~Yang Budiman~

Isnin, 10 Januari 2011

.: teguran buat diri:.

Membaca dan merenung, tertarik dengan "kitab bidayatul hidayah" karangan Imam al-Ghazali ( Hujjatul Islam ) . Tiap-tiap baitnya penuh hikmah terasa begitu banyak kesilapan tanpa sedari.

Berkata-kata yang mampu membuatkan diri terlupa akan hakikat kebenaran yang sebenar. Nampaknya penuh dengan kata nafsu sendiri. Moga dapat memperbaiki menghayatinya jauh dari persimpangan yang tersasar.

Permulaan hidayah

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihani. Segala puji bagi Allah sebenar2 pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik2 makhlukNya, penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w. dan juga para sahabatnya dan pengikut2nya.

Ketahuilah, wahai sahabat yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu, yang telah menunujukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengatahuan.

Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba2 dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.

Dan jikala niatmu di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata2 untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang ada di dalam laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan.

Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu, dan bagi hidayah itu ada “ bidayah” ( permulaan ) dan ada pula “ nidayah” ( kesudahan ) dan ada “zahir” dan ada pula “ batinnya” dan engkau tidak akan sampai kepada “ nihayatul hidayah” dan engkau tidak akan dapat menyelami “ batin hidayah” kecuali setelah engkau selesai menyempurnakan segala urusan yang berkenaan dengan “ zahir hidayah” itu.

Seandainya engkau dapati hatimu cenderung kepadanya dan nafsumu mahu mengikuti arahannya dan dia dapat memberikan perhatian yang sewajarnya, maka nanti engkau akan sampai kepada “ nihayatul hidayah” hingga engkau mampu mengharungi lautan ilmu yang luas.

Tetapi jikala engkau mendapati hatimu tidak memberi perhatian kepadanya dan nafsumu suka berlambat2 dalam melaksanakan perintahnya maka ketahuilah bahawa kecenderunganmu dalam menuntut ilmu sebenarnya hanya tunduk kepada perintah syaitan yang terkutuk yang mahu menipu engkau dengan bermacam2 tipu helahnya. Sehingga engkau akan terjerumus ke dalam jurang kecelakaan.

~ perkongsian yg lain~