~Yang Budiman~

Sabtu, 8 Disember 2012

Beztnye Dengar.. JOM! ^_^



Penceramah Ustaz Wan Sohor Bani Leman menerangkan tajuk ceramah ini terlalu luas, maksudnya mendalam. Beliau menjelaskan bahawa kalimah mujahadah itu, ((مجاهدة yang terdapat huruf alif menunjukkan keterlaluan. Maksudnya, keterlaluan  membersihkan hati, adakah kita mampu?


Contoh ideology: seperti seseorang yang ingin memakai baju. Berbeza dengan cara mereka sama ada, ada yang akan memakai baju yang sudah digunakannnya baju tersebut dan ingin memakainya semula dengan hanya menggosok bahagian yang berkedut, atau ada yang menggosok kembali semua bahagian baju atau ada yang mengambil baju baru untuk dipakai dan digosok… Beza kan? Dari segi mana yang rajin, yang bersungguh-sungguh.


Maksudnya, mujahadah ini adalah suatu yang melampau dan berterusan. Rasulullah s.a.w bersabda: “amalan yang disukai Allah s.w.t adalah amalan yang berterusan walaupun ianya sedikit”, kerana amalan yang berterusan itu adalah amalan yang istiqamah.


Seterusnya, penceramah menerangkan tentang Nafs iaitu hati. Takrif dari buku Ibnu Qudamah (Minhaj ‘Abidin) mengatakan bahawa ianya ada kaitan mengenai kejujuran. Apakah hakikat kejujuran? Ianya boleh terhadap Allah s.w.t, pada manusia, pada diri.. Yang mana tidak mudah diketahui keadaan di dalam hati seseorang bagaimana..


Menurut penceramah, Jika memahami sifat 20 (sifat-sifat Tuhan) ramai yang akan menjadi mujahidin kerana akan sentiasa beramal menuju kepada Allah s.w.t iaitu akan mengikut sifat-sifat seperti Ihklas, jujur, amanah dan sebagainya.
 

Kebanyakan orang bernazar menetapkan syarat kepada Tuhan. Contohnya kata-kata: “jika aku berjaya akan aku bersedekah kerana Allah”. Sebenarnya bukanlah dengan meletakkan syarat kepada Tuhan, tetapi hendaklah mengusahakannya dahulu. Bagaimana makhluk boleh menetapkan syarat pada Allah?


Lakukanlah sebegini: “ya Allah.. berkat dengan sumbangan sedekahku ini.. kau permudahkanlah untukku berjaya..”. Itulah yang dimaksudkan usaha dahulu baru bertawakal. Buat dahulu baru minta dan berharap..

Kebiasaannya kita lebih bermuhasabah dari bermujahadah. Muhasabah kita selalu menilai.. Daripada kita terus berusaha untuk jauh yang buruk dari laksanakan yang baik.. Muhasabah mudah dibuat, tetapi mujahadah sudah buat ke bersungguh-sungguh?

Melihat konsep an- Nafs di sini, ianya memperuntukkan ruang. Iaitu untuk menolak musuh-musuh ?( syaitan, nafsu dan orang mungkin yang hasad dan dengki)

Cara syaitan menyesatkan kita adalah melalui nafsu, orang kafir, orang mukmin yang ada sifat munafiq.

Contohnya, waktu subuh syaitan akan sedaya upaya melekakan manusia agar lalai tak bangun solat subuh. Syaitan akan mengikat di belakang tengkuk manusia agar susah bangun dan terus lena..

Tetapi, jika kita ada semangat mujahadah.. Kita akan mampu lawan dugaan syaitan tersebut dengan yakin kepada pertolongan Allah s.w.t. Berusahalah dengan membaca doa sebelum tidur:

“ya Allah ya Tuhanku, aku mahu bangun pagi untuk solat subuh.. sedarkanlah aku ya Allah..”. tapi perlu usaha juga dengan membuat set pada jam dikunci alarm loceng jam. Insya Allah.. pasti berhasil!

Sesungguhnya, Allah tidak benarkan kejayaan jika melainkan berjuang dengan bersungguh-sungguh.. Allah jadikan diri manusia itu sempurna, serta semuanya ada nafsu.. Namun, nafsu itu boleh dikawal. Nafsu juga mampu membawa kebaikan.. Apabila kita bersederhana dalam stiap keinginan, maknanya tidak terlalu terlampau menuruti nafsu.. Tapi perlulah berhati-hati.. Kerana atas TAQWA kepada Allah s.w.t.. Ingatlah, Taqwa adalah nilaian yang tertinggi sekali bagi hamba-Nya.

Rasulullah s.a.w ada menanyakan kepada sahabat:

“ Apakah tali iman yang paling kukuh?  Sahabat menjawab;solat. Rasulullah kata benar, tapi ada lagi yg lebih kukuh. Sahabat jawap zakat, Rasulullah kata itu juga benar tapi masih ada lagi yg lebih baik. Sahabat kata puasa, Rasulullah jawab betul, tapi masih bukan. Sahabat jawap Haji. Rasulullah jawap haji juga baik tapi masih belum kukuh. Sahabat jawap Jihad fi Sabilillah, Rasulullah diam dan menjawab ianya bukan juga…."

Para sahabat ternanti-nanti jawapan dari Rasulullah lalu baginda jawab bahawa ianya adalah perasaan benci dan cinta semata kerana Allah s.w.t.

Maksudnya,  Jika semuanya didasari dengan Kecintaan kepada Allah s.w.t adalah melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, semuanya keranan Lillahi Taala. Itulah merupakan tali iman yang paling kukuh. Jika sesuatu itu tidak didasari dengan Lillahi Taala, maka ia masih tidak kukuh, malah goyah dan tunggu masa untuk musnah. (penerangan dr sahabat ana)

Wallahu ‘alam.. Sungguh majlis ilmu melata di bumi Tuhan ini, terpulang pada Hamba-Nya menggunakan qudrat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.. Sama-samalah kita terus mencari bagi membekalkan diri dengan pelbagai ilmu Allah s.w.t…

Insya Allah.. Nur Qolbi akan datang lagi. Jadilah kita golongan yang dipermudahkan jalan ke syurga dengan menuntut ilmu serta akrab ke Rumah Allah s.w.t.. Aamiin.
"Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali" ~Hadis Riwayat At Tirmizi~

Khamis, 6 Disember 2012

Falsafah Moden: Diskusi Keempat

Bincangkan Konsep 'Doubt' oleh Rene Descartes. 

Sebagaimana yang dipelajari sebelum memasuki zaman modern, terdapatnya zaman Renaissance iaitu kebangkitan ahli2 falsafah untuk memperkembangkan keintelektualan mereka. Ahli falsafah bangkit bagi menolak kekuasaan gereja yang bersumberkan wahyu  yang tidak memberi bukti kebenaran yang jelas dan nyata.

Maka, muncullah salah seorang tokoh yang menggunakan falsafah Rasionalisme iaitu Rene Descrates yang menggunakan ‘akal’ sebagai sumber ilmu berbanding menggunakan wahyu (bible).

Kaedah Descrates dengan menggunakan sumber akal adalah dengan konsep ‘doubt’ iaitu meragukan sesuatu untuk mencari kebenaran. Kenapa Descrates memulakan dengan konsep ragu? Sebab beliau ragu dengan pendekatan agama Kristian (Bible) yang menggunakan pendekatan pengalaman spirit atau pancaindera yang bersalahan dengan kajian logik ‘akal’ oleh ahli falsafah.

Descrates memberi contoh terhadap pengalaman illusi dan mimpi, adakah boleh dibuktikan benar? Beliau mempersoalkan adakah benar bible dari Tuhan yang benar? Jika Tuhan itu tidak benar, maka isi kandungan bible itu pastinya juga tidak benar, yang boleh menipudayakan manusia.

Oleh itu, Descrates ingin mencari kebenaran kewujudan Tuhan itu melalui peringkat bawah iaitu dengan cara beliau berfikir, tanpa disedari proses beliau berfikir telah membawanya mendapat jawapan dengan istilah Latin, “cogito ergo sum” yang bermaksud:

 

“Aku berfikir, maka aku ada”. Apabila aku berfikir, maka sesuatu yang berfikir itu (aku) mestilah wujud, dan kewujudan aku mestilah ada Pencipta, dan Pencipta itu mestilah Pencipta Yang Maha Sempurna".


Inilah pemikiran ahli falsafah Barat bagi mempertahankan perkembangan intelek dengan membidas sumber yang tidak jelas, agar ilmu falsafah boleh terus berkembang, bukan disekat oleh ahli agama.

Kesimpulannya:

Sumber bible beralih kepada-->sumber akal yang berfikir-->(teori doubt) meragukan sesuatu--> dalam keadaan berfikir-->maka yang berfikir itu wujud--> yang wujud itu pasti ada Penciptanya (Tuhan).

Sebarang pembelajaran Falsafah Moden dari Barat ini hanyalah sebagai ilmu pengetahuan.. Bukan sebagai ikutan dan panduan. Mempelajari ilmu ini adalah untuk mengetahui Falsafah Barat dengan cara mereka berfikir, yang mana baik jadi tauladan, dan yang buruk dijauhkan...

Jangan takut atau memandang negatif pada mata pelajaran falsafah yang menganggap ianya sia-sia dan menyesatkan.. Namun perlu dibentengi dengan pemantapan akidah yang jitu mengikut ajaran Islam berlandaskan sumber al- Quran dan Sunnah.. Insya Allah, tidak akan tersesat.. Asal pasakkan betul-betul tahap keimanan pada agama Allah.. 

*Dengan berfalsafah juga boleh membuktikan kewujudan Tuhan. Wallahu’alam.

Sabtu, 24 November 2012

Mahasiswa Kelas Pertama


Alhamdulillah.. Majlis Ilmu yang bertemakan“Nur Qolbi” yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM diteruskan lagi. Mengupas tajuk “Mahasiswa Kelas Pertama” dengan jemputan penceramah yang  tidak asing lagi iaitu Ustaz Fauzi Mustafa iaitu Pengacara rancangan al-Kuliyyah tv3.

Diketengahkan tajuk Mahasiswa Kelas Pertama adalah bagi memberi pencerahan kepada mahasiswa/wi untuk menjadi mahasiswa yang berwibawa seiring dengan pencapaian akademik dan sahsiah, serta tuntutan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sedikit kupasan daripada penceramah mengenai tajuk tersebut:

 “Mahasiswa kelas pertama adalah mahasiswa yang menjaga hubungannya dengan Tuhan. Siapa yang lebih mengejar akhirat, akan dapat jua kejayaan dunia tetapi sesiapa yang lebih mengejar dunia, akhirat belum tentu berjaya”

Hassan al-Basri telah mendatangkan sebuah kisah:

Di sebuah penempatan, terdapatnya seorang tok guru yang beragama. Telah datang kepadanya seseorang yang mengadukan bahawa ramai orang telah memuja sebuah pokok besar yang dipercayai mempunyai kuasa. Lalu tok guru tersebut berazam untuk menebang pokok tersebut kerana boleh membawa kesyirikan dengan amalan pemujaan tersebut.

 Apabila tok guru sampai di pokok tersebut untuk menebangnya, keluarlah satu lembaga hitam dari pohon tersebut. Lembaga hitam dan tok guru telah bergelut dan Tuhan telah memberi lebih kekuatan kepada tok guru. Lembaga yang lemah tersebut telah menawarkan ganjaran kepada tok guru sekiranya tidak menebang pokok tersebut dengan memberi wang di bawah bantalnya keesokan harinya. Lalu tok guru bersetuju kerana telah berfikir dia akan manfaatkan wang tersebut sebaiknya.

Hari demi hari lembaga hitam itu menepati janjinya dengan menyediakan wang di bawah bantal tok guru, namun suatu hari tok guru mendapati tiada wang di bawah bantalnya. Lalu tok guru berasa marah dan terus membawa kapak untuk menebang pokok tersebut. Situasi yang sama juga dimana tok guru perlu berlawan dengan lembaga hitam tersebut, namun kali ini tok guru telah Berjaya dikalahkan oleh lembaga tersebut.
 
Tok guru berasa heran dengan kelemahannya lalu bertanya bagaimana lembaga itu boleh berjaya mengalahkannya. Lembaga itu menjawab bahawa, dulu tok guru datang dengan niat yang mulia untuk menghapuskan syirik terhadap Allah, namun kali kedua tok guru datang dengan niat yang tidak ikhlas apabila kerana tidak mendapatkan wang yang dijanjikan. Oleh itu, Tuhan telah melemahkan tok guru yang berjaya dikalahkan oleh lembaga tersebut.

Pengajarannya: Niatkan setiap perkara kerana Allah s.w.t, bentukkan hati yang IKHLAS dalam setiap perkara yang dilakukan semata kerana Allah s.w.t. Apabila ikhlas, akan datang RAHMAT Allah s.w.t dengan memudahkan segala urusan dengan bantuan-Nya.

Ilmu agama cukup tinggi nilainya.. Ilmu dunia juga penting. Pengalaman juga diertikan ilmu. Mahasiswa/wi kelas pertama bukan setakat menerima ilmu sahaja, namun perlu dipraktikkan. Mahasiswa/wi perlu mecabar diri dengan menceburi pelbagai bidang, kerana Islam menuntut mencari ilmu yang berterusan sehingga ke liang lahad.

Imam Syafie telah menggariskan 6 syarat-syarat menuntut ilmu. Tidak kira ilmu apa pun jua, iaitu:

1) Kebijaksanaan (berakal)
2) Minat yang mendalam (kepekaan terhadap ilmu)
3) Bersungguh-sungguh (usaha)
4) Berkemampuan (harta) 
5) Bergaul dengan ilmuan (para guru)
6) Masa yang bersesuaian (menghargai masa)

Penceramah menekankan pelajar bahawa ADAB perlu dititikberatkan terhadap para guru. Mahasiswa/wi yang ingin berjaya perlu menjaga adabnya terhadap guru yang telah mendidiknya atau mengajar sebarang ilmu kepadanya. Dengan penjagaan adab ini, dapat memberi barakah terhadap ilmu yang dipelajari.
Wallahu 'alam..

Sedikit gambaran situasi di bahagian muslimat:
 
kehadiran muslimat yang ramai sedang khusyuk mendengar ceramah
 
kedudukan muslimin dan muslimat yang dipisahkan dengan tabir semasa sesi ceramah
 
 ceramah diakhiri dengan solat hajat perdana terhadap penindasan saudara seislam di Palestine, Gaza, Syiria  dan sebagainya

Nantikan kemunculan NUR QOLBI yang akan datang,Insya Allah...

Khamis, 22 November 2012

Falsafah Moden: Diskusi Ketiga

Huraikan kefahaman anda tentang Falsafah Rasionalisme.

Kewujudan falsafah Rasionalism ini adalah bermula dengan kebangkitan zaman Renaissance iaitu kelahiran semula. Tokoh Falsafah Rasionalism ini adalah Rene Descartes yang dianggap orang yang mula-mula mengutarakan bahawa "akal" adalah sumber yang terpenting bagi mengetahui sesuatu hakikat.
 
Selepas zaman pertengahan yang dikuasi oleh agamawan mendapat tentangan, maka agama yang bersumberkan "wahyu" ditolak kerana tidak dapat membuktikan kebenaran dengan tepat. Hal ini kerana ilmuan Barat "Descrates" telah menunjukkan sumber melalui pancaindera atau pengalaman adalah boleh menjadi tidak benar.

Ianya seperti contoh: illusi atau mimpi, benarkah kejadian yang dialami ini boleh dianggap benar? Padahal hakikat yang dirasai pancaindera tersebut adalah mainan semata-mata. 

Oleh itu, beliau lebih suka kembali pada kaedah zaman falsafah kuno Yunani sebagaimana Plato, Aristotle yang menggunakan sumber akliah bagi pencambahan ilmu. Descrates juga suka berfikir untuk mencari sebab dan musabab sesuatu itu sehinggalah ke tahap yang lebih tinggi hingga benar-benar tidak boleh dirungkaikan lagi.

Menyingkap zaman Renaissance lagi, manusia mula menggunakan akal fikiran mereka dengan bebas. Maka Descrates mengambil akal sebagai sumber untuk mengaktifkan fikirannya bagi menilai kebenaran. Dengan menggunakan akal, lahirlah ilmu yang pelbagai yang menyebabkan manusia mampu mentadbir dunia dengan ciptaan yang lebih baik. 

Oleh itu, muncul istilah "humanism" kerana manusia bertindak dengan menggunakan akal fikiran tanpa batas bagi menunaikan kehendak mereka.

Falsafah ini jelas berbeza dengan Falsafah Empirisme yang menggunakan kaedah pengalaman sebagai sumber ilmu. 

Begitulah ideologi Falsafah Barat bagi kajian mereka. Walaubagaimanapun, kedua-dua sumber ini adalah penting juga kepada kita umat Islam bagi membuktikan kebenaran sumber utama iaitu al-Quran itu sendiri.

Wallahu'alam. 

Khamis, 8 November 2012

Bincangkan pembaharuan dalam masyarakat Eropah di zaman Renaissance hasil dari pengaruh keilmuan dan interaksi dengan umat Islam.

Assalamualaikum. Respon mengenai soalan Ustazah tentang pembaharuan dalam masyarakat Eropah di Zaman Renaissance hasil dari pengaruh keilmuan dan interaksi dengan umat Islam.

Sebelum itu, sedikit pemahaman dari kemunculan zaman Renaissance ini adalah kerana pembaharuan golongan tertentu daripada zaman gelap. Saya mendapat tahu bahawa melalui kaedah "Garisan Waktu" di Barat iaitu terdapat 4 zaman, yang pertama adalah "Zaman Klasik Greek" yang difahami di zaman ini lahir tokoh-tokoh falsafah seperti Plato, Socrates, Aristotle dan sebagainya. Mereka membincangkan sesuatu persoalan yang timbul bagi mencari hakikatnya lantas menghasilkan pelbagai teori dan ilmu dari kefahaman mereka. Oleh itu, di zaman ini kaedah berfikir adalah tidak terhad dan tanpa batas.

Namun, setelah munculnya zaman kedua iaitu "Zaman Pertengahan", Institusi agama adalah berkuasa di Eropah secara mutlak. Peranan Paderi atau Pope sebagai ketua yang perlu dipatuhi. Gereja menjadi pusat pentadbiran. Masyarakat adalah berdasarkan iman dan taqwa sebagai penganut Kristian. Tokoh-tokohnya adalah seperti St. Thomas Aquinas, St. Augustine dan sebagainya. Mereka lebih mementingkan keagamaan, tentang Tuhan dan sumber utamanya adalah bible semata. Semua bahagian politik, ekonomi, perdagangan dan lain-lain telah dikuasai oleh golongan agamawan. Tidak boleh dikuasai oleh orang lain yang tiada taraf agama yang tinggi. Oleh yang demikian, zaman ini juga dikenali sebagai zaman gelap kerana ilmu terdahulu tidak dikembangkan dan diteruskan sebagaimana ahli-ahli falsafah Islam yang seiring di zaman ini mempelajari pelbagai ilmu tanpa had. Ilmuan telah disekat untuk mempelajari ilmu yang lebih tinggi.

Oleh itu, golongan ilmuan di zaman gelap ini lari dari kongkongan pemerintahan gereja kepada Tamadun Islam sebagaimana yang kita ketahui peristiwa sejarah kemasukan Islam ke Barat dengan pembukaan Kota Konstantinopel yang telah berhijrah ke Itali. ketika ini, Ahli Falsafah Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd dan ramai lagi giat aktif memperluaskan ilmu mereka daripada idea zaman Greek. Mereka berfikiran terbuka dengan kedatangan ilmuan Barat bagi mempelajari ilmu-ilmu mereka. Karya-karya Arab telah diterjemahkan ke Bahasa Latin bagi memudahkan ilmuan Barat mempelajarinya. Hal ini dibuktikan dengan pembinaan Universiti di Itali di Bologna dan di Padova. Selepas itu, hasil dari ilmu yang diperolehi, ilmuan Barat kembali ke Eropah bagi membangunkan kembali Tamadun mereka.

Di waktu ini, pemerintahan gereja oleh agamawan terpaksa akur dengan fakta dan teori yang telah berjaya dibuktikan dengan jelas oleh golongan ilmuan. Ilmuan Barat mengatakan bahawa sumber atau ideologi agama tidak mampu untuk membuktikan kebenaran terhadap sesuatu perkara, malah mereka mengatakan yang tidak benar, juga disebabkan faktor golongan agama yang tidak memberi contoh yang baik.  Akhirnya, pelbagai ilmu seperti kesusateraan, kesenian, sains mampu berkembang di Barat. Inilah titik tolak permulan Zaman Renaissance hasil dari ilmuan umat Islam. Mereka memartabatkan ilmu Greek, dan menjadikan mereka mementingkan kehendak manusia itu sendiri yang dikenali sebgai "Humanism" dengan kepentingan material yang menguntungkan. Manakala agama "Kristian" tidak menjadi ikutan yang kuat menjadikan manusia bebas memilih keputusan.

Maka seterusnya telah lahir zaman Moden dan akhirnya zaman Teknologi. Di zaman pembaharuan inilah ilmuan Barat bangkit dengan mengaplikasikan ilmu mereka dengan menghasilkan pelbagai ciptaan dengan menggunakan ilmu sains. Seperti Isaac Newton dengan teori graviti, pembuatan telefon Granhambell. Keseniaan Leonardo da Vinci dan banyak lagi. Kesimpulannya, ilmu adalah satu kepentingan untuk membawa perubahan masyarakat dan tamadun, tetapi hakikat kebahagiaan sebenar kita sebagai umat Islam adalah keseimbangan kejayaan duniawi dan ukhrawi.

Wallhu 'alam.

Apakah Pengertian Falsafah?

Sedikit sebanyak pemahaman mengenai persoalan pensyarah tentang apa pengertian falsafah. Kita boleh lihat mengenai sabjek pengantar falsafah, falsafah agama, falsafah abad pertengahan dan sebagainya, di permulaan pembelajaran akan diterangkan maksud atau pengertian falsafah itu sendiri. Sebagaimana perkongsian sahabat-sahabat yang lain, telah jelas maksud perktaan falsafah itu sendiri yang kebanyakkannya mengatakan bahawa perkataan falsafah itu berasal dari zaman Greek yang mana dari sudut bahasanya menyebut " Philiensophos". Dipecahkan perkataan "Philien" yang bermaksud menyintai dan "Sophos" bermaksud hikmah. Istilah Yunani juga disebut sebagai "Philosophia" yang membawa maksud yang sama iaitu "mencintai hikmah/ bijaksana".

Kenapa pengertian falsafah dimaksudkan sebagai "mencintai hikmah", adalah kerana melihat ahli-ahlinya yang giat berfikir mengenai sesuatu yang muncul dari pemikiran mereka. Mereka iaitu ahli falsafah digelar sebagai "Pencinta hikmah" kerana ingin mencari kebenaran dari sesuatu persoalan yang ditimbulkan.

Bak kata Dr. Indriaty (Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah UKM), ahli falsafah ini suka berfikir dan mereka amat menyintai ilmu pengetahuan kerana mereka mempunya sifat ingin tahu yang amat mendalam untuk memastikan sesuatu perkara yang mereka musykil untuk sampai hakikat kebenarannya. Oleh itu, mereka secara bersungguh-sungguh untuk mencari jawapan dengan permulaan menimbulkan persoalan "kenapa? atau apakah?".

Ahli falsafah lebih cenderung memikirkan sesuatu perkara yang belum adanya natijah yang muktamad yang berbeza dengan apa yang telah termaktub dalam al-Quran. Mereka adalah bersumberkan rasional atau akal fikiran bagi mencari logik untuk membuktikan kebenaran yang mereka kaji dan nilai. Jadi, tidak hairanlah jika ahli-ahli falsafah berbeza dari sudut pandangan dan teori yang mereka utarakan.

Maka di bidang falsafah ini, kita akan mempelajari falsafah-falsafah yang telah dikaji oleh orang-orang yang terdahulu dari Barat dan Timur mengenai pelbagai sudut. Mereka menjadikan falsafah sebagai "pegangan hidup" mereka sebagaimana konsep falsafah yang kita maklum, seperti contoh falsafah hidup kita sendiri atau falsafah sesuatu institusi yang mana merangka "matlamat" yang ingin dicapai. Akhirnya, moga kita semua mendapat manfaat dan menilai yang baik daripada bidang falsafah ini.

Wallahu 'alam.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Bertafakkurlah Wahai Jiwa...

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah, Wahai Yang Pengasih lagi Penyayang, bukakanlah pintu hati agar sentiasa mengingati memandu ke arah-Mu, aamiin.
Hati terdetik melihat blog yang tidak diupdate penulisan -_-‘.  Tatkala tugasan banyak yang mengundang sering ditangguh-tangguh, hati ingin mencuri-curi  melepaskan ketenangan dengan bertafaqur beserta kerjasama jari jemari dan akal yang bertaakul.

Terkenang dengan sesi praktikal di pusat pemulihan wanita, pembelajaran menambahkan sedikit kefahaman, syukur… Pandanglah setiap jiwa dengan mulia, andai kita juga makhluk Allah yang sama.. yang tersasar, jika ada peluang ditarbiyyah kembali atau dihukum bukan kerana kehendak manusia.. Tapi itu adalah aturan Allah yang masih menyayangi kita untuk kembali.. Taubat orang yang berdosa lebih hebat dari taubat yang biasa, moga sentiasa mengaharap keampunan-Nya yang meluas terbentang buat hamba-hamba-NYA. Terasa diri lebih kerdil dengan semangat mujahadah dari sahabat2 di pusat perlindungan wanita, moga kita istiqamah…

Melangkah dan melangkah.. Diizin-Nya jua sampai ke jejak semester baru.. Alhamdulillah, peluang menadah ilmu ditetapkan-Nya lagi. Mula terasa taklifan yang akan dihadapi, satu tuntutan yang perlu dilestarikan. Allahumma Yassir wala tu’aasir ya Kariim…

Ketetapan-Nya lagi untuk menelaah bidang filsafat.. Andai itu sudah jodohku, reda dan tawakkal cuba dihiasi.. Kita merancang mahu sabjek yang bagaimana, tapi Perancangan Allah lebih baik.. ^_^. Moga ilmu itu tetap mampu sampai kepada Dzat yang Agung Azza wa Jalla.

Sudah sebulan lebih kemasukan kuliah, namun tajuk kajian ilmiah masih belum ditetapkan. Memang tempoh yang agak lama memikirnya, teman-teman sudah mampu menghantar proposal namun diriku masih bermain-main di akal fikiran. T_T?

Wahai jiwa, apakah penulisan yang ingin diselidik? Tentang Tuhan kah, agamakah? Terasa mahu mencuba yang baru, tapi tidak tahu. Jika kaji tanpa hasil bagaimana, tiada masalah untuk dirungkaikan bagaimana? Jawapannya, mencuba untuk cari permasalahan.. isu oh isu… apa ye?

Wahai Tuhan, kadang hati ini tidak sedar telah leka dan alpa. Siapa diri ini untuk sentiasa dipandu jalan yang terbaik, sedangkan pengharapan pada-Mu belum cukup kuat, belum cukup tawakkal. Ujian yang sedikit dianggap besar.. Makhluk yang lain masih lagi ramai dengan dugaan yang hebat dari-Mu tetap boleh bersabar dengan jaya. Siapalahku dengan ujian ni…… Masih berhitung-hitung dengan Tuhan T_T.

Sekejap cuba melawan.. dan sekejap terkandas juga, sekejap mampu tersenyum.. dan sekejap gelisah gulandah. Allah, tarbiyyah itu lupa dikaitkan dengan MU.. Takut dengan aturan kehidupan atau takut pada Tuhan? Ya Allah… Ya Allah…. Tambah2 lagi dengan pelbagai situasi, khuatir akan memandangnya dengan beban yang terlampau, padahal ianya cuma ujian yang sedikit.

Moga hati tetap istiqamah, tetap mengharap, tetap kuat, tetap bersabar, tetap reda.. Moga terus menilai diri dan menilai.. menambah baik kepada baik… perbetulkan segalanya dengan berjaga-jaga.. amin.. amin.. amin ya Rabbal ‘alamin….. senyumlah.. senyumlah wahai diri….. yah! Kuatkan semangat ini agar roh kerohanian rabbani-Mu dapat dirasai. Allahu Akhbar!

~ perkongsian yg lain~