~Yang Budiman~

Sabtu, 30 Mac 2013

KALAU TUHAN DIKENALI...

                                        

Melayan lagu mawaddah... Cubalah dengarkan dan hayati liriknya.. Mudahan dapat mengembalikan fitrah hati kita yang berkehendak pada Tuhan.. Allah s.w.t Azza wa Jalla..

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi




*Allah s.w.t menguji dgn apa yg telah dikatakan hamba-Nya.. Adakah benar,tetap menjadikan Allah s.w.t cinta Agungmu dari segalanya? Walau Allah s.w.t telah mengambil ibu menemui-Nya.. dan pisahkan kasih seorang ayah.. Sedangkan kasih sayang dan Rahmat Allah s.w.t terhadap hamba-Nya amat luas dan melebihi dari kasih ibubapa pada anaknya...

*ya Allah, berilah rasa kehadiran-Mu di setiap hela nafasku buat menempuh ujian nafsu perasaan dukaku agar kuat menuju-MU.. Tiada siapa lagi tempatku untuk bergantung..hanya pada-Mu ku berserah.. Pimpinlahku sebagaimana orang-orang terdahulu yang berjaya meraih cinta-Mu..muhasabah~ kuatlah!

Ketahuilah.. Allah s.w.t  amat mencintai hamba-Nya.. Bukanlah ujian itu sebagai untuk menjatuhkan hamba-Nya.. Namun rahsia-Nya yang amat belas kasihan dengan makhluk-Nya memang sukar untuk diertikan.. Bersyukurlah dan berterima kasihlah pada Dia selalu dengan terus tetap istiqamah di jalan-Nya... Innallahul 'aliimun 'azim.. Innallahul hakimul karim... dan katakanlah bahawa.. Innallahu ma'an.. Allah bersamamu di setiap masa dan perbuatan.. Kuatlah demi Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w... 

Bertaubatlah andai diri lemah dan rasa berputus asa.. Astaghfirullahal 'azim..........

~ perkongsian yg lain~