~Yang Budiman~

Ahad, 23 Disember 2012

BETAPA BESTNYE BULATAN GEMBIRAKU... ^_^

Bismillahirrahmanirrahim.. Penah dengar Bulatan Gembira? Yang mana biasa, memang  tahu jika pernah lalui.. Bulatan Gembira adalah gambaran aktiviti berusrah. Usrah tahu? Dari perkataan arab yang bermaksud keluarga.. haa.. Maksudnya, kita duduk bersama dengan keluarga kita.. Bila dah duduk bersama tu, tergambar dengan bentuk bulat.. Bentuk halaqah.. Kenapa? Dan keluarga tu keluarga betul-betul ke ikut pertalian darah?


Sebab apa bulatan.. Sebab mudah kita duduk saling berhadapan, saling menghadap wajah- wajah keluarga kita tu.. tapi, keluarga di sini adalah sahabat-sahabat, rakan taulan, adik akak dan sebagainya yang sudi nak bersama kita.. ^_^ tak semestinya keluarga sebenar kita.. haa tu yang best, jadi sape- sape boleh jadi keluarga kita… kita akan sayang mereka macam kita sayang keluarga kita sendiri… bezt tak? Best la…. Sebab kita ramai ahli keluarga yang lain… yang boleh sharing and caring.. cewah!


Bulatan ni mula2 dilalui pada zaman sekolah menengah dulu.. Sekolah Ma’ahad yang diwajibkan pelajar ikuti usrah.. masa tu tak tahu apa usrah nie..? untuk apa jumpa2 duk buat bulatan nie..? rupenye ianya macam perbincangan.. Banyak kongsi2.. tapi, mula2 usrah tu ada ta’aruf.. (berkenalan). Waahh.. Best juga kenal2 sahabat dalam bulatan tu.. Tak semestinya kita dah tahu semua tentang sahabat kita kan. Paling bezt kenal ngan senior2 yang sedap mata memandang.. tenang je tengok wajah diorang.. hehe.. Senior2 dari kalangan senawi atas.. macam ustazah!


Dalam usrah tu.. Ada satu topik yang dibincangkan.. masa sekoloh tu ada ikut silibus buku.. yang kena hadam. Walau belajar agama sekalipun, bila naqibah (ketua usrah) tanye bab2 agama ni kantoi la plak… adeh.. Ketar juga nak bagi pandangan..duk tunduk je la.. tapi.. Naqibah tu boleh senyum je bila kiteowang membisu..huhu.. and then, dia pun berceloteh panjang lebar.. menerangkan bab2 agama yang amat penting dan bernilai bagi kami.. Terharu je ada orang sudi kongsi ilmu dia.. Dengan sungguh2 plak tu terangkan..hmm siap tanye klu ada tak faham atau masalah pape.. rasa dihargai..


Lepas alam sekolah, diizinkan Allah jumpe usrah lagi… Ingatkan dalam pengajian tinggi ni takde dah orang yang sudi nak jadi ahli keluarga kita.. Malah mereka sendiri pula tercari-cari pelajar untuk dijadikan keluarga usrah.. Bukan senangnya dapat, sebab alam universiti tak diwajibkan pun.. pandai2 lah nak idup cane.. Buat haluan sendiri.. Rasa bersyukur sangat sebab terpilih untuk diusrahkan daripada yang beratus-ratus lain yang tak dapat.. Dan bertambahlah perkongsian, ukhwah, teman2 yang sumenye agak sporting.. (syok sendiri ^^)


Dalam usrah, banyak yang dapat belajar.. Nak tahu apa yang kiteowang bincang? Ada 5 teras tajuk yang perlu diperhalusi..  iaitu 1) Aqidah Islamiyyah, 2) ukhwah Islamiyyah, 3) akhlak islamiyyah, 4)tasawwur tarbiyyah Islamiyyah dan 5) dakwah Islamiyyah.. Semuanya ada kaitan Islamiyyah kan. Tandanya adalah berusrah nie..menambah kefahaman dgn topik2 yang menjadi asas pegangan ajaran umat Islam.. Yang merangkumi semua aspek dalam kehidupan.. Ajaran yang amat2 indah…hmm betul2 sweet!


