~Yang Budiman~

Sabtu, 31 Mac 2012

~InDaHnYa HiDuP mEnYucIkAn DiRi~

Mohon sebanyak-banyak kemaafan jika ada yang membaca membuat penilaian pada diri. peringatan sekali lagi, bahawa kata-kata di blog tulisanku adalah kata-kata untuk memperingatiku (diriku sendiri) di samping menggunakan pendekatan dakwah, perkongsian jiwa ini terhadap jiwa yang lain, dan kadang-kadang situasi dan watak dalam penulisan adalah di tuju pada diri sendiri yang mudah berubah-rubah mengikut suasana, cuma ingin dikongsi, jika salah mainan hati ini sila diperbetulkan, moga Allah beri petunjuk dan keampunan...

Ampun maaf andai disakiti dari tulisan makhluk-Nya lagi jahil........... :( sungguh bersangka buruk itu dicegah dalam Islam, moga sama-sama berhati mulia...Aamiin..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Merenung kembali, perjalan penulisan blog nampaknya berubah juga. Tujuan ingin menulis tentang Tuhan bertukar kepada kata-kata hati yang ingin dikongsi, pengalaman atau pandangan. Ermm risau juga kata-kata sebegini lahir dari nafsu tanpa pertimbangan yang betul =_=’.

Tapi semangat untuk menulis telah menjadi hobi.. perkara-perkara yang bermain di fikiran suka direnungkan. Moga ianya ada kaitan dengan iman dan amal, memikirkan tentang dunia dan dikaitkan dengan akhirat, Insha Allah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 


Perjalanan hidup di dunia diteruskan..

Merenung hakikat kejadian diri, mengenali diri, mengenal Rasulullah s.a.w seterusnya baginda sebagai perantaraan mengenal Allah s.w.t. Bersyukurlah jika diberi jalan ke arah-Nya dalam pengetahuan Makrifatullah.

Sebagaimana konsep ahli sufi yang selalu ingin mencari dekat dengan Allah s.w.t, lalu berusaha pelbagai jalan (suluk) yang bermaksud bergerak. Seperti di dalam buku “Hidayatus Salikin” karangan Imam al-Ghazali iaitu PETUNJUK JALAN menuju bahagia hakiki kepada Allah s.w.t. dengan pelbagai makam (peringkat ).

"Selepas para arifin (yang mengetahui hakikat Tuhan) telah sampai kefahaman, jadi apa pula peringkat pergerakan mereka seterusnya"? Tanya seorang murid kepada gurunya.

Lalu gurunya menjawab; “mengharap pergerakannya (amalan) mendapat AL-QABUL WAL AL- REDHA” agar amalan diterima Allah s.w.t dan reda segalanya kerana Allah s.w.t, untuk berkat dari-Nya.

Tak heranlah para sufi (orang yang sentiasa membersihkan hatinya) menjaga diri dalam setiap amalan mereka. Jadi tidak mahukah kita mencontohi mereka?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Jika direnungkan, diri mungkin jauh dari jalan Tuhan. Membandingkan mereka yang selalu ingin bahagia bersama Tuhan, pelbagai makam ditempuhi. Jalan dari makam zuhud, taubat, sabar, reda, ihklas, takut, pengharapan pada Allah s.w.t dan banyak lagi...

Jalan apakah diri telah tempuh? Kalau jalan zuhud, sungguh diri ini terlalu banyak keinginan yang ingin dicapai, citarasa hati terhadap dunia ini masih tinggi. Adakah jalan taubat..? Yang diri selalu berulang-ulang melakukan kesalahan kecil atau besar tanpa disedari.

Adakah jalan sabar? Yang diri selalu mengeluh, merungut di setiap ketentuan-Nya.. Adakah jalan reda atau ihklas? Yang diri sentiasa rasa terbeban dengan sesuatu... Allah..ya Allah... rendahnya diri ini di sisi-Mu.

Merenung mereka yang sehingga telah menjadi kekasih-MU, para-para pengislah diri yang menjaga hubungan dengan-Mu telah mendapat REDA-MU... Bagaimana amalan diri ini adakah hanya menjadi pegangan hidup yang selalu disebut-sebut...ATAU di dalam kertas borang yang perlu diisi tentang prinsip hidup...

Bila ditanya, maka menjawab: “matlamat hidupku adalah untuk mendapat Reda Allah!, Untuk mati khusnul Khotimah di jalan-NYA!, untuk mendapat cinta Allah! Untuk mendapat bahagia yang hakiki! Mati dan hidup kerana-NYA! ”. Namun bagaimana tanpa usaha yang benar lagi bersungguh...? T_T’

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

PERKONGSIAN DARI TESISKU

Bertajukkan " konsep al-Khauf wal al- raja di sisi Tuhan" (bukan tajuk yg penuh) ketika diploma dahulu. Mulanya ingin mengkaji tentang ke semua peringkat as-Sufi yang amat diminati, namun penyeliaku menyuruh agar tajuk lebih fokus terhadpat 1 atau 2 makam sahaja, lalu beliau memilihkan khauf (takut) dan raja’ (pengharapan) buatku.

Memang benar, perasaan TAKUT dan PENGHARAPAN PADA ALLAH  adalah amat penting sekali. Mengkaji apabila untuk mencapai tahap takut dan pengharapan pada Allah ini rupanya ada pelbagai cabang jalannya, ada pelbagai kaedah caranya, ada hikmah dikaitkan dengan dua makam ini...

Manusia memang perlu ada rasa takut dengan Allah s.w.t kerana Allah berhak segalanya atas kita. Allah Maha kuasa! Allah Maha Hebat! Maha melakukan atas apa sahaja.. sama ada baik atau buruk, sama ada nikmat atau musibah...

Allah hebat dalam menyediakan balasan dan azab-Nya! Allah menciptakan keadaan NERAKA yang begitu dahsyat sekali! Jadi tidak gerunkah kita terhadap Allah s.w.t? masih tidak takutkah kita dengan kemurkaan Allah s.w.t?

Namun perasaan takut ini juga perlu dipujuk dengan perasaaan PENGHARAPAN pada Allah s.w.t... Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang... Allah akan bersama mereka yang menjaga hak Allah dengan baik.. pelbagai rahmat Allah telah dikurniakan pada manusia... Cuma manusia sendiri perlu memilih untuk mendapat murka atau reda Allah atas amalannya...

Jika hanya ada perasaan takut, dikhuatiri bahawa keyakinan terhadap rahmat Allah itu tiada... maka yakinlah dengan selalu berharap pada Allah...  Bila takut pada Allah hendaklah sentiasa memohon keampunannya, sentiasa bergantung pada Allah selalu dalam segala urusanmu, sentiasa yakin akan adanya pertolongan Allah atas jalan kebaikan...

Sesungguhnya Allah telah memberikan jalan yang luas terhadap hambanya, akal fikiran yang waras lagi sempurna, sehingga mampu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara, maka pergunalah sebaiknya dan berfikirlah secara berhati-hati...

Kini, pendekatan as-sufi itu sukar untuk diperingatkan, jarang di amalkan... Malah banyak pula pendekatan AL-LIBERAL diperagungkan... diri pun sudah tidak faham dengan dunia, sudah begitu takut hidup di dunia ini, orang-orang yang ingin dijadikan contoh tauladan sukar diketemui kini.. Apabila melihatkan banyak yang meringankan agama, atas kecuaian sendiri. Hmm.. =_=’

Hati juga mampu membuat keputusan, maka penilaian hati juga amat penting. Apabila dirasakan resah atau tidak tenang (tak sedap hati) maka renungilah kembali amalan yang dilakukan... ini adalah pesanan para ulama, ana lupa dari mana. Wallahu ‘alam... Ingatan buat diri..

Sungguh, penilaian Allah juga dari hatimu... yang menentukan baik dan buruk, yang akan mempengaruhi amalanmu... maka bertafakkurlah dengan baik... adakah hati berkehendak kepada Allah atau sebaliknya...?

Berdoalah selalu..... “ Wahai Allah yang memperbolak balikkan hati ini, maka tetapkanlah hati ini di jalan agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu” Allahumma aamiin~

Isnin, 26 Mac 2012

Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu AbduLlah Al Banjari


Sedikit sebanyak ana mengambil biografinya di blog ini:


http://pondokhabib.wordpress.com/2009/09/23/biografi-sheikh-muhammad-nuruddin-marbu-abdullah-al-banjari/

Penulis : Ustaz Abu Zahrah


BIOGRAFI RINGKAS AL-FADHIL AL-WALID SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI


al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.


Berhijrah ke Tanah Suci Makkah


Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah [sejarah penubuhan madrasah ini boleh didapati disini] sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh.


Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu’in, ‘Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas ‘Aliyah.


Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.


