~Yang Budiman~

Selasa, 1 Mei 2012

Pengalaman Menambahkan Pengajaran... ^__^v


Program Interaksi Agama Bersama USM



Buat pertama kali menjejaki ke wilayah ini, di Universiti Sains Malaysia. Kerjasama dengan persatuan PERKIM di sana atas program interaksi antara agama. Hebat meraikan kedatangan kami dengan menyediakan dewan mesyuarah Agong buat persatuan mahasiswa ditempatkan kami.

Keselesaan tetamu amat di jaga.. Itulah sunnah Nabi (memuliakan tetamu), dengan bilik penginapan yang amat selesa.. satu pujian.

Pengalaman yang amat bermakna, mengunjungi rumah-rumah ibadat. Sungguh, itulah buat kali pertama memasukinya. Mula-mula memang terasa sedikit gusar. Kuil penganut Hindu pertama dikunjungi…

“sebelum masuk rumah-rumah ibadat nanti, kamu mesti beringat-ingat, baca-baca sikit.. ayat pelindung diri, yelah tempat-tempat macam tu banyak jinnya.. harap tiada apa-apa masalah nanti” pesan pensyarah USM pada kami.

Ya Allah hati berdebar-debar melihat keadaannya, di pintu masuk saja sudah lihat patung yang pelik-pelik. “betul ke nak masuk ni? Takpe.. pensyarah ada.. niat belajar..” bisik hatiku. Selawat dan Istighfar tak putus-putus diingatkan.

Mulalah dapat melihat keadaan di dalam kuil tersebut, di mana hari minggu ramai penganutnya kunjung untuk sembahyang. Wah.. banyak betul patung-patung! Uish, Macam-macam… tak kira saiz besar kecil, rupa yang beraneka… gerun juga huhu..

Kami diterangkan oleh penganut Hindu mengenai kuil tersebut dan beberapa keadaan di sana.. diterangkan mengenai setiap patung yang berkenaan, iaitu Tuhan-Tuhan mereka… banyak, ianya lain-lain peranan.. ada Tuhan untuk memberi rezki, Tuhan jodoh,Tuhan matahari, cahaya.. Tuhan jauh malapetaka, musibah.. malah ada Tuhan yang disembah pada hari-hari yang berbeza (bukan setiap hari)

Beberapa upacara dapat diperhatikan daripada sami-sami. Bacaan yang dihafal dari bahasa Sanskrit itu dilaungkan para sami untuk mendoakan penganut yang hadir, kelihatan ada yang mengelilingi patung-patung Tuhan mereka, lilin-lilin yang dipasang api banyak yang agak berbau… menyengat hidung kami, namun tanda hormat kami terpaksa menahan dengan berbuat selamba….

Pertanyaan kami diterangkan.. “ow..macam tu…” dapatlah tahu keadaan sebenar. Namun hati berasa sedih melihat manusia ciptaan Allah ini tersasar mencari Tuhan yang sebenar. Bagaimana boleh menyembah patung-patung yang  tidak boleh berbuat apa-apa? Hati mendoakan agar mereka peroleh hidayah, aamiin~

Balik ke masjid Kapitan… wah.. barulah tenang sikit hati nie.. berjalan kaki, menakjubkan rumah-rumah ibadat berdekatan antara rumah ibadat yang lain…

Perjalan ke Tokong cina pula.. tetapi bukan tokong, ianya tempat menyimpan nama-nama orang yang sudah mati oleh kaum tertentu (lupa kaum apa) Hokisen tak silap. Tanya orang yang menjaganya pun dia tak berapa faham dengan ajarannya “saya ni tak tahu maa… saya bukan olang semayang punya…” aik? Camtu pula, “lepas upacara ada makan-makan saya tak setuju la.. buat apa makan masa orang sudah mati…” balas penjaga kuil cina tersebut. Huhu penganut sendiri ada bercanggah dengan adat mereka
.
Mengunjungi gereja pula yang bermazhab protestan tak silap. Ringkas saja kelihatan. Sister yang  berpakaian biasa menerangkan pada kami. “alamak, bahasa Inggeris la.. kalau Bahasa Melayu senang sikit nak tanya..” erm.. -_-"

Dalamnya ada palang salib yang besar, penganut duduk pada kerusi.. akan menyanyi membaca doa dengan muzik.. Ada tempayan berisi air yang digunakan untuk baptis.. selesa sikit kat dalam, besar juga.

Destinasi akhir ke rumah ibadat penganut Sigh (GUDWARA). Allah, macam masuk masjid je.. yelah tengok orang-orang Sigh ni macam orang Islam, pakaian mereka kena tutup kepala, lelaki ada pakai serban, perempuan pakai selendang, baju pun labuh-labuh baju banggali…

Ermm.. sayangnya.. sama dah serupa macam Islam tapi ambil sebahagian-sebahagian je ajaran Islam pastu campur dengan Hindu..

Kami datang semasa upacara perkahwinan berlangsung. Ramailah penganutnya.. comel-comel, cantik-cantik masing-masing macam hindustan je tengok.. hehe. Berkesempatan melihat saminya baca kitab (Grand Sahib)

Lepas aktiviti ziarah… bersiar-siar pula… pekena pula makanan pesembuk, nasi kandar, tangkap gambar.. subhanaAllah.. cantik alam ciptaan Allah~

Di malam hari berkongsi pertukaran idea, program, aktiviti yang di jalankan pelajar USM mengenai PERKIM, nampak kematangan mereka dalam membantu saudara baru yang telah berhijrah. Walaupun mereka bukan dari pengajian Islam, masing-masing kelihatan seperti ustaz ustazah.. Meraka serius terhadap usaha yang dijalankan, moga amalan kalian mendapat timbangan berat di neraca mizan, "sesiapa yang membantu agama Allah, dia akan dipermudahkan urusannya.. Aamiin~


Family day KUFAH di Pulau Pangkor…


Kesempatan yang ada, selagi nyawa masih bernadi, tidak mahu melepaskan peluang.. iyelah, bila lagi dapat diizinkan Allah ke sana? Walau tidak ramai yang pergi, diri yakin ada manfaatnya.. apatah lagi dihadiri oleh pensyarah yang disegani… Bertemakan program motivasi~

Sepanjang perjalanan macam biasa, “tidak putus berdoa kerna yakin permusafiran ini akan diangkat doanya…”selalu  pesan ibuku…  Tak sedar cepat je sampai jam 4 lebih di jeti Pulau pangkor…

Naik bot lagi.. memang sukalah sangat-sangat tengok laut.. duduk di luar merasa udara angin dari laut.. ya Allah… ya Allah… hati berdoa-doa lagi. Inilah tentera-MU yang siap sedia menerima arahan, andai Allah kata nak jadi tsunami bila-bila je laut yang tenang ni boleh bertukar ganas… 

Wahai ikan-ikan di lautan, aku percaya bahawa dikau akan mendoakan para penuntut ilmu yang lkhlas.. dapatkah doakan diriku yang jahil nie… -_- ? Merenung lautan tanda kebesaran Allah~

Yes, Alhamdulillah dah sampai.. terus ke penginapan. Wah, kem rupanya.. di pedalaman juga yang menenangkan.. ukhwah bersama-sama pelajar tahun lain juga dirasa…

Pengisian daripada pensyarah sendiri banyak mengingatkan.. ustaz-ustaz yang mempunyai pengalaman masing-masing untuk berjaya sehingga kini dengan Phd. Dalam genggaman. Memang nk berjaya perlu banyak pengorbanan, kagum dengan mereka mudahan dapat diikuti.

Snorkeling.. hati gembira melihat lautan, ombak yang cantik beralun-alun… Tak sabar nak main air..  ;) tak sedar dah diri ni dah besar.. Masih bersifat keanakan riang ria main air laut.. hehe..

Pengalaman snorkeling taknak dilepaskan.. pakai google, boleh bernafas dalam air…. Boleh lihat ikan yang comei-comei.. ngee…. Sambil bagi makan roti pada ikan.. uish memang sakan dalam air tak naik-naik permukaan.. hehe (senyum je) bila teringat. ^__^ bermain bersama-sama anak pensyarah yang comel-comel.. rindu sudah..

Hari akhir, luahan cabaran oleh peserta membawa kesedaran.. Bahawa tanggungjawab pelajar agama yang mendatang adalah besar.. Harus difikirkan sekarang untuk perubahan akan datang… Pensyarah mengingatkan di mana kamu akan datang? Siapa, sebagai apa? 

Beberapa tips juga dikongsi.. mahu berjaya kamu hendaklah “jaga hubungan dengan Allah dan harap tahajud jangan ditinggalkan.. itulah kekuatan” kata pesyarah.

Sebelum balik dibawa bersiar-siar.. ermm.. begini rupanya Pulau pangkor.. kaya dengan hasil lautan, lihat macam-macam jenis di kilang pemprosesan satay ikan, muzium, tempat-tempat singgahan~ 

Alhamdulillah.. Semasa dalam pengajian inilah pengalaman perlu tidak disia-siakan.. Ada rezki, harus mencuba.. Agar pengalaman mendapat pengajaran, yang semakin boleh menginsafkan hati sebagai hamba Allah yang amat kerdil di sisi-Nya…

Sebaik-baik ciptaan manusia, lebih canggih ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala….~ Terimakasih Allah, atas nikmat Islam dan segala anugerah yang diKau pinjamkan pada hamba, balaslah dengan penuh kesyukuran menjaga hubungan dengan-NYA~  wallahu ‘alam.

~ perkongsian yg lain~