~Yang Budiman~

Sabtu, 31 Mac 2012

~InDaHnYa HiDuP mEnYucIkAn DiRi~

Mohon sebanyak-banyak kemaafan jika ada yang membaca membuat penilaian pada diri. peringatan sekali lagi, bahawa kata-kata di blog tulisanku adalah kata-kata untuk memperingatiku (diriku sendiri) di samping menggunakan pendekatan dakwah, perkongsian jiwa ini terhadap jiwa yang lain, dan kadang-kadang situasi dan watak dalam penulisan adalah di tuju pada diri sendiri yang mudah berubah-rubah mengikut suasana, cuma ingin dikongsi, jika salah mainan hati ini sila diperbetulkan, moga Allah beri petunjuk dan keampunan...

Ampun maaf andai disakiti dari tulisan makhluk-Nya lagi jahil........... :( sungguh bersangka buruk itu dicegah dalam Islam, moga sama-sama berhati mulia...Aamiin..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Merenung kembali, perjalan penulisan blog nampaknya berubah juga. Tujuan ingin menulis tentang Tuhan bertukar kepada kata-kata hati yang ingin dikongsi, pengalaman atau pandangan. Ermm risau juga kata-kata sebegini lahir dari nafsu tanpa pertimbangan yang betul =_=’.

Tapi semangat untuk menulis telah menjadi hobi.. perkara-perkara yang bermain di fikiran suka direnungkan. Moga ianya ada kaitan dengan iman dan amal, memikirkan tentang dunia dan dikaitkan dengan akhirat, Insha Allah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 


Perjalanan hidup di dunia diteruskan..

Merenung hakikat kejadian diri, mengenali diri, mengenal Rasulullah s.a.w seterusnya baginda sebagai perantaraan mengenal Allah s.w.t. Bersyukurlah jika diberi jalan ke arah-Nya dalam pengetahuan Makrifatullah.

Sebagaimana konsep ahli sufi yang selalu ingin mencari dekat dengan Allah s.w.t, lalu berusaha pelbagai jalan (suluk) yang bermaksud bergerak. Seperti di dalam buku “Hidayatus Salikin” karangan Imam al-Ghazali iaitu PETUNJUK JALAN menuju bahagia hakiki kepada Allah s.w.t. dengan pelbagai makam (peringkat ).

"Selepas para arifin (yang mengetahui hakikat Tuhan) telah sampai kefahaman, jadi apa pula peringkat pergerakan mereka seterusnya"? Tanya seorang murid kepada gurunya.

Lalu gurunya menjawab; “mengharap pergerakannya (amalan) mendapat AL-QABUL WAL AL- REDHA” agar amalan diterima Allah s.w.t dan reda segalanya kerana Allah s.w.t, untuk berkat dari-Nya.

Tak heranlah para sufi (orang yang sentiasa membersihkan hatinya) menjaga diri dalam setiap amalan mereka. Jadi tidak mahukah kita mencontohi mereka?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Jika direnungkan, diri mungkin jauh dari jalan Tuhan. Membandingkan mereka yang selalu ingin bahagia bersama Tuhan, pelbagai makam ditempuhi. Jalan dari makam zuhud, taubat, sabar, reda, ihklas, takut, pengharapan pada Allah s.w.t dan banyak lagi...

Jalan apakah diri telah tempuh? Kalau jalan zuhud, sungguh diri ini terlalu banyak keinginan yang ingin dicapai, citarasa hati terhadap dunia ini masih tinggi. Adakah jalan taubat..? Yang diri selalu berulang-ulang melakukan kesalahan kecil atau besar tanpa disedari.

Adakah jalan sabar? Yang diri selalu mengeluh, merungut di setiap ketentuan-Nya.. Adakah jalan reda atau ihklas? Yang diri sentiasa rasa terbeban dengan sesuatu... Allah..ya Allah... rendahnya diri ini di sisi-Mu.

Merenung mereka yang sehingga telah menjadi kekasih-MU, para-para pengislah diri yang menjaga hubungan dengan-Mu telah mendapat REDA-MU... Bagaimana amalan diri ini adakah hanya menjadi pegangan hidup yang selalu disebut-sebut...ATAU di dalam kertas borang yang perlu diisi tentang prinsip hidup...

Bila ditanya, maka menjawab: “matlamat hidupku adalah untuk mendapat Reda Allah!, Untuk mati khusnul Khotimah di jalan-NYA!, untuk mendapat cinta Allah! Untuk mendapat bahagia yang hakiki! Mati dan hidup kerana-NYA! ”. Namun bagaimana tanpa usaha yang benar lagi bersungguh...? T_T’

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

PERKONGSIAN DARI TESISKU

Bertajukkan " konsep al-Khauf wal al- raja di sisi Tuhan" (bukan tajuk yg penuh) ketika diploma dahulu. Mulanya ingin mengkaji tentang ke semua peringkat as-Sufi yang amat diminati, namun penyeliaku menyuruh agar tajuk lebih fokus terhadpat 1 atau 2 makam sahaja, lalu beliau memilihkan khauf (takut) dan raja’ (pengharapan) buatku.

Memang benar, perasaan TAKUT dan PENGHARAPAN PADA ALLAH  adalah amat penting sekali. Mengkaji apabila untuk mencapai tahap takut dan pengharapan pada Allah ini rupanya ada pelbagai cabang jalannya, ada pelbagai kaedah caranya, ada hikmah dikaitkan dengan dua makam ini...

Manusia memang perlu ada rasa takut dengan Allah s.w.t kerana Allah berhak segalanya atas kita. Allah Maha kuasa! Allah Maha Hebat! Maha melakukan atas apa sahaja.. sama ada baik atau buruk, sama ada nikmat atau musibah...

Allah hebat dalam menyediakan balasan dan azab-Nya! Allah menciptakan keadaan NERAKA yang begitu dahsyat sekali! Jadi tidak gerunkah kita terhadap Allah s.w.t? masih tidak takutkah kita dengan kemurkaan Allah s.w.t?

Namun perasaan takut ini juga perlu dipujuk dengan perasaaan PENGHARAPAN pada Allah s.w.t... Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang... Allah akan bersama mereka yang menjaga hak Allah dengan baik.. pelbagai rahmat Allah telah dikurniakan pada manusia... Cuma manusia sendiri perlu memilih untuk mendapat murka atau reda Allah atas amalannya...

Jika hanya ada perasaan takut, dikhuatiri bahawa keyakinan terhadap rahmat Allah itu tiada... maka yakinlah dengan selalu berharap pada Allah...  Bila takut pada Allah hendaklah sentiasa memohon keampunannya, sentiasa bergantung pada Allah selalu dalam segala urusanmu, sentiasa yakin akan adanya pertolongan Allah atas jalan kebaikan...

Sesungguhnya Allah telah memberikan jalan yang luas terhadap hambanya, akal fikiran yang waras lagi sempurna, sehingga mampu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara, maka pergunalah sebaiknya dan berfikirlah secara berhati-hati...

Kini, pendekatan as-sufi itu sukar untuk diperingatkan, jarang di amalkan... Malah banyak pula pendekatan AL-LIBERAL diperagungkan... diri pun sudah tidak faham dengan dunia, sudah begitu takut hidup di dunia ini, orang-orang yang ingin dijadikan contoh tauladan sukar diketemui kini.. Apabila melihatkan banyak yang meringankan agama, atas kecuaian sendiri. Hmm.. =_=’

Hati juga mampu membuat keputusan, maka penilaian hati juga amat penting. Apabila dirasakan resah atau tidak tenang (tak sedap hati) maka renungilah kembali amalan yang dilakukan... ini adalah pesanan para ulama, ana lupa dari mana. Wallahu ‘alam... Ingatan buat diri..

Sungguh, penilaian Allah juga dari hatimu... yang menentukan baik dan buruk, yang akan mempengaruhi amalanmu... maka bertafakkurlah dengan baik... adakah hati berkehendak kepada Allah atau sebaliknya...?

Berdoalah selalu..... “ Wahai Allah yang memperbolak balikkan hati ini, maka tetapkanlah hati ini di jalan agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu” Allahumma aamiin~

~ perkongsian yg lain~