[Ketika aku di Bogor untuk menghadiri pengajian bersama Shaikh Nuruddin, beliau kelihatan agak sebak bila menceritakan guru kesayangannya ini. Matanya merah berair …. ya… mengingati guru kesayangannya ini. Beliau juga menunjuk gambar gurunya yang mulia ini kepada aku …..]


Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama’ yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama’ yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama’, Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.


Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma’had ‘Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat ‘Ulya” pada tahun 1990


Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah dan Mesir adalah adalah:-

asy-Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله,
asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
asy-Syaikh al ‘Alaamah al-Jalil as-Sayyid ‘Amos رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله dan ramai lagi.

MENABUR JASA & MENYANDANG GELAR AZHARUS TSANI


Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar sendiri.


Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama’ muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta’lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesihatan dan ke’afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah.


Perkongsian dari mendengar peringatan beliau


Pertamanya, sheikh menerangkan golongan yang diutamakan. Pertama umara’ (pemimpin), kedua ulama’, ketiga dikalangan atlit dan keempat orang seniman.

Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman, tetapi kini mana pengikutnya? Sepatutnya ilmu itu harus didatangi (dicari) bukan menunggu didatangi padanya.

Seperti Imam Malik menegur pemerintah Harun Rasyid yang ingin menuntut ilmu, bukan meminta Imam Malik yang datang tetapi hendaklah berjumpa dengan Imam Malik sendiri.

Bezanya kini, golongan bangsawan diagung-agungkan dihormati lebih dari pemberi ilmu itu sendiri. Contohnya, jika ada VIP maka kerusinya berbeza di tempat khas lagi selesa, sedangkan ulama hanya duduk di bawah.

Perbualan masyarakat dahulu adalah banyak mengenai agama dan amalan. “ bagaimana hafalan kamu?, bagaimana tahajud kamu?”

Nah, tapi hari ini perbualannya yang diminati nafsu sahaja, tentang permainan bola yang lebih banyak dibicarakan.

Sheikh berkata, “ bagaimana tidak cemburui orang yang lebih mengagungkan bola dari ilmu agama?”, kitab tidak dihormati, di bawah-bawah lantai, sedangkan yang menulisnya adalah para guru yang mulia.

Tambah sheikh lagi, “ walaupun tidak sujud pada makhlukNya, tapi hakikatnya telah sujud, kerana kecenderungan yang lebih kuat sehingga mengagung-agungkan perkara tersebut” Jadi usah ditanya kenapa bila solat tidak khusyuk,? Bila zikir hati tidak tenang,?

Gambaran kepada golongan Syiah yang dilaknat kerana telah menghina orang yang mulia, contoh ibadat mereka, tidak sah sembahyang apabila tidak melaknat Saidina Abu Bakar r.a.

Sambung Sheikh lagi, “apabila politik ditinggikan, maka ulama akan dipandang rendah”, penafsirannya adalah kerana jika ulama bertanding jua, mungkin mereka akan dipandang rendah oleh yang lain, malah akan bermusuhan di atas persaingan. Maka dimana pernghormatannya?

Sheikh  menerangkan lagi, orang faqih berbeza dengan orang alim. Seorang yang faqih lebih baik daripada beribu orang yang alim. Kerana orang faqih itu berilmu dan mengamalkan ilmunya, berbanding orang alim yang hanya ada ilmu tapi tidak digunakan.

Sheikh memberikan contoh, jika si anak mendapati ibunya mengadu sakit, si alim mungkin akan menasihatinya, memahaminya dengan menyuruh besabar, manakala si faqih pula akan bertindak membeli ubat untuk ibunya, membawa ibunya ke hospital, menjaga sebaiknya ibunya.

Memang ia memberi kesan pada diri sama ada kini adakah hanya ada ilmu atau dimanfaatkan? Maka pilihlah mahu jadi alim atau faqih?

Diceritakan lagi, didapati muridnya pada seorang gurunya, seorang ulama (tak sempat salin nama ulama) telah bangun dan duduk dan bangun lagi kemudian duduk beberapa kali. Kehairanannya lalu bertanya, kenapa wahai guruku begitu?

Jawab gurunya, “sesungguhnya aku telah melihat anak guruku berada di sana, lalu aku bangun memberi penghormatan, duduk dan seterusnya”

Fahamlah di sini, bahawa golongan terdahulu amat menghormati guru-guru mereka, mereka menjaga sehingga tidak berani melunjurkan kaki ke arah rumah guru mereka sedangkan jarak rumahnya jauh berbatu dari rumah gurunya.

Allahu Akhbar, sungguh tinggi akhlak mereka terdahulu, sukar diamalkan kini. Jika dibezakan sekarang, para pelajar mungkin cuai menjaga adab terhadap guru. Contohnya apabila kuliah tidak bersungguh mendengar, duduk jauh-jauh tidak dihadapan. Peringatan diriku yang selalu lupa  =_=’

Sheikh ketika berceramah sempat menegur ikhwah akhawah, “ana yakin di sisi anda semua terdapat handphone, dan ana yakin handphone itu tidak dimatikan, mungkin hanya disilentkan”

“lihatlah bagaimana hati tidak sepenuh mahu diberikan untuk mendengar majlis ilmu ini, diberi peluang urusan dunia untuk menganggu” mungkin jika handphone itu berbunyi, anda akan menjawabnya, tidak hirau majlis yang sedang berlangsung”. erm.. memang susah untuk menjadi yang sedemikian =_=?

“ lihat, ana baru bersama kalian dalam seketika, tetapi sudah terdapat beberapa ikhwah yang telah keluar majlis, ana yang diberi kesempatan dua jam lebih ini bersama kalian sudah tidak dapat menjaga peluang ini, bagaimana pula guru-guru kamu yang sama bertahun-tahun kamu menghadap?” kami ada urusan sheikh.... ada kuliah.. =_=’

“Nilai agama sekarang sudah lusuh, lihatlah apabila padang bola lebih dihormati daripada masjid, jika mengagungkan sanjung pemain yang memakai seluar pendek, maka di mana tahap keilmuannya?”

Teringat diri dari kata seorang sahabat, beliau kata ianya dari hadis, wallahu ‘alam yang berbunyi; “ permainan bola sepak itu diibaratkan menendang kepala orang-orang Islam”, diumpakan sebegitu kerana agenda Yahudi terhadap manusia untuk mengagungkan sukan supaya leka dan lalai”

Hmm.. bila didapati, para pencinta Islam juga minat bola.. Siap penyokong Arsenal, Macester upss tak tau eja... memanglah dah minat, tapi hendaklah beringat tidak perlu mengagungkannya, jika bangun pagi semata ingin menonton perlawan bola namun tahajud ditinggalkan, adalah kelalaian... moga para bakal imam kelak tidak begitu, aamiin~

Sheikh mengingatkan lagi, “Allah telah berfirman sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan umatnya mengubah nasibnya sendiri”

Contohnya lagi, “lihatlah peperangan Badar, hanya 313 tentera Islam tanpa peralatan yang canggih berbanding tentera musuh beribu-ribu siap kelengkapan yang canggih, namun Allah mendatagkan pertolongan-Nya kerana KETAQWAAN dan KEIMANAN yang tinggi hambanya tika itu”

Dapatlah pengajaran bahawa pertolongan Allah akan datang jika kita juga menjaga urusan-Nya, Dia akan membantu kita, akan menunjukkan jalan, lapang dada, ketenangan, dan segala macam hikmah... jadi, mari kita agungkan Allah s.w.t.. Alhamdulillah, bertambah cinta lagi................

“Ulama waris para Anbiaya” jadikan mereka panduan pula, syafaat orang yang berada di sisinya kelak, aamiin~

Sabtu, 24 Mac 2012

MOGA THABAT DALAM PERJUANGAN ISLAM.. ALLAHU AKHBAR!

Memohon keampunan Allah s.w.t  terlebih dahulu, Astaghfirullahal ‘azim.. sesungguhnya kata-kata itu boleh membawa kepada kesesatan. Diri hanya mengeluarkan kata, buat peringatan diri. Moga dijauhi kemurkaan-Nya.

Tajuk kali ini mungkin ada yang berminat atau tidak. Bila sentuh saja bab politik, pasti mempunyai pandangan yang berbeza.
1   
      Yang tidak mengerti:

Bila ditanya, “ awak suka politik tak?” ada yang jawab, iskh.....apa tu, tak suka lah saya tak suka ambil tahu pasal politik ni, tak best!

Kenapa?  = “ ntahla, tak faham tengok macam gadoh-gadoh je, parti-parti ni, berkempen sana-sini, teriak, terlolong, mengganggu je.

Yeke, awak faham tak sebab apa mereka macam tu? = “ ntah, nak dapat kuasa la kut, suruh pilih pemimpin diorang, kena undi diorang... tapi memang tak suka lah!

Nape tak suka..?=  “ diorang ni nampak macam taksub je, beria-ia betul! Dah la masih belajar, nak sebok-sebok berpolitik pula. Kita sebagai penuntut Universiti ni kan kenalah tumpu pada pelajaran..belajar bersungguh-sungguh, balas jasa ibu bapa dapat result yang baik-baik.. kalau berpolitik tu untuk apa, buang masa, proses pembelajaran pun boleh terganggu...

Ermm..awak cakap macam tu, sebenarnya sebab awak tak faham kenapa kita perlu berpolitik. Politik ni penting, awak nak tahu sebab apa?

Eh tak yahlah, takpe saya malas nak tahu..huhu..sebab memang TAK MINAT la..

*Sesuatu perkara yang apabila tidak faham tujuan, sebabnya, matlamatnya yang ingin dicapai memang sukar untuk dimengerti. Perkara yang tidak diketahui kepentingannya memang mudah untuk tidak mengambil tahu perkara itu. Lalu mendiamkan diri tanpa mengendahkannya...
        Yang sudah faham:

Bagi yang tahu mengenai politik pula, ia faham segala-galanya,  namun masih mempunyai sebab-sebab tersendiri. Pelbagai perasaan yang ingin dilontarkan untuk menyatakan pendapat. Lalu memilih jalan untuk mengislah diri sendiri.

Memang akan tersalah tafsir jika hanya faham dari sudut politik itu sahaja. Bermasalah jika menganggap politik adalah matlamat segala-galanya, melihat sesuatu perkara dengan hanya melihat politik. Lalu dianggap taksub.

Mungkin kesilapan orang jemaah itu sendiri. Kerana manusia tidak sempurna, tidak semua yang dilakukan benar, mudah lupa dan sebagainya. Maka jadilah diri sendiri dalam jemaah jika terdapat kesilapan, berilah teguran jika benar itu salah. Agar diketahui prinsipmu.

Menafsir orang-orang jemaah dengan tafsiran sendiri, mereka dinilai dengan pelbagai tanggapan dari segi lahiriah sahaja, justeru melihat lebih kepada keburukan yang dianggap salah. Sedangkan, mereka mempunyai sebab dan alasan yang mungkin kita tidak fahami. Oleh itu, jangan terus menghukum.

Politik itu luas aspeknya, merangkumi semua perkara jika memahami dengan betul dari segi tujuan dan matlamatnya. Apatah lagi berpolitik secara Islam dengan matlamat menyeru kepada ajaran  Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Manusia adalah KHALIFAH yang telah diberi kepercayaan oleh Allah s.w.t untuk mentadbir bumi, bukan pada makhluk yang lain. Agar kita memimpin selari dengan syariat Allah s.w.t mengamalkan syiar-syiar Islam di muka bumi mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan harian.

Merungkap dari kata Saidina Umar al-Khattab ,“ tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa ketaatan”

Gerakan ke arah memperjuangkan Islam adalah penting. Iaitu melalui berpolitik untuk memegang tampok kepimpinan sebagaimana zaman khalifah-khalifah terdahulu.

Apabila mendapat kuasa memerintah, mereka yang taat pada Allah s.w.t akan memikulnya dengan bijaksana, mengambil peluang untuk berdakwah menyeru pada Allah s.w.t dengan mudah apabila sudah menjadi ketua yang boleh memberi pengaruh di bawah kekuasaanya.

Yang sedang berjuang, menghadapi kelemahan:

Setiap amanah yang diberikan  memang terasa berat. Hati pasti diuji pelbagai rasa yang mungkin terdapat hasutan syaitan.

Kata-kata dari blog seorang sahabat yang  tinggi fikrah perjuangannya mengingatkan:

“Dalam keterpaksaan juga melahirkan keikhlasan. Mula-mula memang rasa susah. Atau pun bila sudah selesa bermacam pula ujian yang datang. Tapi siapa kita untuk menilai? Penilaian Allah itulah yang penting. Allah sahajalah yang berhak menentukan kita layak atau tidak. Bukan diri kita. Bukan orang lain. Yakinlah pada diri  kita sendiri."

Memang ketaqwaan adalah penilaian tertinggi Allah pada hambanya. Benar juga tujuan kita dijadikan untuk menyembah dan beribadah pada Allah. Namun bagaimana suruhan-suruhan Allah yang lain agar dapat melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, berdakwah kepada ajaran Islam dan banyak lagi firman Allah yang menyeru manusia kembali kepada Tuhan.

Mungkin dalam gerakan ini usaha dakwah tidak nampak kesannya dengan ketara, kerana ia mengambil masa. Tetapi yakinlah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Asal punyai niat untuk berdakwah walaupun terlibat dengan suara yang kecil daripada tiada bersuara.

Al-Ghazali menegaskan, "agama adalah asas tempat kita berpijak, kuasa pemerintahan politik adalah pengawas. Jikalau asasnya tidak kukuh, maka akan runtuh. Jikalau pengawasnya tiada, akan menjadi sia-sia”

Adakah kita sanggup dipimpin oleh penguasa yang tidak menitik beratkan nilai-nilai Islam di bawah pimpinanya? Adakah kita sanggup biarkan yang halal haram  itu boleh dicampur adukkan dalam kehidupan harian kita? Atau kita hanya perjuangkan diri kita sendiri sudah memadai...?

Saidina Abu bakar berkata: “  takkan aku biarkan kurangnya (runtuh) agama ini sedangkan aku masih hidup”

Tambah As-Siddiq lagi, “Wahai semua orang yang hadiri saya dilantik menjadi pemimpin kamu, pada hal saya bukannya orang yang terbaik dalam kalangan kamu. Sekiranya saya seorang yang berlaku baik, tolonglah saya. Sekiranya saya berlaku buruk, perbetulkan saya. Benar itu amanah dan bohong itu khianat. Orang yang lemah kalangan kamu menjadi kuat di sisiku sehingga aku mengambalikan haknya. Orang yang kuat pula menjadi lemah di sisiku sehingga aku bertindak ke atasnya dengan cara yang benar (adil). Iasya Allah tidak ada seorang meninggalkan kewajipan berjihad menegakkan Islam, maka sesungguhnya tidak ada kaum yang meninggalkan kewajipan jihad itu melainkan Allah menghukum mereka menjadi hina. Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul, maka apabila aku menderhakai Allah dan Rasulnya, maka kamu tidak wajib mentaatiku.”

Wahai diri, mugkin kita boleh bersyukur dengan nikmat Islam yang diberikan, bersenang lenang dengan keseronokkan duniawi ini, kerana kita sudah punyai iman. Bagaimana pula golongan yang lain yang masih belum beriman? Adakah kita hanya membiarkan tanpa usaha.

Tidak mahukah berkongsi lazatnya bersama Tuhan, dengan ajaran Islam ini kepada mereka yang telah tersasar, dimana kefahaman Islamnya kurang. Bagi kesedaran beragama yang kita miliki, ayuh! Pimpinlah tangan-tangan yang masih tergapai itu untuk turut bersama merasai indahnya ajaran Islam.

Jika kita takut melibatkan diri dalam politik akan semakin jauh dengan Tuhan, terasa letih untuk memiliki ibadah yang khusyuk, Adakah apabila kita menjauhi dari usaha-usaha ini kita akan sentiasa beribadah pada Allah dengan kerap, khusyuk?

Malah, hanya haluan masing-masing biasa dengan rutin makan minum, tidur, kerja, dan mungkin lebih kepada perkaran lagha sia-sia? Adakah jika seorang pelajar hanya menumpu pada pelajaran, maka akan benar menjadi alim dan dimanfaatkan ilmu tersebut?

Tidak sedarkah, kini pluralisme semakin menguasai, pemisahan agama dalam kehidupan. Kerana hanya memikirkan haluan masing-masing tanpa ingin membantu mengagungkan agama dalam tinkah laku.Maka rebutlah peluang bersama  jemaah yang baik, yang dapat memberi peringatan dan teguran.

Kita bukan hanya aktiv ketika ini, bukan hanya di kampus semata-mata,  namun suara yang kecil ini ingin dipertahankan hingga akhirnya ke dalam diri, keluarga, dan masyarakat untuk mewujudkan daulah Islamiah.

Lihatlah sebagaimana sahabat Rasulullah duhulu, yang sentiasa semangat berperang dalam menempur musuh dan berjaya kerana IMAN dan TAQWA mereka yang begitu tinggi, sanggup melakukan apa saja untuk agama.

Lihatlah Zainab Al-Ghazali, wanita yang diseksa melebihi kemampuan fizikal seorang wanita atas perjuangannya untuk menegakkan Islam.

