~Yang Budiman~

Ahad, 13 Mei 2012

THE NOMBOR ONE FOR ME...!!


Bila teringat memperingati hari ibu, sebenarnya adalah bukan hanya hari tertentu sahaja.. Tetapi atas penghargaan kepada ibu diwujudkan tarikh istimewa tersebut.. Sungguh diri ini tidak dapat merungkaikan betapa besarnya pengorbanan ibu yang telah melahirkan, membesarkanku sehingga kini…

DIALAH IBU DAN AYAH BUATKU…

Ketiadaan ayah ketika usiaku berumur 6 bulan… Atas kesungguhan ayah menuntut ilmu agama, sehingga tahap makrifat Allah itu tidak mampu dipikulnya..

Mengingatkanku sebagaimana yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w yang kematian ayahnya ketika di dalam kandungan lagi… Diri masih bersyukur kerana dianugerahkan seorang ibu yang teramat hebat buatku… Mungkin ada yang menganggap ketiadaan ayah sewaktu kecil adalah biasa… Kerana tidak mempunyai perasaan sedih  tika itu… Kerna tidak dapat merasakan kehadiran seorang ayah…. Yang mana tidak merindukan kasih sayang seorang ayah yang sempat bersama ayahnya….

Namun, walau tak pernah merasakan kehadirannya… Hati kecil ini telah cukup menahan segala apa yang dilalui… Bayangkan, apabila sewaktu kecil dapat melihat orang lain bersama ayahnya… bergembira.. Ayahnya membesarkannya, memberi nafkah, memberikan segala apa yang diinginkan anaknya… Tetapi ibuku telah sedaya upaya menggantikan sepenuhnya sebagai tempat ayahku….

Diri tidak menyalahkan taqdir… Mungkin Allah amat sayangkan ayah.. Allah tidak ingin membebankan ayah sebagi takhlif yang bertanggungjawab di dunia ini.. Lalu Allah pilihkan ayah sebagai khadam di syurgaNya nanti… Insya ALLAH~

Memang, ayah dahulu penuh dengan sifat yang perlu dicontohi.. Teringat akan cerita ibuku yang ayah adalah seorang peramah, seorang yang pemurah, menjaga kebersihan dengan mementingkan imej diri yang dijaga baik… Ayah amat sayangkan anak-anaknya.. Wajahku yang mengikuti wajahnya akan memberiku kenangan kepadanya.. Semoga kita dapat bertemu di alam sana, menggantikan alam dunia yang tidak pernah ku lalui bersamamu ayah…………………………….

MENGAJAR HIDUP BERSEDERHANA, TABAH DAN CEKAL……

Setelah ketiadaan ayah, ibu sebagai suri rumah memang tidak bekerja. Namun demi membesarkan anak-anaknya, dia gagahkan jua untuk membesarkan kami lima beradik.. Di mana akak sulongku baru berusia 15 tahun dan aku 6 bulan. Menjadi tukang masak di sekolah adalah kerja pertamanya. Diri masih ingat waktu itu, ibu tetap mengendongku ke tempat kerjanya.. Menyusuiku, menjagaku sambil bekerja.. Mesti perit dirasa..

Ibu pernah bekerja di kilang ayam. Ibu bercerita yang ibu terpaksa berdepan dengan ayam-ayam yang agak liar.. Ayam-ayam yang garang pernah mematuk, mengejar melibaskan sayap sehingga sakit dirasa. Ibu terpaksa memasuki reban-reban ayam yang berbau busuk, malah ada ulat-ulat dari ayam tersebut yang geli geleman melihatnya.. Menambahkan kesabaran ibu lagi….

Ibu kerja di kilang elektronik pula… Tahun-tahun permulaannya masih mampu di sana.. Namun setelah lama bekerja di sana, pelbagai peraturan baru diwujudkan. Pekerja perlu cepat habiskan target, tidak boleh pergi tandas tanpa pengganti, malah terpaksa berdiri sepangjang kerja.. tidak boleh duduk.

Pagi-pagi lagi ibu bangun basuh baju dengan tangan tapa guna mesin basuh untuk jimat.. Ibu tak pergi ke kantin tempat keja untuk makan, Ibu dah siapkan bekal nasi berlauk yang tidak tentu sama ada goreng telur atau ikan bilis sahaja...

Sungguh penat kelihatan wajah ibu, masuk kerja pukul 7pagi, balik pukul 6 petang.. berdiri tanapa duduk.. Sejak kecil kami telah diajar berdikari ketika ketiadaan ibu… Ibu selalu kata lenguh kakinya berdiri yang memintaku memicitnya…. Apa dayaku membantumu ibu ketikaku masih di bangku sekolah…  Kadang-kadang usiaku yang masih mentah tidak memahami keadaan ibuku yang selalu membuatkan ibu terguris dengan sikapku...T_T

Hampir 10 tahun di kilang tersebut, ibu telah didapati menghidapi satu penyakit… Mata ibu yang mula pedih-pedih bertukar dengan ketumbuhan daging yang lama-kelamaan membesar di matanya… Besar menonjol daging yang tumbuh seperti guli yang agak besar… Kerisauan kami adik-beradik berharap ibu mendapat rawatan… Akhirnya keputusan mengatakan ibu menghidapi kanser saraf……. Ibu terpaksa menjalani pembedahan untuk membuangnya.

Diri masih teringat begitu sedih dan takut dengan keadaan ibu… Adakah ianya membahayakan nyawa ibu? Selalu menangis agar ibu tidak ada apa-apa.. Bersungguh berdoa agar ibu selamat dan nyawa ibu dipanjangkan.. Bacaan yasin ku tawassulkan sewaktu ibu menjalani pembedahan… “ya Allah… Janganlah tarik nyawa ibuku.. Setelah kau memisahkanku dengan ayahku…. Aku hanya ada ibu.. Ibulah tempatku bergantung… Bagaimana kehidupanku jika tanpa ibu… Selamatkan ibu ya Allah….” Doaku tak putus-putus buat ibu… T_T

Sudah hampir lapan jam ibu di bilik bedah. Kelibat ibu tidak muncul-muncul lagi menambahkan kerisauan kami. “Ya Allah.. mana ni.. napa tak keluar lagi….” Ketika itu terkenang segala jasa ibu selama ini… Hati mulai sebak, bertambah sebak kerana pagi itu sebelum pembedahan berlangsung diri ini tidak sempat berjumapa ibu lagi.. Tak sempat berkata apa-apa pada ibu………….

Akhirnya katil yang menyusung ibu telah keluar… Diri cepat-cepat memastikan keadaan ibu.. Kelihatan mata ibu ditutupi.. Alhamdulillah.. Ibu selamat, sempat jumpa salam ibu.. dan Tanya keadaan. Tapi ibu kata “sakit..  bius tak jalan…” sekejap dan terus di masuk ke dalam wad. Doktor pesan beri ibu rehat dan tak perlu banyak bercakap.

Ibu kata sakit sangat kena cucuk dekat mata.. Bius tak jalan.. Tak rasa kebas, tapi rasa sedar lagi masa kena bius.. Ibu mengadu tapi doktor pujuk suruh tahan.. Akhirnya doktor boleh potong  sikit dari daging yang tumbuh di mata ibu… Maknanya tak buang habis…

Diri berharap ibu sabar.. Ibu cepat sembuh.. Doktor kata ibu perlu jalankan rawatan “kimo therapy” satu rawatan yang bukan sahaja boleh mematikan sel kanser tetapi boleh juga mematikan sel-sel yang lain.. Ianya banyak kesan dan risiko yang perlu dihadapi… Ibu terpaksa juga ambil untuk mematikan sel kanser, perlu kepada 3 kali mengambilnya..

Ya Allah rawatan kimo therapy begitu berat ibu hadapi. Melihat saja ubatnya perlu ditutupi dengan plastik hitam yang tertera perkataan “DANGER”, ianya perlu dengan berhati-hati.. Kerana kata doktor apabila cecair tersebut terkena pada kulit boleh melecur… ya Allah, bagaimana jika dimasukkan ke tubuh badan ibu nanti…? T_T

Bila masuk saja cecair tersebut ibu mula merasa pedih.. Tidak selesa. Ibu terpaksa ditahan wad untuk menstabilkan keadaan… Diri yang ketika itu tingkatan 3 terpaksa ponteng kelas untuk menjaga ibu di wad.. Satu rawatan sebulan sekali, ibu perlu tinggal di wad selama 3 hari dan selama itu diri tidak menghadirkan ke sekolah.. Tiga bulan ditempuhi begini…

Melihat keadaan ibu begitu menghayat hati. Ibu kata badan letih sangat bila kena kimo theraphy.. tak boleh bangun. Kadang-kadang ibu menggigil.. Tekak loya je.. Ibu tak lalu makan. Memang tak boleh bau makanan, kalau makan je mesti muntah balik.. ya Allah.. apa yang boleh diri ini buat melainkan doa ibu sabar dan kesembuhan ibu..

