Alhamdulillah.. Hampir selesai final exam. Tinggal satu paper lagi. Macam tak suka periksa je? (tiba2 rasa lega). Bukan tak suka.. Tapi rasa masa ini baru nak bertungkus-lumus study.. Astaghfirullah~ =,=
Mengharapkan
kejayaan bukan buat diri.. Tetapi pada mereka yang telah memberi harapan
untuk berjaya.. Tak sampai hati untuk sambil lewa.. Melukakan hati-hati insan
yang telah berjasa…
Apatah lagi
jabatanku dikejutkan dengan prestasi pelajar yang kurang memberangsangkan
semester lepas. (tak sanggup
lihat papan kenyataan sedemikian) -_-,
Ku bayangkan…
Para guru yang telah mendidik.. Pensyarah penuh dedikasi.. Dari
sabjek-sabjek yang telah dipelajari, teringat madah (Maharat Istima’ wal Fahmu): “takpe kita mesti kuat
usaha ye, kita cuba…” kata ustazah yang lembut memberi semangat dengan
tugasan yang banyak.. Yang amat memahami pelajarnya. Bersungguh menerangkan
petikan video Arab, mengajar nahu Bahasa Arab.. Siap belanja kami makan lagi.
Moga ustazah murah rezki..^_^
Madah (Logik
dan Pemikiran Kritis). Satu madah yang mulanya sukar untuk difahami.. Apakah
itu logik? Pemikiran kritis? Kenapa diasingkan pembelajarannya?
Owh, logik
macam mantik rupanya. Teringat dahulu sabjek ini susah untuk discore di
pengajian dahulu. Tapi kali ini tidak mahu biarkan ketidakfahaman bermaharaja
lela.. Ustaz mengajar cuba sedaya upaya untuk memahamkan kami.. hu Kelakar
bila usaha untuk memahamkannya.. “err… ustaz macam mana boleh jadi macamtu? Kena
ingat semua formula ni ke?” soal pelajar yang bertalu-talu pada ustaz. (teringat
ustaz boleh gelak dengan persoalan kami) ;)
Yang terharu
ustaz sanggup buat kelas tambahan untuk kami lagi. Dah macam alam persekolahan daa.. Lusa nak exam, ustaz
luangkan masa untuk memahamkan kami lagi. Bersama-sama sahabat. Berulang-ulang kali ustaz terangkan
pada kami benda yang sama.. Syakal, qias, bila dah dapat faham rasa tenang.. ^_^ tak faham memang serabut. *_#
Pemikiran kritis, ustaz cuba beri contoh yang relevan. Teori-teori, Falasi Quasi, jenuh
juga untuk faham teori-teori ni..
Terfikir,
apakah manfaat dari ilmu ni? Mengajar untuk kita berfikir logik (masuk akal)
dan kritis (menggunakan akal untuk menilai sebaiknya). Satu pembelajaran yang
berguna jika diamalkan.
Madah (Falsafah
Agama). Sesuatu yang diminati juga untuk dibelajar, tapi.. Kalau untuk exam? Satu
yang mencabar.. Apabila ustazah tidak memberitahu mana-mana tajuk yang akan
masuk.. “kamu baca je semua…” uish satu buku, 10 bab yang perlu dihadamkan?
Allah permudahkanlah kami berjuang nanti.. Tawakal.
Mesej
sahabat untuk bertanya yang mana harus ditekankan, tak kurang yang
bertanya kembali. Pertolongan sahabat-sahabat yang berkongsi pendapat, contoh-contoh soalan.
Terpamer keprihatinan sahabat-sahabat yang sudi membantu.. Moga Allah
permudahkan urusan kalian pula…
Sebenarnya ia
bukan setakat ujian, tetapi akan memberi kenangan dimana usaha untuk mengingati
teori-teori tersebut. Berbeza yang diminta untuk hafal semua dengan yang telah
diberitahu.. Kami akan disupprisekan dengan soalan yang tidak diketahui.
