~Yang Budiman~

Selasa, 22 April 2014

Penting! Belajar Cara Sumber-Sumber Ilmu dari Ulama

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد



Allah menurunkan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w sebagai panduan hidup. Selepas itu, sumber kedua hadis daripada Rasulullah yang merangkumi semua aspek daripada Baginda. Kemudian Allah membangkitkan alim ulama, muhaddithin, fuqaha mujtahidin yang merupakan pewaris2 anbiya yang mampu mengeluarkan hukum daripada Quran dan sunnah.

Oleh itu  terdapat 3 sumber ilmu yang perlu digunakan iaitu Quran, Hadis dan Fiqah. Sheikh mengatakan ada isu mereka yang menolak Fiqah kerana beranggapan ulama2 fiqh dahulu adalah palsu. Mereka hanya berpegang pada 2 sumber utama sahaja. Hakikatnya, al-Quran merupakan sumber ilmu agama, Hadis bagaikan tafsiran al-Quran dan Fiqah adalah intipati al-Quran dan Hadis.

Untuk menguasai bidang hadis kena menguasai beberapa cabang ilmu:

PERTAMA: Ilmu Riwayat Hadis: iaitu ilmu meriwayatkan sabdaan, pengiktirafan Nabi saw terhadap sesuatu ucapan/ perbuatan yang dilakukan oleh sahabat2 di hadapan Baginda dan situasi2 Rasulullah/ meriwayatkan suatu riwayat yang disandarkan kepada Rasulullah, sahabat atau tabi’in.

KEDUA: Ilmu Dirayatul Hadis: ilmu yg membicarakan untuk mengkaji pelbagai jenis riwayat dari sudut darjat/kedudukan hadis sama ada sahih atau dhaif dan dari aspek keadaan perawinya sama ada pencatat melalui ingatan yang kuat atau pelupa, atau dipercayai atau tidak. Dan juga dari aspek keadaan sanadnya sama ada bersambung atau terputus.

Ilmu Dirayatul Hadis ada 2 cabang:
i)       Ilmu Usul Hadis: membahaskan kedudukan sanad
ii)      Ilmu Fiqhul Hadis: ilmu yg membahaskan hukum syara’ yg dikeluarkan dari hadis

Bidang ilmu yg mengeluarkan hokum syara’ daripada lebih kurang 300 ayat Quran dinamakan AHKAMUL QURAN, dan bidang ilmu yg mengeluarkan hokum syara’ lebih kurang 300 hadis itu dinamakan FIQHUL HADIS. Bidang ilmu yg mengeluarkanhukum syara’ melalui qias berdasarkan Quran, hadis dan ijma’ ummah dinamakan ILMU FIQH. Kemudian dikumpulkan ketiga2 bidang ilmu itu digelar ILMU FIQAH.

KETIGA: Ilmu Gharibul Hadis: ilmu yg menerangkan makna2 lafaz hadis yg susah difahami dan ikrab bagi kalimah2 hadis yg mempunyai kesamaran.

KEEMPAT: Ilmu Asrarul Hadis: ilmu rahsia agama yg membahaskan hikmat dan falsafah semua hokum ahkam dan hakikatnya, rahsia khasiat amalan dan kesannya yg terkandung dalam hadith. Inilah ilmu syariat yg paling mendalam dan paling utama kedudukannya. Melalui ilmu ini seseorang jelas tentang hokum syara’.

Untuk menerokai bidang ilmu ASRARUL HADIS, seseorang ituperlu menguasai ilmu2 alat yg membantu untuk memahami al-Quran dan Hadis. Terutama perlu talaqqi musyafahah (dgn berguru) KITABUL SITTAH, 6 buah kitab hadis terkemuka itu dengan sheikh yang mempunyai sanad bersambung terus sampai Rasulullah saw. Kitab hadis bukan hanya satu iaitu (HADIS BUKHARI) sahaja. Bahkan masih ada lagi 5 iaitu MUSLIM, NASA’I, ABU DAUD, TIRMIZI dan IBNU MAJAH, yg dinamakan juga SUNNAN SITTAH.

Kitab hadis sahih pula bukan hanya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sahaja. Bahkan masih ada lagi 6 iaitu: Muwatta Imam Malik, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah, Muntaqa Ibnul Jarud, Sahih Ibnus Sakan dan Sahih Ibnul Awanah.

Hadis-hadis sahih yg mana Imam Bukhari tidak memasukkan dalam kitabnya Sahih Bukhari disebabkan tidak menepati syarat2 yg ia kehendaki itu boleh didapati dalam kitab2 sahih yg lain. Dari sini dapatmengambarkan bahawa:

i)      Hadis sahih bukan hanya berada dalam Bukhari dan Muslim sahaja.
ii)    Tidak semestinya beramal dengan hadis Bukhari sahaja. Bahkan hadis2 sahih lainnya ada dalam kitab2 sahih yg lain juga turut boleh beramal.

Tajuk bagi mana2 KITAB BUKHARI adalah ijtihad Imam Bukhari. Imam Bukhari mengemukakan fahamannya yg merupakan penelitian yg tajam lagi mendalam bagi sesebuah hadis pada)  ترجمةالباب tajuk bab, yg merupakan dalilnya.