Tapi ada juga topik2 menarik yang boleh dikongsi.. Maknanya..setiap kali berusrah,pelbagai ilmu boleh dapat. Ilmu tentang isu2 semasa… Ilmu tentang jabatan lain atau bidang2 lain.. Dan paling bezt ilmu tentang perbaiki diri.. iaitu sebarang bentuk masalah, atau kemusykilan dalam hidup ni kita boleh same2 sharing.. rasa lega dapat kongsi masalah, coz dapat keterangan penyelesaiannye… fuhh…!



Teringat.. Sampai sekarang hubungan antara kami ahli usrah dan naqibah masih berhubung.. Walau masing2 dah bawa haluan sendiri.. Sambung belajar tempat lain or sebaliknya dah keja atau kahwin.. Mesej2 berantai tetap diteruskan… Memberikan peringatan yang amat cukup bermakna.. Melingkaui kenangan terindah kita bersama.. Di mana susah dan senang dikongsi bersama.. Membentuk jiwa yang merindui tarbiyyah dari-Nya…

Allahu Akhbar, rase rindu bersua dengan kalian yang telah mewarnai dalam kehidupan ini.. Mencorak menjadikan warna yang pelbagai.. Dan menikmati rasa rempah ratus yang unik.. Hasil didikan dan komitmen yang disumbangkan.. Moga di jalan ini terus thabat.. terus dapat dijumpai walau bagaimana keadaan..hinggalah sekarang dan biarlah berterusan hendaknya.. aamiin..

Jadi masa sekarang, haruslah nikmati peluang hubungan usrah yang baru terjalin.. meneruskan perjuangan orang2 yang terdahulu.. Yang pastinya, ini juga adalah sunnah jalan Rasulullah s.a.w terhadap para sahabat.. Yang sibuk membincang pelbagai soal duniawi, mahupun ukhrawi.. Sungguh indah, jika berkasih-sayang dan cinta sesame insane kerana Allah…. Tak caye? Ceceterai… ^_^

 
ukhti2 naqibah yang telah byk mendidik jiwa.. moga dirahmati =)
 

                               
Berusrah di tepi pantai sambil naqibah blanje mkn kepuk lekor panas! he..


 Usrah pimpinan PMFPI.. Berkumpul bersama exco2 berhalaqah.net ^_~


                                       
                                      Adik2 usrahku yang bakal ditarbiyyah.. Insya Allah ^_^





Ana akhiri dengan madah kata pujangga.. Buat sahabat2 yang mengenali diri... Wallahu 'alam~

 "Ikatan persaudaraan merupakan anugerah Ilahi yg tak dapat dinilaikan..
Lalu melingkar hati2 insan yang mencari kasih segolongan insan lain.. 
dan mereka saling kasih mengasihi serta berusaha menyatukan hati2 mereka.. 
luahkan cinta tulus dari kalbu nan mulus agar..
Mereka menyedari bahawa mereka bererti buat dirimu..
dan engkau bererti buat mereka…"
~kata-kata Sayyid al-Qutb..~

“Suratan mentaqdirkan kita berjuang bersama..
Andai setitis airmata yng mengalir di pipimu kerana kesedihan…
Sejuta semangat membahumu dari belakang…
Andai seorang rebah….
Tak dibiarkan rebah buat kali kedua….

Ya Allah…
Kami punya tali persaudaraan…
Yang sukar untuk diertikan….
Namun janganlah Engkau dugai kami dengan dugaan yg tak mampu ditanggung..
Satukanlah ukhwah di antara kami bak kasihnya para sahabat kpd Rasulullah…
Untuk kesekian kalinya…
Hanya pada- Mu kami pohon…
Kekalkanlah ukhwah di antara kami dan tunjukkanlah kami jalan yg Kau Rahmati…." Aamiin~

~ perkongsian yg lain~