Mohon sebanyak-banyak kemaafan jika ada yang membaca membuat
penilaian pada diri. peringatan sekali lagi, bahawa kata-kata di blog tulisanku
adalah kata-kata untuk memperingatiku (diriku sendiri) di samping menggunakan
pendekatan dakwah, perkongsian jiwa ini terhadap jiwa yang lain, dan
kadang-kadang situasi dan watak dalam penulisan adalah di tuju pada diri
sendiri yang mudah berubah-rubah mengikut suasana, cuma ingin dikongsi, jika
salah mainan hati ini sila diperbetulkan, moga Allah beri petunjuk dan keampunan...
Ampun maaf andai disakiti dari tulisan makhluk-Nya lagi
jahil........... :( sungguh bersangka buruk itu dicegah dalam Islam, moga sama-sama berhati
mulia...Aamiin..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Merenung kembali, perjalan penulisan blog nampaknya berubah
juga. Tujuan ingin menulis tentang Tuhan bertukar kepada kata-kata hati yang
ingin dikongsi, pengalaman atau pandangan. Ermm risau juga kata-kata sebegini
lahir dari nafsu tanpa pertimbangan yang betul =_=’.
Tapi semangat untuk menulis telah menjadi hobi.. perkara-perkara
yang bermain di fikiran suka direnungkan. Moga ianya ada kaitan dengan iman dan
amal, memikirkan tentang dunia dan dikaitkan dengan akhirat, Insha Allah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Perjalanan hidup di dunia diteruskan..
Merenung hakikat kejadian diri, mengenali diri, mengenal
Rasulullah s.a.w seterusnya baginda sebagai perantaraan mengenal Allah s.w.t.
Bersyukurlah jika diberi jalan ke arah-Nya dalam pengetahuan Makrifatullah.
Sebagaimana konsep ahli sufi yang selalu ingin mencari dekat
dengan Allah s.w.t, lalu berusaha pelbagai jalan (suluk) yang bermaksud
bergerak. Seperti di dalam buku “Hidayatus Salikin” karangan Imam al-Ghazali
iaitu PETUNJUK JALAN menuju bahagia hakiki kepada Allah s.w.t. dengan pelbagai
makam (peringkat ).
"Selepas para arifin (yang mengetahui hakikat Tuhan) telah
sampai kefahaman, jadi apa pula peringkat pergerakan mereka seterusnya"? Tanya seorang
murid kepada gurunya.
Lalu gurunya menjawab; “mengharap pergerakannya (amalan) mendapat
AL-QABUL WAL AL- REDHA” agar amalan diterima Allah s.w.t dan reda segalanya
kerana Allah s.w.t, untuk berkat dari-Nya.
Tak heranlah para
sufi (orang yang sentiasa membersihkan hatinya) menjaga diri dalam setiap
amalan mereka. Jadi tidak mahukah kita mencontohi mereka?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jika direnungkan, diri mungkin jauh dari jalan Tuhan. Membandingkan
mereka yang selalu ingin bahagia bersama Tuhan, pelbagai makam ditempuhi. Jalan
dari makam zuhud, taubat, sabar, reda, ihklas, takut, pengharapan pada Allah
s.w.t dan banyak lagi...
Jalan apakah diri telah tempuh? Kalau jalan zuhud, sungguh
diri ini terlalu banyak keinginan yang ingin dicapai, citarasa hati terhadap
dunia ini masih tinggi. Adakah jalan taubat..? Yang diri selalu berulang-ulang
melakukan kesalahan kecil atau besar tanpa disedari.
Adakah jalan sabar? Yang diri selalu mengeluh, merungut di
setiap ketentuan-Nya.. Adakah jalan reda atau ihklas? Yang diri sentiasa rasa
terbeban dengan sesuatu... Allah..ya Allah... rendahnya diri ini di sisi-Mu.
Merenung mereka yang sehingga telah menjadi kekasih-MU,
para-para pengislah diri yang menjaga hubungan dengan-Mu telah mendapat
REDA-MU... Bagaimana amalan diri ini adakah hanya menjadi pegangan hidup yang
selalu disebut-sebut...ATAU di dalam kertas borang yang perlu diisi tentang
prinsip hidup...
Bila ditanya, maka menjawab: “matlamat hidupku adalah untuk
mendapat Reda Allah!, Untuk mati khusnul Khotimah di jalan-NYA!, untuk mendapat cinta Allah!
Untuk mendapat bahagia yang hakiki! Mati dan hidup kerana-NYA! ”. Namun bagaimana
tanpa usaha yang benar lagi bersungguh...? T_T’
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
PERKONGSIAN DARI TESISKU
Bertajukkan " konsep al-Khauf wal al- raja di sisi Tuhan" (bukan
tajuk yg penuh) ketika diploma dahulu. Mulanya ingin mengkaji tentang ke semua
peringkat as-Sufi yang amat diminati, namun penyeliaku menyuruh agar tajuk
lebih fokus terhadpat 1 atau 2 makam sahaja, lalu beliau memilihkan khauf
(takut) dan raja’ (pengharapan) buatku.
Memang benar, perasaan TAKUT dan PENGHARAPAN PADA ALLAH adalah amat penting sekali. Mengkaji apabila
untuk mencapai tahap takut dan pengharapan pada Allah ini rupanya ada pelbagai
cabang jalannya, ada pelbagai kaedah caranya, ada hikmah dikaitkan dengan dua
makam ini...
Manusia memang perlu ada rasa takut dengan Allah s.w.t
kerana Allah berhak segalanya atas kita. Allah Maha kuasa! Allah Maha Hebat!
Maha melakukan atas apa sahaja.. sama ada baik atau buruk, sama ada nikmat atau
musibah...
Allah hebat dalam menyediakan balasan dan azab-Nya! Allah
menciptakan keadaan NERAKA yang begitu dahsyat sekali! Jadi tidak gerunkah kita
terhadap Allah s.w.t? masih tidak takutkah kita dengan kemurkaan Allah s.w.t?
Namun perasaan takut ini juga perlu dipujuk dengan perasaaan
PENGHARAPAN pada Allah s.w.t... Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Allah akan bersama mereka yang menjaga hak Allah dengan baik.. pelbagai rahmat
Allah telah dikurniakan pada manusia... Cuma manusia sendiri perlu memilih
untuk mendapat murka atau reda Allah atas amalannya...
Jika hanya ada perasaan takut, dikhuatiri bahawa keyakinan
terhadap rahmat Allah itu tiada... maka yakinlah dengan selalu berharap pada
Allah... Bila takut pada Allah hendaklah
sentiasa memohon keampunannya, sentiasa bergantung pada Allah selalu dalam
segala urusanmu, sentiasa yakin akan adanya pertolongan Allah atas jalan
kebaikan...
Sesungguhnya Allah telah memberikan jalan yang luas terhadap
hambanya, akal fikiran yang waras lagi sempurna, sehingga mampu membezakan baik
dan buruk sesuatu perkara, maka pergunalah sebaiknya dan berfikirlah secara
berhati-hati...
Kini, pendekatan as-sufi itu sukar untuk diperingatkan,
jarang di amalkan... Malah banyak pula pendekatan AL-LIBERAL diperagungkan...
diri pun sudah tidak faham dengan dunia, sudah begitu takut hidup di dunia ini,
orang-orang yang ingin dijadikan contoh tauladan sukar diketemui kini.. Apabila
melihatkan banyak yang meringankan agama, atas kecuaian sendiri. Hmm.. =_=’
Hati juga mampu membuat keputusan, maka penilaian hati juga
amat penting. Apabila dirasakan resah atau tidak tenang (tak sedap hati) maka
renungilah kembali amalan yang dilakukan... ini adalah pesanan para ulama, ana
lupa dari mana. Wallahu ‘alam... Ingatan buat diri..
Sungguh, penilaian Allah juga dari hatimu... yang menentukan
baik dan buruk, yang akan mempengaruhi amalanmu... maka bertafakkurlah dengan
baik... adakah hati berkehendak kepada Allah atau sebaliknya...?
Berdoalah selalu..... “ Wahai Allah yang memperbolak
balikkan hati ini, maka tetapkanlah hati ini di jalan agama-Mu dan ketaatan
kepada-Mu” Allahumma aamiin~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan