Menulis merungkap
rasa… segala renungan yang bermain difikiran...
Syukur nikmat
penglihatan… menyaksikan pelbagai ragam..
Kadang terfikir
“ adakah itu baik… atau sebaliknya…”
Selalu beringat…
Mungkin boleh
mengundang dosa.. di atas fikiran ini…
Kerna ingin mencari yang baik… cuba untuk bersangka
baik…
Mencari-cari
buat tauladan.. namun sukar diketemui…
Memang fitrah
manusia tiada yang sempurna…
Tiba untuk
mengislah diri…
Mencari daripada
mereka yang benar menjaga…
Kuatkan diri..
agar mampu untuk ditempuh..
Percayalah pada
diri.. “diri juga mampu untuk kebaikan….”
Malah dikekalkan..
walau nafsu cuba menghasut…
Lalu mencari
pengajaran dari mereka yang telah berjaya…
Bandinglah dengan
mereka selalu.. Para sahabat dan
sahabiah….
Buat terus
perjuangan ajaran agama yang sempurna dalam kehidupan….
Wahai Siti Khadijah,
aku ingin mencontohimu dalam berbakti pada agama…
Wahai Siti
Aisyah.. aku ingin mencontohi kebijaksanaanmu.. besama hadith-hadith nabi…
Wahai Siti
Fatimah.. aku ingin mencontohi kesabaranmu sebagai hamba pada perjuangan-NYA..
Wahai Ainul
Mardhiah.. aku ingin sekali menjadi hamba kesufian suci yang dikau pelihara….
Wahai
Zainab al-Ghazali.. aku ingin mencontohi dikau dalam perjuangan sebagai muslimat
Islam…
Dan semua
serikandi Islam yang telah tercipta… sungguh tinggi perjuangan mereka…
Apalah sangat
jika dibandingkan diri yang tidak mampu menyumbang…
Allahumma
Sahla ya Allah… permudahkanlah jiwa batinku.. selari dengan tingkah laku
fizikalku…
Aamiin…. Ya
RabB
~ usah
bersedih andai Allah telah kuat terpahat di hatimu, selalu bersamamu…TERSENYUMlah
dan terus berusaha~ CUKUPLAH ALLAH DAN RASUL BERSAMAKU…. ^__^v
Tiada ulasan:
Catat Ulasan