~Yang Budiman~

Isnin, 25 Jun 2012

Catatan Dari Kuliah Ustaz Azhar Idrus


Ana hanya menyampaikan ceramah daripada ustaz Azhar Idrus. Kerana pesan beliau, sampaikanlah majlis ilmu ini kepada mereka yang lain.. Wallahu ‘alam.

Kitab Anak Kunci Syurga

Percaya Mukjizat dan karamah kedua-duanya dari Allah s.w.t. Ianya kelainan dari kebiasaan. Imam-imam lain juga Allah bagi karamah, sebab boleh hafal hadis beribu-ribu. Karamah bukan hanya pada ahli sufi, tapi boleh pada siapa-siapa yang amalannya luar biasa…

Jangan anggap bila dah tinggi ilmu boleh tanding yang lain.. Melebihi orang yang telah dianugerah karamah, tapi sikap tiada wara’ tiada zuhud?

Berdoalah : “Ya Allah, berilahku ilmu yang berguna, dan aku berlindung dengan ilmu yang tiada manfaat”

Janganlah rasa seperti banyak ilmu, tetapi sebenarnya ia JAHIL. 

Lihat Sheikh Idris Al-Marbawi belajar di Mesir bertalaqqi bersama ulama-ulama Mesir selama 59 tahun,  dipanggil balik ke Malaysia agar Kerajaan merasa di Malaysia nanti akan berbangga mempunyai ulama kelulusan Mesir di ‘itiraf ulama. 

Sheikh Idris al-Marbawi telah dijemput ke PutraJaya agar beliau menyampaikan sedikit ilmunya. Sheikh datang dan naik ke pentas dan berkata: “ Assalamualaikum, sesungguhnya aku ini tiada banyak ilmunya” lalu beliau terus turun pentas dan pulang. Ini menunjukkan sikap merendah diri dan tawadu’nya beliau.

Lihatlah Ibnu Hajar al-Asqolani menadah pelbagai kitab, malah berpuluh-puluh jilid hasil tulisan kitabnya. Allah akan memberi kepada orang yang beriman, yang bersungguh beramal dengan akhirat, yang bersungguh-sungguh menjadi hamba kepada ilmu.

Lihat kitab al-Muatta’  sahingga sekarang kita menggunakannya (menunjukkan ketinggian ilmu ulama dahulu).  “sesungguhnya orang yang merendahkan dirinya adalah orang yang disukai Allah s.w.t”. Janganlah seperti hebat sangat sehingga pertikaikan mazhab-mazhab ulama.

Mukjizat pada Rasul dan Nabi adalah orang terpilih. Nabi Muhammadlah mukjizat yang paling banyak, sehingga boleh dihimpunkan banyak kitab tentang mukjizat Nabi. Jadi mengapa perlu ikut, melebihkan pemimpin yang tiada mukjizat dari mengikut Nabi?

Mukjizat paling besar adalah Al-Quran. Quran paling hebat dari segalanya. Orang yang belajar tinggi-tinggi  sehingga ph.D di planet Pluto sekalipun tetapi ilmu agamanya tiada maka tetap rugi TIDAK cemerlang terbilang dan gemilang, selamanya now, today, yesterday, tomorrow and forever… ;)

Bila nak Nisfiu Sya’ban baru cari Quran…. Bila cari surah tak reti.. Tapi bila sebut kereta boleh pula.. kereta “wajjaa….” Macam tajwid?  “Bacalah sekurang-kurangnya sehelai sehari..”

Lihat Saidina Uthman r.a solat dua rakaat di dalam Ka’bah, rakaat pertama habis 15 juzu’ rakaat kedua habis 15 juzu’, satu solat khatam al-Quran. Tapi kita tak boleh tiru. Jangan tiru.

Sabda Rasulullah s.a.w : “sesiapa baca al-Quran, sehari semalam 50 ayat, sudah tak terkira oleh dunia dan akhirat”.

Orang sekarang suka bace surat khabar dari al-Quran. Memanglah al-Quran takde result EURO… sanggup tu cari news paper tak jumpe di kedai ni ke kedai  yang lain.. Tapi Quran tak pula… Nanti dalam qubur akan ditanya.. siapa IMAMmu..? akan jawab Quran Imamku.. tapi  kalau tak baca Quran tanya siapa imammu.. takkan nak jawab Sinar Harian Imamku…? ;) 

Oleh tu, perlulah fahami Quran.. Belajar tajwid, belilah kitab Tafsir, ambil tahu Balaghah, Nahu, Saraf yang ada dalam Quran..

Mukjizat Nabi dengan peristiwa Israk Mikraj (Nabi dibawa naik ke langit). Allah memperjalankan Nabi dengan roh dan jasad, bukan roh saja.

Di dalam Quran Allah terang, dengan menggunakan perkataan SUBHANALLAH. Sebab membawa maksud Maha Suci Allah dari segala kekurangan. Adalah untuk menolak orang yang tidak mahu beriman dengan peristiwa ini, tidak mahu mengaku , pada orang yang menganggapnya pelik dan mustahil.

Sebab itulah disuruh untuk bertakbir di dalam solat, setiap kali tukar rukun solat perlu takbir Allahu Akhbar menunjukkan kita mengakui Keagungan Allah.Tapi sebab apa orang tak percaya Israk Mikraj, sebab mereka ingat Nabi pergi sendiri sedangkan Nabi Absar ilaihi (dibawa pergi keatasnya) bukan absar li nafsihi.. (dibawa pergi dengan dirinya sendiri).

“Allah yang Maha Kuasa membuat langit yang tinggi dan Allah jualah yang berkuasa membawa  makhluk-Nya naik ke langit…..”

Lihat contoh kalau kita beli ikan mainan buatan manusia pasti ada kekurangan.. rosak ke, xelok ke itu mesti ada perkataan made in..Cina?  tapi kalau buatan Tuhan tiada perkataan MADE IN mana2 pun..  Elok je.. Original ikan dalam lautan boleh hidup bebas, boleh melompat, tak lembik.. macam buatan manusia.

Perumpaan, untuk yakin dengan Israk Mikraj: seperti seekor semut kalau dari Kuis ni ke  Putrajaya berapa jauh? Berapa masa boleh sampai kalau berjalan sendiri? Mahunya berpuluh-puluh tahun baru sampai Putrajaya.. Tapi kalau semut tu ditumpangkan oleh manusia, termasuk dalam kenderaan ikut ke Putrajaya sekejap tak? Semalam je boleh…

Dua perkara boleh naik ke langit.. 1. (amalan) 2. (roh orang yang beriman). Roh orang kafir hanya sampai separuh sahaja, tidak boleh naik ke langit.

Selalunya mimpi, roh yang berjalan keluar. Roh ada dua, roh hayat dan roh haqazah.. Roh hayat bila keluar akan mati, roh haqazah seperti mimpi.. keluar boleh lihat dunia yang lain, tempat lain. Sebab tu kita kadang rasa macam penah pegi je tempat tu.. Maknanya roh kita pernah sampai. Kenapa roh macam tu? Perbahasannya serah pada Allah…

Itulah Rasulullah s.a.w pergi ada kenderaan.. Buroq. Binatang yang hebat, tiada yang lebih hebat darinya. Makhluk yang taat pada Allah s.w.t yang mengarahnya hanya Nabi dan Rasul sahaja yang boleh menaiki atasnya. Bila Rasulullah mahu menghampirinya mahu naik.. Burok itu melompat dan lari… Lalu malaikat Jibril membisikkan kepada buroq bahawa itu adalah Muhammad s.a.w lalu buroq itu tenang.. sehingga Baginda menaikinya.

Lihat, binatang pun taat patuh pada Allah.. Tapi kita manusia? Buat jahil…
Sebab itu, Rasulullah s.a.w menyuruh beradab dengan binatang, begitu Indahnya ajaran Islam. Bila binatang mengamuk, serulah nama Allah.. Binatang pun takut dengan Allah.. yang tak takut tuan binatang..

Laungkan takbir jika terjumpa binatang buas, Insya Allah tak akan dimakan binatang tersebut. Jika diserang tebuan, launglah Allahu Akhbar3… kita akan selamat jika yakin dengan nama Allah.. Makhluknya akan akur bila dengar nama Allah.. Sebab mereka juga gerun dengan Tuhan..

Janganlah asyik mengatakan taqwa, tetapi yang menyuruh masih tidak taqwa. Sebab taqwa bukan disebut sahaja, macam orang bace Khutbah. Tetapi terletaknya di.. “Rasulullah memberi isyarat menunjuk di dada Baginda…” 

Oleh itu.. Ambillah manfaat dari Allah s.w.t. janganlah rasa kita hebat dari keagungan Rasulullah s.a.w.. Kerana setiap yang berlaku, sakit, sehat, bahagia, sempit, susah semuanya adalah untuk kita mengagungkan Allah s.w.t.. Bersambung….

< TAMAT> sesi soal jawab pula pada Ustaz Azhar Idrus..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
 
Semua yang ditulis ini adalah kata-kata dari ustaz sendiri, maaf jika ada kesilapan, penambahan atau kurang jelas dari catatanku mendengar ceramah beliau~

Pendekataan yang ustaz guna menarik, mampu menarik pelbagai golongan jiwa, kanak-kanak, remaja, dewasa malah yang tua..  Doalah agar usaha ustaz berterusan sambutannya bagi memperluaskan usaha dakwah membentuk jiwa manusia seiring dengan pendekatan teknologi moden..

Komenku:  Walau gelak ketawa, lucu ustaz yang berbuat jenaka sebenarnya mampu meruntun jiwa-jiwa manusia.. Tetap dapat membuahkan keinsafan menghayati apa yang disampai.. Boleh terjatuhnya linangan  air mataku di malam itu mengenangkan kehebatan mukjizat Allah dan dugaan Nabi Muhammad s.a.w untuk menyampaikan kebenaran.. Terbayang suasana Baginda diejek, diherdik, dituduh gila dari pelbagai cercaan.. Manusia Agung itu tidak sepatutnya diperbuat sedemikian sesudah bersusah payah demi umatnya…  :‘(  Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad wa’ala Alihi Saidina Muhammad, “ya Allah sampaikanlah selawatku kepada Saidina Muhamammad s.a.w serta kepada Ahli Keluarga Baginda…..”


~ perkongsian yg lain~