~Yang Budiman~

Jumaat, 15 April 2011

Amal yang Dapat Membangun Kecintaan Kita kepada Allah


"Ketahuilah, jika` anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" (QS. At-Taubah:24)

Kita semua mengaku mencintai Allah. Pengakuan saja tidak cukup, perlu pembuktian. Di antaranya, kita harus menjalankan dan mencintai amal yang dicintai Allah SWT, bahkan apa yang dicintai Allah, harus lebih kita utamakan daripada apa yang kita cintai dan yang dicintai oleh orang disekeliling kita seperti ayat di atas.

Ibnul Qoyyim, seorang ulama abad VII, menjelaskan ada sepuluh amal yang dapat membangun kecintaan kita kepada Allah:

1.Membaca Al-Quran dan memahaminya.

2.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menjalankan sunnah-sunnah sesudah selesai menjalankan kewajiban.

3.Selalu berdzikir dalam segala kondisi, dengan lidah, hati, dan amal perbuatan.

4.Mengutamakan apa yang dicintai Allah terutama jika bersinggungan dengan hawa nafsu kita.

5.Mengingat dan menyebut nama-nama dan sifat-sifat Allah yang mulia (Asmaullah Al-Husna) sambil meresapinya.

6.Memperhatikan karunia dan pemberian Allah baik yang terlihat maupun yang tidak terlihat.

7.Menundukan hati sepenuhnya kepada Allah SWT.

8.Menyendiri di waktu malam untuk sholat tahajjud, membaca Al-Quran dan bermunajat kepada Allah SWT.

9.Bergaul dengan para ulama dan orang-orang sholeh, serta mengambil buah baik dari pembicaraan mereka.

10.Menghindari segala macam hal yang dapat mempengaruhi hubungan hati kita kepada Allah SWT (lihat Al-Baqarah:165)

Oleh : Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia


Renungan:

Moga ilmu ini di amati... kerana diri memang selalu alpa.. kadang-kadang apa yang kita buat lupa dengan mengingati Allah. sedangkan harus berbuat kerana-NYA.

setiap perjalanan hidup, aktiviti harian dilaksanakan adalah kerana Allah... kita hidup sebagai khalifahNya di muka bumi.

apabila menunaikan sesuatu tanggungjawab, niatkanlah kerana Allah... bukan terpaksa melalui..

tidak terasa sukar dan beban jika semua kerana Allah... hati akan tenang, kerana penilaiannya diserahkan kepada Allah....

* moga Allah memberi hidayah pada kita untuk terus menyayangi-Nya.... dengan mengutamakan Allah.

maka berdoalah selalu sebagaimana kata Rasulullah s.a.w kepada Mu'az Ibn Jabal r.a :

" wahai Mu'az ! sesungguhnya aku sayang kepadamu, maka hendaklah kamu baca setiap kali selepas sembahyang ( doa yang bermaksud ) : " ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada -Mu dan melakukan ibadat yang baik kepada-Mu." ( riawayat Abu Daud dalam bab Witir )

catatan: selepas final metodologi al-Quran dan Hadith * alhamdulillah....


Ahad, 6 Mac 2011

.: Tak Kenal? Jom Kenal.. ^_^ :.

Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah SWT. 
 
Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar. Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan sebenarnya ialah diri yang batin iaitu diri yang datang dan akan kembali kepada Allah SWT. 
Ulama ilmu ketuhanan atau ilmu tauhid berpegang bahawa diri kita ini merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang mengatakan: “Siapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya ia akan mengenal Tuhan-nya”. Dikalangan ulama tasauf atau ulama ilmu ketuhanan selalu menasihatkan carilah diri kamu di dalam diri”, maksudnya ialah menyuruh agar kita mencari hakikat diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. Apabila kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya pasti kita akan mengakui hakikat adanya Allah SWT. 
Hakikat diri yang sebenarnya merupakan roh atau jiwa ataupun rohani yang ada dalam diri manusia itu sendiri yang harus dikenali setiap manusia. Diri batiniah ini tidak dapat dilihat atau diraba oleh mata lahiriah dan tangan manusia. Walaupun di dalam Al Quran “diri” itu disebut dengan berbagai istilah, tetapi tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada manusia supaya berfikir bahawa betapa luasnya “diri” yang hakikat itu di dalam manusia. Diri manusia dilengkapi oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu, kemudian sifat-sifat tersebut dinilai atau dihisab samada baik ataupun buruk.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertnggungjawapannya”. (Al Isra’ 36) 
Allah menjelaskan kepada kita tentang istilah jiwa dan sifat yang terdapat pada jiwa, iaitu pendengaran, penglihatan, disamping roh juga akan diuji tentang ketakwaannya kepada Allah. Itulah sebabnya ketika Allah berfirman kepada roh-roh atau jiwa sedia untuk berbakti dan melaksanakan perintah Allah SWT. Untuk melakukan dan melaksanakan perintah tersebut maka diciptakanlah jasad, lalu Allah menjadikan Adam. Roh telah berikrar dan berjanji kepada Allah, maka untuk membuktikan dan berbuat sesuatu maka roh memerlukan tempat iaitu jasad.
Istilah batin disebut juga dalam Al Quran dengan qalbi. seandainya qalbi tersebut diterangi dengan nur maka selamatlah seseorang itu. Maka sekiranya tiada nur, gelaplah seseorang itu. Qalbi mesti mempunyai asas yang membolehkannya selamat yang hanya Allah menentukannya. Sesungguhnya segala sesuatu yang ada dalam diri berupa nafas, akal, nafsu dan roh bila menjadi satu maka dinamakan dengan insan
.
Qalbi di dalam Al Quran diistilah sebagai diri atau hati. Qalbi sebenarnya mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang patut dilaksanakan mengikut nilai-nilai diri itu sendiri. Firman Allah SWT maksudnya:
“Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yang membersihkan jiwanya dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”. (As Sham, 9 - 10)

p/s: Jadi untuk merealisasikan pengertian bahawa siapa yang mengenal dirinya akan mengenaliTuhan-nya itu,iaitu dengan cara memahami hakikat roh,jiwa atau qalbi yang sebenarnya.Sesungguhnya untuk mencapai ke tahap yang tinggi memerlukan pengetahuan dan keyakinan yang kukuh terhadap Allah SWT. Wallhu A’lam.

Ahad, 20 Februari 2011

AD-DAULAH ISLAMIAH


Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Tidaklah mencukupi kalau hanya kita menjadi muslim pada diri kita sendiri. Kita hanya bertindak sebagai individu muslim yang beribadat kepada Allah (s.w.t), menghiasi dirinya dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti seseorang, kemudian tidak ada lagi yang lain dari itu. Itu belum mencukupi lagi.

Lebih dari itu, Islam kita adalah merangkumi urusan-urusan jemaah (masyarakat). Ia adalah satu-satunya sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Satu pemerintahan dan perundangan Islam. Satu daulah dan negara. Islam kita adalah jihad dan satu umat. Inilah fahaman yang benar dan sahih terhadap Islam. Fahaman itulah yang mengajarkan kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan yang meliputi kita. Wajiblah kita menyempurnakan dan melaksanakannya kerana ianya telah diperintahkan oleh Allah (s.w.t). Dengan pelaksanaan itu dapat dibangunkan satu masyarakat manusia berasaskan kaedah-kaedah atau dasar-dasar Islam di dalam segala jurusan; samaada dari segi politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan seterusnya. Kita mestilah memahami bahawa Islam ini mewajibkan kita berusaha dan berjuang dengan bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi.

Firman Allah Taala:

"...sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata." (Al Baqarah: 193)

Jadi wajiblah kita menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya. Seorang muslim tidak mungkin boleh hidup sebagai muslim dengan KeIslaman yang sahih dan sempurna kalau dia mengasingkan dirinya dari saudara-saudara muslimin dan tidak memperdulikan segala apa yang terjadi kepada mereka, segala gangguan, sama ada berupa fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t), musuh-musuh Islam, dari berbagai ceruk rantau di muka bumi.

"Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka. " (Maksud Hadith)

Tuntutan dakwah Islamiah di hari ini mewajibkan setiap umat Islam berusaha bersungguh-sungguh membangunkan Ad Daulah al-Islamiah (pemerintahan Islam) yang melaksanakan syariat Islam. Bertitik tolak dari situlah kita akan membangunkan kembali Al Khilafatul Islamiah (pemerintahan Islam sejagat). Al Khilafatul Islamiah itu dahulunya telah ditipu dan dihancurkan oleh musuh-musuh Islam.

Betapa besarnya bahaya dan bencana yang telah menimpa umat Islam pada hari ini. Perpecahan di kalangan umat Islam, serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t) sama ada dari luar atau dari dalam, fitnah-fitnah terhadap muslimin yang bertujuan merosakkan akidah muslimin, masjid-masjid muslimin yang dirosakkan, kehormatan wanita mereka yang dicabul, harta kekayaan dan bumi mereka telah dirompak dan anak-anak muslimin dibentuk menurut kemahuan mereka. Ini semua adalah akibat dari tidak adanya Ad Daulah Islamiah. Hanya AdDaulah Islamiah sahajalah yang mampu menyerang balas segala anasir jahat musuh-musuh Islam itu.

Ad-Daulah-Islamiah yang mampu menyatu-padukan umat Islam dan melaksanakan ajaran Islam serta menegakkan syariat Islam di seluruh dunia. Perlu juga dijelaskan bahawa mas'uliah atau tanggungjawab mendirikan Ad Daulah Islamiah bukan sahaja terhad di kalangan Al Umara' dan Al Ulama (pemerintah dan ulama). Tanggungjawab ini hendaklah dipikul bersama. Wajib dipikul oleh setiap muslimin laki-laki dan perempuan yang sedang berada di dalam zaman ini, di zaman kebangkitan Islam, di zaman kebangkitan Dakwah Islam. Sesungguhnya seluruh muslimin di mana jua pun mereka berada, akan menanggung dosa besar apabila mereka tidak berusaha dan tidak bekerja untuk membangunkan Ad Daulah Islamiah.

[Utz Mustafa Masyhur

p/s: berpolitik amat penting...sbagai pemimpin yg ada kuasa untuk menegakkan agama Allah.. klaau tiada kuasa,sukar untuk ajaran Islam membangun. niatlah ingin bantu agama Allah, pasti Dia akan bantu...sperti para mjahidin brperang untk mnakluk krajaan semata mnyebarkn Islam.. contohilah Solehhuddin al-Ayubi, mnakluk 1/4 dunia..takhbir! Allahu Akhbar

Isnin, 14 Februari 2011

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

tetapi harus diingat, memperingati Rasulullah bukanlah hanya ketika hari kelahiran Baginda sahaja, malah hendaklah selalu...di dalam hati setiap diri, dan perlulah mengamalkan sunnahnya yg banyak... jaga kebersihan, tepati waktu, dan seluruh perbuatan diri hendaklah cuba mengikuti cara Rasulullah... dalam setiap perkara apa pun jua...

kerana kita umatnya, yg memerlukan syafaat dari baginda, moga diri dapat berjumpa dengan baginda sebagai umatnya yg taat pada seruan risalahnya.... amin3x...

sedih, sedih, sedih yg teramat.... jika diri jauh dari ajarannya... ridumu ya Rasulullah... sungguh hebat perjuanganmu...sungguh tinggi kesabaranmu, sungguh amat besar pengorbananmu...moga diri dapat menyambung perjuanganmu... =(

sangat mencintaimu ya Rasulullah... bantu semua diri ini mengikuti sunnahmu... rindumu Ya Rasulullah... jadikan roh diri ini sentiasa kuat bersamamu... perbanyakkan selawat selalu...

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله سيّدنا محمد صلى الله عليه والسلام"

p/s: selamat memperingati hari kelahiran manusia agung... kekasih Allah.. syukran ya Rasulullah.. keranamu kami peroleh solat, keranamu kamiberiman,keranamu kami terbela...moga rohmu sentiasa bersama kami... moga mendapat syafaatmu,telaga khautharmu, rindu mu ya Rasulullah...walau xpernah bersua,cukup al-Quran untuk menggambarknnya..... ~subhanallah~ moga terus menjadi pedoman kami umat akhir zaman mu....... =(

Ahad, 13 Februari 2011

MATLAMAT DAN HALA TUJU



Dengan nama Allah… tuhan penciptaku, darinya diri datang dan kepada-Nya jua dikembalikan….

Diri ingin merenung lagi… walau setiap kali, tapi tidak dapat menguatkannya selalu di blog ini. Kali ini ingin perkuatkan lagi….

Allah berfirman , “Aku jadikan manusia dimuka bumi ini sebagai khalifah”

Khalifah, iaitu pemimpin, yang mentadbir bumi. Jadi hendaklah kita tunaikan tanggungjawab tersebut sebaiknya.

Mengenai matlamat dan hala tuju, setiap manusia perlu merancang dan memikirkannya. Tanpa matlamat, tidak akan tahu arah.

Terlebih dahulu, haruslah melihat tanggungjawab yang ada. Diri sebagai apa?

1- Sebagai hamba kepada Allah, bagaimana?

2- Sebagai anak kepada ibu bapa, bagaimana?

3-Sebagai pelajar, bagaimana?

4-Sebagai pekerja, bagaimana?

Dan seterusnya… fikirlah masa depan diri selepas itu bagaimana. Mahu jadi apa, buat apa?

Setiap keinginan, haruslah sebabnya kerana Allah. Maka di situ akan hasilnya “ibadah” untuk mendapat pahala, dan diredhai Allah.

1) Sebagai hamba pada ALLAH:

Hendaklah taat dengan segala suruhan dan larangan-Nya. Jadikan diri sebagai hamba yang terbaik kepada-Nya. Berusaha bersungguh-sungguh. Kerana akhirnya adalah penilaian di akhirat yang kekal abadi. Sehingga sampai ke syurga, dan impikan syurga yang tertinggi, iaitu syurga Firdausi. Mesti minta selalu petunjukk-Nya…kerana diri umat akhir zaman terlalu bayak mihnahnya, kerana khuatir diri pula yang jauh dari-Nya.

2) Sebagai anak kepada ibu bapa

Ibu yang telah mangandungkan, melahirkan, membesarkan diri sehingga kini. Betapa susah payahnya mereka menyara diri. Mereka menginginkan yang terbaik buat anak2. Jadi diri sebagai anak juga hendaklah buat terbaik kepada mereka. Dalam hidup mesti ada impian dan cita2 untuk membalas jasa mereka yang tidak terhingga. Kerana mungkin diri juga akan jadi sebagai ibu bapa, turut mahukan anak yang soleh-solehah. Jadi terlebih dahulu diri yang perlu menjadi anak soleh. Kerana perkitaran hidup, akan kembali kepada hokum karma. Apa yang diri buat kepada mereka akan dapat kembali pada diri jua.

3) Sebagai pelajar

Jika masih belajar, tumpulah sepenuhnya dan haruslah bersungguh2. Apa yang mahu dari ilmu yang dipelajari? Mesti ada tujuan mempelajarinya. Adakah hanya sia2 tanpa digunakan. Mungkin diri mahu mempraktikkan, berguna sebagai kerjaya nanti, untuk pengetahuan yang dapat membantu bila memerlukan. Jadi, haruslah berjuang betul dalam menuntut. Diri mahu berjaya, harus berusaha. Tidak boleh sambil lewa. Kerana itu adalah matlamat. Letaklah matlamat yang tertinggi iaitu “ aku ingin jadi nombor satu, aku ingin dapat semua A”. dengan semangat yang berkobar2 akan lebih memotivsikan diri. Akan sentiasa tidak membuang masa dengan merebut peluang belajar.

4) Sebagai pekerja

Jika telah berkerja, tumpulah sebaik mungkin kerjaya diri. Mestilah diniatkan kerana Allah. “aku berkerja kerana mahukan pendapatan, ingin membantu keluarga, orang ramai, untuk beribadah”. Niat yang suci, akan dipermudahkan oleh Allah. Setiap kesukaran dalam perkerjaan adalah sebagai ujian-Nya, kerana mahu berjaya banyak cabarannya. Kekuatan diri perlu diperkuatkan. Rasakan diri sentiasa bersama Tuhan yang selalu membantu.

Selain itu, mahu mencipta keluarga sendiri yang begitu indah….

Indah dengan acuan al-Quran, ajaran Islam yang begitu sempurna. Kerana dari keluarga akan melahirkan masyarakat seterusnya. Tentulah yang diimpikan mahu yang terbaik.. cemburu dengan rumahtangga Rasulullah, jadi perlu ada keinginan untuk mencontohi baginda dan isteri2nya. Hidup mahu dengan segala sunnah Rasulullah, segala aktiviti harian diri mesti mengikut cara baginda.

Diri mahukan pasangan yang baik2, oleh itu… mestilah melihat kepada diri dahulu, bila diri mahu yang terbaik, jadi terlebih dahulu diri yang menjadi terbaik. Jika mahukan suami yang soleh, maka haruslah diri menjadi isteri yang solehah. Mulakan dari sekarang, mempelajari untuk menjadi yang terbaik, azam dan perbaiki kekurangan…setiap kali apa yang diri inginkan terhadap pasangan, begitu jua pasangan diri ingin yang sama… mahukan yang kuat amal, yang beriman, yang cintakan agama, yang mengutamakan Allah, yang selalu memikirkan akhirat, yang baik terhadap semua…yang mampu memimpin sebagai khalifah dengan tanggungjawab yang dipikul…semua itu terlebih dahulu diri yang perlu dipersiapkan.

Allah berfirman “ sesungguhnya aku menciptakan mereka berpasangan, dari jenis yang sama agar mereka selalu cenderung”

Janganlah khuatiri siapa pasangan, dan bagaimana dia, Jika diri telah yakin diri mampu memberi yang terbaik padanya. Jangan memandang pada kekurangan, kerana diri mesti yakin mengubahnya. Tetapi hendaklah dengan cara yang betul…

Kesimpulannya, setiap apa yang ingin diri kecapi hendaklah berdasarkan ALLAH… kerana Dialah diri laksanakan… kerana akhirnya diri akan menghadapnya, dan akan dihisab segala perlaksanaan tanggjawab tersebut….

Itulah impian, cita2, matlamat yang tertinggi….iaitu ingin mendapat reda Allah, untuk berjaya di dunia dan akhirat yang kekal abadi, kerana diri tidak mahu menimpa malang di kedua2 alam ini, tidak mahu jadi yang rugi, tidak mahu diseksa, diazab. Mahu disayangi Allah…seperti kekasih2-Nya. Baiklah! mari diri berazam bersungguh !... tiada yang mustahil jika diri mampu… inshaallah tawakallah selalu pada Allah, jangan putus2 meminta pada-Nya..untuk jadi yang terbaik,amin =)

~ perkongsian yg lain~