Melihat pula saudara-saudara kita di bumi Palestin, Syiria baru-baru ini telah dizalimi oleh pemerintah yang zalim. Lalu agama Islam itu dilakukan seperti sampah, penganutnya diseksa,dibunuh penuh ngeri tanpa belas. Tidak terasakah hati kita sebagai saudara?

Jadi, apakah uasaha kita hari ini? Hanya mampu berdiam diri. Benar kata-kata:

“sesungguhnya umat Islam itu bagai buih ombak di lautan, apabila menghempas di tepian pantai lalu buih terus hilang dan lenyap ditenggelami pasir”. Umat Islam adalah ramai, namun kuantiti yang ramai itu tidak guna apabila tidak dimanfaatkan.

Masihkah kita hari ini menghabiskan masa dengan yang baik, tubuh badan, masa, dan pemikiran kita adakah digunakan untuk Islam?

Kini akhir zaman yang penuh mehnah dan fitnah yang berleluasa. Maksiat merata-rata, ajaran Islam dipinggirkan, keseronokan hiburan digalakkan.

Di mana hati-hati yang semangat ingin membantu penyebaran ajaran agama?  Takutilah kita untuk menghadapi hari Kiamat, yang mana sudah ramai yang tidak beriman, al-Quran yang diangkat, ulama’ dimatikan..maka yang tinggal penuh kejahilan.

Jika sudah datang semangat, jangan terus terasa beban, memikul dengan seberat-beratnya kerana senang mendapat futur, mengundur diri... Biarlah sedikit asal istiqamah..

Wahai diri,

Bentuklah keazaman untuk menghadapi musuh yang lebih dahsyat nanti  “al masih al-dajjal”, yang kini mula ramai pengikutnya. Berazamlah untuk menjadi tentera-tentera ALLAH di bawah kuasa Imam Mahdi. Walau bukan sekarang namun kelak biarlah keazaman ini diwasiat terus disambung oleh pewaris generasi akan datang...

Agar roh-roh yang cintakan Allah dan Rasul terus mampu dilahirkan dari keturunan kita..persiapkan strategimu dari sekarang, pasti berjaya akan datang.. Biarlah sangkaan orang itu berlalu bagai air yang mengalir, tanpa disekat dengan hati yang rudung. Walaupun masih baru, atau baru bermula Kuatkan semangat bersihkan hati dalam matlamat yang dicari... Allahumma Aamiin.... :”(

Islam tak perlukan kita, kita yang perlukan Islam. Perjuangan tak perlukan kita, kita yang perlukan perjuangan... Tanpa kita, Islam dan perjuangan akan terus hidup!! tapi tanpa Islam dan perjuangan siapakah kita?? Renung-renungkan, dan fikirkanlah......... 

Sabtu, 3 Mac 2012

“PoHoN YaNg InDaH AkArNya TeGuH”…




Perkongsian Ceramah:
Disaat golongan adam mendengar khutbah, ayuh golongan hawa mendengar tazkirah~. InsyaAllah setiap hari Jumaat~ jom sahabiah sekalian
 
Melihat pepohonan yang cantik, akarnya mestilah teguh juga..kalau pokok saja cantik, akar goyah..maka kecantikan itu tidak lama berkekalan.


Di sini penceramah ingin menekankan konsep akidah. Pegangan hidup kita iaitu beragama yang disyariatkan Islam untuk beriman pada Allah s.w.t dan Rasul-Nya.

Penjagaan akidah adalah amat-amat penting dalam hidup ini. Kerana penilaian Allah adalah ketaqwaan hamba-Nya. 

Ustazah menerangkan yang Allah itu wujud dan sentiasa ada bersama kita. Dia Mengetahui dan Melihat hamba-Nya.

Ustazah menerangkan kisah Imam Ahmad Hanbal yang membuktikan kewujudan Allah yang telah didebatkan. Lalu Imam Ahmad mengambil air dan memasukkan gula ke dalamnya dan kacau hingga larut. Lalu ditanya adakah gula di dalam air itu wujud? Jika ada di mana ia, tunjukkanlah. 

Jawapannya, memang tidak nampak gula yang larut dalam air. Maka begitulah jua Allah .s.w.t, Dia ada tapi tidak boleh ditetapkan kedudukan-Nya di mana.

Soal ustazah pada kaum lelaki ceramahnya dulu, "mana yang awak pilih; wanita yang tidak memakai tudung tapi perangai baik atau wanita yang bertudung tapi perangai tak baik?"

Lelaki jawab wanita yang perangai baik lagi ok,sebab bertudung tu boleh ajar kemudian, suruh je pakai tudung nanti. Tapi kalau akhlak tak baik susah nak betulkan..perlukan masa lama.

Bak kata orang, “don’t judge the book by it’s caver”.. jangan nilai buku itu hanya dengan muka kulit depannya.. 

Kata orang, “walau aku tak tutup aurat, tapi hati aku baik..,” banding dengan orang pakai tudung tapi hati busuk buat apa..”

Tapi jawab ustazah, sebenarnya wanita yang bertudung itu lagi elok kerana telah mengikut suruhan Allah yang utama agar menutup aurat.  Orang yang taat suruhan Allah Inshaallah, Allah akan bagi hidayah-Nya juga.

Ustazah Tanya lagi, “adakah kalian semua ada buat dosa hari ini?”. Kami ragu-ragu.. sebab tak pasti.

Ustazah jawab, “sebenarnya setiap hari , detik dan nafas kita pasti akan berbuat dosa, sebab kita tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu.. yang mana sebenarnya banyak peluang yang diberikan.” 

Dosa apabila menyakiti hati orang akan selamanya ditanggung sepanjang masa selagi tidak meminta maaf pada orang tersebut. Maka beristighfarlah selalu. Meminta maaf pada Allah dan manusia.

Jika musibah datang, hendaklah yakin dengan takdir Allah itu adalah bagi yang baik untuk kita. Bukan hanya sebab ujian boleh dekat dengan Allah tapi boleh juga kebaikan yang lain seperti menambahkan ilmu apabila pelajari dari kesalahan. Sebab kajian yang difikirkan untuk penyelesaian.

Ibadah yang paling besar adalah menuntut ilmu pengetahuan. Sehingga diceritakan, apabila seorang ulama sedang nazak, masih diminta untuk membacakan kitab padanya. Tapi zaman sekarang ada ke? Bila nak mati suruh baca kitab?

Jadikanlah akidah sebagai sumber motivasi diri dan menjana akhlak yang indah. Yakin qada’ qadar-Nya akan sentiasa berlapang dada, sentiasa ceria menghadapi sebarang kemungkinan.

Tambah ustazah lagi, “apabila semangat untuk melaksanakan agama, hendaklah secara “wassatiyah” besederhana. Tidak terlalu berat usaha dan tidak pula terlalu ringan usaha.”

Ustazah kata, “Kadang-kala berasa letih hidup ini. Tapi fikirkanlah mati nanti nak bawa bekal apa? Untuk agama yang akan ditanya oleh Allah.”

Akidah perlu disemat di dalam “Qalbun”. Menurut perbahasan ulamak, Qalbun adalah di jantung bukan hati. Jantung adalah pusat darah yang mengawal keluar masuk darah. 

Untuk menyuburkan qalbun hendaklah dibaja dengan ILMU dan AMAL, untuk kukuhkan Akidah, hendaklah MENYEMAI MAKRUF dan MENCANTAS KEMUNGKARAN.

Kadang-kala ada yang bergaduh terhadap masalah yang dihadapi untuk meletakkan hukum. Kata ustazah, “ kadang-kadang jawapan bukan hanya satu saja yang betul, tetapi banyak lagi jawapan yang boleh diterima.” Seperti pelbagai khilaf ulamak, cuma perlu bijak memahami dalam pelbagai situasi.

Seperti perbezaan kita dengan generasi al-Quran terdahulu, mereka belajar untuk diamalkan bukan untuk peperiksaan, sehingga sampai tahap, ALLAH bukakan kepadanya jalan ilmu yang tidak disangka-sangka. Itulah HIKMAH, seterusnya sehingga mampu ke tahap ilmu ladunni yang dibimbing Allah.

Memang hanya hambanya yang bersungguh dipilih, tapi tak mustahil. Maka berdoalah agar kita mendapat petunjuk hidayah-Nya setiap masa… Aamiin~


Jom bedah buku Fiqhu Wanita..  Lagi baik bertalaqqi dengan guru sambil menyemak buku . buku tentang “Pesanan Rasulullah s.a.w Buat Wanita Yang Ingin Menghuni Syurga…” hanya RM1O  sahaja untuk menambah pengatahuan.


Jika ada lelaki yang lebih arif tentang wanita.. masakan wanita sendiri tidak mahu untuk memantapkan ilmu mengenai dirinya….?? Ayuwah!

~ perkongsian yg lain~