Sedikit sebanyak ana mengambil biografinya di
blog ini:
http://pondokhabib.wordpress.com/2009/09/23/biografi-sheikh-muhammad-nuruddin-marbu-abdullah-al-banjari/
Penulis : Ustaz Abu Zahrah
BIOGRAFI RINGKAS AL-FADHIL AL-WALID SHEIKH
MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI
al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin
Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan
Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada
tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari
sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti
Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan
Selatan.
Berhijrah ke Tanah Suci Makkah
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah
di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren
Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut
seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu
juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah [sejarah
penubuhan madrasah ini boleh didapati disini] sehingga tahun 1982. Selain itu
beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga
dirumah para masyaikh.
Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan
pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di
samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari
Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu’in,
‘Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas ‘Aliyah.
Beliau merupakan murid kesayangan gurunya
asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه
الله . Dan guru inilah yang
banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan
waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani
Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam
baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
[Ketika aku di Bogor untuk menghadiri pengajian
bersama Shaikh Nuruddin, beliau kelihatan agak sebak bila menceritakan guru
kesayangannya ini. Matanya merah berair …. ya… mengingati guru kesayangannya
ini. Beliau juga menunjuk gambar gurunya yang mulia ini kepada aku …..]
Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya
serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri
dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak
hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja
ulama’ yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka.
Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama’ yang harum nama mereka disebut orang
semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama’,
Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul
Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar
al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin),
Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin
Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah
arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung
sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur
beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau
dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.
Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan
pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga
mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di
Ma’had ‘Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am
“Dirasat ‘Ulya” pada tahun 1990
Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah dan
Mesir adalah adalah:-
asy-Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله,
asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
asy-Syaikh al ‘Alaamah al-Jalil as-Sayyid ‘Amos رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله dan ramai lagi.
asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله,
asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
asy-Syaikh al ‘Alaamah al-Jalil as-Sayyid ‘Amos رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله dan ramai lagi.
MENABUR JASA & MENYANDANG GELAR AZHARUS TSANI
Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar
beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para
pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura
dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat
gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus
dari masyarakat universiti al Azhar sendiri.
Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi
nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998
yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah
pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga
di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga
menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak
tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan
setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana
pernah menimba ilmu dari tokoh ulama’ muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal
keterlibatannya dalam dunia ta’lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk
terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga
Allah Ta’ala mengurniakan kesihatan dan ke’afiaatan kepada beliau serta
keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus
mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah.
Perkongsian dari mendengar peringatan beliau
Pertamanya, sheikh menerangkan golongan yang
diutamakan. Pertama umara’ (pemimpin), kedua ulama’, ketiga dikalangan atlit
dan keempat orang seniman.
Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman,
tetapi kini mana pengikutnya? Sepatutnya ilmu itu harus didatangi (dicari)
bukan menunggu didatangi padanya.
Seperti Imam Malik menegur pemerintah Harun
Rasyid yang ingin menuntut ilmu, bukan meminta Imam Malik yang datang tetapi
hendaklah berjumpa dengan Imam Malik sendiri.
Bezanya kini, golongan bangsawan diagung-agungkan
dihormati lebih dari pemberi ilmu itu sendiri. Contohnya, jika ada VIP maka
kerusinya berbeza di tempat khas lagi selesa, sedangkan ulama hanya duduk di
bawah.
Perbualan masyarakat dahulu adalah banyak
mengenai agama dan amalan. “ bagaimana hafalan kamu?, bagaimana tahajud kamu?”
Nah, tapi hari ini perbualannya yang diminati
nafsu sahaja, tentang permainan bola yang lebih banyak dibicarakan.
Sheikh berkata, “ bagaimana tidak cemburui orang
yang lebih mengagungkan bola dari ilmu agama?”, kitab tidak dihormati, di
bawah-bawah lantai, sedangkan yang menulisnya adalah para guru yang mulia.
Tambah sheikh lagi, “ walaupun tidak sujud pada
makhlukNya, tapi hakikatnya telah sujud, kerana kecenderungan yang lebih kuat
sehingga mengagung-agungkan perkara tersebut” Jadi usah ditanya kenapa bila solat tidak
khusyuk,? Bila zikir hati tidak tenang,?
Gambaran kepada golongan Syiah yang dilaknat
kerana telah menghina orang yang mulia, contoh ibadat mereka, tidak sah
sembahyang apabila tidak melaknat Saidina Abu Bakar r.a.
Sambung Sheikh lagi, “apabila politik
ditinggikan, maka ulama akan dipandang rendah”, penafsirannya adalah kerana
jika ulama bertanding jua, mungkin mereka akan dipandang rendah oleh yang lain,
malah akan bermusuhan di atas persaingan. Maka dimana pernghormatannya?
Sheikh
menerangkan lagi, orang faqih berbeza dengan orang alim. Seorang yang
faqih lebih baik daripada beribu orang yang alim. Kerana orang faqih itu
berilmu dan mengamalkan ilmunya, berbanding orang alim yang hanya ada ilmu tapi
tidak digunakan.
Sheikh memberikan contoh, jika si anak mendapati
ibunya mengadu sakit, si alim mungkin akan menasihatinya, memahaminya dengan
menyuruh besabar, manakala si faqih pula akan bertindak membeli ubat untuk
ibunya, membawa ibunya ke hospital, menjaga sebaiknya ibunya.
Memang ia memberi kesan pada diri sama ada kini
adakah hanya ada ilmu atau dimanfaatkan? Maka pilihlah mahu jadi alim atau
faqih?
Diceritakan lagi, didapati muridnya pada seorang
gurunya, seorang ulama (tak sempat salin nama ulama) telah bangun dan duduk dan
bangun lagi kemudian duduk beberapa kali. Kehairanannya lalu bertanya, kenapa
wahai guruku begitu?
Jawab gurunya, “sesungguhnya aku telah melihat
anak guruku berada di sana, lalu aku bangun memberi penghormatan, duduk dan
seterusnya”
Fahamlah di sini, bahawa golongan terdahulu amat
menghormati guru-guru mereka, mereka menjaga sehingga tidak berani melunjurkan
kaki ke arah rumah guru mereka sedangkan jarak rumahnya jauh berbatu dari rumah
gurunya.
Allahu Akhbar, sungguh tinggi akhlak mereka
terdahulu, sukar diamalkan kini. Jika dibezakan sekarang, para pelajar mungkin
cuai menjaga adab terhadap guru. Contohnya apabila kuliah tidak bersungguh
mendengar, duduk jauh-jauh tidak dihadapan. Peringatan diriku yang selalu
lupa =_=’
Sheikh ketika berceramah sempat menegur ikhwah
akhawah, “ana yakin di sisi anda semua terdapat handphone, dan ana yakin
handphone itu tidak dimatikan, mungkin hanya disilentkan”
“lihatlah bagaimana hati tidak sepenuh mahu
diberikan untuk mendengar majlis ilmu ini, diberi peluang urusan dunia untuk
menganggu” mungkin jika handphone itu berbunyi, anda akan menjawabnya, tidak
hirau majlis yang sedang berlangsung”. erm.. memang susah untuk menjadi yang sedemikian
=_=?
“ lihat, ana baru bersama kalian dalam seketika,
tetapi sudah terdapat beberapa ikhwah yang telah keluar majlis, ana yang diberi
kesempatan dua jam lebih ini bersama kalian sudah tidak dapat menjaga peluang
ini, bagaimana pula guru-guru kamu yang sama bertahun-tahun kamu menghadap?” kami
ada urusan sheikh.... ada kuliah.. =_=’
“Nilai agama sekarang sudah lusuh, lihatlah
apabila padang bola lebih dihormati daripada masjid, jika mengagungkan sanjung
pemain yang memakai seluar pendek, maka di mana tahap keilmuannya?”
Teringat diri dari kata seorang sahabat, beliau
kata ianya dari hadis, wallahu ‘alam yang berbunyi; “ permainan bola sepak itu
diibaratkan menendang kepala orang-orang Islam”, diumpakan sebegitu kerana
agenda Yahudi terhadap manusia untuk mengagungkan sukan supaya leka dan lalai”
Hmm.. bila didapati, para pencinta Islam juga
minat bola.. Siap penyokong Arsenal, Macester upss tak tau eja... memanglah dah
minat, tapi hendaklah beringat tidak perlu mengagungkannya, jika bangun pagi
semata ingin menonton perlawan bola namun tahajud ditinggalkan, adalah
kelalaian... moga para bakal imam kelak tidak begitu, aamiin~
Sheikh mengingatkan lagi, “Allah telah berfirman
sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan umatnya
mengubah nasibnya sendiri”
Contohnya lagi, “lihatlah peperangan Badar, hanya
313 tentera Islam tanpa peralatan yang canggih berbanding tentera musuh
beribu-ribu siap kelengkapan yang canggih, namun Allah mendatagkan
pertolongan-Nya kerana KETAQWAAN dan KEIMANAN yang tinggi hambanya tika itu”
Dapatlah pengajaran bahawa pertolongan Allah akan
datang jika kita juga menjaga urusan-Nya, Dia akan membantu kita, akan
menunjukkan jalan, lapang dada, ketenangan, dan segala macam hikmah... jadi,
mari kita agungkan Allah s.w.t.. Alhamdulillah, bertambah cinta lagi................
“Ulama waris para Anbiaya” jadikan mereka panduan
pula, syafaat orang yang berada di sisinya kelak, aamiin~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan