Alhamdulillah.. Majlis Ilmu yang
bertemakan“Nur Qolbi” yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti
Pengajian Islam UKM diteruskan lagi. Mengupas tajuk “Mahasiswa Kelas Pertama”
dengan jemputan penceramah yang tidak
asing lagi iaitu Ustaz Fauzi Mustafa iaitu Pengacara rancangan al-Kuliyyah tv3.
Diketengahkan tajuk Mahasiswa Kelas
Pertama adalah bagi memberi pencerahan kepada mahasiswa/wi untuk menjadi
mahasiswa yang berwibawa seiring dengan pencapaian akademik dan sahsiah, serta tuntutan
mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sedikit kupasan daripada penceramah
mengenai tajuk tersebut:
“Mahasiswa kelas pertama adalah mahasiswa yang
menjaga hubungannya dengan Tuhan. Siapa yang lebih mengejar akhirat, akan dapat
jua kejayaan dunia tetapi sesiapa yang lebih mengejar dunia, akhirat belum
tentu berjaya”
Hassan al-Basri telah mendatangkan
sebuah kisah:
Di sebuah penempatan, terdapatnya seorang tok
guru yang beragama. Telah datang kepadanya seseorang yang mengadukan bahawa
ramai orang telah memuja sebuah pokok besar yang dipercayai mempunyai kuasa. Lalu
tok guru tersebut berazam untuk menebang pokok tersebut kerana boleh membawa
kesyirikan dengan amalan pemujaan tersebut.
Apabila tok guru sampai di pokok tersebut
untuk menebangnya, keluarlah satu lembaga hitam dari pohon tersebut. Lembaga hitam
dan tok guru telah bergelut dan Tuhan telah memberi lebih kekuatan kepada tok
guru. Lembaga yang lemah tersebut telah menawarkan ganjaran kepada tok guru
sekiranya tidak menebang pokok tersebut dengan memberi wang di bawah bantalnya
keesokan harinya. Lalu tok guru bersetuju kerana telah berfikir dia akan
manfaatkan wang tersebut sebaiknya.
Hari demi hari lembaga hitam itu
menepati janjinya dengan menyediakan wang di bawah bantal tok guru, namun suatu
hari tok guru mendapati tiada wang di bawah bantalnya. Lalu tok guru berasa
marah dan terus membawa kapak untuk menebang pokok tersebut. Situasi yang sama
juga dimana tok guru perlu berlawan dengan lembaga hitam tersebut, namun kali ini
tok guru telah Berjaya dikalahkan oleh lembaga tersebut.
Tok guru berasa heran dengan
kelemahannya lalu bertanya bagaimana lembaga itu boleh berjaya mengalahkannya. Lembaga
itu menjawab bahawa, dulu tok guru datang dengan niat yang mulia untuk
menghapuskan syirik terhadap Allah, namun kali kedua tok guru datang dengan
niat yang tidak ikhlas apabila kerana tidak mendapatkan wang yang dijanjikan. Oleh
itu, Tuhan telah melemahkan tok guru yang berjaya dikalahkan oleh lembaga
tersebut.
Pengajarannya: Niatkan setiap perkara
kerana Allah s.w.t, bentukkan hati yang IKHLAS dalam setiap perkara yang
dilakukan semata kerana Allah s.w.t. Apabila ikhlas, akan datang RAHMAT Allah
s.w.t dengan memudahkan segala urusan dengan bantuan-Nya.
Ilmu
agama cukup tinggi nilainya.. Ilmu dunia juga penting. Pengalaman juga diertikan
ilmu. Mahasiswa/wi kelas pertama bukan setakat menerima ilmu sahaja, namun
perlu dipraktikkan. Mahasiswa/wi perlu mecabar diri dengan menceburi pelbagai
bidang, kerana Islam menuntut mencari ilmu yang berterusan sehingga ke liang
lahad.
Imam
Syafie telah menggariskan 6 syarat-syarat menuntut ilmu. Tidak kira ilmu apa
pun jua, iaitu:
1) Kebijaksanaan (berakal)
2) Minat yang mendalam (kepekaan terhadap ilmu)
3) Bersungguh-sungguh (usaha)
4) Berkemampuan (harta)
5) Bergaul dengan ilmuan (para guru)
6) Masa yang bersesuaian (menghargai masa)
1) Kebijaksanaan (berakal)
2) Minat yang mendalam (kepekaan terhadap ilmu)
3) Bersungguh-sungguh (usaha)
4) Berkemampuan (harta)
5) Bergaul dengan ilmuan (para guru)
6) Masa yang bersesuaian (menghargai masa)
Penceramah menekankan pelajar bahawa
ADAB perlu dititikberatkan terhadap para guru. Mahasiswa/wi yang ingin berjaya perlu
menjaga adabnya terhadap guru yang telah mendidiknya atau mengajar sebarang
ilmu kepadanya. Dengan penjagaan adab ini, dapat memberi barakah terhadap ilmu
yang dipelajari.
Wallahu 'alam..
Sedikit gambaran situasi di bahagian muslimat:
kehadiran muslimat yang ramai sedang khusyuk mendengar ceramah
kedudukan muslimin dan muslimat yang dipisahkan dengan tabir semasa sesi ceramah
ceramah diakhiri dengan solat hajat perdana terhadap penindasan saudara seislam di Palestine, Gaza, Syiria dan sebagainya
Nantikan kemunculan NUR QOLBI yang akan datang,Insya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan