~Yang Budiman~

Selasa, 18 Disember 2012

BESARNYA FITNAH SYIAH LAKNATULLAH!! 17/12/12


Isu sebenar yang berlaku di Syria.. Kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syria) di UKM, menerangkn keadaan saudara kita di sana..


Masa persoalan terbuka, Q and A, ada seorang ukhti berbangsa Palestine bangun dengan beberapa persoalan yang diutarakan:

Saya rakyat palestine, yang sudah 60 tahun dijajah Israel. Sebagaimana yg kita lihat.. Banyak kekejaman dan pembunuhan berlaku di Palestine. Tapi sekarang kenapa nak diwar-warkan isu Syria yang hanya baru beberapa tahun kekejaman berlaku?

Tambahan lagi, jika kita maklum.. negara Palestine adalah negara al-Quds, tempat suci ketiga umat Islam.. dengan adanya masjidil al- Aqsa. Maka, lebih utama dan aulalah untuk kita cakna isu Palestine sekarang. Kita bantu mereka.. Syria ada apa?

Bangun seorang pemuda bangsa Palestine untuk memberi penerangan:
Ya ukti.. saya pun dari rakyat Palastine, saya seorang doktor di sana. Saya faham keadaan kamu dan situasi sebenar di Palestine. Memang telah berlaku banyak kekejaman di Palestine dan bertahun-tahun lamanya…

Tapi isu Syria lebih besar sekarang berbanding Palestine sebab keadaan di sana lagi teruk. Lebih cepat pembunuhan umat Islam di sana seperti ingin menghapuskan kesemua etnik2 ahli sunnah.
Saya kata teruk sebab, jika di Palestine masih ada Hospital yang boleh bantu umat Islam di Palestine.. tapi di Syria tiada hospital yg boleh terima Ahli sunnah, kerajaan Basyar Asad tak bagi..

Di Palestine.. masih boleh mendapatkan sumbangan dari negara2 luar, ada pertubuhan2 yg bantu.. askar Yahudi bertindak bila umat Palestine lawan.. tapi di Syria ahli sunnah yg tidak melawan pun disembelihnya, kanak-kanak kecil dibunuh.. wanita dicabuli dirogol.. kesemua masjid dibom dihina..

Umat Islam lain di dunia ni tahu isu Palestine.. sebab adanya media massa masih dibenarkan di Palestine. Tetapi di Syria media disekat.. tiada langsung! Jadi banyak isu dan keadaan sbenar di sana tidak tahu..


Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh degan kejam.. Banding dgn Palestine,
walau bertahun-tahun telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pada tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yang telah TERKORBAN dengan HANYATEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. Tapi itu baru yang diwar2kn.. yangg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.

di Syria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syria, agar semua tahu dn brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar.. contoh, mereka kata akan bagi 3 kunci jika rakyat memilih, kunci kereta, kunci rumah dan kunci peti ais.. tapi hanya janji kosong dan kepentingan sendiri.. lalu agama digadaikan.. na’uzubillahi min zalik…!!!
RENUNG2KANLAH...


>>>>>>>>>>>>>>> sambung ceramah di Surau an-Nur Bangi..


Apa ussaha kita untuk Islam? Hendaklah belajar ilmu dan amalkannya. Lihat surah al Jumuah ayat ke 5 yg bermaksud:

Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”

Sedikit perkongsian dari sahabat ana:

Sebenarnya, syiah leibh bahaya dri zionis upernyer...tak sangke sheikh Ali al-sobuni tidak blik ke Syria slame 35 tahun... MasyaALLAH hebat sungguh ulama'2 syria mempertahankn akidah..kerajaan tidak membenarkn balik krana sheikh membawa kalimah Laila HaIllallah...moga pejuang2 agama yg mempertahankn akidah dan fahaman mereka sntiase mendapat pertolongan Allah s.w.t...ape yg dinasihatkn sheikh Ali al-Sobuni perlunyer ade ilmu seiring dgn taqwa...klu ade ilmu tp takde taqwa ibarat sperti donkey...izan, ilmu,iman,amal dan taqwa perlu ade pada setiap bergelar muslim...sheikh juga ade menyebut utk menjadi pewaris nabi s.a.w hendaklah menjadi org yg berilmu sperti Imam al- Nawawi dan para sahabat2 yg lain yg mana mereka telah merantau jauh smata2 utk menjadi org yg faqih dan alim dalam ilmu..tabarakallah...


1 kisah yg diceritkn sheikh berkaitan ilmu... Abu Hurairah telah masuk dlm 1 pasar dan berkate..."wahai manusia nape kamu cbuk brniaga, nape tak pegi ke masjid krana Nabi s.a.w sedang mmbahagikan harta pninggalan di masjid...para peniaga sumenyer meluru ke masjid krana tak sabar hendak mendapatkn harta tersebut..tapi mereka berasa marah dan mengatakn Abu Hurairah seorg pembohong krana tiada ape2 terdapat di masjid melainkn org2 sedang membace Al-Quran, berkumpul dlm majlis ilmu, tadarus...Abu Hurairah mengatakan sume yg brlaku dlm masjid itu adalah ilmu...maka ilmu2 itulah harta spninggalan yg wajib kite mencarinyer..wallahu a'lam.. 

gambaran di surau an-NUR Bangi, moga umat Islam bersatu!

kehadiran memenuhi juga ruangan luar surau 


 *JOM SHARE SGALA MAKLUMAT tentang SYRIA, like page fb @syiria Care 




                            http://www.facebook.com/Malaysia.Syria

Ahad, 16 Disember 2012

Renunglah Sendirian...

Jikala berseorangan..  seperti tiada kemanisan kehidupan…
Hari- hari yang berlalu.. Hanya mengikuti rutin harian…
Melihat makhluk,  tanpa makna.. Melihat alam, tanpa rasa…

Tetapi sebenarnya.. Hidup ini penuh dikelilingi dengan semangat…
Semangat yang membolehkan kita tersenyum… (^_^)
Yang membuatkan kita bahagia... ~__^v

Lihatlah alam.. Tetap tegar membesar dan kuat…
Walaupun tidak jelas perjalanan tumbuhan.. Tidak faham kehidupan haiwan..
Namun, pastinya ada yang membantu…

Mestilah Dia Yang Maha Kasih dan Sempurna..
Mengatur alam dengan hikmahnya… Sama juga buat hamba-Nya..

Maka, diberi-Nya berseorangan agar dapat merasakan kehadiran-Nya..
Bukan mudah untuk selalu merasakan bersama Dia…

Baiknya, berseorangan itu untuk beruzlah seketika……….

Kadang-kadang.. Terasa berseorangan itu pahit,
Tapi sebenarnya hikmahnya tersirat..

Kadang, rasa hati itu sunyi…
Tapi lupa untuk dimanfaatkan... 

Kadang, terdetik kata tidak mampu…
Tapi sebenarnya belum cuba untuk bertindak..

Kadang, perlukan seseorang untuk kuat…
Tapi sebenarnya terlalu bergantung...

Kadang, macam-macam nak diluahkan..
Tapi, lupa ada Dia yang selalu tahu dan dengar..

Itulah sifat maknusiawi yang kerdil.. Yang fitrahnya memang memerlukan DIA..
Ya Allah.. Apapun yangg dihadapi moga dapat terus tabah, kuat! Mengingati- Mu aamiin..

Sungguh! Indahnya jika Hidup bertuhan……. Syukur, ya Rabb T_T

Rabu, 12 Disember 2012

Falsafah Moden: Diskusi Keenam

Bagaimana Spinoza menghubungkaitkan 'mind' dan 'body' yang dikemukakan oleh Descartes dalam teori Dualismenya?

Maksud kehendak soalan yang saya faham iaitu bagaimana pendapat Spinoza terhadap hubungan minda dan jasad? Lihat kembali kepada pemikiran Descrates, beliau telah mengatakan bahawa minda dan jasad itu berbeza hakikatnya (konsep). 

Diteruskan idea Descrates ini oleh Tokoh Spinoza dengan menerangkan bahawa minda (fikiran/akal) itu ada kaitannya dengan jasad (anggota badan). 

Spinoza mengatakan hukumnya mengikut teori alam, iaitu semulajadinya anggota akan bertindak mengikut arahan akal, iaitu (selari). Contohnya, jika akal berfikir lapar, hendak makan, maka anggota akan berusaha untuk makan (tangan ambil makanan suap kat mulut). 

Mustahil jika anggota badan buat sesuatu tanpa arahan akal, seperti: tidak lapar, tidak mahu makan tapi tiba2 tangan suap makanan pada mulut? Maka, di sini jelas terdapat hubungan minda dan jasad yang berkaitan. (mesti selari niat dan tindakan)

Tambahan lagi, menurut Spinoza, minda ini mempunyai zat yang lebih istimewa dari badan sebab akal itu unik yang mana fikiran itu suatu yang sabjektif (akal manusia lain2/ badan manusia hampir sama). 

Tetapi, tidak semua pengetahuan akal boleh kecapi melainkan dengan bantuan anggota badan. Maknanya dah guna konsep (sensasi=pancaindera), oleh itu hubungan akal dan anggota saling lengkap- melengkapi untuk capai makrifah (menggambarkan seluruh alam), ianya tak boleh dipisahkan.

Walaupun begitu, minda dan jasad ini adalah sifat, yang mana kedua-duanya ini dari zat yang satu. Apa itu zat (substance)? adalah dari Pencipta (Tuhan..) maka mereka mengaitkannya dengan ketuhanan:

Sentuh mengenai teori ketuhanan oleh Descrates, melihat 2 teori iaitu "res cogitans"= Tuhan dengan jiwa manusia dan "res  extensa"= Alam dengan badan manusia. Manakala teori ketuhanan oleh Spinoza mengatakan kedua-dua sifat ini adalah (satu/tunggal) iaitu digabungkan semuanya dari zat yg satu iaitu Tuhan.

Beza di sini, Descrates membincangkan dari bawah mengenai jiwa, manusia, dan barulah jumpa konsep Tuhan.. Manakala Spinoza terus dapat tangkap konsep Tuhan itu iaitu Tuhan berada di mana2.. (All is one) semua adalah dari yg satu (dr Tuhan)= wehdatul wujud. Natura naturans ---> natura naturata. 

Konsep Spinoza seperti ilmu tasauf yang tinggi dimana melihat semua makhluk adalah dari Tuhan.. (yg mencipta). Termasuk juga seperti konsep limpahan al-Farabi. 

*Kagum dengan pemikiran ahli falsafah yg cube mncari hakikat sesuatu..
maaf jika jawapan saya tiada kaitan, mungkin hanya pendapat. Wallahu 'alam.

Sabtu, 8 Disember 2012

Beztnye Dengar.. JOM! ^_^



Penceramah Ustaz Wan Sohor Bani Leman menerangkan tajuk ceramah ini terlalu luas, maksudnya mendalam. Beliau menjelaskan bahawa kalimah mujahadah itu, ((مجاهدة yang terdapat huruf alif menunjukkan keterlaluan. Maksudnya, keterlaluan  membersihkan hati, adakah kita mampu?


Contoh ideology: seperti seseorang yang ingin memakai baju. Berbeza dengan cara mereka sama ada, ada yang akan memakai baju yang sudah digunakannnya baju tersebut dan ingin memakainya semula dengan hanya menggosok bahagian yang berkedut, atau ada yang menggosok kembali semua bahagian baju atau ada yang mengambil baju baru untuk dipakai dan digosok… Beza kan? Dari segi mana yang rajin, yang bersungguh-sungguh.


Maksudnya, mujahadah ini adalah suatu yang melampau dan berterusan. Rasulullah s.a.w bersabda: “amalan yang disukai Allah s.w.t adalah amalan yang berterusan walaupun ianya sedikit”, kerana amalan yang berterusan itu adalah amalan yang istiqamah.


Seterusnya, penceramah menerangkan tentang Nafs iaitu hati. Takrif dari buku Ibnu Qudamah (Minhaj ‘Abidin) mengatakan bahawa ianya ada kaitan mengenai kejujuran. Apakah hakikat kejujuran? Ianya boleh terhadap Allah s.w.t, pada manusia, pada diri.. Yang mana tidak mudah diketahui keadaan di dalam hati seseorang bagaimana..


Menurut penceramah, Jika memahami sifat 20 (sifat-sifat Tuhan) ramai yang akan menjadi mujahidin kerana akan sentiasa beramal menuju kepada Allah s.w.t iaitu akan mengikut sifat-sifat seperti Ihklas, jujur, amanah dan sebagainya.
 

Kebanyakan orang bernazar menetapkan syarat kepada Tuhan. Contohnya kata-kata: “jika aku berjaya akan aku bersedekah kerana Allah”. Sebenarnya bukanlah dengan meletakkan syarat kepada Tuhan, tetapi hendaklah mengusahakannya dahulu. Bagaimana makhluk boleh menetapkan syarat pada Allah?


Lakukanlah sebegini: “ya Allah.. berkat dengan sumbangan sedekahku ini.. kau permudahkanlah untukku berjaya..”. Itulah yang dimaksudkan usaha dahulu baru bertawakal. Buat dahulu baru minta dan berharap..

Kebiasaannya kita lebih bermuhasabah dari bermujahadah. Muhasabah kita selalu menilai.. Daripada kita terus berusaha untuk jauh yang buruk dari laksanakan yang baik.. Muhasabah mudah dibuat, tetapi mujahadah sudah buat ke bersungguh-sungguh?

Melihat konsep an- Nafs di sini, ianya memperuntukkan ruang. Iaitu untuk menolak musuh-musuh ?( syaitan, nafsu dan orang mungkin yang hasad dan dengki)

Cara syaitan menyesatkan kita adalah melalui nafsu, orang kafir, orang mukmin yang ada sifat munafiq.

Contohnya, waktu subuh syaitan akan sedaya upaya melekakan manusia agar lalai tak bangun solat subuh. Syaitan akan mengikat di belakang tengkuk manusia agar susah bangun dan terus lena..

Tetapi, jika kita ada semangat mujahadah.. Kita akan mampu lawan dugaan syaitan tersebut dengan yakin kepada pertolongan Allah s.w.t. Berusahalah dengan membaca doa sebelum tidur:

“ya Allah ya Tuhanku, aku mahu bangun pagi untuk solat subuh.. sedarkanlah aku ya Allah..”. tapi perlu usaha juga dengan membuat set pada jam dikunci alarm loceng jam. Insya Allah.. pasti berhasil!

Sesungguhnya, Allah tidak benarkan kejayaan jika melainkan berjuang dengan bersungguh-sungguh.. Allah jadikan diri manusia itu sempurna, serta semuanya ada nafsu.. Namun, nafsu itu boleh dikawal. Nafsu juga mampu membawa kebaikan.. Apabila kita bersederhana dalam stiap keinginan, maknanya tidak terlalu terlampau menuruti nafsu.. Tapi perlulah berhati-hati.. Kerana atas TAQWA kepada Allah s.w.t.. Ingatlah, Taqwa adalah nilaian yang tertinggi sekali bagi hamba-Nya.

Rasulullah s.a.w ada menanyakan kepada sahabat:

“ Apakah tali iman yang paling kukuh?  Sahabat menjawab;solat. Rasulullah kata benar, tapi ada lagi yg lebih kukuh. Sahabat jawap zakat, Rasulullah kata itu juga benar tapi masih ada lagi yg lebih baik. Sahabat kata puasa, Rasulullah jawab betul, tapi masih bukan. Sahabat jawap Haji. Rasulullah jawap haji juga baik tapi masih belum kukuh. Sahabat jawap Jihad fi Sabilillah, Rasulullah diam dan menjawab ianya bukan juga…."

Para sahabat ternanti-nanti jawapan dari Rasulullah lalu baginda jawab bahawa ianya adalah perasaan benci dan cinta semata kerana Allah s.w.t.

Maksudnya,  Jika semuanya didasari dengan Kecintaan kepada Allah s.w.t adalah melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, semuanya keranan Lillahi Taala. Itulah merupakan tali iman yang paling kukuh. Jika sesuatu itu tidak didasari dengan Lillahi Taala, maka ia masih tidak kukuh, malah goyah dan tunggu masa untuk musnah. (penerangan dr sahabat ana)

Wallahu ‘alam.. Sungguh majlis ilmu melata di bumi Tuhan ini, terpulang pada Hamba-Nya menggunakan qudrat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.. Sama-samalah kita terus mencari bagi membekalkan diri dengan pelbagai ilmu Allah s.w.t…

Insya Allah.. Nur Qolbi akan datang lagi. Jadilah kita golongan yang dipermudahkan jalan ke syurga dengan menuntut ilmu serta akrab ke Rumah Allah s.w.t.. Aamiin.
"Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali" ~Hadis Riwayat At Tirmizi~

~ perkongsian yg lain~