Kitab Bukhari mendapat gelaran ( أصحاب الكتاب)  kitab paling besar selepas al-Quran, dimana beliau hanya mengambil hadis:

    1)  Dari rawi yg jenis Kuat Ingatan dan mengambil Masa Lama Mendampingi Guru
    2) Riwayat dari rawi yg kuat ingatan tetapi hanya sedikit masa mendampingi gurunya, dimasukkan dalam Bukhari sebagai hadis yg menyokong kepada hadis bab.

IMAM MUSLIM pula mengambil hadis dari kedua2 jenis rawi tersebut secara bebas dan sebagai hadis penyokong kepada hadis bab, memasukkan riwayat dari rawi krang ingatan tetapi ia mengambil masa yg lama mendampingi gurunya.

IMAM NASA’I mengambil hadis dari 3kumpulan rawi tersebut secara bebas. Oleh itu, kitabnya menjadi no. ke 3 di dalam susunan 6 kitab hadis.

Keempat, Kitab IMAM ABU DAUD: mengambil hadis dari 3 kumpulan rawi tersebut secara bebas dan mengambil lagi hadis dari rawi jenis kurang ingatan dan mengambil masa tidak lama mendampingi guru, sebagai hadis menyokong kepada hadis bab.

Kelima, kitab IMAM TIRMIZI mengambil hadis dari keempat2 kumpulan rawi secara bebas dan mengambil lagi dari rawi dha’if dan rawi yg tidak diketahui ketaqwaan dan hafazannya

Keenam, kitab IMAM IBNU MAJAH: mengambil hadis dari kelima2 kumpulan rawi tersebut secara bebas.
Walaupun kitab Sunan Tirmizi peroleh kedudukan di tahap yg ke 5, ia tetap bersaing dengan Kitab Sahih Bukhari pada gelaran JAMI’ iaitu yg dihimpunkan padanya hadis2 pada 8 tajuk:

1. Sirah, 2. Adab, 3. Tafsir, 4. Aqidah, 5. Fitnah, 6. Isyrat (tanda2 kiamat), 7. Ahkam, 8. Manaqib (hadis yg brhubungkait dengan kelebihan sahabat lelaki, wanita dan qabilah2).

Kitab Hadis disusun mengikut susunan fiqah sperti: kitab zakat, kitab sedkah, kitab Taharah.
Kitab Hadis Sunan pada peringkat awal disebut Abwab kemudian bertukar menjadi Musannaf dan akhirnya kekal dengan nama SUNAN yg trdapat seperti berikut:

        1.       Sunan al-DaralQatni
        2.       Sunan Sa’id bin Mansor
        3.       Sunan Waqi’ bin Jaraj
        4.       Sunan Ibnu Jarih
        5.       Musannaf Ibnu Abi Syaibah
        6.       Musannaf Abdul Razzak
        7.       Abwab sya’bi
      8.     Al-sunan al-Kubra al-Baihaqi ( kitab yg masyhur bg Imam Syafi’e sbagai dalil2 hadis ijtihad
        9.       Sunan al-Dirami
     
SUNAN ARBA'AH:

        1.       Sunan al-Tarmizi
        2.       Sunan Abu Daud
        3.       Sunan an-Nasa’i
        4.       Sunan Ibnu Majah

KITAB JAMI':

         1.       Jami’ Mua’ammar bin Rasyid: anak murid terkenal Imam Zuhri
         2.       Jami’ Sufyan al-Thauri: Imam Syafi’e ambil manfaat dari kitab ini
         3.       Jami’ Abdul Razzak: masyhur dgn naman Musannaf Abdul Razzak
         4.       Jami’ al-Dirami: kmudian masyhur dgn Sunan al-Darimi
         5.       Jami’ al-Bukhari
         6.       Jami’ al-Tarmizi

Seseorang yg ingin menguasai ilmu hadis, tidak memadai dengan hanya mempelajari kitab hadis Sahih sahaja, ia perlu pelajari ketiga2 kitab: 1) Sahih 2) Jami’ 3) Sunan

Sambil belajar 6 buah kitab hadis tersebut, seseorang perlu juga bermutala’ah beberapa buah kitab hadis lain berkaitan dengan musykil hadis, sebab2 Rasulullah saw bersabda hadis2 maudhu’ supaya betambah jelas fahaman terhadap ilmu hadis. Kitabnya seperti:

      a)      Musykilatul Hadis/ Mukhtalif Hadis: kitab2 yg membahaskan tentang mencantumkan (menyelaraskan) percanggahan di antara dua hadis dan menentukan kebarangkalian yg wujud pada hadis2 yg susah menentukan maksud. Adalah karya IMAM ABU JA’FAR TAHAWI

     b)      Asbabul Wurud Hadis: yg membentangkan sebab2 Rasulullah saw bersabda mengenai sesuatu hadis, dikarang oleh IMAM IBNU HAMZAH HUSAINI DIMASYQI.

       c)       Al-Maudhu’at: kitab yg menghimpunkan hadis2 direka cipta orang. Imam Ibnul Jauzi menulis kitab Al-Maudhu’at Kubri. Ulama sepakat, beliau amat keras menentukan hadis sebagai hadis Maudhu’. Hafiz Ibnu Hajar Asqalani terpaksa menjawab dan menolak penentuan keras Imam Ibnul Jauzi itu.

ALLAMAH IBNU IRAQ: menghimpunkan dan mengkaji halus setiap hadis yg dikemukakan sebagai maudhu’ dan memilih hadis2 yg benar2 maudhu dalam kitab “Tanzih al-Syariat al-Marfu’ah ‘an al-Ahaadis al-Syaniah al-Maudhua’ah”. Inilah sebuah kitabyg lengkap yg diterima oleh muhaddithin sedunia.

Selain ilmu2 hadis tersebut, terdapat ilmu lain seperti: Ilmu Asma’u Rijal (membicarkan tentang rawi2 hadis), Ilmu Jarah dan Ta’dil (ilmu membincangkan mengenai thiqah atau tidak thiqah terhadap mana2 rawi / ilmu mengkritik dan mengesah sanad).

Disebabkan kitab Bukhari digelar kitab paling sahih selepas al-Quran, ramai orang yg menganggap Imam Bukhari paling tinggi di kalangan muhaddithin. Sebenarnya, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud ialah anak murid Imam Ahmad Bin Hanbal dan Imam Bukhari juga anak murid Imam Humaidi. Imam Ahmad dan Imam Humaidi adalah anak murid Imam Syafi’e. Imam Syafi’e adalah anak murid Imam Malik dan anak murid Waki’ Ibnul Jarrah yg menjadi anak murid Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad pula anak murid Imam Abu Yusof yg menjadi anak murid Mohammad bin Hasan Syaibani yg menjadi anak murid Imam Abu Hanifah. Imam Malik menerima hadis dari Nafe’ dari Ibnu Omar. Imam Abu Hanifah menerima hadis daripada sahabat Nabi bernama Abdullah bin Harith.

Apabila seorang mujtahid seperti ( Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’e dn sbagainya) berdalilkan dengan sebuah hadith, maka hadis yg dibuat hujah itu sahih di sisinya, walaupun hadis itu tiada di dalam Kitab Imam Bukhari.

Ulama muhaddthin dan fuqaha mujtahidin masing2 mempunyai kebolehan ijtihad untuk menetukan kedudukan sesbuah hadis sama ada sahih atau dhaif. Oleh itu, terdapat perbezaan pendapat dikalangan mereka dalam menentukan kedudukan hadis.

Musnidhulhind Muahaddith Akbar Imam Syah Waliyullah al-Dahlawi menyifatkan:

       1.       Ilmu mengenali hadis ( Ilmu Riwayatul Hadis) sebagai kulit luar ilmu hadis
       2.       Ilmu Gharibul Hadis: sebagai kulit dalam hadis
       3.       Ilmu Dirayatul Hadis sebagai: Isi ilmu hadis
      4.       Ilmu Asrarul Hadis: sebagai mutiara ilmu hadis. Yg dibicarakan oleh Imam Syah Waliyullah dalam kitab Hujjatullahil Balighah

>>>>>>>>>>>>>>>>>>     ANCAMAN  !!!!

Pelbagai golongan yang lahir bagi menyesatkan Umat Islam melalui sumber utama al-Quran dan hadis. Golongan yang anti hadis seperti Kassim Ahmad, golongan Ahli Quran yg menolak hadis seperti Ahmad Amin, golongan Fiminisme seperti Arsyad Manji, Golongan Orientalist, Golongan Liberal dan pelbagai lagi golongan yg menggunakan sumber utama ini bagi mendapatkan kebebesan akal fikiran mentafsir secara “Hermeunatik” menolak hujah2 ulama Muhaddithin… yg dikatakan palsu dan tidak mengikut peredaran zaman. Sedangkan al-Quran dan hadis, serta ijtihad ulama itu telah disepakati menjadi sumber pegangan kita dalam setiap permasalahan kerana ianya dijaga Allah dan ulama yang amat tinggi pengetahuannya.

MUHASABAH ?????????????????????????

Adakah kita telah mengenali kesemua kitab2 hadis tersebut? Adakah kita telah pelajari kitab2 hadis yg menjadikan sumber pengukuh al-Quran tersebut? Adakah kita mengenali ulama2 muhaddithin kitab2 tersebut?. Sesungguhnya Allah akan mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama.. Maka apabila ketiadaan ulama thiqah, hanya akan tinggal ulama Suk iaitu ulama yang melebihkan dunia daripada akhirat.. dan berlakulah pelbagai kerosakan. Bagaimana kita mahu mengetahui sesuatu hukum atau permasalahan andai sumber utama ini kita tidak pelajari?  :( Wallahu’alam. 

*Moga kita dipandu Allah dalam mengambil hukum yg dilandaskan syariat dalam kehidupan harian dan segala permasalahan aamiin... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~