~Yang Budiman~

Sabtu, 17 April 2010

.....???? hatiku tidak tenang, sehari sebelum exam =(

Ya ALLAH… Nape tak dapat tumpuan murajaah ni? Kadang2 sambil lewe je blaja. Mengenangkan minggu “study week” minggu blaja, jadi kenalah blaja…minggu ni jeke? Oh untuk persediaan imtihan besar, final exam…. Kenapa? Mestilah nak success cemerlang…. Dapat pointer tinggi, nak dapatkan DL “ dean list” sebab ape, untuk pengi’tirafan..penat lelah mentalaah bersungguh2 mestilah nak dapat hasil, habuan… bertuah sape dapatkan, sejuk perut mak mengandung anaknye Berjaya… betul ke itu tujuannya? itu ke istilah Berjaya yang difaham? Bagaimana pendapat anda???
Ya, secara amnya begitulah fahaman kebanyakkan kita, kejayaan itu Nampak dengan hasil yang diperolehi. Segulung sijil kecemerlangan dalam genggaman. Pelbagai tujuan dan matlamat setiap yang memilikinya ada yang ke arah positif dan sebaliknya. Diriku terfikir……………………………..

Betul ke dah bejaya? Mungkin dari peperiksaan madah yg dipelajari kita lulus, di dewan peperiksaan masing2 seperti ustaz/ustazah memberi hujjah dengan rancak memberi jawapan seperti alim ulama’,bagai mufti yang mengeluarkan fatwa,sesetengahnya seperti professor, pakar mata-metik dan sains, serta cendiakawan yang mnguasai pelbagai ilmu. Namun adakah apa yang dipelajari, kita faham? Kita amalkan?dan adakah kita berazam untuk menghiaskan diri dengan keilmuan tersebut, dan sebarkan sama2 untuk dikongsi pada yang lain? Jika benar begitu, ana ucapkan tahniah!
Namun jika sebaliknya, mereka yg Berjaya tetapi tidak beramal dengan ilmunya, malah melanggar konsep yg dipelajari tanpa rasa salah. Itukah yg ingin dilahirkan sbagai graduan2 mahasiswa/wi?? Cuba lihat diri kita,begitukah? Jadi apa guna kita belajar kalau tak ingin amalkan? Penuntut yg sebenar2nya Berjaya adalah menojolkan dirinya sebagai orang yg berilmu, orang yg berilmu tidak akan melakukan perkara yg salah klau ia tahu perkara itu tidak baik. Org berilmu msti tahu membezakan baik bruk.
Tapi itu Cuma di sisi manusia, bagaimana pula pandangan “al-Khaliq” Pencipta kita pada kejayaan itu sebenar? Dia jdikan kita untuk ibadah semata, kalifah yg mentadbir bukan membinasakan. BagiNyA, semua hambaNya adalah sama, yang membezakan adalah tahap “iman dan taqwa”. Di mana bekal pelaburan yang akan dibawa di akhirat kelak. Bukan result CGPA yg tinggi yang dapat menjawab soalan mungkar nakir di alam barzakh, bukan sbagai syafaat di padang mahsyar penuh penyiksaan, dan laluan titian sirat yg mencabar. Cuma bekalan amalan soleh yg dapat membantu kita kelak, jadi sudah berjayakah kita sekarang?
Jadi mari bersama fikir2kan…ada yg Berjaya, tapi akhlak tak jaga...belajar agama, tpi masih lakukan yg haram bercouple,dating,pergaulan bebas shinggakan perbuatan terkutuk.tidak hiraukan balasan ALLAH.bnyak berita2 skrang mnunjukkan kejatuhan moral sperti mnusia yg tak bertamadun.
Jangan jadikan keilmuan pengetahuan kita sbagai istidraj drpda Allah, kita dianggap alim,cerdik pandai,tahu banyak perkara tapi tak taat padaNya..kerna org alim itu dahulu akan dipersoalkan kelak di akhirat. “ orang yg jahil tak tahu apa2 lebih baik dari orang yang alim tpi tak beramal ” alim lebih azab seksaannya dri mereka yg tak tahu apa2. Ya ALLAH risaunye diri ini….mari sahabat2 kita azam mempratikkan ilmu, berdoa padaNya yg membolak-balikkan hati agar kekal dengan ketaatan dalam beragama.InsyALLAH…..Amin.

~ perkongsian yg lain~