~Yang Budiman~

Sabtu, 15 Januari 2011

~tazkirah maghrib di masjid~


"Cemerlang masa meninggal"

berdoalah dengan doa seperti:

اللهمّ تختم علينا بالحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوءالخاتمة

maksudnya: " ya Allah, matilah kami dengan kematian yang baik, dan janganlah matikan kami dengan kematian yang buruk"

sesunguhnya orang yang berjaya mengucap syahadah لاإله إلا الله" maka syurgalah janjinya, namun kemampuan ini dianugerahkan kepada mereka yang terpilih.

Bila meninggal orang yang sibuk dengan hal dunianya akan ingat perkara yang dikerjakannya ketika mahu mati

Orang yang meninggal dunia dengan dosa yang banyak, walaupun orang mengajarnya mengucap. Dia tidak mampu mengucapnya.

Dari cerita dan pengalaman seorang doktor yang pakar bedah dan penceramah di masjid. Kisah buku beliau tentang dosa-dosa besar:

1. Seorang remaja 17 tahun tingkatan 5, semasa hendak meninggal beliau telah memberitahu ibu bapanya yang dia akan meninggal dunia tidak lama lagi, dan mengatakan dia telah menghidu bau syurga untuknya, lalu perginya dengan mudah….

Rahsianya?

- Dia seorang yang tekun solat beremaah

- Tekun membaca al-Quran

- Jarang tinggal sembahyang tahajud

- Bila mahu pergi solat subuh, dia kejut ahli keluarganya untuk solat di awl waktu

2. Kisah seorang jemaah di masjid, meninggal selepas solat maghrib ketika umur 85, dengan mudah tanpa sebarang penyakit:

- Dia selalu solat berjemaah

- Selalu beberapa minit duduk membaca al-Quran

- Sentiasa mengikuti ceramah2 atau pengajian di masjid

- Selalu menjaga percakapannya

3. Seorang yang berumur 81, selepas solat zohor di masjid apabila pulang ke rumah telah meninggal, tidak mempunyai penyakit dan dapat megucap:

- Selalu solat berjemaah di masjid

- Yang terawal datang ke masjid, membuka pintu, tingkap masjid

- Membaca Quran setiap masa

Begitulah kisah mereka yang telah cemerlang masa meninggalnya, kebanyakkannya adalah yang cintakan rumah Allah dan al-Quran

Kata ulama’: "orang yang mahu meninggal yang hatinya lebih pada keduniaan, maka susahlah untuk meniggal"

Oleh itu, jadilah kebergantungan hati, katautan hati dengan Allah

Seperti dalam Surah Baqarah, Allah berfirman:

orang yang mahu mengimarahkan rumah Allah adalah mereka yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat

Apabila berkomunikasi dengan Allah tidak baik, tiak dijaga, tiada rasa dengan hablul minallah…. Maka pasti akan memburukkan hubungan sesame manusia…. Hablul minan nas…..

Antara amalan yang akan membantu kita ketika mati nanti adalah:

1. Al-Quran. Dia akan ikut sama bila di saat kita menghadap Allah

Di dalam hadis: “ al-Quran akan menjelma sebagai manusia, ia akan membela kita”

2. Masjid. Iaitu rumah Allah. “ orang yang terpaut dengannya, akan bernaung di bawah perlindungan Allah, akan menjelma satu bahtera yang akanmenyelamatkan”

Diceritakan juga kisah sahabat yang menanyakan pada Rasulullah tentang berapa hari yang sepatutnya untuk khatam Quran?

“ Baginda jawab, iaitu selama 40 hari. Namun sahabat tidak berpuas hati, ingin percepatkan lagi. Rasulullah katakana lagi sebanyak 30 hari. Namun sahabat tidak berpuas juga sehinggalah Rasulullah mengatakan selama 5 hari”

Ianya satu amalan yang dapat merasakan kemanisan iman itu. Selama mana diri tidak mahu mendekati al-Quran maka selama itu hati akan mati dan leka.

Bertaubat, bersiap-siaplah dengan kematian dengan mencintai Allah dan kitab kalam-Nya. Al-Quran juga memilih tuan yang ingin menghampirinya, maka berusahalah selalu untuk menjadi tuan pemilik kepada Quran yang boleh hampir selalu pada kita.

Kisah pada khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Seorang Abu Hasim yang pergi bertemu seorang ulama’ Abu Haziq ( maaf tidak pasti namanya, mungkin juga ana tersilap dengar ) . beliau meluahkan rasa hatinya pada orang alim tersebut .

“ kenapa aku rasa takut mahu mati ?, jawab orang alim itu, kerana sebab engkau membangunkan hal keduniaan anda yang canggih tapi belum membangunkan untuk negeri yang kekal abadi iaitu akhirat yang kamu runtuhkan” lalu menangislah ia……….

Renung-renunglah… mari bertafaqqur lagi dengan anugerah akal fikran ini wahai hamba Allah……..

p/s: maaf jika tersalah mendengar dari tazkirah tersebut, dan kata-kata bahasa yang salah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~