Huraikan kefahaman anda tentang Falsafah Rasionalisme.
Kewujudan falsafah Rasionalism ini adalah bermula dengan kebangkitan zaman Renaissance iaitu kelahiran semula. Tokoh Falsafah Rasionalism ini adalah Rene Descartes yang dianggap orang yang mula-mula mengutarakan bahawa "akal" adalah sumber yang terpenting bagi mengetahui sesuatu hakikat.
Selepas
zaman pertengahan yang dikuasi oleh agamawan mendapat tentangan, maka
agama yang bersumberkan "wahyu" ditolak kerana tidak dapat membuktikan
kebenaran dengan tepat. Hal ini kerana ilmuan Barat "Descrates" telah
menunjukkan sumber melalui pancaindera atau pengalaman adalah boleh
menjadi tidak benar.
Ianya seperti contoh: illusi atau mimpi, benarkah
kejadian yang dialami ini boleh dianggap benar? Padahal hakikat yang
dirasai pancaindera tersebut adalah mainan semata-mata.
Oleh itu, beliau
lebih suka kembali pada kaedah zaman falsafah kuno Yunani sebagaimana
Plato, Aristotle yang menggunakan sumber akliah bagi pencambahan ilmu.
Descrates juga suka berfikir untuk mencari sebab dan musabab sesuatu itu
sehinggalah ke tahap yang lebih tinggi hingga benar-benar tidak boleh
dirungkaikan lagi.
Menyingkap
zaman Renaissance lagi, manusia mula menggunakan akal fikiran mereka
dengan bebas. Maka Descrates mengambil akal sebagai sumber untuk
mengaktifkan fikirannya bagi menilai kebenaran. Dengan menggunakan akal,
lahirlah ilmu yang pelbagai yang menyebabkan manusia mampu mentadbir
dunia dengan ciptaan yang lebih baik.
Oleh itu, muncul istilah
"humanism" kerana manusia bertindak dengan menggunakan akal fikiran
tanpa batas bagi menunaikan kehendak mereka.
Falsafah ini jelas berbeza dengan Falsafah Empirisme yang menggunakan kaedah pengalaman sebagai sumber ilmu.
Begitulah
ideologi Falsafah Barat bagi kajian mereka. Walaubagaimanapun,
kedua-dua sumber ini adalah penting juga kepada kita umat Islam bagi
membuktikan kebenaran sumber utama iaitu al-Quran itu sendiri.
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan