~Yang Budiman~

Khamis, 6 Disember 2012

Falsafah Moden: Diskusi Keempat

Bincangkan Konsep 'Doubt' oleh Rene Descartes. 

Sebagaimana yang dipelajari sebelum memasuki zaman modern, terdapatnya zaman Renaissance iaitu kebangkitan ahli2 falsafah untuk memperkembangkan keintelektualan mereka. Ahli falsafah bangkit bagi menolak kekuasaan gereja yang bersumberkan wahyu  yang tidak memberi bukti kebenaran yang jelas dan nyata.

Maka, muncullah salah seorang tokoh yang menggunakan falsafah Rasionalisme iaitu Rene Descrates yang menggunakan ‘akal’ sebagai sumber ilmu berbanding menggunakan wahyu (bible).

Kaedah Descrates dengan menggunakan sumber akal adalah dengan konsep ‘doubt’ iaitu meragukan sesuatu untuk mencari kebenaran. Kenapa Descrates memulakan dengan konsep ragu? Sebab beliau ragu dengan pendekatan agama Kristian (Bible) yang menggunakan pendekatan pengalaman spirit atau pancaindera yang bersalahan dengan kajian logik ‘akal’ oleh ahli falsafah.

Descrates memberi contoh terhadap pengalaman illusi dan mimpi, adakah boleh dibuktikan benar? Beliau mempersoalkan adakah benar bible dari Tuhan yang benar? Jika Tuhan itu tidak benar, maka isi kandungan bible itu pastinya juga tidak benar, yang boleh menipudayakan manusia.

Oleh itu, Descrates ingin mencari kebenaran kewujudan Tuhan itu melalui peringkat bawah iaitu dengan cara beliau berfikir, tanpa disedari proses beliau berfikir telah membawanya mendapat jawapan dengan istilah Latin, “cogito ergo sum” yang bermaksud:

 

“Aku berfikir, maka aku ada”. Apabila aku berfikir, maka sesuatu yang berfikir itu (aku) mestilah wujud, dan kewujudan aku mestilah ada Pencipta, dan Pencipta itu mestilah Pencipta Yang Maha Sempurna".


Inilah pemikiran ahli falsafah Barat bagi mempertahankan perkembangan intelek dengan membidas sumber yang tidak jelas, agar ilmu falsafah boleh terus berkembang, bukan disekat oleh ahli agama.

Kesimpulannya:

Sumber bible beralih kepada-->sumber akal yang berfikir-->(teori doubt) meragukan sesuatu--> dalam keadaan berfikir-->maka yang berfikir itu wujud--> yang wujud itu pasti ada Penciptanya (Tuhan).

Sebarang pembelajaran Falsafah Moden dari Barat ini hanyalah sebagai ilmu pengetahuan.. Bukan sebagai ikutan dan panduan. Mempelajari ilmu ini adalah untuk mengetahui Falsafah Barat dengan cara mereka berfikir, yang mana baik jadi tauladan, dan yang buruk dijauhkan...

Jangan takut atau memandang negatif pada mata pelajaran falsafah yang menganggap ianya sia-sia dan menyesatkan.. Namun perlu dibentengi dengan pemantapan akidah yang jitu mengikut ajaran Islam berlandaskan sumber al- Quran dan Sunnah.. Insya Allah, tidak akan tersesat.. Asal pasakkan betul-betul tahap keimanan pada agama Allah.. 

*Dengan berfalsafah juga boleh membuktikan kewujudan Tuhan. Wallahu’alam.

~ perkongsian yg lain~