(satu kejutan) ^_^
Madah (Kepimpinan
Pengurusan Islam). Pensyarah telah memberitahu awal-awal tajuk yang perlu
ditekankan. Siap email lagi kami, dan doakan kami. Malah ustaz pula yang
memohon maaf dari pelajar.. Sungguh keprihatinan Ustaz dengan merendahkan diri memberi
tanggungjawabnya pada pelajarnya. Ya Allah,
Rahmatilah guru-guruku ini.. Aamiin~
Suka dengan
tajuk kepimpinan, mengajarku kedudukan seorang pemimpin Islam yang bagaimana
seharusnya.. Tanggungjawab pemimpin, hak-hak pemimpin.. Sungguh tinggi amanah
yang perlu dipikul.. Tetapi tidak mustahil jika mengikut lunas-lunas syarak. Jadi,
semua mampu untuk menjadi pemimpin sebenarnya.. Usah merasa beban andai usaha
kerana Allah.. Tanamkan kembali semangatmu.. Iyeaah..!
Sentuh
sikit bab kepimpinan Islam ni, ajaran Islam sendiri telah menetapkan cirri-ciri
pemimpin yang bagaimana.. Antaranya:
* Memelihara Agama
Islam dari dicemari (akidah umat Islam)
* Melaksanakan Hukum
Allah atau Perundangan Islam (Hudud, Qazaf dan Ta’zir)
* Menguruskan
Baitulamal sebaiknya (hasil zakat)
4 * Menjadi contoh
tauladan dengan sifat2 terpuji (bertaqwa)
* Menyampaikan Dakwah
Islamiyyah (berdakwah pada orang Islam/ bukan Islam)
Jadi, kita
juga perlu bijak memilih pemimpin dengan cirri-ciri tersebut. Agar tidak
dipersoalkan di akhirat kelak jika tersalah pilih. Bukan dengan membiarkan
masyarakat yang tidak berkhlak, maksiat yang berleluasa.. Ditutupi dengan
kemewahan yang diberikan tanda mengambil keprihatinan kepada pengikutnya.. Ini
adalah pemimpin jenis BENEVOLENT AUTOKRAT yang boleh nampak seperti bertimbangrasa,
prihatin, tetapi sebenarnya bersifat
kuku besi… Menindas rakyat dari dalam.. Ya Allah berilah petunjuk kepada kami,
kepada pemimpin-pemimpin kami kelak~
Opss, macam
dah lari tajuk.. Tapi hanya perkongsian sedikit. Ilmu untuk diamal, bukan di
atas kertas jawapan semata.. (berazamlah kita akan memperingati ilmu yang telah
dipelajari, dengan mempraktikkannya) Insya Allah.
Nampaknya
sesi pembelajaran semester ini kian melabuhkan tirainya.. Menyingkap satu tahun
lagi yang perlu ditempuh.. Rasa cepat masa berlalu.. Bagai tidak dirasa ilmu
yang masih sedikit.. Moga tahun hadapan akan menghasilkan kenangan peperiksaan
lagi yang bakal menjadi memori.. ^_^
"Ya Allah jadikanlah perjuangan ini kerana Agama-Mu, kerana guru-guruku, dan orang-orang yang telah memberi
harapan.. Andai Kau gagalkan usahaku ini, bagaimana harus ku perjuangkan niatku
ini…. Faiza azamta fatawakkal ‘alallah.."
Menuntut ilmu perlu pengorbanan, walau tak suka peperiksaan anggaplah ianya ujian Tuhan.. Bukan Peperiksaan untuk menguji kepandaian, tetapi hari lain yang biasa-biasa tidak tahu tak belajar? Jadi usah menganggap peperiksaan satu yang membebankan..
Memang diuji terasa tertekan, kesihatan tidak baik dan segala rasa semasa peperiksaan.. Kerana kefahaman Ilmu itu perlu pengorbanan diuji.. Bersabarlah.
Menuntut ilmu perlu pengorbanan, walau tak suka peperiksaan anggaplah ianya ujian Tuhan.. Bukan Peperiksaan untuk menguji kepandaian, tetapi hari lain yang biasa-biasa tidak tahu tak belajar? Jadi usah menganggap peperiksaan satu yang membebankan..
Memang diuji terasa tertekan, kesihatan tidak baik dan segala rasa semasa peperiksaan.. Kerana kefahaman Ilmu itu perlu pengorbanan diuji.. Bersabarlah.
Rasulullah bersabda: "siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya (amalannya) tidak bertambah, maka ia hanya bertambah jauh daripada rahmat Allah"(Hadis riwayat Abu Mansor ad Dilami dalam Musnad aL-Firdaus dengan sanad yang dhaif. Al-Ihya 1/95)