Rambut ibu mula gugur sehingga lama-kelamaan menjadi botak. Kuku ibu kelihatan kehitaman tanda kesan panas yang teramat dalam badan.. Ibu mengadu tak boleh tidur… ibu tak boleh tidur atas tilam sebab terasa haba tilam yang panas… Bila nak ke tandas je ubat kimo yang tersangkut dengan palang perlu juga di bawa sekali ke dalam tandas dengan berhati-hati… Diri memang benar-benar tidak sanggup melihat keadaan ibu begitu……. T_T

Kerisauanku dengan selalu ponteng kelas membuatku gelisah.. “bagaimana ujian PMR yang patut ku tempuh nanti…?” buku-bukuku bawa juga ke hospital.. Sehingga doktor dan Nurs di sana telah memahami dan membenarkanku membaca semasa mereka merawat ibu.

Namun rungutanku kepada ibu terhadap pembelajaranku telah mengecilkan hati ibu.. Masih ingat hari itu kami balik awal dari wad semata-mata untuk diri menghadirkan ke sekolah yang selalu ponteng. Akhirnya balasan Allah telah turun padaku denganku telah menghadapi musibah yang terpaksa membawaku ke hospital… Sungguh cepat balasan Tuhan apabila mengecilkan hati ibu…

Alhamdulillah kanser ibu dah pulih.. Tapi masih mengalami kesan sampingannya lagi. risau juga pada ibu.. Teringat bila diri ni tak sehat je pasti ibu gelabah cari ubat untukku.. Bila demam je mesti ibu jaram dengan air asam jawa dan ramuan yang lain.. Bila tak sehat di Universiti ibu risau je selalu telifon tanya kabar diri ni.. Ibu pesan macam-macam.. makan ubat, jangan lupa makan isi perut… Dan doa… Tapi macam mana ibu seharian di rumah sorang-sorang?

Ibu tetap doakan kejayaanku.. Setiap kali ada peperiksaan, pasti ibu akan minta jadual periksaku.. Ibu ingin melihat pukul berapa waktu pekse.. Sebab sepanjang waktu pekse itu dari mula hingga akhir ibu akan memabacakan yasin untuk anaknya…. Sehinggalah kami berjaya ke Universiti ibu pasti akan berbuat demikian sewaktu peperiksaan.. Jadi ,kejayaan yang sebenar adalah disebabkan oleh doa ibu buat kami…. Terimakasih ibu…..

Kami yang telah besar, dan bantuan kebajikan masyarakat yang ada, kami tidak membenarkan ibu keja lagi.. Tetapi duit kebajikan ibu juga telah digunakan untuk menyaraku di Universiti ketika diploma dulu. Sayang PTPTN ku tak berjaya lulus.. Menambah lagi pengorbanan ibu.. Ibu terpaksa berjimat untuk beri duit belanja padaku.. Membuatkanku tidak sampai hati menggunanya dengan senang-lenang.

Ibu tinggal keseorangan di rumah bila kami semua berada di perantauan.. Ibu selalu tidak masak lauk cukup hanya ada ikan bilis dengan ulam-ulam yang ditanam sendiri.. Ibu cuba guna elektrik sedikit, hanya satu lampu dipasang untuk cahaya satu rumah, tiada kipas, mesin basuh, semua usaha sendiri.. Mengajarku erti QANAAH hidup dalam besederhana dan sentiasa cukup…. Berkat dari rezki ibu…

Tiap kali diri ini ingin pulang ke pengajianku.. Ibu pasti risau kerana perjalanan yang jauh dan menaiki bas yang hanya ada pada waktu malam sahaja. Perjalanan yang mengambil masa selama lapan jam itu, setiap itulah ibu tidak akan tidur mendoakan keselamatanku… Sehingga mendapat perkhabaranku sampai di Kuala Terengganu dengan selamat.. Ingat pesan ibu “setiap kali keluar rumah baca-baca ayat Allah.. ayat Kursi.. Bismillahi Tawakal tu… jaga diri elok-elok, tengok teksi baik-baik.. Balik dengan kawan jangan sorang-sorang…” tak jemu-jemu ibu pesan… Membuatku berdoa: “ya Allah aku bertawassul dengan keadaan ibuku yang amat merisaukanku, maka perkenanlah untuk aku menyambung ijazah di tempat yang berdekatan dengan ibu…” Akhirnya doa diperkenankan. Mungkin kerana taqdir Allah agar ibu tidak terlalu risau lagi.

MENANAMKAN NILAI-NILAI AGAMA YANG SUCI….

Syukur sebanyak-banyaknya  kerana ibu amat mementingkan agama kami… Sekolah agama dipaksaku mengambilnya yang mulanya diri agak tidak suka. Namun bersyukur atas taqdir-Nya yang dapat merasakan kemanisan dalam beragama.. Dari kecil mengajar cara kehidupan yang baik, halal dan haram selalu dipesan.. Tak heran kalau ibu selalu marah-marah.. Sebab ibu amat sayangkan akhirat kami juga…

Ibu kata.. “ibu ni bergantung pada Allah je bila nak besarkan anak-anak.. Allah la kekuatan ibu.. Allah tempat ibu mengadu.. Bangun tahajud dapat beri ketenangan pada ibu… Bila macam-macam masalah yang ibu hadapi…. Ibu doa je pada Allah…”, Pesan ibu agar kami turut bergantung sepenuhnya kepada Allah…“jangan anggap kesusahan itu tak boleh berjaya… Tapi berazamlah sebaiknya untuk berjaya…” tambah ibu lagi.

Ibu yang suka mendengar majlis agama pasti tak lepas apa saja majlis di surau dan di masjid.. Tak cukup dengan tu, rancangan televisyen, radio yang berunsur agama pasti ibu akan dengar… Ibu suruh anak-anaknya dengar juga.. Rancangan lain ibu tak suka.. Ibu tak bagi kami tengok cerita bukan-bukan.. Cerita Hindustan ibu tak pernah bagi kami tengok.. Ibu pasti marah.

Ibu suka mengikut jemaah.. Salah satu jemaah ahli sunnah.. Bersama-sama ayah dulu mengikuti jemaah dengan memilih jalan tarikat.. (jalan menghampiri Tuhan). Ibu diijazahkan jemaah tersebut, sehingga kini ibu perlu mengamalkan apa yang tok guru ibu ajarkan.. Yang pasti bukanlah sesat yang menyimpangkan.. Ianya terdapat sanad bersambung dengan para sahabat kepada Rasulullah s.a.w.. Melihat buku-buku wirid ibu yang banyak, ada saja yang ingin ibu kongsikan… Fadilat tu.. Fadilat ni..  Mengajarku erti hidup berTuhan~

Sungguh amalan orang Tariqat pelbagai dan perlu diistiqamahkan… Nasib ibu ada sampaikan sikit… Ibu suka mengajakku ke pondok pengajiannya.. Untuk mengaji kitab.. Melihat saja keadaan dan suasana kehidupan orang jemaah memang tenang… syeikh-syeikhnya mengajar dengan ikhlas tanpa bayaran…. Apa yang disampaikan memasuk terus ke dalam qalbu.. Membawa keinsafan, membentuk hamba yang hina………… Bagaimana tahap amalan dengan amalan orang yang soleh ni…. Jauh terasa.

Berborak dengan ibu selalu kongsi ilmu.. Kongsi masalah.. Pasti ibu nasihatkan.. Bagi jalan yang terbaik, Ibu amat memahami…  Solat jemaah ibu selalu minta bersama.. Tengok ibu yang bersungguh mengaji walaupun tak cukup nafas tetap belajar mengaji al-Quran… “takpe bu, pahala ibu lagi banyak dua kali ganda…”. Moga Allah balas setimpal dengan usaha ibu ni…. Aamiin..

Wahai ibu, aku ingin berazam untuk membalas jasamu.. Yang selama ini terlalu banyak kau korbankan… Aku akan sentiasa mendoakan keampunan dan kerahmatanmu di sepanjang hidup ini… Akanku cuba membahagiakanmu yang membuatkan dikau senang denganku… Inginku menghabiskan masa bersamamu tika usia tuamu.. Ampunilah dosa kami beradik ya Allah pada ibu kami selama ini… Kuatkanlah ibu sepanjang hidupnya.. Dan tempatkanlah ibu di sisi Kekasih-Mu Rasulullah yang berjanji akan bersama janda yang berjaya mendidik anak-anaknya…  Sungguh syurga itu di bawah telapak kaki ibu.. Perkenankanlah doaku…  Amin ya Rabb… T_t ..

IBUU…. ENGKAULAH IDOLAKU CONTOH TAULADAN DI DUNIA INI……………… Walau tanpa suami dikau mampu membesarkan kami dengan baik sekali… Menggantikan ayah. Akanku ingat pesananmu.. Membawa azam mendidik zuriat dengan mencontohimu.. Benarlah kata “ Tangan yang Lembut Mampu Menggoncang DUNIA…” 

TERIMAKASIH WAHAI iBUKU TersaYanNNGGG…………………………!!! ^__^'

~ perkongsian yg lain~