~Yang Budiman~

Sabtu, 8 Disember 2012

Beztnye Dengar.. JOM! ^_^



Penceramah Ustaz Wan Sohor Bani Leman menerangkan tajuk ceramah ini terlalu luas, maksudnya mendalam. Beliau menjelaskan bahawa kalimah mujahadah itu, ((مجاهدة yang terdapat huruf alif menunjukkan keterlaluan. Maksudnya, keterlaluan  membersihkan hati, adakah kita mampu?


Contoh ideology: seperti seseorang yang ingin memakai baju. Berbeza dengan cara mereka sama ada, ada yang akan memakai baju yang sudah digunakannnya baju tersebut dan ingin memakainya semula dengan hanya menggosok bahagian yang berkedut, atau ada yang menggosok kembali semua bahagian baju atau ada yang mengambil baju baru untuk dipakai dan digosok… Beza kan? Dari segi mana yang rajin, yang bersungguh-sungguh.


Maksudnya, mujahadah ini adalah suatu yang melampau dan berterusan. Rasulullah s.a.w bersabda: “amalan yang disukai Allah s.w.t adalah amalan yang berterusan walaupun ianya sedikit”, kerana amalan yang berterusan itu adalah amalan yang istiqamah.


Seterusnya, penceramah menerangkan tentang Nafs iaitu hati. Takrif dari buku Ibnu Qudamah (Minhaj ‘Abidin) mengatakan bahawa ianya ada kaitan mengenai kejujuran. Apakah hakikat kejujuran? Ianya boleh terhadap Allah s.w.t, pada manusia, pada diri.. Yang mana tidak mudah diketahui keadaan di dalam hati seseorang bagaimana..


Menurut penceramah, Jika memahami sifat 20 (sifat-sifat Tuhan) ramai yang akan menjadi mujahidin kerana akan sentiasa beramal menuju kepada Allah s.w.t iaitu akan mengikut sifat-sifat seperti Ihklas, jujur, amanah dan sebagainya.
 

Kebanyakan orang bernazar menetapkan syarat kepada Tuhan. Contohnya kata-kata: “jika aku berjaya akan aku bersedekah kerana Allah”. Sebenarnya bukanlah dengan meletakkan syarat kepada Tuhan, tetapi hendaklah mengusahakannya dahulu. Bagaimana makhluk boleh menetapkan syarat pada Allah?


Lakukanlah sebegini: “ya Allah.. berkat dengan sumbangan sedekahku ini.. kau permudahkanlah untukku berjaya..”. Itulah yang dimaksudkan usaha dahulu baru bertawakal. Buat dahulu baru minta dan berharap..

Kebiasaannya kita lebih bermuhasabah dari bermujahadah. Muhasabah kita selalu menilai.. Daripada kita terus berusaha untuk jauh yang buruk dari laksanakan yang baik.. Muhasabah mudah dibuat, tetapi mujahadah sudah buat ke bersungguh-sungguh?

Melihat konsep an- Nafs di sini, ianya memperuntukkan ruang. Iaitu untuk menolak musuh-musuh ?( syaitan, nafsu dan orang mungkin yang hasad dan dengki)

Cara syaitan menyesatkan kita adalah melalui nafsu, orang kafir, orang mukmin yang ada sifat munafiq.

Contohnya, waktu subuh syaitan akan sedaya upaya melekakan manusia agar lalai tak bangun solat subuh. Syaitan akan mengikat di belakang tengkuk manusia agar susah bangun dan terus lena..

Tetapi, jika kita ada semangat mujahadah.. Kita akan mampu lawan dugaan syaitan tersebut dengan yakin kepada pertolongan Allah s.w.t. Berusahalah dengan membaca doa sebelum tidur:

“ya Allah ya Tuhanku, aku mahu bangun pagi untuk solat subuh.. sedarkanlah aku ya Allah..”. tapi perlu usaha juga dengan membuat set pada jam dikunci alarm loceng jam. Insya Allah.. pasti berhasil!

Sesungguhnya, Allah tidak benarkan kejayaan jika melainkan berjuang dengan bersungguh-sungguh.. Allah jadikan diri manusia itu sempurna, serta semuanya ada nafsu.. Namun, nafsu itu boleh dikawal. Nafsu juga mampu membawa kebaikan.. Apabila kita bersederhana dalam stiap keinginan, maknanya tidak terlalu terlampau menuruti nafsu.. Tapi perlulah berhati-hati.. Kerana atas TAQWA kepada Allah s.w.t.. Ingatlah, Taqwa adalah nilaian yang tertinggi sekali bagi hamba-Nya.

Rasulullah s.a.w ada menanyakan kepada sahabat:

“ Apakah tali iman yang paling kukuh?  Sahabat menjawab;solat. Rasulullah kata benar, tapi ada lagi yg lebih kukuh. Sahabat jawap zakat, Rasulullah kata itu juga benar tapi masih ada lagi yg lebih baik. Sahabat kata puasa, Rasulullah jawab betul, tapi masih bukan. Sahabat jawap Haji. Rasulullah jawap haji juga baik tapi masih belum kukuh. Sahabat jawap Jihad fi Sabilillah, Rasulullah diam dan menjawab ianya bukan juga…."

Para sahabat ternanti-nanti jawapan dari Rasulullah lalu baginda jawab bahawa ianya adalah perasaan benci dan cinta semata kerana Allah s.w.t.

Maksudnya,  Jika semuanya didasari dengan Kecintaan kepada Allah s.w.t adalah melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, semuanya keranan Lillahi Taala. Itulah merupakan tali iman yang paling kukuh. Jika sesuatu itu tidak didasari dengan Lillahi Taala, maka ia masih tidak kukuh, malah goyah dan tunggu masa untuk musnah. (penerangan dr sahabat ana)

Wallahu ‘alam.. Sungguh majlis ilmu melata di bumi Tuhan ini, terpulang pada Hamba-Nya menggunakan qudrat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.. Sama-samalah kita terus mencari bagi membekalkan diri dengan pelbagai ilmu Allah s.w.t…

Insya Allah.. Nur Qolbi akan datang lagi. Jadilah kita golongan yang dipermudahkan jalan ke syurga dengan menuntut ilmu serta akrab ke Rumah Allah s.w.t.. Aamiin.
"Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali" ~Hadis Riwayat At Tirmizi~

~ perkongsian yg lain~