~Yang Budiman~

Khamis, 23 Februari 2012

Ada apa disebaliknya?? -_-"



Sudah beberapa minggu result dikeluarkan. Tahniah bagi yang telah mendapat hasil yang diusahakan. Walaubagaimanapun result sama ada memuaskan atau sebaliknya terimalah dengan hati yang terbuka. Barangkali ada hikmahnya apabila cemerlang atau tidak.

Ujian Allah s.w.t itu tidak kira sama ada berbentuk nikmat (berjaya) atau kesusahan (gagal). Cuma diri yang perlu untuk merenungnya.

Kenapa Allah bagi aku cemerlang? Dapat dekan, Result  ok, maintain, lulus?

Mungkin sebab hukum alam iaitu terdapatnya sebab atas sesuatu  musabbab. Mungkin kesungguhan untuk berjaya setimpal dengan yang diperolehi. Seperti kata pepatah arab “man jadda wa jada” sesiapa yang berusaha dia akan dapat yang diusahakan.

Lihatlah secara tersiratnya Allah s.w.t ingin mengujimu dalam kejayaan ini sama ada bersyukur, beramal dengan ilmu atau ujian buat hatimu. Kadang kala tidak sedar bila berjaya kita puas dengan yang dimiliki lupa bahawa Allah lah yang telah mengganugerahkan kejayaan tersebut.

Dikhuatiri  kegembiraan yang terasa menyebabkan ada perasaan bangga dalam diri. Apabila pujian diberikan mungkin akan timbul penyakit hati, riak, ujub, dan sebagainyai. Itulah ujian Allah yang akan turun di dalam hati orang yang berjaya. Maka mampukah dihadapi dengan baik?

Kenapa pula Allah bagi aku tidak cemerlang, gagal, menurun tidak meningkat?

Ini juga ujian untuk bersyukur atau tidak. Jangan mudah lemah tidak bersemangat dengan keputusan yang dimiliki. Kesedihan salah satu tanda tidak reda dengan pemberian Tuhan. Walaupun sudah usaha sebaik mungkin, ketahuilah Allah Maha Mengetahui di atas setiap ketentuannya.

Sedarkah. Mungkin Allah mahu kita lebih berusaha lagi dengan kekuatan jihad ilmu yang lebih tinggi. Maka, pahala niat tulus itu bertambah-tambah lagi. Untungkan.  Di samping itu katakanlahTuhan itu ingin kita selalu memohon pada-Nya, malah agar kita lebih sentiasa akrab bersama Tuhan dengan memohon bersungguh-sungguh terhadap-Nya. Begitu kasihnya Dia atas ujian ini.

Memahami maksud sebenar kejayaan

Diri berkongsi dengan perbualan dari seorang sahabat, mungkin dia mendapat dekan setiap sem:

“dekan tu biasa je bagi ana sebab ana lihat tahap kemampuan yang diperolehi, ana rasa diri ana tiada apa-apa dibandingkan dengan sahabat-sahabat ana yang lain. Mereka mampu berhujah, berkata-kata dengan mengeluarkan dalil-dalil al-Quran serta hadis-hadis dengan fasih. Hafalan mereka sangat bagus, dengan mudah  di khalayak ramai berkongsi dengan yang lain. Ana ni nak mengeluarkan hadis pun tak boleh,tergagap-gagap malu je.”

Kata-kata sahabat dari tahun tiga itu membuatkan diri ini berfikir. Benar. Bagaimana pengaplikasian ilmu yang telah mendapat kecemerlangan itu sekarang?  Masih ingatkah yang dipelajari? Dalil-dalil al-Quran dan hadis yang dihafal, serta teori-teori yang dipelajari adakah dimanfaatkan? Tidak.

Jadi apa gunanya kejayaan itu,jika tiada beza buat perubahan diri. Hanya syok sendiri je anggap sudah memadai.

Diri melihat pada aktiviti harian sahabat tadi. Seorang yang sibuk dengan berpesatuan, memegang tampok kepimpinan yang tinggi. Bagaimana beliau membahagikan masanya, sedang siang dan malam hanya asyik kesibukan.

 “Ana hanya faham di dalam kelas, selepas tu usaha dengan tawakal pada Allah”; Jawabnya ringkas.

Diri tertarik dengan kata-katanya. “ kadang-kadang ana tak pasti dan tak sangka juga result ok.”

Diri berfikir, mungkin pertolongan Allah, atas sebab usahamu menolong kerja-kerja Allah. Pasti Dia yang bantu permudahkan urusanmu pula. Hmmmmmm………. Dan diri terus merenung dan merenung. Syukran sahabat atas perkongsiamu.

Allahamdulillah, jadi walaubagaimanapun keadaan sebenarnya kita pasti boleh! Sibuk ke susah ke, yang penting niat mestilah IKHLAS. Kerana penilaian tertinggi adalah di sisi Tuhan.  Jom ambil ibrah!

Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian.  Jom senyum…  ^____^V
WALLAHU ‘ALAM.

~ perkongsian yg lain~