~Yang Budiman~

Sabtu, 3 Mac 2012

“PoHoN YaNg InDaH AkArNya TeGuH”…




Perkongsian Ceramah:
Disaat golongan adam mendengar khutbah, ayuh golongan hawa mendengar tazkirah~. InsyaAllah setiap hari Jumaat~ jom sahabiah sekalian
 
Melihat pepohonan yang cantik, akarnya mestilah teguh juga..kalau pokok saja cantik, akar goyah..maka kecantikan itu tidak lama berkekalan.


Di sini penceramah ingin menekankan konsep akidah. Pegangan hidup kita iaitu beragama yang disyariatkan Islam untuk beriman pada Allah s.w.t dan Rasul-Nya.

Penjagaan akidah adalah amat-amat penting dalam hidup ini. Kerana penilaian Allah adalah ketaqwaan hamba-Nya. 

Ustazah menerangkan yang Allah itu wujud dan sentiasa ada bersama kita. Dia Mengetahui dan Melihat hamba-Nya.

Ustazah menerangkan kisah Imam Ahmad Hanbal yang membuktikan kewujudan Allah yang telah didebatkan. Lalu Imam Ahmad mengambil air dan memasukkan gula ke dalamnya dan kacau hingga larut. Lalu ditanya adakah gula di dalam air itu wujud? Jika ada di mana ia, tunjukkanlah. 

Jawapannya, memang tidak nampak gula yang larut dalam air. Maka begitulah jua Allah .s.w.t, Dia ada tapi tidak boleh ditetapkan kedudukan-Nya di mana.

Soal ustazah pada kaum lelaki ceramahnya dulu, "mana yang awak pilih; wanita yang tidak memakai tudung tapi perangai baik atau wanita yang bertudung tapi perangai tak baik?"

Lelaki jawab wanita yang perangai baik lagi ok,sebab bertudung tu boleh ajar kemudian, suruh je pakai tudung nanti. Tapi kalau akhlak tak baik susah nak betulkan..perlukan masa lama.

Bak kata orang, “don’t judge the book by it’s caver”.. jangan nilai buku itu hanya dengan muka kulit depannya.. 

Kata orang, “walau aku tak tutup aurat, tapi hati aku baik..,” banding dengan orang pakai tudung tapi hati busuk buat apa..”

Tapi jawab ustazah, sebenarnya wanita yang bertudung itu lagi elok kerana telah mengikut suruhan Allah yang utama agar menutup aurat.  Orang yang taat suruhan Allah Inshaallah, Allah akan bagi hidayah-Nya juga.

Ustazah Tanya lagi, “adakah kalian semua ada buat dosa hari ini?”. Kami ragu-ragu.. sebab tak pasti.

Ustazah jawab, “sebenarnya setiap hari , detik dan nafas kita pasti akan berbuat dosa, sebab kita tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu.. yang mana sebenarnya banyak peluang yang diberikan.” 

Dosa apabila menyakiti hati orang akan selamanya ditanggung sepanjang masa selagi tidak meminta maaf pada orang tersebut. Maka beristighfarlah selalu. Meminta maaf pada Allah dan manusia.

Jika musibah datang, hendaklah yakin dengan takdir Allah itu adalah bagi yang baik untuk kita. Bukan hanya sebab ujian boleh dekat dengan Allah tapi boleh juga kebaikan yang lain seperti menambahkan ilmu apabila pelajari dari kesalahan. Sebab kajian yang difikirkan untuk penyelesaian.

Ibadah yang paling besar adalah menuntut ilmu pengetahuan. Sehingga diceritakan, apabila seorang ulama sedang nazak, masih diminta untuk membacakan kitab padanya. Tapi zaman sekarang ada ke? Bila nak mati suruh baca kitab?

Jadikanlah akidah sebagai sumber motivasi diri dan menjana akhlak yang indah. Yakin qada’ qadar-Nya akan sentiasa berlapang dada, sentiasa ceria menghadapi sebarang kemungkinan.

Tambah ustazah lagi, “apabila semangat untuk melaksanakan agama, hendaklah secara “wassatiyah” besederhana. Tidak terlalu berat usaha dan tidak pula terlalu ringan usaha.”

Ustazah kata, “Kadang-kala berasa letih hidup ini. Tapi fikirkanlah mati nanti nak bawa bekal apa? Untuk agama yang akan ditanya oleh Allah.”

Akidah perlu disemat di dalam “Qalbun”. Menurut perbahasan ulamak, Qalbun adalah di jantung bukan hati. Jantung adalah pusat darah yang mengawal keluar masuk darah. 

Untuk menyuburkan qalbun hendaklah dibaja dengan ILMU dan AMAL, untuk kukuhkan Akidah, hendaklah MENYEMAI MAKRUF dan MENCANTAS KEMUNGKARAN.

Kadang-kala ada yang bergaduh terhadap masalah yang dihadapi untuk meletakkan hukum. Kata ustazah, “ kadang-kadang jawapan bukan hanya satu saja yang betul, tetapi banyak lagi jawapan yang boleh diterima.” Seperti pelbagai khilaf ulamak, cuma perlu bijak memahami dalam pelbagai situasi.

Seperti perbezaan kita dengan generasi al-Quran terdahulu, mereka belajar untuk diamalkan bukan untuk peperiksaan, sehingga sampai tahap, ALLAH bukakan kepadanya jalan ilmu yang tidak disangka-sangka. Itulah HIKMAH, seterusnya sehingga mampu ke tahap ilmu ladunni yang dibimbing Allah.

Memang hanya hambanya yang bersungguh dipilih, tapi tak mustahil. Maka berdoalah agar kita mendapat petunjuk hidayah-Nya setiap masa… Aamiin~


Jom bedah buku Fiqhu Wanita..  Lagi baik bertalaqqi dengan guru sambil menyemak buku . buku tentang “Pesanan Rasulullah s.a.w Buat Wanita Yang Ingin Menghuni Syurga…” hanya RM1O  sahaja untuk menambah pengatahuan.


Jika ada lelaki yang lebih arif tentang wanita.. masakan wanita sendiri tidak mahu untuk memantapkan ilmu mengenai dirinya….?? Ayuwah!

~ perkongsian yg lain~