kematangan mereka dalam membantu saudara baru yang telah berhijrah. Walaupun mereka bukan dari pengajian Islam, masing-masing kelihatan seperti ustaz ustazah.. Meraka serius terhadap usaha yang dijalankan, moga amalan kalian mendapat timbangan berat di neraca mizan, "sesiapa yang membantu agama Allah, dia akan dipermudahkan urusannya.. Aamiin~
Family day KUFAH di Pulau Pangkor…
Kesempatan yang ada, selagi nyawa masih bernadi, tidak mahu melepaskan peluang.. iyelah, bila lagi dapat diizinkan Allah ke sana? Walau tidak ramai yang pergi, diri yakin ada manfaatnya.. apatah lagi dihadiri oleh pensyarah yang disegani… Bertemakan program motivasi~
Sepanjang perjalanan
macam biasa, “tidak putus berdoa kerna yakin permusafiran ini akan diangkat
doanya…”selalu pesan ibuku… Tak sedar cepat je sampai jam 4 lebih di jeti
Pulau pangkor…
Naik bot
lagi.. memang sukalah sangat-sangat tengok laut.. duduk di luar merasa udara angin
dari laut.. ya Allah… ya Allah… hati berdoa-doa lagi. Inilah tentera-MU yang
siap sedia menerima arahan, andai Allah kata nak jadi tsunami bila-bila je laut
yang tenang ni boleh bertukar ganas…
Wahai ikan-ikan
di lautan, aku percaya bahawa dikau akan mendoakan para penuntut ilmu yang
lkhlas.. dapatkah doakan diriku yang jahil nie… -_- ? Merenung lautan tanda kebesaran
Allah~
Yes,
Alhamdulillah dah sampai.. terus ke penginapan. Wah, kem rupanya.. di pedalaman
juga yang menenangkan.. ukhwah bersama-sama pelajar tahun lain juga dirasa…
Pengisian daripada
pensyarah sendiri banyak mengingatkan.. ustaz-ustaz yang mempunyai pengalaman
masing-masing untuk berjaya sehingga kini dengan Phd. Dalam genggaman. Memang nk
berjaya perlu banyak pengorbanan, kagum dengan mereka mudahan dapat diikuti.
Snorkeling..
hati gembira melihat lautan, ombak yang cantik beralun-alun… Tak sabar nak main
air.. ;) tak sedar dah diri ni dah
besar.. Masih bersifat keanakan riang ria main air laut.. hehe..
Pengalaman snorkeling
taknak dilepaskan.. pakai google, boleh bernafas dalam air…. Boleh lihat ikan yang
comei-comei.. ngee…. Sambil bagi makan roti pada ikan.. uish memang sakan dalam
air tak naik-naik permukaan.. hehe (senyum je) bila teringat. ^__^ bermain
bersama-sama anak pensyarah yang comel-comel.. rindu sudah..
Hari akhir,
luahan cabaran oleh peserta membawa kesedaran.. Bahawa tanggungjawab pelajar
agama yang mendatang adalah besar.. Harus difikirkan sekarang untuk perubahan
akan datang… Pensyarah mengingatkan di mana kamu akan datang? Siapa, sebagai
apa?
Beberapa tips
juga dikongsi.. mahu berjaya kamu hendaklah “jaga hubungan dengan Allah dan
harap tahajud jangan ditinggalkan.. itulah kekuatan” kata pesyarah.
Sebelum balik
dibawa bersiar-siar.. ermm.. begini rupanya Pulau pangkor.. kaya dengan hasil
lautan, lihat macam-macam jenis di kilang pemprosesan satay ikan, muzium,
tempat-tempat singgahan~
Alhamdulillah.. Semasa dalam pengajian inilah pengalaman perlu tidak disia-siakan.. Ada rezki,
harus mencuba.. Agar pengalaman mendapat pengajaran, yang semakin boleh
menginsafkan hati sebagai hamba Allah yang amat kerdil di sisi-Nya…
Sebaik-baik
ciptaan manusia, lebih canggih ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala….~ Terimakasih
Allah, atas nikmat Islam dan segala anugerah yang diKau pinjamkan pada hamba,
balaslah dengan penuh kesyukuran menjaga hubungan dengan-NYA~ wallahu ‘alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan