Bagaimana Spinoza menghubungkaitkan 'mind' dan 'body' yang dikemukakan oleh Descartes dalam teori Dualismenya?
Maksud
kehendak soalan yang saya faham iaitu bagaimana pendapat Spinoza
terhadap hubungan minda dan jasad? Lihat kembali kepada pemikiran
Descrates, beliau telah mengatakan bahawa minda dan jasad itu berbeza
hakikatnya (konsep).
Diteruskan idea Descrates ini oleh Tokoh Spinoza
dengan menerangkan bahawa minda (fikiran/akal) itu ada kaitannya dengan
jasad (anggota badan).
Spinoza
mengatakan hukumnya mengikut teori alam, iaitu semulajadinya anggota
akan bertindak mengikut arahan akal, iaitu (selari). Contohnya, jika
akal berfikir lapar, hendak makan, maka anggota akan berusaha untuk
makan (tangan ambil makanan suap kat mulut).
Mustahil jika anggota badan
buat sesuatu tanpa arahan akal, seperti: tidak lapar, tidak mahu makan
tapi tiba2 tangan suap makanan pada mulut? Maka, di sini jelas terdapat
hubungan minda dan jasad yang berkaitan. (mesti selari niat dan
tindakan)
Tambahan
lagi, menurut Spinoza, minda ini mempunyai zat yang lebih istimewa dari
badan sebab akal itu unik yang mana fikiran itu suatu yang sabjektif
(akal manusia lain2/ badan manusia hampir sama).
Tetapi, tidak semua
pengetahuan akal boleh kecapi melainkan dengan bantuan anggota badan.
Maknanya dah guna konsep (sensasi=pancaindera), oleh itu hubungan akal
dan anggota saling lengkap- melengkapi untuk capai makrifah
(menggambarkan seluruh alam), ianya tak boleh dipisahkan.
Walaupun
begitu, minda dan jasad ini adalah sifat, yang mana kedua-duanya ini
dari zat yang satu. Apa itu zat (substance)? adalah dari Pencipta
(Tuhan..) maka mereka mengaitkannya dengan ketuhanan:
Sentuh
mengenai teori ketuhanan oleh Descrates, melihat 2 teori iaitu "res
cogitans"= Tuhan dengan jiwa manusia dan "res extensa"= Alam dengan
badan manusia. Manakala teori ketuhanan oleh Spinoza mengatakan
kedua-dua sifat ini adalah (satu/tunggal) iaitu digabungkan semuanya
dari zat yg satu iaitu Tuhan.
Beza
di sini, Descrates membincangkan dari bawah mengenai jiwa, manusia, dan
barulah jumpa konsep Tuhan.. Manakala Spinoza terus dapat tangkap
konsep Tuhan itu iaitu Tuhan berada di mana2.. (All is one) semua adalah
dari yg satu (dr Tuhan)= wehdatul wujud. Natura naturans ---> natura
naturata.
Konsep
Spinoza seperti ilmu tasauf yang tinggi dimana melihat semua makhluk
adalah dari Tuhan.. (yg mencipta). Termasuk juga seperti konsep limpahan
al-Farabi.
*Kagum dengan pemikiran ahli falsafah yg cube mncari hakikat sesuatu..
maaf jika jawapan saya tiada kaitan, mungkin hanya pendapat. Wallahu 'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan