~Yang Budiman~

Sabtu, 16 Mac 2013

Perginya Dia.. :(


Salam Rahmat kasih sayang dari Allah s.w.t..

Wahai hati, tetaplah dikau redo dengan apa yang telah Allah s.w.t. aturkan….

Berat ingin menulis. Cuti semester menghabiskan masa dengan ibu tercinta…  Mengambil peluang untuk menjaganya… Sungguh, teramat sayang dan cintakan dia…

Namun, benarlah nasihat Jibril alaihissalam… “cintailah apa sahaja yang dikau sukai di dunia ini, namun kelak ia akan kembali kepada Tuhannya…”

Berat sangat nak tinggalkan ibu di wad hospital.. Namun memikirkan pengajian semester akhir perlu diteruskan…

Nampak dia semakin baik, yakin sangat dia akan sembuh. Namun sakitnya tiba tidak diketahui bagaimana.. Hanya menanya khabar yang dia boleh kuat, tapi tak sangka rupanya ibu cuba sorokkan daripada anak-anaknya. Tidak mahu menganggu dan menyusahkan anaknya. Ya Allah hati ibu amat mulia… Bersalah diri yang alpa :(

Seminggu masuk semester baru hati tidak tenang, masih kurang semangat, ada saja yang tak kena. Telifon ibu Tanya khabar,faham dia tidak dapat cakap banyak. Namun hati cuba mahu gembirakan dia untuk terus kuat…

Tanggal 28/2/13 tiba2 jam 3 pagi kaklong telifon dengan nangis teresak-esak… ya Allah kenapa, adakah….? Ana cuba kuatkan diri dan bersedia untuk mendengar. “atiqa, tolong bacekan Yaasin…ibu tak sedarkan diri…” ya Allah! Hati berdebar-debar tak caya… Namun masih yakin ia mustahil…

Cepat2 bacakan yasin dan bersungguh minta agar keajaiban datang. “ya Allah, aku tahu dikau amat kasihkan ibu…jika bukan masanya lagi tolong ya Allah… berilah peluang untuk kami….” Bertalu-talu meminta. “wahai malaikat maut, tolong sampaikan doa pada Allah agar ditangguhkan dulu….” Doaku seperti percaya doa didengari-Nya.

Namun Allah lebih mengasihi ibu…. Panggilan telifon dari kaklong jam 3 lebih pagi itu ibu disahkan telah meninggal dunia.. Allahu Rabbi rasa masih tidak percaya… rasa tidak tertanggung… tapi , bila suara kaklong terus menegaskan untuk sabar… “tiqa! Ingat Tuhan! Sabar banyak-banyak! Redokan ibu pergi….” Suara kaklong yang tegas tanpa tangisan menyedarkanku bahawa dia milik Allah… Allah boleh ambil bila-bila masa je… benar.

Hati cuba tenang. Tenang lebih2 lagi musibah awal dari pengalaman melihat sahabat yang lain juga telah ketiadaan ayah yang tetap masih boleh bersabar, menjadikanku untuk bersedia dengan hari ini… Tapi tetap tak sangka, astaghfirullah…benar janji-Mu Tuhan, bahawa kematian itu tidak diketahui bila, tempat, hari dan masanya….

Cepat saja memori bersama ibu datang… ya Allah, aku bukan menangis kerana tidak redo atas pemergian ibu..Tapi izinkanlah untukku melepaskan kesedihan hati fitrah manusia yang amat mencintai orang yang telah banyak berkorbankn demi anak-anaknya. Ibu adalah teramat hebat.

Pasrah dikuatkan, yakin sangat Tuhan mengambilnya kerana terlalu sayangkan ibu.. Dan keranaku tahu bahawa ibu teramat-amat sayangkan Allah… Allah tidak mahu ibu menderita lagi dengan fitnah dunia… Tambah kesedihanku bila merenung setiap detik yang ibu lalui dalam hidupnya.. Dari kecil hingga kematian, yang ku tahu…Ibu tidak pernah rasa gembira segembiranya yang hakiki….

Kenapa? Kerana dari kecil ibu telah diuji dengan pelbagai cubaan. Ibu tanggung dengan sabar… Ibu hanya berseorangan hadapi tekanan hidup.. mencari nafkah buat anak2 dengan pelbagai pekerjaan…

Namun, sikap ibu amat kuat… Ibu mencari ketenangan dengan menjaga hubungannya dengan Tuhan. Ibu hanya mampu mengadu kepada Tuhan kerana itulah dia berjaya tempuh segalanya dengan sabar. Sentiasa sibuk melalui jalan amalan demi Tuhan sebagai bahagia hakiki yang dirasainya…

Dengan jalan ini, ibu terpimpin… hati ibu terdidik..dengan ajaran guru untuk mensucikan diri pada Allah… Walau apapun ibu tempuh ibu tetap kuat… Sedih, tak mewarisi sikap ibu. Tak mampu ikut amalan ibu untuk istiqamah, keranaku yakin yang ibu masih lama bersamaku untuk terus didik…

Bila ibu sudah pergi, tersedarku bahawa menguatkan hubungan dengan Allah itu kejayaan… Terlalu penting untuk sabar menghadapi dugaan-Nya, Berjaya di dunia dan akhirat.

Antara amalan ibu yang tanpa sedar mendidik diri.. Perkenankan untuk disambung ya Allah…

*solat malam setiap hari dijaga dgn solat2 sunat
*membaca al-Quran setiap waktu lapang, ikuti dlm radio, di televisyen, berguru di pondok
*pengamal tariqat Naqsyabandiah
*menghadiri majlis2 ilmu, surau, masjid dan pondok
*Puasa sunat isnin dan khamis, tetapi tetap mengamalkn puasa sunat Nabi Daud 3 hari brturut di Tengah2 bulan
*membayar zakat di pejabat zakat, walaupun ibu tak layak dn pnerima zakat, stiap bulan brbuat demikian, sedekah di tabung2 masjid
*seawal pagi bangun terus membuka tingkap, senyum ke langit pada Tuhan..
*terlalu meraikan tetamu, sanak saudara, sahabat andai
*sentiasa berzikir dalam setiap keadaan..dgn sentiasa memastikan tasbih di tangannya
*Terlalu risaukan anak-anaknya dan teramat mengambil berat anaknya, krana mahu pastikan anaknya Berjaya, ok sentiasa.. :(

Ya Allah.. Engkau Maha Mengetahui amalan hamba-Mu… ya Allah..aku bersaksi bahawa ibuku penuh takut terhadap-Mu, Letakkanlah ibuku di syurga-Mu..

Peliharalah ibu di alam barzakh… Lindungilah ibu dari seksaan-Mu.. Jagalah ibu sebaiknya dengan Rahmat Kasih Sayang-Mu yang tidak mampu ku balas terhadap ibu…
Ya Allah.. lapang dan perluaskanlah kubur ibu.. Terangilah kubur ibu.. Permudahkanlah ibu menjawab soalan Malaikat Munkar dan Nankir…

Rindu, kecewa, sedih dan segala macam perasaan tak dapat dinafikan buat peneman hidupku selama ini yang telah pergi buat selamanya.. Terasa seperti mahu cepat jumpa ibu di alam sana.. Nak dakap ibu puas2… Diri belum cukup kuat dengan mehnah di dunia.. Masih perlu nasihat ibu pembakar semangat…

Ya Allah… Diri terlalu jahil dan lemah, tanpa makhluk wasilah bersamaku untuk menuju-Mu.. Peringatkanlah selalu bahawa Engkau adalah kekuatanku.. Kerna terlalu lemah dalam mengingati-Mu… Terlaluku bergantung pada makhluk-Mu selama ini…. Bukakanlah jalan untuk bersama-Mu… perkenanlah ya Allah.. :(

Masih kecewa kerana banyak cita2 nak dibuat untuk ibu.. Nak tunjukkan kejayaan dalam pelajaran untuk ibu… Nak graduet sama ibu.. Nak jaga ibu tinggal sama-sama di rumah gembirakan selalu… Kini hanya angan2… Hanya mampu berdoa… sedekah ayat Quran untuk ibu.. Terimalah ya Allah, terlalu sayang sangat dengan ibu…

Ku tatap pesan sahabat.. “Bersabarlah duhai jiwa yang sedang diuji..Tabah & sabar adalah pengubat jiwa-jiwa yang sedang getir menempuhi ujian..


Firman Allah SWT : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

Ku kuatkan hati… Kenang saat dikau pergi.. Sungguh tenang.. Ibu sempat minum air.. Ibu sempat mengucap syahadah.. Dan saat2 genting itu keluarnya air mata ibu tanda perpisahan.. dan Ibu pergi ketika anak2nya tidak sedar ketiduran…

Lalu.. ku gagahkan diri melihatkan wajah jenazahmu… Sungguh tenang apabila melihat terukir senyuman yang menenangkan… tidak pernah ku lihat wajahmu setenang ini… Haruman yang mewangi di seluruh tubuhmu.. Moga benar-benar dikau bahagia…

wajah tenang ibu memujukku bahawa dikau bahagia di sana..aamiin

Ibu… pergilah dengan tenang di sana… Berjumpalah dengan Rasulullah s.a.w kekasih hatimu...yang dikau selalu berselawat padanya… yang dikau tetap pegang dengan janji Rasulullah s.a.w bahawa Baginda amat kasih pada janda-janda yang berjaya membesarkan anak-anaknya...Moga dikau menjadi bidadari pendamping orang-orang yang solih..

Ibu.. usahlah khuwatir dengan anak-anakmu lagi… akan cuba kami berazam mencontohimu.. Akan kami bersatu menjadi terbaik buatmu demi Allah dan Rasul… Kami akan terus kuat menempuh ujian dunia sepertimana ibu memberi contoh tauladan… Moga doa-doa ibu selama ini tetap terus kekal diperkenankan Allah… Ku redo dengan ketentuan-Mu..maka redokanlah padaku ya Allah.. aamiin…

~ perkongsian yg lain~