Penceramah Ustaz Wan Sohor Bani Leman menerangkan tajuk
ceramah ini terlalu luas, maksudnya mendalam. Beliau menjelaskan bahawa kalimah
mujahadah itu, ((مجاهدة yang terdapat
huruf alif menunjukkan keterlaluan. Maksudnya,
keterlaluan membersihkan hati, adakah
kita mampu?
Contoh ideology: seperti seseorang yang ingin memakai baju.
Berbeza dengan cara mereka sama ada, ada yang akan memakai baju yang sudah digunakannnya
baju tersebut dan ingin memakainya semula dengan hanya menggosok bahagian yang
berkedut, atau ada yang menggosok kembali semua bahagian baju atau ada yang
mengambil baju baru untuk dipakai dan digosok… Beza kan? Dari segi mana yang
rajin, yang bersungguh-sungguh.
Maksudnya, mujahadah ini adalah suatu yang melampau dan
berterusan. Rasulullah s.a.w bersabda: “amalan yang disukai Allah s.w.t adalah
amalan yang berterusan walaupun ianya sedikit”, kerana amalan yang berterusan
itu adalah amalan yang istiqamah.
Seterusnya, penceramah menerangkan tentang Nafs iaitu hati. Takrif
dari buku Ibnu Qudamah (Minhaj ‘Abidin) mengatakan bahawa ianya ada kaitan
mengenai kejujuran. Apakah hakikat kejujuran? Ianya boleh terhadap Allah s.w.t,
pada manusia, pada diri.. Yang mana tidak mudah diketahui keadaan di dalam hati
seseorang bagaimana..
Menurut penceramah, Jika memahami sifat 20 (sifat-sifat
Tuhan) ramai yang akan menjadi mujahidin kerana akan sentiasa beramal menuju
kepada Allah s.w.t iaitu akan mengikut sifat-sifat seperti Ihklas, jujur,
amanah dan sebagainya.
Kebanyakan orang bernazar menetapkan syarat kepada Tuhan. Contohnya
kata-kata: “jika aku berjaya akan aku bersedekah kerana Allah”. Sebenarnya bukanlah
dengan meletakkan syarat kepada Tuhan, tetapi hendaklah mengusahakannya dahulu.
Bagaimana makhluk boleh menetapkan syarat pada Allah?
Lakukanlah sebegini: “ya Allah.. berkat dengan sumbangan
sedekahku ini.. kau permudahkanlah untukku berjaya..”. Itulah yang dimaksudkan
usaha dahulu baru bertawakal. Buat dahulu baru minta dan berharap..
Kebiasaannya kita lebih bermuhasabah dari bermujahadah. Muhasabah
kita selalu menilai.. Daripada kita terus berusaha untuk jauh yang buruk dari
laksanakan yang baik.. Muhasabah mudah dibuat, tetapi mujahadah sudah buat ke
bersungguh-sungguh?
Melihat konsep an- Nafs di sini, ianya memperuntukkan ruang.
Iaitu untuk menolak musuh-musuh ?( syaitan, nafsu dan orang mungkin yang hasad
dan dengki)
Cara syaitan menyesatkan kita adalah melalui nafsu, orang
kafir, orang mukmin yang ada sifat munafiq.
Contohnya, waktu subuh syaitan akan sedaya upaya melekakan
manusia agar lalai tak bangun solat subuh. Syaitan akan mengikat di belakang
tengkuk manusia agar susah bangun dan terus lena..
Tetapi, jika kita ada semangat mujahadah.. Kita akan mampu
lawan dugaan syaitan tersebut dengan yakin kepada pertolongan Allah s.w.t.
Berusahalah dengan membaca doa sebelum tidur:
“ya Allah ya Tuhanku, aku mahu bangun pagi untuk solat subuh..
sedarkanlah aku ya Allah..”. tapi perlu usaha juga dengan membuat set pada jam
dikunci alarm loceng jam. Insya Allah.. pasti berhasil!
Sesungguhnya, Allah tidak benarkan kejayaan jika melainkan
berjuang dengan bersungguh-sungguh.. Allah jadikan diri manusia itu sempurna,
serta semuanya ada nafsu.. Namun, nafsu itu boleh dikawal. Nafsu juga mampu
membawa kebaikan.. Apabila kita bersederhana dalam stiap keinginan, maknanya
tidak terlalu terlampau menuruti nafsu.. Tapi perlulah berhati-hati.. Kerana
atas TAQWA kepada Allah s.w.t.. Ingatlah, Taqwa adalah nilaian yang tertinggi
sekali bagi hamba-Nya.
Rasulullah s.a.w ada menanyakan kepada sahabat:
“ Apakah tali iman yang paling kukuh? Sahabat menjawab;solat. Rasulullah kata benar,
tapi ada lagi yg lebih kukuh. Sahabat jawap zakat, Rasulullah kata itu juga
benar tapi masih ada lagi yg lebih baik. Sahabat kata puasa, Rasulullah jawab
betul, tapi masih bukan. Sahabat jawap Haji. Rasulullah jawap haji juga baik
tapi masih belum kukuh. Sahabat jawap Jihad fi Sabilillah, Rasulullah diam dan
menjawab ianya bukan juga…."
Para sahabat ternanti-nanti jawapan dari Rasulullah lalu
baginda jawab bahawa ianya adalah perasaan benci dan cinta semata kerana Allah
s.w.t.
Maksudnya, Jika semuanya didasari dengan Kecintaan kepada Allah s.w.t
adalah melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang,
semuanya keranan Lillahi Taala. Itulah merupakan tali iman yang paling kukuh.
Jika sesuatu itu tidak didasari dengan Lillahi Taala, maka ia masih tidak
kukuh, malah goyah dan tunggu masa untuk musnah. (penerangan dr sahabat ana)
Wallahu ‘alam.. Sungguh majlis ilmu melata di bumi Tuhan
ini, terpulang pada Hamba-Nya menggunakan qudrat yang dianugerahkan oleh Allah
s.w.t.. Sama-samalah kita terus mencari bagi membekalkan diri dengan pelbagai
ilmu Allah s.w.t…
Insya Allah.. Nur Qolbi akan datang lagi. Jadilah kita
golongan yang dipermudahkan jalan ke syurga dengan menuntut ilmu serta akrab ke
Rumah Allah s.w.t.. Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan